Yang Hadir: Asmawi Mohamad, Padzilah Said dan suami, Ahmad Samawe Hasan, Tajuddin, Norlela Badiozaman dan suami.
Ahmad Samawe sekarang jadi Timbalan Pengarah Kastam Pahang. Tahun lepas saya terbaca alhbar The Star, beliau dapat pingat Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah (SAP), yang merupakan satu darjah di bawah dari DIMP. Kalau DIMP tu, dah dapat Datuk :). Tajuddin pula bertugas di JKR Temerloh. Beliau drive hampir dua jam untuk sampai ke Kuantan bagi menghadiri majlis pertemuan tersebut. Padzilah bekerja di LHDN dan menetap di Kuantan. Suami beliau seorang ahli perniagaan. Norlela (5 sastera 4 bersama Akak Wan Chik) pula bekerja dan menetap di Chini, lebih kurang sejam perjalanan dari Kuantan. Suami beliau telah bersara.
Saya mesti tabik kepada Norlela dan Tajuddin di atas kesanggupan mereka datang dari jauh malam2 buta. Tajuddin sms saya keesokan harinya bahawa dia sampai di rumah jam 1.30 pagi. Tak tahulah berapa dia pecut malam tu.
Kami bertemu selama lebih 3 jam, dari jam 9 hingga lebih kurang 12.30. Dan agaknya kalau saya tidak memohon mengundurkan diri jam 12.30 malam tu, boleh jadi kami akan terus bersembang hingga kedai tutup jam 2.00 pagi. Yang paling banyak bercerita malam itu ialah Ahmad Samawe orang kuat Kastam Pahang tu, dibantu oleh Tajuddin. Saya, Padzilah dan Norlela hanya tumpang gelak sahaja.
Satu perkara yang saya amati ialah mengakses blog sekarang sudah menjadi rutin harian sebelum mula buat kerja-kerja resmi ofis. Semua orang sudah ketagih dengan blog: Ahmad Samawe, Tajuddin, Padzilah dan Norlela, menjadikan ini sebagai rutin harian. Kadang-kadang bila kena time mesyuarat pun, Ahmad Samawe akan suruh dimulakan mesyuarat dulu. Dia hanya akan join selepas dia baca blog terbaru. Ingatkan orang-orang kuat macam Che Latifah dan Mustafa sahaja yang mempunyai habit sedemikian. Rupanya penyakit blog dah menular kesemua orang :).
Rupanya ramai orang yang masih belum menonjolkan diri di belakang sana yang merupakan teman setia blog. Ahmad Samawe dan Tajuddin banyak menyimpan kisah-kisah manis semasa di KIK yang saya sendiri tidak ingat. Beliau satu usrah masa di tingkatan empat dengan saya- usrah Al Hadid yang dipimpin oleh Arwah Mokhtar Osman. Beliau siap sempat ingat kisah perlumbaan mengazan antara Zawawi Mamat dengan Daud Norakit, hinggakan pada suatu hari tu, punyalah nak berlumba, si Zawawi (senior kita setahun) siap perform azan di tepi longkang surau di asrama blok E, just to be ahead of Daud yang pada masa itu sudah berada di baris depan surau, ready to perform his azan thing anytime. Terkulat2 Daud bila tiba-tiba dia dengar ada orang sudah buat azan di luar sana :) :).
Saya beritau Samawe dan Tajudin supaya rajin-rajin menulis. Si Samawe belum pernah menulis lagi, tapi Tajuddin dah pernah menulis sekali. Jangan-jangan nanti dia jadi macam Dato Genghiz kita. Sekali dia menulis, haaaa, satu blog dia conquer. Tunggulah harinya nanti!
Keesokan harinya, Ahmad Samawe hantar sms kepada saya yang bunyinya "Pertemuan malam itu mengimbau kembali nostalgia detik manis lebih 30 tahun lebih yang lampau. Saya sama sekali tidak pernah terfikir akan reunion ini". Saya rasa perasaan seperti ini dikongsikan bersama oleh semua orang.
Gambar sepenuhnya di sini. Sila klik pada gambar untuk melihat deskripsi lanjut tentang setiap gambar berkenaan:
-Asmawi Mohamad
29 February 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment