13 June 2008

ZIARAH MENJEJAK UKHUWWAH

Bahagian 1:

Hari ini Jumaat 13 Jun 2008 hari yang sangat bermakna bagi kami. Saya, Rosli Abas, Yahya Daud, Hashim Sulaiman, Rohani Daud, Rahimah Husin dan Siti Rabiah telah melakukan ziarah kerumah sahabat kita Allahyarham Ariff Ismail di Kampung Kota, Kota Baharu, Kelantan.

di rumah Pn Rohani Daud.

Pada awalnya kami 5 orang dari Jerteh akan kesana. Tetapi di sebabkan sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan maka Azami Ghani dan Mohd Kahar Daud tidak dapat ikut serta. Kami bertolak seawal jam 08.30 pagi. Seperti biasa Hashim Sulaiman telah membuat keputusan di saat akhir ketika saya hampir bertolak dari rumah. Mujur sempat tunggu setengah jam baru sampai. Singgah di Pasir Puteh ambil Yahya Daud dan terus menuju ke Simpang Empat Tunjung, tempat yang dijanjikan dengan Rohani utk bertemu.

Bahagian 2:

keluarga Arwah Ariff bersama Pn Rohani, Rahimah dan Siti Robiah

Sampai di tempat yang dijanjikan, menerima panggilan dari Rohani untuk ke rumahnya dahulu. Kami di hidangkan dengan jamuan Laksa [ kelantan / penang ], Laksam serta kuih2 yang pelbagai ( terima kasih Rohani). Rahimah dan Siti Robiah telah sedia menunggu di rumah Rohani. Selesai makan terus ke rumah keluarga Ariff.

Bahagian 3 :


Anak-anak Arwah bersama ibu mereka.


Kedatangan kami telah di sambut oleh anak sulung Ariff serta keluarga dengan gembira. Mereka sekeluarga berada di rumah ibunya ( mertua Ariff). Salah seorang anak Allahyarham ( Muhammad Jazli) tiada bersama kerana belajar di Matrik. Baru mendaftar 2 minggu lepas. Pn Mariah Mahmood isteri Ariff adalah suri rumah sepenuh masa. Kini beliau terpaksa memikul semua tanggungjawab untuk membesar dan menyekolahkan 5 orang anak yang masih kecil. Mohd syazwan, anak sulung (20) akan mendaftar di Pusat Asasi UIA Nilai, Negeri 9 pada 23 Jun ini utk panggilan kedua. Beliau mengambil jurusan Sains Kimia. Anak ketiga zulkifli akan menduduki SPM tahun ini di Maahad Muhammadi(L) KB. Sementara Fatimah ( anak ke 4 ) akan menduduki UPSR September nanti. Anak bongsu beliau pula Muhammad Iqbal belajar di Tahun 3 di SK Kota. Kami sempat mengadakan Tahlil untuk arwah. Tidak ketinggalan juga kami menyerahkan sedikit sumbangan untuk keluarga Allahyarham.

Mohd Syazwan Ariff
Bahagian 4 :

sdr Hussain Dollah suami Siti Robiah

Selepas ziarah kerumah Arwah Ariff kami berempat mengambil keputusan untuk menziarah pula ke rumah Siti Robiah utk bertemu dengan suami beliau Hussain Dollah yang mengalami sakit jantung. Keadaannya agak kritikal juga. Dalam jangka waktu sebulan terakhir ini telah dua kali beliau masuk hospital. Masa bercakap dengan beliau, baru dua hari beliau keluar hospital.

bermacam jenis Bonsai di rumah Siti Robiah....

Bahagian 5 :

di rumah Syukri Awang Hamat.

Dari Rumah Siti Robiah kami ke rumah Syukri Awang Hamat ( ex KIK 78/79 - tingkatan 6B&6A). Saya dan Rosli serta Hashim mengenalinya di MPI. Manakala Yahya di KIK. Sampai di rumahnya selepas solat Jumaat di Masjid Nilam Puri.

Bahagian 6 :

bersama gru kita Ustaz Adham.

Kami singgah di rumah Ustaz Adham selepas beredar dari rumah Syukri A. Hamat. Keadaan Us Adham adalah baik. Cuma mengalami sakit lutut. Kami beredar dari rumah ustaz jam 4.30 ptg untuk menjejaki rumah Ariffin Hassan. Sampai di rumahnya, beliau tidak ada kerana belum pulang dari tempat kerjanya di SK Keratong 4. Saya sempat menelefon beliau yang sedang dalam perjalanan pulang dan singgah untuk mengambil anak beliau di Kuantan.

Bahagian 7 :

depan rumah Wahab Idris.

Kami terus menjejaki Abd Wahab Idris yang berada di Tok Bali. Kami tiba di rumah beliau jam 6.00 ptg. Beliau masih semua rakan semasa di KIK dahulu. Juga menyampaikan salam kepada semua yang mengenalinya. Beliau boleh dihubungi di no 017-2046861.

Sesungguhnya ziarah kami hari ini adalah bukan kerana nama Ariff Ismail, Ustaz Adham, Rohani Daud, Rahimah Hussain, Siti Robiah, Yahya Daud, Hashim Sulaiman, Rosli Abas, Hussain Dollah , Syukri, Ariffin Hassan, Wahab Idris atau Mohd Sanusi. Tidak ada apa-apa pada nama-nama itu. Ziarah kami adalah atas sebuah nama ukhuwaah. Bertemu dan berpisah kerana Allah.


Sekian. Wassalam.

Mohd Sanusi.

No comments: