24 February 2008

Paper Clip


Suatu hari saya berada di bilik Cikgu Kusno bersama seorang teman (Saya tak ingat ketika Cikgu di bilik itu adakah sebagai Penolong Kanan atau Pemangku Pengetua ). Kehadiran saya ke situ ialah kerana menyerahkan borang-borang yang telah diisi dan ditandatangani.Sementara menunggu Cikgu menyemak borang-borang berkenaan satu persatu, saya membantu meletakkan klip kertas pada borang yang tidak diklipkan.Cikgu kemudiannya mengambil borang yang telah saya klipkan tadi. Namun, sebelum sempat menyemak Cikgu Kusno telah menanggalkan kembali klip kertas yang saya letakkan tadi sambil merungut; “Apa awak buat ni?” Bagi saya perkataan itu amat ‘keramat’ bunyinya. Apa salah saya?! Rupanya saya telah tersalah meletakkan klip berkenaan. Terbalik. Bahagian yang sepatutnya di atas saya letakkan ke bawah dan bahagian bawah yang lebih besar itu kedudukannya di atas! ’Peristiwa kecil’ itu telah berlalu hampir 30 tahun, namun ia masih tak luput dari ingatan saya. Ia amat bermakna. ’Kecil tapi signifikan’ ( saya pinjam kata-kata ’guru’ saya juga; terima kasih Prof Kamil).


Terima kasih Cikgu Kusno ! Peristiwa kecil itu telah mengajar saya supaya sentiasa:

· Berhati-hati
· Prihatin
· Teliti
· Berdisiplin
· Kerja mesti ’smart’, jangan pakai 'cincai'


FarahDina

No comments: