11 October 2008

Majlis Hari Raya di Rumah Rozi dan Sakni

Majlis Hari Raya yang menjanjikan seribu debaran bermula 3 hari sebelum majlis berlangsung, bila Kamilah menulis email menyatakan bahawa beliau akan membawa seorang "special friend" bersama ke majlis di rumah Rozi pada hari sabtu 11/10. Dan beliau hanya akan berada selama 2 jam dari 11am hingga 2PM oleh kerana beliau terpaksa balik ke Singapore untuk urusan resmi di sana pada petang itu, dan tidak akan sempat ke Liqa Lembah Kelang di rumah Syed dan Muna.

As we all know, one thing led to another and many people ended up congratulating Kamilah for that "special friend", despite Kamilah not mentioning anything beyond some vague statements and inferences. For a moment we all forgot that we were dealing with a lawyer, in which every single word is to be interpreted strictly for the purpose it was uttered, nothing more and of course, nothing less.

Jam 11.40 Rozi sudah telefon memaklumkan bahawa Kamilah dan Kawan Special beliau sudah pun sampai. Saya baru tengah berkira-kira nak bertolak dari Sungai Buluh. Saidi Kadir beberapa kali call bertanyakan arah, meskipun saya tidak banyak dapat membantu.

Akhirnya saya tiba jam 1.00 tengahari. Tetamu istimewa, Dato Dr Hisham Abdullah, yang dibawa oleh Kamilah, telah pun selesai makan. Beliau amat sporting dan gentleman. Sanggup datang meskipun dalam majlis kecil sebegitu.

Dato Hisham, Tok Lah (terselindung) Asmawi, Mustafa, Nik Mahizan (berdiri) dan Noorbakry (membelakangi kamera)
Kamilah, Mus, Bakry
Sedang menunggu masakan mee bandung istimewa. made to order

One for the album: Duduk- Mus, Dato Hisham, Kamilah, Rozi dan Sakni (tuan rumah)
Berdiri- Nik Mahizan, Dollah Hasan, Asmawi, Muhabbad dan Bakry. Tiada dalam gambar: Puaad dan Saidi yang pulang lebih awal.

No comments: