03 November 2008

Liqa' di Penang


Assalamualaikom
Sahabat2 GEN77 sekelian Apa khabar? CP n kawan2 di IPT khasnya di UiTM ni dah mula mendapat skrip2 jawapan pelajar untuk diperiksa, diberikan markah yang sewajar n selayaknya......Hari ni CP dah dapat 1 subjek, ada 2 lagi yang akan menyusul pada 3hb n 5hb Nov nanti, dengan keseluruhan pelajar berjumlah 291 orang. Itulah amanah... Syukurlah kerana ada juga kerja yang nak dibuat kannn.... Pada 29-30 Disember yag lalu, pihak USM dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan Seminar Fikh dan Pemikiran Islam Lestari. CP n suami telah sempat menghadiri seminar tersebut pada 30hb. Banyak isu yang diperbincangkan mengenai kelestarian umat Islam kini. Dikesempatan ini juga CP telah bertemu dengan beberapa rakan lama sewaktu di U dulu. Tapi yang lebih seronoknya kerana dapat berjumpa dengan salah seorang Gen77 iaatu Sdr Aziz Che Kob, Pengarah JAKIM Sabah n dapat berbual2 sebentar n bergambar kenangan. Walaupun kita umat Islam kini berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan, Apa yang diharapkan ialah agar kita semua sentiasa dalam Kasih sayang Allah, kekal dalam HidayahNya, kekal dalam AgamaNya, al-Islam, satu2nya Agama yang diiktiraf untuk menjamin Bahagia di dunia, bahagia di akhirat. Amin
Wassalam dari CP

No comments: