28 May 2009

haji mabrur In Sya Allah!

Khas utk Bang Chin dan sahabat2 yang akan menjadi tetamu Allah!
Hajjun Mabrur, sa'yun mashkur, zanbun maghfur wa tijaraton lan taburrr
In Sya ALLAH

26 May 2009

ANTARA DUA PERSIMPANGAN




Assalamu'alaikum,
Didoakan semua sihat.WM dalam perjalanan balik dari concorde Shah Alam. Berhenti sekejap di hentian Pedas. Terpanggil untuk menulis sedikit bagi memperkasakan lagi blog gen77kik. Malam tadi sempat liqa' di sek 20 S/Alam bersama Mawi, Tok lah, Zali dan Biro. Tengahari tadi Yahya Daud, Zali dan Azam Hamzah tunggu WM di sek 7 kat Restoran Molek. Semua menceritakan kisah-kisah lama tahun 1977. Antara soalan2 yang diulang oleh Biro, WM dan lain-lain teman ialah kenapa ada teman2 yang menyepi tanpa maklumat dan berita walau pun ramai yang membaca blog dan email maya. Aku sibuk, tak ada masa itulah jawapan yang popular daan mungkin relevan.
Teman-teman yang dihurmati,
Masa sememangnya amat berharga, dah sampai masanya, setahun dirasakan sebulan, sebulan dirasakan seminggu, seminggu dirasakan sehari, sehari dirasakan sejam, sejam dirasakan seperti satu kilatan cahaya.Itulah yang dimaksudkan dalam Hadith Nabi Muhammad s.a.w.
Justeru itu, jangan kita mencari dalih untuk terus menyepi dalam ikatan ukhuwah gen77kik. Carilah dalil-dalil dan nas-nas yang menyokong kepentingan dan tuntutan persaudaraan dalam Islam.

Ok, cuaca agak panas hari ini, WM perlu pulang segera kerana ada tugas menanti.

ســـلام مـسـرا دري واك مــن

25 May 2009

كهـيدو فــن دان كـمـاتين




الســـلام عيـكم ورحمــة الله

ددعــكن ســموا صيحــة دان بهــاكــيا

Al hamdulillah, perjalanan kehidupan yang sementara ini telah membawa keinsafan kepada ramai manusia, namun masih terdapat insan-insan yang terus lalai dan lupa dengan peranan dan tanggungjawab sebagai khalifah.
Semalam WM sempat singgah menziarahi kubur sahabat genkik77 Allahyarham Azizian Abd Hamid yang meninggal pada 11.11.2007 yang dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Ar-Rahim, Merlimau. Lepas tu, tergerak hati untuk singgah di kg.Paya Datuk, Alor Gajah dan sempat ziarah kubur saudara kita Datuk Abd kadir Daud. Kita bacakan al-Fatihah untuk teman-teman kita yang telah mendahului kita semua.
Dalam perjalanan untuk ke Shah Alam, WM sempat menghubungi 2 orang gen77kik untuk minum petang di kg.Simpang Empat. WM dapat liqa' bersama Us.Abdullah dan Us.Muhabbat.

Cuaca di Shah Alam nampak cerah tetapi redup, macam kena gerebu je. Malam tadi tak ada gen77kik yang dapat keluar. Zali Hang Sebat janji malam kedua WM di Shah Alam.Tok lah dan Biro pun dah setuju. Malam ni kita liqa' Shah Alam.
Kehidupan kita tidak kekal di dunia justeru itu mengingati kematian adalah sebaik-baik peringatan.


Hotel Concorde Shah Alam.


Salam hurmat
Wakman Concorde Shah Alam

24 May 2009

ternak keli

صـبـر : مـعنا دان فـريغـكت كصبران





الســلام عليكم ورحمة الله
اف خبر ســموا ؟ ددعــاكــن صيحــة دان بربهاكيا

WM SERTAKAN SATU TULISAN BERKAITAN SABAR UNUK RENUNGAN SEMUA.

SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.

Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.

Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.

Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.


Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:


1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.

Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:
• Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.
• Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.
• Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.

Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.

salam hurmat
wakman.

21 May 2009

JOM BERKAYAK !!!




Aktiviti berkayak WM dan anak-anak buah untuk membina pasukan kerja yang bersatu dalam tugas Amar Maaruf Nahi Mungkar.







Salam untuk semua,
Didoakan semua sehat dan sejahtera di samping tugas sedia ada. Salam perjuangan untuk semua. Selamat Hari Guru untuk semua semuga jasa guru terus dikenang. Perjuangan umat Islam terus memerlukan ketabahan, sajak salam Benua oleh Usman Awang amat memberi makna untuk kita mengenal erti persaudaraan dan pengorbanan yang mesti diteruskan walaupun kita dipisahkan oleh benua....


Salam Benua ~ Usman Awang
I
MEREKA memisahkan kita
pasport visa wilayah segala tempoh nama
mereka merompak kita dengan undang-undangnya
peluru dikirimkan dalam bungkusan dollarnya
kita dipaksa memilih salah satu
dan kita mesti memilihnya
tiada jalan lain
II
Telah saudara pilih senapang dan peluru
banyak pemimpin memilih dollarnya
untuk ini saudara membasahi baju
rumput-merah sungai-merah
tangis anak-anak
darah rakyat tertindas
III
Saudara memerah kaktus melumat batu
menjadikannya minuman makanan
gadis-gadis bekerja debu pasir dandanannya
anak-anak kecil menyandang senapang
saudara menghitamkan langit menyelubungi
saluran minyak
setengahnya menyanyi di penjara
untuk pembebasan Palestin

IV
Kami bertatih di sawah semakin kering
petani-petani mulai menebang hutan dara
permulaan kecil pada ketenangan segumpul awam
ketenangan yang di belakangnya memangkas kami
yang sedikit ini sedang belajar
dari tiap pengalaman saudara
dan pengalaman sendiri
kami memampatkan gerhana bulan mei
pada tujuan tempat
nusantara ini
V
Salam
tanpa visa
pasport
golf
warna
kemanusiaan rakyat
seluruh benua

Usman Awang
1970


Ok, doa bersama demi keselamatan dan kesejahteraan umat Islam khususnya teman-teman dan keluarga Gen77kik.
Wassalam.
Wakman.

Gen77kik di Melaka kena bersiap untuk kita berkayak.

15 May 2009

SELAMAT HARI GURU

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru Dengan Pembangunan Negara
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan
1977 Dedikasi Dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 Guru Dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembena Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan Dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2008 Guru Cemerlang Negara Gemilang
2009 GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


13 May 2009

coretan di TTI Kuala Trengganu





Salam sejahtera untuk teman-teman semua.

Bengkel WM baru sahaja selesai, Flight jam 2110. Sementara tunggu kekawan datang WM coretkan sedikit bahan untuk renungan bersama. baru sekejap cikgu Khairudin call, Tahniah beliau masih diperlukan untuk terus mendidik. Kini beliau menjawat jawatan pensyarah di UDM, Trengganu dalam bidang ekonomi.
Di bawah ini ada bahan yang menarik untuk terus direnung, bukan sahaja sempena Hari Ibu tetapi kita di ajar untuk terus berbakti dan menjadi anak soleh solehah. "Dengan kedua ibubapa kamu hendaklah kamu berbuat baik".


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak


Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari...... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..... mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Teman-teman yang sentiasa diingati,
Kehidupan ini memang memerlukan kekuatan, semangat dan daya juang yang tinggi. manusia akan diuji. Pelbagai ujian pasti akan ditempuh oleh kita, yang berbeda hanyalah bentuk ujian dan masa ketika mana kita diuji. Sabar adalah penawar yang mujarab selain munajat serta doa. Ujian diterima oleh kita lebih ringgan jika kita membandingkan dengan oleh yang lain.
Teman-teman juga akan mula sibok lagi bila di awal jun 2009 nanti ,ada anak-anak yang akan mendaftar di IPTA/IPTS. Perbelanjaan, pengangkutan dan kos sara hidup yang terus menerus. Pesanan untuk anak-anak, berjimat cermat dan bersyukurlah kepada ALLAH swt kerana masih ada ibubapa yang terus membelai dan menbimbing anak-anak.

Ok lah, Terima kasih kepada semua teman-
teman gen77kik yang dapat melayan WM di KT dan insya Allah kita jumpa lagi di mana-mana liqa'.

ســلام محــبة انتــوق سمـوا تمـــن
Kuala Trengganu.

Coretan Silam di Kuala Trengganu






Salam hormat untuk semua.
Wakman baru balik dari liqa kecilan di Kuala Trengganu bersama Wan Zaki, Omar, Zali dan Che ku Moksin.Memang meyeronokan. semua bercerita mengenai kisah-kisah tahun 1976 -1977. Dari bab pagar kena roboh sampai kena denda sebab tak turun solat subuh. Beberapa nama diulang-ulang kerana ada cerita disebalik nama-nama tu. sedar tak sedar jam dah 12.40 pagi. Wakman yang bangun dulu minta diri barulah gen2kik77 bangun untuk balik, kalau tak mungkin sampai subuh masing2 masih mampu berhujjah mengenai kisah-kisah menarik. Ada teman yang cakap, nakal-nakal gen77kik pun akhirnya jadi orang yang berjuang untuk mengangkat martabat Ummah. Omar ada cadangkan supaya gen77kik buat stiker gen77kik untuk ditampal dikenderaan gen77kik supaya bila berselisih kenderaan dapat mengenali kekawan yang mungkin agak sukar untuk mengingat. Kita rata-rata berusia 49 - 50 tahun tetapi mengikut kekawan punya perasaan bila gen77kik berkumpul masih lagi dapat merasai suasana umur tahun 1977. Sungguh mengembirakan hati semua. Ayuh!! mana-mana teman yang masih berdiam untuk joint liqa kecilan dimana-mana lokasi, kita gerakan mereka untuk turut serta.



Oklah, dah larut malam, esok ada tugas lagi, didoakan semua teman2 beroleh kesehatan dan kesejahteraan serta ketabahan dalam menghadapi tugasan dan amanah mengurus dan mentadbir bumi ini.

Wakman
Kuala Trengganu.

11 May 2009

ZIARAH SDR ISMAIL MAON







الســلام عليكم ورحمة الله وبركاته ا ف خبر ككاون سـموا؟ رحيمن صيحـة والعافية . ددعــاكن سمـوا ككاون جوك صيحة دان كمبيرا دســمفيغ كلوارك . فد هاري سمـالم رحيمن برسـام مـحببة عبد اللطيب فركي كبندركلـواغ جوهور انتوق منزيارهي سودارا اسـماعيل ماعون. بليو ســكلوارك صيحة دان نمـفق كمبيرا.
Wakman kini sedang berada di bandar Kuala Trengganu. Ada tugas yang perlu diselesaikan. Sebentar tadi Zali Sidek bersama anak daranya datang jumpa wakman di Grand Continental.Ok, sambung cerita ziarah Mail Maon. Balik dari rumah mail semalam, wakman sempat singgah di rumah ct. kitiyah. Ct Timah Omar pun datang sama. Terima kasih cikgu Latip dan cikgu Malek yang melayan (suami Kitiyah dan suami timah) wakman, Muhabbat serta kawan lama Ramli Mohd di Sultan Mohamad dulu. Muhabbat baru jumpa Ramli setelah berpisah tahun 1975. Mungkin Bakry dan Halimon pun tak pernah jumpa Ramli Mohd.



Kucing wakman baru beranak anak 4.


Pada tinjauan wakman, nampaknya blog gen77 ni semakin sunyi dari celoteh2 kekawan. Dengar khabar ramai yang menjadi pembaca tetapi nak menulis agak gugup dan gementar sebab emosi kita kadang-kadang tak dapat nak kawal bila dah mula menulis.
OK lah , dah masuk tanggal baru, wakman nak masuk beradu.....
Sukran, wakman
Kuala Trengganu.

selamat hari ibu!

07 May 2009

BBQ SOTONG