25 March 2009

Pertemuan

< Ali Osali n WM di Tingkat 8, Regency Hotel.



Indahnya alam ciptaan Allah Swt.







Ali Osali bersemangat cerita nostalgia lama di KIK
Salam ukhuwah untuk semua teman2 " Assalamu'alaikum wbt".
Didoakan semua teman sehat dan ceria disamping keluarga dan kerjaya masing2. Tahniah diucapkan kepada semua teman2 yang terus sehat dan mampat sehingga membolehkan hadir bertemu teman2 dan sahabat yang lain. Liqa Sg Petani, Shah Alam dan insya Allah akan menyusul di lokasi lain.
WM bersyukur kepada Allah dan berterima kasih atas doa semua teman2, masih lagi diberikan kesehatan dan kelapangan dalam menjalankan tugas seharian. Al Hamdulillah, Malam tadi WM dapat berjumpa dengan syeikh Ali Osali di Port Dickson. Kami berbual panjang dari bilik hotel sampai ke restoran Ali di Bandar Port Dickson hingga jam hampir 2.00 pagi.Banyak pengalaman Ali Osali di kongsi sama. Ali Osali baru balik dari menunaikan Umrah bersama keluarga.Ali Osali begitu seronok dan gembira dalam mengenang nostalgia lama dan inginkan liqa besar2an genkik77 diadakan. Jam 6.00 pagi WM balik ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat penting dan nak tengok juga anak2 buah di program riadhah di hutan rekreasi Ayer Keroh. Pas meting WM terus ke PD lagi nak sambung bengkel di Regency Hotel hingga esok. Malam ni ada sesiapa boleh turun PD ?, jumpa di PD.

Salam dari
WM insan kerdil


24 March 2009

Kesepian

Salam mesra untuk teman2, ramai yang dah tidor. Keletihan dan kesepian. Siang hari masing-masing sibok dengan urusan dunia yang tak habis-habis. Malahan ada yang sambung sampai ke malam. Didoakan semua beroleh ketenangan dan kesehatan. Sukran.

21 March 2009

Gambar AlMarhum Sdr Mohd Mokhtar Mohit

Assalamualaikom wr wb!
Semua kawan gen77kik!
Saya baru dihubungi oleh isteri dan anak lelaki sdr Almarhum Mohd Mokhtar meminta sesiapa yg masih ada menyimpan gambar2 lama alMarhum utk dihantar kepadanya. Saya telah berjanji utk menghantar gambar kelas yg dsh kelabu tu. Sesiapa yg ada gambar yg lebih cerah dan terang, terutama yg sebilik, sekelas, setingkatan mulai ting 4 hingga 6 atas, 76-79, atau seuniversiti, serumah, sekampus dsbnya, bolehlah menghantar ke grup ni atau terus ke emel anaknya spt berikut:

ulwe_hebak25@ yahoo.com

Wassalamualaikom!

nostalgia

klik utk ulangtayang
http://form5kik77.blogspot.com/2008/06/liqa-31-mei-2008-dari-kamera-hj-mang.html

20 March 2009

buah apa nie???


nie gambar gen77 masa makan durian ( mcm di bawah) di baling tahun lepas. skg nie dah tepampang kat new york dahh..... hehe... jage mare...

nie baru lepas potong nipis2. belum jemur kasi kering lagi.
sebelum tiba musin lulian, buah ni dah boleh dimakan, buat masak. tapi jangan dok bubuh banyak2 noo, asem. buah nie takat yang aku tahu depan umah cikgu mail saja yang ada. kat lain2 tempat semua dok dalam hutan atau dalam kebun... tkasih.

guano bunyi senyap nih?




Assalamualaikom wr wb!
APA KHABAR ORANG UTARA
APA KHABAR ORANG TERENGGANU?
APA KHABAR ORANG MELAKA?
APA KHABAR ORANG PERLIS?
APA KHABAR ORANG KOTA BHARU?


APA KHABAR ORANG SEREMBAN?
APA KHABAR ORANG JOHOR?
APA KHABAR ORANG KL?
APA KHABAR ORANG PERAK?
APA KHABAR ORANG KUANTAN?
APA KHABAR ORANG JERTIH?
APA KHABAR ORANG GUAG?
APA KHABAR ORANG SHAH ALAM?


APA KHABAR ORANG BANGI?
APA KHABAR ORANG SG BULUH?
APA KHABAR ORANG SINGAPORE?
APA KHABAR ORANG KOTA KINABALU?
APA KHABAR ORANG KUCHING?
apa khabar semua?

16 March 2009

?


Jangan pisahkan - Deddy Doress & Mayank Sari

lawan dan lawan

Bertemu jodoh di Melaka


Pasangan Pengantin Baru (Lelaki anak saudara Kamaliah) Pengantin Perempuan anak murid Ummi yang kena mengajar di Serawak.


Salam mesra untuk semua teman-teman Genkik77. Tahniah yang menerima menantu. Undangan Sdr Halim tak dapat turut serta. muhabbat call, ajak pergi sama tapi tak dapat. Berdasarkan cerita dan gambar-gambar, WM yakin majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Di Melaka ada teman-teman yang datang, Che Pah datang ke Famosa Resort. Nazeri dan Kamaliah Mohd Zabidi (5sas3) menghantar anak saudara bertemu jodoh di Taman Pandan Jaya, Melaka. Walaupun dapat jumpa sekejap tetapi penoh bermakna. Didoakan semuanya selamat pulang ke Perlis dan ke Taiping. Hanya Muhabbat dan Kak Nab yang dapat jumpa Che Pah, WM tak kesempatan. Sebentar tadi ada pelancaran majlis pemasyhuran Islamic Tourism Center di auditorium al-Azim. Muhabbtie Travel kena ambil peluang untuk menjana sektor pelancungan Islam.


Jika teman-teman nak melancung ke Melaka, WM mengalu-alukan. "Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia".

Ok, jumpa lagi. salam mesra untuk semua.
WM Insan kerdil.

15 March 2009

SeBeLuM SuBuH

Salam.
Tahniah kepada Halim Yaakob dan isteri kerana telah selamat mengadakan kenduri sempena perkahwinan anak perempuan sulung. Terima kasih di atas layanan yang diberikan kepada kami genkik dari terengganu, saya, rosli dan azami.
Juga kepada sahabat2 zubir@cikgu mail, om, lok, ammar, bang chin, tok lah, cle,zaki ali, pie, tafa dato bandar, khalil, jak musa dan yg lain2 serta yg tak tertulis namanya di sini, budi dan layanan yang sdr2 berikan tuhan saja yang akan membalasnya.

Kami berundur dari rumah amar pkl 09.45 mlm. sampai di baling rumah zubir dlm kul 11, pekena kopi kow sekali lagi. lps tu jalan terus jalan sampai grik 12.00 mlm. singgah setengah jam. jalan lagi sampai batu melintang singgah pekena kopi TA, singgah bukit bunga, terus ke jerteh, hantar azami dan rosli dan sampai rumah 4.40 pg.

nak tidor, subuh dan dekat. tu yang terus masukkan gambar dlm ni. tapi tok lah lagi hebat, singgah kat mana-mana pun dia boleh masukkan...hahaha
sesudah subuh.....zzzxxxz@#$%^&*()zzzzzzzzzzz... kul10 setengah bangun... ada mesej om... tkasih om.
terima kasih semua.


Inilah minuman yang menyebabkan kami geng Trg pulang terus malam tadi..... kopi radik di restoran Nasi Ayam Radik SP... maai scawan.


Depan kilang kicap Hj Ammar.... tkasih daun keladi...


Bahan mentah untuk diproses menjadi tokyu...


Tokyu yg dah siap utk pasaran...


di perkarangan Restoran Nasi Ayam Radik SP...


Mesyuarat Kaki Lima... ok la dari mesyuarat bawah pokok...


Nak pesan minuman terpaksa mengundi pakai angkat tangan...


Tambah kerusi dewan... korum lebih...


" Mai secawan"... jak musa.


Khalil, Om, Hj Cle, cikgu Zubir, Anak Teruna Cle, Mus......


Pie baru sampai rumah Halim... masih ingat nama ku...


Bang Chin, Pie, Jak Musa, Hj Ammar...


dalam proses makan beradab...


baru tiba....


Lok, Azami, Rosli... pie kata wakil Taliban...


is3 yg turut serta...


satu2nya kaum hawa yg tak pernah miss setiap liqa'...


baru tinggal rumah tak sampai satu hari....dah terima arahan supaya balik awal...hahaha..


Tuan rumah memantau persiapan untuk tetamu...


dah siap... boleh mula...


bersama Ustaz Dato' Hj Hamid Tahir ( Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah )


depan rumah Cikgu Mail.