Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Bersempena dengan malam jumaat dan setelah berbincang dengan geng2 penaja serta orang2 kuat Gen 77 dengan mengambilkira pandangan ahli2 dari pelbagai latarbelakang kami memutuskan untuk menubuhkan TABUNG BANTUAN KEWANGAN GEN77 bagi mengurangkan bebanan ahli ahli gen 77 yang kurang bernasib baik
Sumber Kewangan ........Memohon sumbangan Ahli Ahli Gen 77 sebanyak RM 20 sebulan
Tarikh Berkuatkuasa....Bulan Mac 2008
Julat Pembayaran.........1hb Hingga 5hb setiap Bulan
Cara Pembayaran..........Dimasukkan kedalam Akaun Sdra Asmawi Muhammad
(Buat Sementara setelah diWujudkan AKAUN GEN 77)
Jumlah Pembayaran.....RM 20.00 sebulan
Beberapa rumusan telah dicapai dan disepakati yang mana hasil dari kutipan ini akan disalurkan oleh saudara Asmawi ke Akaun Penyelaras individu tertentu yang telah dilantik menyelaras ahli ahli yang didapati amat memerlukan bantuan dari Tabung berkenaan
Antara lain nya sebarang bantuan secara 'direct' atau 'direct approached' tidak lah perlu dilayan bagi mengelak sebarang pertindihan bantuan
Lebihan dari kutipan bulanan akan dikekalkan dalam akaun sedia ada
Mengenalpasti lagi ahli ahli Gen 77 yang memerlukan bantuan tabung
Akhir sekali...".Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia menjadikan jalan keluar baginya dan Dia mendatangkan rezeki kepada nya dari jalan yang tidak disangka sangka.Dan sesiapa yang berserah atau bertawakkal kepada Allah,maka ia berada didalam jaminanNya.(Dicukupkan keperluannya oleh Allah)Sesungguhnya Allah menjadikan bagi tiap tiap sesuatu ada ukuran nya)
28 February 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment