07 January 2008

Datin Wan Hasmah

Salam,

Pagi tadi sebelum masuk pejabat saya sempat call Datin Wan Hasmah (ie Cikgu Wan Hasmah yang mengajar kita geografi dulu). Oh my!! Saya dapat rasa keceriaan dan kegembiraan beliau kerana dapat berhubung kembali dengan kita semua. Its not a fake or "superficial" excitement because you can feel the "naturality" and "keikhlasan" dalam setiap perkataan beliau. In fact, Cikgu Sushama sudah update beliau tentang perjumpaan kami semalam, dan Datin amat teruja untuk bertemu semula dengan kita semua.

Of course she cannot recall siapa Asmawi sekor ni. Dan bila saya sebut beberapa nama yang lain, beliau ingat secara samar-samar sahaja. Insya Allah bila berpeluang jumpa nanti saya pasti beliau akan dapat "relate" setiap wajah dengan nama seperti yang dikenali 30 tahun dahulu.

Nak dijadikan cerita, rumah beliau adalah hanya sepelaung sahaja dari rumah mertua saya di Taman Tun Dr Ismail.

She is looking forward to a reunion that we are planning. Insya Allah dengan kerjasama dan tungkus lumus dari kawan-kawan semua untuk menjejak kawan-kawan kita yang lain, usaha kita akan menjadi kenyataan.

-Asmawi

No comments: