29 April 2009

liqa' candat 09

Assalamualaikom
Tahniah Hj Sanusi
Selepas balik dari sana, geng Lembah Klang berhasrat nak singgah di Temerloh. Dr Vet kata dah lama tak jumpa Patin. Harap2 Tn Hj Samawe ada masa utk berliqa' di sana!

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAM BIKUM


SALAM SAHABAT SAHABAT GEN77.
AYUH SAUDARA SAUDARI
KITA KUKUHKAN IKATAN
KITA TAUTKAN TALI SILATURRAHIM
KITA BANCUH RAMUAN KEKELUARGAAN
KITA LUMATKAN KETULAN KETULAN NURANI
KITA JADIKAN IA
SEBUAH PIE UKHUWWAH
KITA HIDANGKAN DI MEJA PERTEMUAN
KITA RATAH BERSAMA
HIRISAN HIRISAN HALUS
BERSAMA KEMANISAN IMAN DAN ISLAM
SEMOGA IANYA
MENJADI INGATAN LUHUR ABADI
HINGGA KE HARI HAQIQI
DI BAWAH NAUNGAN FIRDAUSI....... AMEEN

wassalam.

28 April 2009

HAGIA SOPHIA VERSI JERTEH.

Salam, semua pencandat dan teman-teman gen77 seluruhnya.
Dipaparkan di sini beberapa pemandangan Guesthouse yang akan dihuni oleh sahabat2.

Papan tanda Guesthouse.
Padang permainan di laman rumah.
Pemandangan rumah dari hadapan.
Garaj kereta

Sette 1 di ruang utama.
Tangga utk ke tingkat atas
Bilik penginapan biasa. Semua bilik mengandungi katil kelamin.
Sette ruang tamu tingkat atas.
Sette 2 di ruang utama.
Meja makan utama
Dapur
Bilik Utama ... lihat nanti siapa yang dapat.... apa kata kita bagi kat Chon laaa...
Beranda bahagian atas.
Kolam kecil di bawah tangga ke tingkat atas.... boleh lepaskan sotong keee dalam nii ?
wassalam, dah maghrib....

27 April 2009

candat

PENGINAPAN DAN JADUAL MAKAN

SALAM GEN SEMUA.
HARAPAN SEMOGA SEMUANYA DLM SIHAT N AFIAT.

SAYA BARU SAHAJA SELESAI BINCANG PASAL LIQA CANDAT SOTONG DGN AZAMI DAN KAHAR DAUD. SAMBIL2 PEKENA MEE KG PEK YANG TERLETAK DI PADANG LUAS NI. ANTARA KEPUTUSAN YANG TELAH DIAMBIL IALAH JADUAL MAKAN DAN PENGINAPAN :

1. WELLCOME DRINK MAKAN HARI JUMAAT PETANG [ TAJAAN SENDIRI / MEM ]

* KETUPAT SOTONG : Sotong akan diambil pada mlm jumaat. gotong royong buat bersama mem azami dan kahar pada kul 09.00 @ 10.00 pg.
* NASI HIMPIT/NASI KAPIT
* SATAY AYAM + DAGING
* MINUMAN DAN BAUH-BUAHAN [ TIMUN MCA.... TEMBIKAI LA, SKG MUSIMNYA]

* geng yg akan mencandat dinasihatkan jangan makan terlalu over. nanti ter........ dlm bot............ kwakwakwa.....


2. MAKAN MALAM : AKAN DIURUSKAN OLEH SDR AZAMI DAN KAHAR. CADANGANNYA MEE KG PEK ATAU MANA-MANA [ RASANYA YAHYA MESTI PILIH RESTORAN KAJOL, NASIB BAIK DIA KE LAUT] TEMPAT YANG SESUAI IKUT SELERA SAHABAT. PADA MLM NI YANG TINGGAL DI SINI HANYA DALAM LINGKUNGAN 10 - 12 ORANG SAHAJA. YG LAIN TURUN LAUT.

3. SARAPAN PAGI SABTU : NASI BERLAUK AYAM KAMPUNG DAN NASI DAGANG ITIK [ KEDAI MAK DA ] DEKAT JE DENGAN TEMPAT MENGINAP, BOLEH JALAN KAKI. AZAMI DAN KAHAR AKAN BANTU TUAN-TUAN SAMA ADA NAK BUNGKUS ATAU MAKAN DI KEDAI.

4.MAKAN TENGAHARI SABTU : NASI AYAM [ TAJAAN KAHAR DAUD ]. MAKANAN AKAN DISEDIAKAN DIRUMAH SAYA MEMANDANGKAN LOKASI YANG DEKAT DAN MUDAH UTK URUSAN LOJISTIK KE TEMPAT MENGINAP.

5. MAKAN MALAM / BBQ [MALAM AHAD] : TAJAAN AZAMI.
* SOTONG BAKAR [ HJ AMMAR JANGAN LUPA PENCICAHNYEEE YEEE ]
* IKAN BAKAR.
* NASI GORENG / MEE GORENG.
* TEMBIKAI / BUAH-BUAHAN.
* KUIH MUIH.
* ROTI CICAH KUAH SATAY.

6. PAGI AHAD. SARAPAN PAGI DI MANA-MANA YANG SESUAI. AKAN DIBINCANGKAN PADA MALAM TERSEBUT. ACARA BBQ MLM TU AKAN BERLANGSUNG SEHINGGA MATA TAK BOLEH NAK CELIK..... PARA PENCANDAT BOLEH TAHAN KEEEEE........ MABUK TAK HABIS LAGIII.... HEHEHEHE..

7. PENGINAPAN : MALAM PERTAMA SEMUA YANG TINGGAL DI SINI AKAN MENGINAP DI GUESTHOUSE. MALAM KEDUA JIKA TAK MUAT DI GUESTHOUSE SAYA CADANGKAN MENGINAP SAJA DI RUMAH SAYA. ADA 7 BILIK KOSONG. GERENTI PERCUMA. ITU PUN KALAU TUAN-TUAN SUDI..... TENTANG BILIK MANA DAN SIAPA DENGAN SIAPA BOLEH ADJUST SESAMA SENDIRI NANTI.....INSYAALLAH SAYA AKAN MASUKKAN GAMBAR NURANI GUESTHOUSE ESOK ATAU LUSA. OKAY.

SAHABAT2 , JIKA ADA APA-APA CADANGAN ATAU TOKOK TAMBAH TERHADAP APA YG TELAH DIKEMUKAKAN DI SINI AMAT DIALU-ALUKAN. KAMI SEDAYA UPAYA AKAN MEMASTIKAN SAUDARA-SAUDARI SELESA SEPANJANG BERADA DI SINI.
SEKIAN. WASSALAM.
NU-C.

24 April 2009

CANDAK RINTIS

DALAM PERJALANAN CANDAT RINTIS, GUMPALAN AWAN HITAM BERARAK , MERUNSINGKAN HATI KU...
TIBA DI KAMPUNG GUNUNG HUJAN LEBAT DISERTAI RIBUT KENCANG.
SEMAKIN JAUH MENINGGALKAN JETI PANGKALAN PETAH. HARI SEMAKIN GELAP.
TAIKONG [ TENGAH ] BERSANTAI BERSAMA PEMANCING-PEMANCING..
BARU SETENGAH JAM PERJALANAN, MASIH NAMPAK OK...
TEMPAT MELETAK BATANG PANCING. ADA JUAL KAT KEDAI ATAU BOLEH JUGA BUAT DI KEDAI WELDING.
SEDANG MENYIAPKAN MATA CANDAT.
SOTONG YANG DAPAT DAN DILEPASKAN DALAM TEMPAT KHAS UTK DIJADIKAN UMPAN, KALAU TAK HABIS JADI UMPAN KITA SENDIRI LAA PULAK.....
SOTONG-SOTONG YANG DAH MATI TAK SEKSI LAGI. MASA HIDUPNYA DIA SANGAT SEKSI... NIPIS NAMPAK SAMPAI DALAM PERUT. CUBA LIHAT YG DI ATAS BAIK-BAIK.
KUMPULAN ARMADA KAMI.
SALAH SEORANG PENCANDAT
TENGGIRI YANG BERJAYA YANG DIDARATKAN. TAPI ORANG LAIN PUNYA KERJA... AKU TENGOK JE...
MEMBAHAGIKAN HASIL TANGKAPAN.
DALAM PERJALANAN PULANG SEMPAT LAGI MENCARI...
MEMBAHAGIKAN TENGGIRI. KATA ORANG NI TENGGIRI JANTAN.... ADA TELOR.
POTONG BANG POTONG
KAKI PANCING SEDANG MEMANCING DI TEPI BENTENG PEMECAH OMBAK TEPI MUARA PANGKALAN PETAH.
KAPAL KOREK UTK MENDALAMKAN MUARA SUNGAI. SALAH SATU PROJEK DALAM KAWASAN KEMASIN-SEMERAK.
PEMANDANGAN MUARA PANGKALAN PETAH DARI ARAH DALAM.

23 April 2009

BANG CHIN


ASSALAMUALAIKOM WR WB SEMUA!
NI BERITA TERBARU, BIRO SMS TAK SAT.
KATANYA BANG CHIN CANGLOON TERKENA CIKUNGUNYA PULAK DAH.
ESOK DIA KENA PI HOSPITAL LAGI, DOKTOT NAK CHECK LAGI SEKALI.
TEST 1 DAH BUAT.
KAWAN2 SEBELAH SANA CUBA PI JENGOK TENGOK.
BAWAK PI SUP KETAM ATAU AYAG 100 PLUS BOTOI BIRU!
DIDOAKAN BANG CHIN CEPAT SEMBUH!

21 April 2009

Salam Mus manja!
Secara amnya setuju. Masa bertolak kita kena bincang kemudian. Yg penting juga ialah jam turun ke laut. Set elok2 supaya masa kita ngam2.

Biro tu dia dok diam lagi. Dia kena bagi tau kat mem dia awal2. Mana boleh last2 minit baru nak sua tunjuk.... Jika ada apa2 yg kita boleh bantu sokong, tolong habag!

Tadi baru dapat berita baru, kawan kita si Hashim Seman dikatakan seorang pelaut juga! Kalau dilihat dari segi perawakannya memang macam tak asing dia tu dgn amalan memancing. Agaknya mencandat pun mungkin dia hebat! Nusi kena ajak dia ikut serta!
Satu lagi, ada kawan saya memiliki bot dan peralatan memancing yang agak hebat. Beliau tinggal di Dungun, depan sekolah menengah sains. Tadi dah telefon dia. Mungkin jika ada masa kita singgah sekejap di rumahnya. Ok.

Mus, aku dah beli dah baju yg nak pakai ke laut tuh. Beli kat bundle ja. Harga rm5. Siap gambag mata kail lagi. Jeket tu kelabu. Kalau hangpa nak tengok boleh aku emelkan.
Yang sehelai lagi bolehlah kalau ada mana2 geng nak pinjam! Warna orange!
Dr Vet, apa pasal sonyaaap sangat ni?

Mus, kita minta Nusi pastikan tahap dan peralatan keselamatan dan kecemasan dalam keadaan terbaik! Maklumlah, dunia kita cuma daratan. Masa berlatih kedet dulu pun, cuma dalam hutan. Perkhemahan tahunan tahun 77 tu hanya tepi gigi Morib saja! Aduhaiiii, terkonang pulak masak ketam dan kepah bersama Us Ku Abd Hamid penasihat kadet PKBM KIK dulu tuh!
Wassalam...

010100 Kadet Abdullah Hj Hassan

18 April 2009

ARMADA SOTONG

ELOK JUGA KALAU DIBUAT SEHELAI BANNER ATAU BUNTING SEMPENA PROGRAM KITA NI... YG NI TERTAMPAL KAT VAN DI JETI.

IKAN TENGGIRI DAN KELI YANG TELAH DI GORENG.

SOTONG YG DAPAT FREE NI, SATU KAKI SETENGAH PANJANG NYEE.. MACAM MANEE.. TAK NAK JOINT KEEE?

SIAP UTK DI BAKAR ATAU DIBUAT KETUPAT......
SALAH SATU JENIS MATA CANDAT YG DIGUNAKAN, MATANYA DUA LAPIS.

PENCANGKUT YANG DIGUNAKAN UTK MENARIK IKAN BESAR YANG DIPANCING KE DALAM BOT...

LAGI JENIS MATA CANDAT.

LAGI MATA CANDAT. SEMUA JENIS YANG DI TUNJUKKAN NI SAYA TELAH SURUH SEDIAKAN UTK KITA GUNAKAN NANTI.

ALAT GPS YANG DIGUNAKAN SEMASA BELAYAR DILAUT.

ALAT SONAR UTK MENGESAN IKAN DALAM LAUT.

ANTARA HASIL PANCING.

TAIKONG MEMBAHAGIKAN DUIT UTK AWAK-AWAK.

DAPUR DLM BOT. MASAK MAGGI KITA KALI NIE...

TEMPAT TIDUR DLM BOT. BAGI YANG DAH KELUAR HIJAU DAN BIRUNYA, TENTULAH LETIH, LEPAK KAT SINI...

YANG SEKOR NIE, AKU PUNYA....

AWAK-AWAK SEDANG MENGEMASKAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN...

TEPI BOT NI ADA TEMPAT MELEPAS. TAPI KENA HATI-HATI SILAP HARIBULAN TERCAMPAT KE DALAM AIR...

HASIL MEMANCING, EBEK DAN AJI-AJI.

TEMPAT TERMENUNG.

BOT BERLABUH DIPENGKALAN.