Apa khabar semua?, didoakan semuanya beroleh kesehatan dan kesejahteraan. Tiba-tiba jari ini terpanggil untuk mengetuk keyboard computer bagi mengisi ruang kosong sekembalinya wm dari surau. Cuaca panas sepanjang hari dalam beberapa minggu ini hilang sertamerta bila hujan turun sebentar tadi namun tidak selebat hujan yang turun semalam diperjalanan wm ke cyberjaya untuk memenuhi undangan Anson dan rakan-rakan gen77kik. Kesyukuran kepada ALLAH swt, atas nikmat yang tidak mampu untuk manusia menghitungnya, Anugerah pancaindera mata, telingga, tangan, kaki dll begitu besar, adakah kita mahu menukar nikmat mata dengan emas sebesar gunung, mahu menukar nikmat pendengaran dengan kekayaan lembah perak, mahu menukar nikmat lisan yang boleh bertutur dengan kemewahan hidup, sedangkan tidak ada makna emas sebesar gunung bila lisan menjadi kaku, mata menjadi buta, telingga menjadi tuli, justeru itu ayuh kita meningkatkan kesyukuran kepada Allah swt yang menganugerahkan kita semua nikmat kehidupan ini. Dalam usia yang kian dimamah zaman, tika medium canggih terus merancakkan ikatan persaudaraan melalui blog, FB, emel, sms, youtube , twitter,blackberry maka gen77kik mengambil peluang dan ruang untuk merapat ukhuwah dan silatur rahim. Tahniah untuk kalian yang terus memburu keutuhan dalam persaudaraan dan persahabatan. Ranjau, gunung dan lautan terus diterokai mencari erti kawan dan rakan. Teramat sayu dan hiba disamping bangga bila gen77kik mampu merentas selat Melaka untuk mengembalikan nostalgia seorang guru yang terkenal dengan ungkapan “Mahu jadi apa kamu?” dalam liqa’ Tekam 31April 2011. Sekalung Tahniah dan syabas kepada rakan-rakan yang membawa Bapak Soenaria Shasmita dari Bandung, Indonesia ke Kelang dan seterusnya ke LIQA' NASIONAL GEN77KIK TEKAM PAHANG.
Salam hurmat dari
wakman 5sas2 kik77
17 May 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)