17 November 2008

DARI TIMPOHON GATE KE PONDOK KANDIS


Timpohon Gate, pintu permulaan pendakian. Di sini semua pendaki akan mendaftar diri. Name tag mesti ada dipakai. Selepas gate ini, hanya mereka yg memiliki permit dan tempat penginapan di Laban Rata/ Gunting Lagadan saja yg boleh masuk. Bermula dari sini, ketahanan fizikal, spritual, semangat dan moral pendaki perlu kuat!

Hentian Pondok Kandis
Orang kata "Teman sebelum Perjalanan". Ini sdr Luke Kabun, berasal dari Kota Belud, Sabah. Lebih sepuluh tahun berkhidmat sebagai Guide dgn Kinabalu Park. Seorang yg tenang dan pandai berkomunikasi dgn pendaki. Setiap minggu beliau akan membuat pendakian 3 atau 4 kali dari bawah hingga ke puncak. Aku membayar RM85 utk guide, RM30 utk permit, RM7 utk insuran dan RM400 utk penginapan di Laban Rata.
Pada hari itu sebaik saja kami sampai di Laban Rata, dia memberitahu yang bapa saudaranya baru meninggal dunia. Dia terpaksa turun semula ke kaki Kinabalu dan akan pulang ke Kota Belud! Dia akan digantikan dengan seorang guide yang lain utk terus bersamaku ke puncak Kinabalu. Orangnya lebih muda, namanya Jabadi.
Terima kasih Luke! Patutlah semasa perjalanan dari Timpohon Gate ke Laban Rata, seringkali telefonnya berdering. Barangkali saudara2 di kampungnya memberitahu perkembangan bapa saudara beliau.

No comments: