30 August 2008

Merdeka....

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 51

Kemerdekaan adalah Kemuliaan...


Selamat menyambut ketibaan Ramadhan yang penuh barakah.
Maaf zahir batin. Semoga Ramadhan membawa sejuta Rahmat.

Wassalam
FarahDina

27 August 2008

Kempen Penghayatan Ramadan









Marhaban Ya Sahru Ramadan, Marhaban Sahrul Syiam."Selamat Datang Wahai Bulan Ramadan, Selamat Datang Wahai Bulan Puasa".
Ucapan untuk semua dari Wak Man di Melaka




Mohon maaf banyak2 kerna dah lama tak muncul. Didoakan semuaa teman2 sehat sejahteraa dan ceria selalu.







26 August 2008

Kenduri di Jerteh




Salam sahabat-sahabat yg dikasihi.

Harapan agar semuanya sentiasa berada dalam kondisi yg memuaskan setiap masa.

Inilah satu-satunya gambar gen77 semasa kenduri 17 Ogos lepas yang saya telah terima. Proses menyiapkan editing oleh jurugambar yg dilantik agak memakan masa. Juga kekangan tempat bekerja yang jauh menyebabkan ianya sukar di uploadkan.

sekian dahulu.

sanusi.

25 August 2008

Senyum dan Tangis

Sebagaimana insan biasa , baginda Rasulullah SAW juga bergurau dan mengalami suka-duka dalam kehidupan. Namun sebagai insan sempurna, baginda mempunyai perasaan kasih sayang yang mendalam, dapat menangis tapi juga boleh berjenaka.

Rasululullah SAW mempunyai budi pekerti yang riang dan menyenangkan, sebagaimana sabdanya yang bermaksud: Andai kamu bertemu seorang teman dengan wajah tersenyum, itu juga adalah suatu ibadat.

Percakapannya yang menarik dan riang gembira lazimnya menyegarkan orang-orang sekelilingnya, tanpa hilang keseimbangan dan kesederhanaan. Senda guraunya yang lembut, tidak berlaku sebarang pertentangan dengan kebenaran. Tidak pula menyinggung dan tidak mencetuskan ketawa terbahak-bahak.Tertawa baginda adalah senyumannya yang lembut, sekadar nampak giginya sahaja.

Abu Hurairah RA pernah bertanya penuh hairan: Adakah tuan berjenaka juga dengan kami?Baginda menjawab : Ya , aku tidak pernah menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan kebenaran.

Bagaimanapun sebagai insan mulia, Rasulullah SAW kerap menangis dan menitiskan airmata. Baginda pernah menyebut kepada Ummu Aiman : Mencucurkan airmata itu suatu perasaan yang datang dari rahmat Allah.

(rujuk buku Senyum & Tangis Rasulullah SAW )

p/s Sewaktu teman-teman menziarahi Mohd Noor Yaacob yang baru seminggu menjalani 'chemotherapy', beliau seperti biasa ramah melayan tetamunya. Walaupun dalam katanya : "..saya sedang melalui apa yang tidak pernah saya lalui sebelum ini..."

Semoga sahabat kita ini terus tabah menghadapi ujian Allah. Sesungguhnya Dia maha mengetahui tahap keimanan hambaNya lalu Dia menguji mengikut kadar kemampuan itu. "Layukallifullahu nafsan illa wus'ahaa..." Dan, sesungguhnya para Nabi dan Rasul adalah orang-orang yang paling hebat menerima ujian dariNya. Semuanya adalah kerana Dia Ar-Rahman dan Ar-Rahiim.

Kita semua sentiasa mendoakan agar Mohd Noor dan juga Ali Osali cepat sembuh.

Wassalam
FarahDina

20 August 2008

Terima kasih dari kami

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat2 yang telah bersusah payah datang dari jauh untuk menyerikan majlis kesyukuran perkahwinan anak perempuan saya Ahad lalu. Saya tidak dapat nak gambarkan dengan perkataan betapa gembira dan terharunya kami sekeluarga dengan kesudian kawan2 semua datang dari jauh semata-mata untuk memeriahkan majlis kami. Dan memang kehadiran sahabat2 semua telah memeriahkan suasana sehingga ramai tetamu2 lain tertanya2 kumpulan manakah yang datang ramai2 dengan gamat sekali. Bila diberitahu bahawa itu adalah geng2 lama sekolah dahulu, ramai yang memuji2 ikatan persahabatan kita, hingga sanggup datang dari KL dan Utara semata-mata meraikan majlis perkahwinan sahabat lama.

Terima kasih yang setingginya kepada boss dan sahabat yang dikasihi Tuan Syed dan Muna di atas kesudian menyerikan majlis kami, dan di atas segala kerjasama dan pertolongan yang diberikan bagi menjayakan majlis tersebut. Kami sekeluarga terhutang budi yang tak mampu terbalas hingga ke bila di atas segalanya. Allah jualah yang mampu membalas segala kebaikan itu. Mudah-mudahan dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki dan kesihatan yang berpanjangan.

Terima kasih kepada Fuat di atas kesudian menziarahi ayah saya di rumah orang tua saya pada keesokan harinya sebelum beliau bertolak pulang ke Kedah. Lain kali kalau hang ada urusan nak jumpa mana2 exco di Kelantan, hang habaqla kat aku. Aku sanggup tolong. Apa guna ada kawan kalau tak boleh tolong bila diperlukan :).

Terima kasih kepada Azami dan Rohani yang telah bertungkus lumus melakukan koordinasi sejak sebulan yang lalu dengan semua sahabat2 yang datang dari jauh. Terima kasih kepada Rohani kerana menyediakan banyak kueh mueh dan buah-buahan untuk meraikan Gen77 di rumah saya. Last last, akok tu ramai juga yang lesap dimakan oleh tetamu2 lain sebab mereka pun ada bersama pada masa tu. Terima kasih juga kerana datang menziarahi ibu dan ayah saya keesokan harinya. Persahabatan anda akan saya dan keluarga sematkan di jiwa.

Terima kasih kepada Mustafa Mohd Nor yang telah menjadi penyelaras di Kota Bharu untuk mengatur segala aktiviti sepanjang sahabat2 berada di Kota Bharu, bermula dari majlis akad nikah anak Muhabbad, hinggalah kepada majlis kenduri Sanusi di Besut. Kesanggupan anda mengatur dan melakukan koordinasi itu banyak meringankan beban tuan rumah/hos. Mudah2an segala pertolongan itu dibalas dengan setimpal oleh Allah swt.

Kepada semua sahabat2 yang datang, in alphabetical order:

Ahmad Imran: Terima kasih kerana datang ke majlis Muhabbad Sabtu malam tu, dan aku dapat set the record straight again. Terima kasih kerana datang ke majlis aku pada hari Ahad walaupun agak terlewat dan semua kawan2 lain sudah pulang. Score kita 0-0 sekarang. Terima kasih kerana join sesi teh tarik kita di Mamak Corner Ahad malam tu. Terima kasih di atas semua kisah dan cerita. Di usia kita ini, seperti Farahdina pernah sebutkan, tentulah pelbagai asam, garam, gula, cuka, ajinomoto, dalam hidup, telah kita lalui.

Anson, terima kasih kerana menyerikan majlis dengan suara hang yang merdu dan nyaring tu. Kali ini giliran aku pula untuk berkata "kalau hang tu lelaki, aku dah peluk hang kuat2 macam aku peluk Tolok" untuk menandakan betapa terharunya aku dengan persahabatan hang dan Jo.

Bakry: terima kasih daun keladi kerana menyerikan majlis aku dengan kehadiran kau dan adik angkat Con tu. Kalau ada apa-apa kenduri di sebelah hang lepas ni, sure kita semua akan datang penuh satu rumah. Habaq mai sahaja, anytime we will flock.

Farahdina dan suami: Terima kasih di atas segala susah payah datang dari KL ke majlis saya. Nampaknya Cik Abang awak tu dah masuk suku Gen77 sepenuhnya. Lepas ni dia boleh jadi orang kuat kita macam Sakni dan Jo.

Khalil: Terima kasih setingginya kerana sanggup meredah hutan belantara Grik dan Jeli untuk sampai ke majlis kenduri aku. Dan bacaan hang semasa jadi imam pagi semalam amat sedap didengar. Tak sesia jadi Gen77 KIK.

Mardhiah Hashim dan suami: terima kasih di atas segala susah payah datang, walaupun sesat di Besut sebelum bertemu dengan Azami. Suami Mardhiah pendiam macam dia jugak. Namun begitu, kehadiran anda berdua telah menambahserikan lagi majlis kami.

Mughith: Terima kasih kerana datang walaupun terpaksa naik bas. Mudah2an Allah permudahkan segala urusan kita semua. Kita sudah lama bersaudara, susah senang kita tanggung bersama. Terima kasih kerana join sesi teh tarik di Mamak Corner.

Muhabbad dan isteri: Terima kasih setingginya. Tak lama lagi giliran kami menyerbu rumah hang pula untuk kenduri anak lelaki hang. Jangan tunggu lama-lama untuk buat kenduri. Ya lah. Ayam sudah duduk sereban. Bila-bila masa telur boleh menetas. Lepas ni kau tak perlu beristighfar panjang lagi.

Nasir Tolok: Sikap setiakawan hang aku hargai dan kagumi. Itulah nilai persahabatan sejati yang kita boleh bawa sampai ke mati. Terima kasih kerana sudi datang berkonvoi dengan Fuat dari Utara walaupun penuh dengan cubaan dan halangan dan kesusahan. Nanti bila tiba giliran hang di utara, kami sure tidak akan miss lagi.

Razak: Terima kasih kerana datang dari jauh. Nilai persahabatan anda suami isteri amat saya hargai.

Saidi dan isteri: Terima kasih di atas semangat setiakawan kerana sanggup datang walaupun dalam tempoh masa notis yang amat singkat. Akhirnya ramai sahabat yang tidak pernah ditemui dapat bertemu. Lain kali kita jumpa lagi. Wang boleh dicari, tetapi persahabatan bukannya boleh digadai dengan wang ringgit, apatah lagi di usia seperti kita sekarang.

Siti Rubiah dan Husin: Terima kasih kerana menghadirkan diri walaupun tak sempat bertemu dengan sahabat2 lama Gen77 yang lain lantaran kesibukan. Mudah-mudahan dilimpahkan Allah dengan kesihatan yang berkekalan untuk anda suami isteri.

Tok Lah dan Nik: Jazakallah khairan kathiran abadan abadan. Terima kasih kerana menemani kami semua bersantai di Hayaki pada Sabtu malam itu. Tanpa anda, majlis kami pastinya akan kurang seri.

YA: Aku harap lain kali dipermudahkan Allah untuk kau dan juga kita semua mendapat visa clearance untuk ke mana-mana, tambahan lagi semua isteri masing2 sudah kenal mengenal.

Zubiaq: Aku seronok dapat sembang beberapa sesi dengan hang. Bermula dari breakfast di White House di Kota Bharu pada pagi Sabtu, hinggalah ke sesi sembang di tepi sungai di Hotel Ridel, dan sesi kopitiam di Hayaki, dan akhirnya kenduri aku di Kg
Huda. Terima kasih di atas kiriman buah dokong dan rambutan. Segala persahabatan anda akan saya dan keluarga hargai sampai ke bila.

Jika ada nama yang tertinggal, harap dapat dimaklumkan. Manalah tau, ada juga nama yang tercicir di mana2 tidak dapat saya sebut di sini.

Akhirnya, jika ada apa-apa kekurangan dan cacat cela, saya sekeluarga menyusun jari merafak kata, memohon ampun maaf di atas semuanya itu. Saya sebenarnya agak terkilan kerana kedatangan Gen77 berkebetulan dengan kehadiran rombongan lelaki, dan juga tetamu2 lain sebab masa tu, masa lunch break di pejabat. Jadi tumpuan dan layanan saya kepada sahabat2 Gen77 tentulah tidak dapat diberikan sepenuhnya.

Akhirul kalam,

yang korek itu kendi
yang merah itu saga
yang baik itu budi
yang indah itu bahasa.

Mudah-mudahan Allah memelihara ikatan persahabatan kita hingga ke akhir hayat, dan hingga ke anak cucu kita. Hidup Gen77.

-asmawi dan keluarga.



















19 August 2008


Assalamualaikom wr wb!Sahabat2ku gen77kik!
Liqa' bermakna pertemuan. Kita gunakan istilah ini kerana keserasian, kejituan dan kemantapan silaturrahim sesama gen77kik setelah lebih 31 thn berpisah. AlhamduliLlah, sudah tak terkira liqa'2 yg berjaya dilakukan, kecil atau besar. Kebanyakan negeri sudah ada liqa', kecuali di NS, PP, Sabah, Srwk dan Johor.In Sya Allah, liqa' terdekat ialah di PD bersama Ali Osali dan DMuar utk bersama anak2 yatim piatu menjelang Romadhon ini. Harap2 Mawi dpt selesaikan urusan lojistik yg patut!
Kepada sahabat2 yg datang berliqa' dPT, tulislah, tulis kerana ia adalah perjalanan hidup yg tak mungkin berulang! Jika mahu diulang juga, ia akan menjadi liqa' lain yang tak serupa.Kerana itu, datanglah berliqa' sementara kita masih diberi kekuatan oleh Allah Ta'ala utk melakukannya!
Buat sahabat2 semua, terima kasih bbanyak! Tanpa sedikit pengorbanan, tak mungkin kita boleh bersua muka! Mohon bbnyak maaf sekiranya terkasar bahasa, tersasar kata, terlebih terkurang apa2 pun laa semasa pertemuan di mana2 saja!
Ceritalah... !
Wassalamualaikom wr wb!
* genghiz

18 August 2008

5S = SISIH, SUSUN. SAPU, SERAGAM & SENTIASA AMAL








5 sekolah Selangor dapat pengiktirafan

LIMA sekolah menengah di Selangor diberi Pensijilan Persekitaran Berkualiti Sistem 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kerana berjaya melaksanakan Program Excellent Learning (Excel) di sekolah masing-masing.

Sekolah terbabit ialah Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TTDI Jaya, Shah Alam; SMK Taman Dato’ Harun; SMK Taman Medan dan SMK (P) Taman Petaling, Petaling Jaya.

Penganugerahan sijil itu disampaikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam kepada pengetua sekolah terbabit dalam satu majlis di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Berucap pada majlis itu, Ismail berkata, seramai 8,235 pelajar dari 29 sekolah menengah seluruh negara terbabit dalam program rintis Excel yang diperkenalkan tahun ini bermatlamat meningkatkan kefahaman tentang produktiviti, kualiti dan kepentingan daya saing negara kepada pelajar.

Katanya, pelaksanaan program selama enam bulan mulai Februari lalu itu turut mendedahkan pelajar amalan produktif, selain teknik bersesuaian pelaksanaan projek kecemerlangan pembelajaran berlandaskan penambahbaikan berterusan.

“Saya yakin program ini membantu menjadikan suasana pembelajaran di sekolah lebih selesa dan menarik, sekali gus menjana minda pelajar supaya lebih produktif dan berdaya saing.

“Malah, kejayaan lima sekolah mendapat pensijilan 5S akan dijadikan penanda aras dan contoh kepada sekolah lain,” katanya.

Program Excel memerlukan sekolah melaksanakan projek persekitaran berkualiti dan penambahbaikan proses mewakili 90 peratus daripada keseluruhan program, manakala 10 peratus lagi projek penambahbaikan dan inovasi.

Sistem 5S atau Seiri - Sisih; Seiton - Susun; Seiso - Sapu; Seiketsu - Seragam dan Shikutse - Sentiasa Amal - adalah sistem amalan diadaptasikan dari negara matahari terbit, Jepun yang memfokuskan usaha mewujudkan persekitaran berkualiti di sesebuah organisasi.

* GENGHIZ

LIQA' KOTA BARU

DEPAN HOTEL RIDEL SUNGAI KELANTAN
MAJLIS RUMAH MAWI
BERSAMA PENGANTIN BARU ( ANAK MOD)
DEPAN HOTEL RIDEL

16 August 2008

APA KHABAR SAHABAT2?


ASSALAMUALAIKOM WR WB
Semoga semua sahabat beroleh kesihatan yg terbaik!
Salam rindu dari Wak Man dan Fuad Gengster yg tak dapat bersama di KB!
Wassalamualaikom!

13 August 2008

KENARI DAN PENYU!



ASSALAMUALAIKOM WR. WB SAHABAT2KU GEN77KIK!

BAGUSLAH KALAU MASING2 BERSEMANGAT UTUH MACAM TU.

TAPI BARANG DIINGAT, WALAUPUN KENARI BERJAYA TERBANG KE ANGKASA RAYA, PENYU BERJAYA BERENANG KE DASAR LAUTAN, AKHIRNYA KEDUA2NYA TAK DAPAT BERTAHAN LAMA DI SANA! MACAM2 PERASAAN AKAN DATANG, RINDU DAN GIAN, MEMORI, NOSTALGIA & LIQA'! LAMBAT LAUN, SI KENARI AKAN TURUN JUGA KE TANAH, SI PENYU JUGA AKAN PULANG KE PANTAI......

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN!

WASSALAMUALAIKOM!



* Cadangan Sdr Hang2 semua sentiasa dlm perkiraan. In Sya Allah, selepas ini Liqa' OSALI D'PD akan dirancangkan!
*genghiz

11 August 2008

KISAS F1 TEAM & PATIN TEMERLOH 10.08.08





Assalamualaikom!

Pagi2 terpa ke Stadium tertutup K Selangor. Team ki dpt no 3!
Pecut ke Unisel, jumpa anak, bagi buah manggis kegemaran keluarga, terus ke Temerloh utk bersama teman setia utk liqa' Patin. Gengster dan keluarga dah ada. Hanya kami berlima sapu patin semeja! Balik, singgah solat, bersihkan tandas masjid. Singgah tepi jalan, bedal manggis lagi. Call Weldan, jumpa kat Bentong. Sampai rumah lepas Maghrib. Mem balik jam 3 pagi.
Terima kasih Fuad Gengster!
Sesungguhnya Liqa' perlu pengorbanan....!
Wassalamualaikom!

* genghiz

09 August 2008

ALI OSALI DI SJMC






Assalamualaikom wr wb!
Sahabat2 gen77kik!
AlhamduliLLah, selepas lebih 31 th, hari ini kita dipertemukan oleh Allah Taala, hasil usaha Sdr Syed dan Muna menjejak sahabat kita Ali Osali. Janji awal nak sampai tepat jam 5 ptg di SJMC, tetapi, terlewat. Hampir jam 5 saya masih berada di Unisel. Singgah di Batang Berjuntai, sambag 2 biji lulian! Belum makan lagi, semerbak baunya memenuhi boot. Dlm perjalanan, miss call kat Vet, dia call balik, katanya terlaluu sibuk, lain kali In Sya Allah! Salamnya ku sampai dah. Begitu juga salam Mawi yang masih sibuk bersiapsiaga nak sambut menantu sulong di KB!
Sampai di SJMC jam 6 lebih. Naik lif blok selatan bilik 339. Syed dan Muna dah sampai. Ali tak berapa cam muka aku. Katanya tua sikit, AlhamduliLlah tak tua banyak!
Kawan2 yg berdekatan atau ada ruang, bolehlah menziarahi sdr Ali. Dengak kata Hj Mang nak tughun mai minggu depan! Pakat elok2 singgah di SJMC.
Sebenarnya banyak benda yg diulangbalikkuang. Nostalgiabrek dsbnya.... Aduhai... setelah lebih 31 thn, alangkah cepatnya usia... tapi Ali tidak banyak yg berubah, cuma uban bertambah! Kita yg lelaki semua gen boleh nampak. Yg pompuan, agak2nya macamana YA?
Bersama ini beberapa keping fogital utk tatapan mengulangingatkembali sejarah wajah kita selepas lebih 31 thn.
Kami menyebut beberapa nama, antaranya Sdr M Norr Baba dan Ismail Maon! Masih ada di manakah mereka? Selepas ini, menjejak mereka berdua!

Ya Allah, permudahkanlah!
WM, mengapa lama menyepi?
Kadiag TP ada sapa2 simpan no hpnya yg terbaru?
Jgn lupa esok Liqa' Patin DTemerloh!

Wassalamualaikom wr wb!
- genghiz

Mangkuk

Semalam dalam forum di INTEC sempena Isra’ Mikraj , Dr Jamnul Azhar ada menyebut bahawa generasi hari ini ramai jadi ‘mangkok hayun’. Sebab itulah masa Isra’ Mikraj Rasulullah SAW telah memohon sendiri kepada Allah SWT supaya dikurangkan rakaat solat yang asalnya diperintahkan 50 rakaat. Memang betul.....


Apa maksud ‘mangkok hayun’? Saya cuba membelek-belek kamus Peribahasa Melayu-Inggeris yang baru beberapa hari saya beli di Pesta Buku namun tidak menemui perkataan ‘mangkok atau mangkuk hayun’. Sebelum itu pun, bila YA menyebut ‘mangkok hayun’ saya jenuh menyelam mencari istilah ini di internet. Apa yang saya temui istilah ini gemar digunakan oleh remaja terhadap sesama mereka.....
Saya mula-mula mendengar istilah ini ketika dalam darjah empat di sekolah rendah; SKGC. Saya budak baru masuk. Aruah Cikgu Ismail Yahya ( ayahanda senior KIK Yusri Ismail ) menempik kuat di perhimpunan; “Mangkok hayooooon.!” Suasana kanak-kanak sekolah yang sedang hingar-bingar tiba-tiba menjadi sunyi sepi. Terasa lucu ketika itu bila saya membayangkan mangkuk-mangkuk tin / stainless steel yang digantung berlaga sesama sendiri mengeluarkan bunyi bising; ‘klong klang klong klang’. Ketika itu saya membuat kesimpulan ‘mangkok hayun’ ertinya ialah ‘orang yang bising’.

Bising pada tempatnya tidak mengapa. Masalahnya ialah tidak pada tempatnya.....Riuh rendah tapi kosong.Kepada para remaja terutamanya; usahlah jadi ‘mangkok hayun’. Membuang masa tak tentu pasal; merempit, ‘clubbing’, siang tidur malam berjaga, malas belajar, tinggalkan solat dan sebagainya...

Maksud firman Allah SWT dalam surah al-‘Ankabut ayat 45:

“Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.”

p/s Kepada sdr Ali Osali yang sedang dirawat di SJMC, didoakan mudah-mudahan cepat sembuh. Sesungguhnya sakit itu juga adalah ujian Allah sebagai tanda kasihnya kepada kita hambaNya.

Wassalam
FarahDina

08 August 2008

ALI OSALI & LIQA' PATIN DTEMERLOH 10.08.08



Salamualaikom!Terima kasih maklumat berkenaan Sdr Ali Osali! Semoga beliau bertambah sihat!Hendaknya maklumat terkini dari Muna dlm masa terdekat! Lawatan ke SJMC perlu disegerakan!Gen77kik77 lembah klang siap sedia menanti maklumat terkini dari Muna!Sebentar tadi Fuad Gengster ada cakap2. Liqa' Patin DTemerloh 10 Ogos. Berkumpul di plaza tol Gombak jam 9.00 pagi Ahad!Harap2 ramai yg akan ikut. Kita akan ke pekan sehari Temerloh atau masuk kampung cali lulian! Haiyaaaa, lulian Temerloh manyak langup ooo!Pakat2 join naa! Gengster dah ready dgn pelbagai masakan Patinnn!Yang perlu visa, pandai2lah pujuk!Aku takpa, mem pi rombongan ke kota bharu. Naik bas kolej, hari ahad baru balik.Esok nak pi jengok anak dara kat Unisel. Kangen sgt dah! Kalau ada lagi lulian kat Ijok, cadang nak beli sebijik dua. Cukop lah, sorang saja nak ngap!

- GENGHIZ

Hari ni 08.08.08

Assalamualaikom Semua GEN77

Sempena tarikh bersejarah ni che pah mengambil peluang untuk merakamkan sedikit catatan walaupun tak ada apa2 nye...
Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat kasih sayang dan hidayah Allah dalam melayari sisa2 hidup yang mendatang, berbahagia bersama keluarga dan zuriat keturunan, cemerlang dunia akhirat...
Dan semoga ikatan silaturrahim yang ada selama ini berkekalan dalam redho Allah, amin ya Rabbal Alamin

Che Pah pada tarikh 08.08.08 bersamaan 6 syaaban 1429 H

kenduri 16 & 17 ogos 2008


YA, Waalaikom salammm wr wb!
Pantun membalas gurindam;

Duduknya cawan di tepi peti
Mengkudu ditanak pahitnya lagi
Untuk kawan2 nak pi PT
Tunggu di Karak lapan pagi!


- genghiz