10 January 2008

Hussain Mat Isa-Changlon Kedah

Assalamualikum WBT, Salam Maal Hijrah 1429,Para Sahabat dan Rakan Serta Para Guru KIK,
Semalam melalui Sdr Fuat Azahari, saya dapat hubungi kawan lama seorang lagi iaitu Saudara Hussain Mat Isa. Sekarang beliau sedang menabur bakti si sebuah sekolah di Changloon Kedah.

Kami agak rapat. Hussain pandai cakap Kelantan. Hingga perkataan pekat Kelantan pun dia boleh sebut, seperti bekwah (kenduri)dll. Masa cakap dalam tel. saya kata saya ingat alamat rumah beliau di Kedah: "Kg Dulang Kecil, Yan, Kedah". Secara terus dia sebut alamat rumah saya, "no 28 Kg Panjang Banggu Kota Bharu Kelantan". Macam tu ingatan saya dengan Hussain sama hebat dan kami sama memberi perhatian berat terhadap kawan. Ambil tahu masa di KIK dulu.

Itulah kawan kita selalu bersama. Setiap pelajar dibuat alamat kg asal. Yang tak sedap alamat betul ini apabila kita kena poskan result peperiksaan penggal. Masa tu ada seorang kawan, dia sengaja nak buat salah alamat. Dia tinggal di Kangkong Kedah, dia kata nanti aku nak buat alamat hantar result aku nuuh...Sik Kedah. Nanti tak siapa buka dan dapat tahu result peperiksaan penggal dia. Nakal masa kita di KIK dulu macam-macam nak klentong
Hussain ada empat cahaya mata. Lama jua kami bersembang. Alamat e-mail dia panjang nanti boleh click saja dalam posting dari Sdr Fuat Azahari...bertajuk apa dan siapa pula lepas ni...

Hussain flashback 76,77,78 dan 79 dia ingat Rosli Abas, Ariffin Bakar, Naim Nordin dll. Rumah Hussain dekat UMM, kot sebab sebelum sampai UUM kita lalu Changloon. Nanti Kalau ke UUM atau ke Bkt Kayu Hitam boleh Call Hussin. Boleh makan Rojak di tepi highway ke Bkt Kayu Hitam. Kedai tu sedap rojaknya dan ada satu gambar lama orang "gedeber" zaman dulu kot... saya tanya tokey kedai tu... itu gambar Tok Wan En...ke? Dia kata tak... itu gambar Tuanku Sultan Kedah... yang dulu...Saya terasa malu dan minta maaf. Itu cerita saya ke UUM dan makan rojak di situ Nov 2007.

Mari Kawan... kita re union. Jagan ada pemisah antara kita, spt Sdr Fuat kata ingat lencana sekolah kita Fastaqim Kama Umirta . Terima Kasih Sdr Fuat..

Wassalam

-mustafa mohd nor-

No comments: