15 April 2008

Tidurlah Intan, Tidurlah Payung

Petang semalam di sekolah anak saya , saya terdengar dialog antara seorang pelajar lelaki berusia 8 tahun dengan gurunya:

Ustaz : “Petang-petang macam ni tak elok tidur”.
Luqman ( yg baru saja duduk dikerusinya dan cuba melelapkan mata sambil sebelah
pipinya di atas meja menyoal balik ):”Kenapa pulak tak boleh?”
Ustaz: “Rasulullah larang, takut hilang akal”.
Luqman : ”Saya selalu tidur balik lepas Subuh, boleh tak ustaz?”
Ustaz : ”Itu pun tak elok, boleh menyebabkan ’papa’.”
Luqman:” 'Papa' tu apa ?”
Ustaz: ”'Papa' tu maknanya miskin”
Luqman:” Sape cakap macam tu?”
Ustaz: ”Rasulullah, dalam hadis”
Luqman:”Hadis apa tu, hadis dari siapa?”
(ustaz senyum dan saya juga tersenyum)

Hadis Rasulullah SAW tentang bahaya tidur selepas waktu ’Asar dan kerugian tidur balik selepas solat Subuh ( belum kira azab siksa akibat tak solat Subuh lagi ) entah diketahui atau tidak oleh anak-anak remaja kini, wallahu a’lam.

Pengalaman saya dengan anak2 remaja ; termasuk adik2 dan anak2 buah yang pernah tinggal bersama, waktu selepas ‘Asar dan selepas Subuhlah paling sedap mereka tidur.Teringat saya kata seorang pakar motivasi : “Ramai orang jadi Bilal pada hari minggu . Bila disuruh bangun Subuh mereka menyebut Ahad! Ahad! “

Amalan ‘tidur siang berjaga malam’ juga adalah berlawanan dengan fitrah. Allah SWT menjadikan malam untuk berehat dan siang untuk bekerja. Jika kita melakukan sebaliknya, ia adalah merugikan. Kalau tidur lewat pun tak payahlah qada’ sampai terlepas Subuh . Tidurlah sekejap waktu tengahari, Qailulah tu banyak fadhilatnya. Saya selalu berpesan kepada pelajar2, tetapi kadang2 dek kerana tabiat ini telah lama sebati, bukan mudah untuk mengubahnya. Kecuali mereka sendiri yang menyedari akan kerugian2 yang dialami !

Sesungguhnya sunnah Rasulullah SAW amat besar peranannya dalam menentukan perjalanan hidup kita !
Wassalam
FarahDina

No comments: