29 April 2008

Konvoi Kemanusiaan Gen77 : Muar 4/5/2008


Salam,

Semasa Hari Anugerah Kecemerlangan KISAS 2008 baru-baru, kami wakil-wakil Gen77 telah sempat bertemu dengan anakanda Mariam Fadilah, salah seorang pelajar terbaik SPM KISAS 2008, yang juga merupakan salah seorang pelajar terbaik SPM nasional.

Kisah belaiau telah dibicarakan di dalam grup maya tidak lama dahulu. Beliau diuji Allah dengan kehilangan ibu dan bapa dalam masa beberapa bulan. Ibu beliau meninggal ketika menjelang peperiksaan SPM yang lalu, sementara bapa beliau pergi mengadap Ilahi tidak lama selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

Beliau sekarang tinggal dengan 7 orang adik beradik yang lain di rumah peninggalan orang tua di Muar, dengan dijaga oleh bapa saudara beliau.

Gen77 telah membuat keputusan untuk mengambil beliau dan adik beradik beliau sebagai anak angkat. Saudara Syed Abu Hussin sendiri telah memberikan komitmen untuk membantu beliau dan adik beradik beliau hingga semuanya berjaya. Beliau menawarkan bekalan makanan dari depot salah sebuah syarikat beliau di Johor Bharu untuk dihantar secepat mungkin ke Muar.

Melalui beberapa perbincangan, kita telah membuat keputusan untuk mengadakan Konvoi Kemanusiaan ke Muar bagi memberikan bantuan awal dan membuat perbincangan lanjut dengan kaum keluarga beliau.

Maklumat lanjut mengenai konvoi tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: Ahad, 4 Mei 2008
Waktu: Jam 9.00 pagi di Stesen Minyak Shell Tol Sg Besi. Bagi Gen77 di tempat-tempat lain akan dimaklumkan sewajarnya.

Marilah kita menjayakan misi ini dengan sebaik-baiknya.

-Asmawi Mohamad
PMB

No comments: