31 December 2008

TAKZIAH dari kami GEN77KIK


Bismillahirrohmanirrohim,

"INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI ROJIUUN"

Dengan penuh kesayuan dan dukacita,
dimaklumkan bahawa ayahanda kepada Sdr Mod. Asmawi Mohamed telah kembali ke rahmatulLah
pada hari ini 31 Disember 2008.

Gen77KIK meraqamkan takziah kepada sdr Asmawi sekeluarga,

didoakan semoga Allah Ta'ala merahmati ayahanda sdr Asmawi

dan meletaknya bersama para syuhadak solihiin muttaqiiin di dalam syurgaNya! Amiiieen ya Rabbal 'Alamiien.

Alfatihah...!

30 December 2008

Tirai 2008 Gen77kik
















Tahun 2008 hampir melabuhkan tirainya, blog genkik77 dah setahun lebih usianya. Lebih kurang 877 tulisan terpahat diblog ini. Di awal tulisan semuanya menceritakan kisah-kisaah lama di kik tahun 1976-1977. Sungguh indah bila diingat dan dibaca ukiran kisah-kisah tersebut. Namun tulisan-tulisan dan pahatan lama sudah tidak timbul lagi, mungkin semua terasa telah terungkai satu demi satu. Lebih-lebih lagi ukiran banyak dipahat di alam maya. Sebenarnya banyak lagi ukiran-ukiran antik yang masih belum ditimbulkan samada di blog mahupun di alam maya. Ada teman-teman yang masih terus menyimpan khazanah ternilai untuk dikongsi sama dalam ikatan ukhuwah genkik77.
Perlu juga ikatan ukhuwah ini diperkukuhkan lagi dengan ukiran-ukiran bermakna dan berseni disamping celoteh dan usikan tawa riang teman-teman.Justeru itu, jangan biarkan blog ini berirama sama sedangkan zaman dan tahun kian berubah.


HIJRAH yang lebih luas, lebih bermakna, JIHAD yang padu dan bertenaga.PENGORBANAN yang berterusan .

Selamat Tahun Baru 1430H & 2009M.
Salam dari WM, (5sas2kik77)
insan kerdil.


maafkan kami

Assalamualaikom!
Khusus buat kaum HAWA gen77kik!
Di penghujung 2008, menjelang 2009, maafkan kami kaum ADAM gen77kik terutama yg selalu muncul dalam maya nih! (DUTCH LADY ANSON, MUNA, CHE PAH, KAK TEH, NEFERTITI, ROZIAH, PADZILAH, FARAHDINA, TIMAH, JALIYA, BINI AKU dan lain2 lagi YG TAK tersebut)
Didoakan semua kita sentiasa beramal kebajikan, mencari bekalan dunia dan akhirat, diberkati hidup oleh Allah Ta'ala, murah rezqi, sihat walafiat, ceria dan berbahagia di usia emas!
Heppi new year!

HIJRAH ITU PERSAUDARAAN











Tahun ke 49 kelahiran Buyah
Kampung ku Indah & menawan
Assalamu'alaikum wbt.
Syukur Alhamdulillah, kita semua diberikan kesempatan menyambut tahun baru 1430H, Selamat Menyambut Tahun baru 1430H. Terlalu banyak kiriman SMS yang WM terima, Sukran kepada teman2 yang sempat mengirim. Antara lain kiriman SMS ialah;
Dari KK ke pekan Basrah, singgah berehat di Padang Balang, Selamat menyambut 1430H, Bersama Menjana Ummah Gemilang.

Ya Allah Peliharalah saudaraku ini, Kuatkan Kakinya di jalanmu, Kuatkan jasadnya dengan rahmatMu Kuatkan rohnya dengan rohMu, Buatkan ia tersenyum hingga disyurgaMu…., Salam Maal Hijrah 1430H”.

May the Muharram bring you and your love ones happiness, prosperity, good health, wealth and peace throughout the year

Jika kesilapan semalam belum terampun, “MAAFKAN LAH, Jika kesilapan hari ini menyakitkan, LUPAKAN LAH. Jika kesilapan esok mendatang, harap janganlah di bawa ke AKHIRAT. SELAMAT MENYAMBUT AMAL MUHARRAM 1430 DENGAN CEMERLANG.

Ya Allah seketika di tahun baru ini, insyaAllah muncul hari baru yang ceria.Engkau muliakan dan sayangi penerima ucapan ini, berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan daripada fitnah, penganiayaan dan suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwanya.Makbulkan cita2nya yang murni.Amin Ya Rabbal A’lamin.Salam Maal Hijrah.

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujisan yang terasa beratnya hingga kita terduduk dan menangis.Peritnya terasa tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah IMAN yang kian terkoyak lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan. Selamat Tahun Baru 1430H sama2 kita akhiri 1429H dengan doa dan mulakan tahun baru 1430H dengan doa. Mudah2an kita semua mendapat rahmat Allah.
"
Setitik embun di atas daun jatuh ke bumi laksana hujan, dosa bertimbun mohon diampun, terpetik khilaf mohon dimaafkan...”SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH, MAAF ZAHIR DAN BATIN”.

Jadikan jalinan ukhuwah antara kita terbina persis untaian tasbih. Ada awal bacaannya tiada penghujung. Dibentuk untuk mengingatiNYA, dicantum kerana cintaNYA, diratib semata2 kerana redhaNYA, Menitis airmata tika merasai kemanisanNYA. Semuga jalinan ini kekal dan dirahmati ALLAH swt. SALAM MAAL HIJRAH 1430H. Semuga Allah pertingkatkan iman dan amal kita, sejahtera dan ceria selalu dalam rahmat AlLah swt.Hadapi apa jua dugaan dan godaan berserta iman dan taqwa.

Sempena 1 Mharram 1430H doa kami buat yang membaca SMS ini, Ya Allah Ya Tuhan kami sinarilah dunianya, iringilah setiap langkahnya ke arah jalan yang Engkau redhai, berilah segala yang terbaik buatnya dan ahli keluarganya hari ini esok dan selamanya, Aminn.
Teman2 yang disayangi semua, marilah kita manfaatkan pertalian ukhuwah ini dengan teguh dan berkekalan. Bukan kerana harta atau kedudukan tetapi hubungan persaudaraan Islam yang syumul, Tegur menegur, ingat mengingat agar semuanya membawa keberkatan. Didoakan semua teman2 beroleh kesehatan dan kesejahteraan. Tahun baru masehi 2009 pun hampir menjelma. Ayuh ! muhasabah
salam Maal Hijrah dari
WakMan.




28 December 2008

MAQBULKANLAH YA ALLAH!



SALAM MA'AL HIJRAH UTK SEMUA!

DOA



SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1429
KULLU 'AAMIN WA JAMI'UL MUSLIMIN BIKHAIR!
ALLAHUMMANSURIL ISLAMA WAL MUSLIMIIIN!

Liqa' kecilan di RR Serdang

Assalamualaikom geng!
Semalam berlaku liqa' kecilan di RR Serdang. Yg hadir aku, mem, Vet, Nusi sekeluarga.Sebelum tu ingat nak bawa Nusi pi ziarah MNY, tapi MNY memecut ke Utara kerana urusan keluarga. Sebelum buka sekolah MNY nak ke KT menguruskan perpindahan sekolah anak bongsunya yg akan bersekolah di sana, Kemungkinan semasa liqa' KT 10 dan 11 jan nanti, sahabat2 boleh bertemu beliau di sana. Keadaan beliau setakat ini AlhamduliLlah, semakin cergas. Bersama kita doakan semoga semua geng kita sihat wal'afiat dan bersemangat kuat utk berhijrah ke arah yg lebih baik dan diredoi Allah Ta'ala!Happy new year semua!

Kak Teh, mem I sibok melayan cucu2 pulak dah. Pagi ni depa pi pasar tani S Alam.Yeaahoooo...

Disertakan sedikit lagu katak buat halwa telinga! Ma'af kalau kurang sedap suaranya. Sekarang ni musim angin timog, kata orang utara. Jadi ghengkong keghin, suara pun seghak semacam je!
Nanti Vet akan balas pertanyaan Kak Teh!
OM, dah buat survey?
Weldan mungkin akan join sama.
Mawi, semoga ayahanda tercinta dipeliharai Allah!Wassalam.

25 December 2008

Ikatan Ukhuwah



Ustazah Mek Hendon bersama anak2.



Rosli, Azami, Sanusi dan Rohani Daud.{rancak berbual sampai kedai dah tutup}

Assalamu'alaikum Wbt.
AlhamdulilLah, Syukur dengan izin AlLah WM masih diberikan kekuatan dan kesihatan untuk bertemu dengan teman-teman. Baru-baru ini WM sempat ke Kota Bharu menerima undangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.
Ada Kursus Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan yang di adakan diBukit Kluang Beach Resort, Besut Trengganu. Sempat juga teman2 Gen77kik berkumpul dan bertemu, antaranya Sanusi, Azami, Rosli, Mek Hendun dan Rohani Daud. Kesempatan di Kota Bharu dapat juga menziarahi suami Ct Robiah Awang , Cikgu Husin Dolah yang sedang dirawat di ICU, Perdana Specialist Centre. Dilaporkan beliau dah keluar dan dirawat di Hospital USM.
Sepanjang 3 di sana, WM dapat layanan istimewa dari teman2 di JHEIK, terima kasih diucapkan kepada mereka Hanya AlLah Swt sahaja yang dapat membalas jasabaik mereka. Balik dari KB sambung tugas di Shah Alam kerana ada persidangan di Hotel Quality. Di Shah Alam dapat juga sembang malam bersama Datok Dolah dan PR. Sebenarnya Teman2 lain ramai juga ada kat Shah Alam tetapi terpaksa berperang dengan PTK, Che Pah, Yunus dll. Terharu juga tak dapat jumpa. Balik dari Shah Alam, 25.12.2008 WM ke Kluang dan sempat ziarah Ct Fatimah Omar dan Ct Kittiyah Dakir. Terima kasih kepada Fatimah dan Kittiyah yang melayan WM sekeluarga. Terima kasih kepada cikgu Hj.Malek Mahbob suami Fatimah yang baru balik menunaikan Haji . Didoakan mendapat haji mabrur.
[Ct Fatimah & Ct Kittiyah]
Walaupun letih dapat melayan WM sekeluarga. Semuga perhubungan gen77kik akan terus kukuh dan mendapat keberkatan AlLah swt. Didoakan juga teman2 yang lain akan selamat pulang dari Mekah dan mendapat haji Mabrur.Selamat Pulang Tuan Hj.Roshidi, Tuan Hj.Rashid Mohamad.
Sempat main bowling di Plaza Alam Centre.
Salam Ukhuwah dari WakMan. Sempat anak2 mandi di tkt 25 Quality hotel , Shah Alam.
Gambar Che Pah, Nasir & Cikgu Haji Tahir bersama WM di Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai.

24 December 2008

KEJAYAAN - SATU PERJALANAN BERTERUSAN


الحياة والعمل أصبحا أكثر قلقا وتعقيداً من ذي قبل ، فهناك الكثير منا مطلوب منه القيام بعدد كبير من المهام اليومية ، لكن الوقت المحدد لنا لا يكفي لأداء تلك الأعمال بصورة مرضية وأداء متقن يدفع علي النجاح ، وقد يفقدنا كل ذلك الحماس للعمل وبالتالي يفقدنا القدرة علي الاستمتاع به والاستمتاع بالحياة بشكل عام
في الكتاب الرائع "النجاح رحلة " للمؤلف " جيفري جيه ماير" ،مؤلف أفضل الكتب مبيعاً في العالم في إدارة الوقت يقدم الأدوات اللازمة لكل الأمور التي من شأنها أن تصنع نجاح الإنسان ، وماذا يجب أن نفعل في الحياة لتحقيق النجاح

ما معني النــجــاح ؟
قد تكون الإجابة صعبة وملتبسة علي البعض خاصة وأن النجاح ليس نهائياً فهناك فترات يكون النجاح فيها حليفاً ، وأوقات يكون الإخفاق فيها صديقاً.
لكن الناجحون دائماً لا يستسلمون وعندما يواجهون الفشل يستجمعون قواهم مرة أخرى و يواصلون المسيرة .

لكي تكن ناجحا في هذه الحياة فأنت تحدد أهدافاً يمكنك أن تحققها لنفسك ثم تصل إليها وبعد ذلك تحدد أهدافا أكثر صعوبة بقليل من الأولى ثم تعمل على تحقيقها والوصول إليها وهكذا.

ولأن النجاح كما يقول المؤلف ليس هو الهدف النهائي الذي تدور حوله حياتنا ، فالهدف الفعلي هو الاستمرار في النجاح ، والاستمرار في النجاح يعني الاستمرار في التطور والعمل على أن تكون دوماً في أفضل حالاتك ، والحرص على أن تكون الأفضل في مجال عملك ومهنتك التي اخترتها وكذلك تكن أفضل زوج أو زوجة ، أفضل أب أفضل أم أفضل صديق أو ابن أو بنت .. وهكذا .

لا يجب أن تكن حياتنا خواء وسواء كان الواحد منا ناجحا أم لا , فان أي عمل يجب أن تحدده مجموعة من التوقعات قبل أن نبدأ فيه , وعلينا أن نعي ما هي المعايير التي على أساسها سنقوم بتقييم أنفسنا أو سيقوم الأخرين بتقييمنا ، ليس من بيننا هو ناجح مائة بالمائة في أي عمل يقوم به ولكن الهدف هو أن نبذل قصارى جهدنا ونتعلم من تجاربنا وأن نستوعب تماما هذه المعلومات كي نستطيع أداء المهمة الموكلة إلينا بشكل أفضل في المرة القادمة.

ويستطرد جيفري جيه ماير : أعلم أن كل شيء في الحياة يتوقف على إطارك المرجعي , أي على موقفك الحالي والحالة التي كنت عليها والوضع الذي ترغب في الوصول إليه
.

19 December 2008

TIDUR BARING AFDAL DARI LENTANG & TIARAP


أثبت باحثون فى جامعة كليفلاند بولاية أوهايو الأمريكية أن النوم على الجنب أكثر الأوضاع صحية للنوم. وذكرت مجلة "صحة الرجال" التى نشرت نتائج الدراسة فى طبعتها الألمانية أن الناس الذين ينامون على بطونهم أو ظهورهم ربما يسببون أذى لعمودهم الفقرى بشكل طفيف. ويمكن للنوم على الظهر أو البطن بخلاف الجنب أن يؤدى إلى تغيير شكل العمود الفقرى الطبيعي. ويقول الباحثون إن النوم على الجنب بشكل مستقر هو الوضع الأفضل للنوم. ولحماية فقرات الرقبة، يجب أن تكون الرقبة فى وضع جانبى مستقيم أثناء النوم. ويساعد مد الركب والأوراك بشكل بسيط فى تقليل الضغط على العمود الفقري. كما أوصى الباحثون بوضع وسادة للرأس وأخرى بين الركبتين أثناء النوم مشيرين إلى أن ذلك من شانه تخفيف الشد على العصب الوركى فى الفخذين.

Allah SWT TAHU...

Assalamualaikum wbt

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia

Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...

Allah SWT sudah menghitung airmatamu

Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...

Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu

Ketika kau merasa sendirian dan teman-teman mu terlalu sibuk untuk menghubungimu...

Allah SWT selalu berada disampingmu

Ketika kau pikir bahwa kau telah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...

Allah SWT punya jawapannya

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...

Allah SWT dapat menenangkanmu

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...

Allah SWT sedang berbisik kepadamu

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur..

Allah SWT telah memberkatimu

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...

Allah SWT telah tersenyum padamu

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk dikecapi...

Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu

Ingat bahawa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...

Allah SWT TAHU...

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat

(Allah) mengilhamkan(sukma) kejahatan dan kebaikan,sungguh, BAHAGIALAH siapa yg menyucikannya,dan sungguh RUGILAH siapa yg

mencemarkannya,(Asy Syams 91:8-10)

hj manj


14 December 2008

HEBATNYA BERCINTA....

Assalamualaikom!
Semoga teman2 sentiasa berbahagia dalam mengharungi liku2 kehidupan
bersama orang tersayang! In Sya Allah.
Buang segala yg keruh, ambillah yg jernih2!
Hadapi tahun2 mendatang dengan penuh keimanan dan kesabaran!!!
Hendaknya ALLAH bersama kita!

CHIKUNGUNYA


Chikungunya fever is a viral illness that is spread by the bites of infected mosquitoes. Chikungunya fever typically lasts from five to seven days and frequently causes severe and often incapacitating joint pain which sometimes persists for much longer periods. It is rarely life-threatening. There is no specific treatment for the disease but analgesics and non-steroidal anti-inflammatory medication may be used to reduce the pain and swelling. Aspirin should be avoided.
There is no vaccine against this virus, so preventive measures depend entirely on avoiding mosquito bites which occur mainly during the daytime, and eliminating mosquito breeding sites.
To avoid mosquito bites:
wear clothes that cover as much skin as possible;
use mosquito repellents on exposed skin and on clothing in accordance with label instructions;
use mosquito nets to protect babies, older and sick people and others who rest during the day. The effectiveness of mosquito nets can be improved by treating them with WHO-recommended insecticides.
use mosquito coils and insecticide vaporizers during the daytime.
The Aedes mosquitoes that transmit chikungunya virus breed in a wide variety of rain-filled containers which are common around human dwellings and workplaces, such as water storage containers, saucers under potted plants and drinking bowls for domestic animals, as well as discarded tyres and food containers.
To reduce mosquito breeding:
remove discarded containers from around the house;
for containers that are in use, turn them over or empty every 3–4 days to prevent mosquito breeding including any water-filled containers indoors. Alternatively, completely cover them to keep out mosquitoes.
Between February and October 2006 alone, more than 1.25 million people in India and south Asia were infected with the chikungunya virus. Other large-scale outbreaks of chikungunya fever have occurred in countries of east and central Africa, and the Indian Ocean countries, including Comoros, Gabon, Madagascar, the Maldives, Mauritius, Mayotte, Reunion (France) and the Seychelles. In September 2007, a chikungunya outbreak following an imported case has been notified in northern Italy. The dramatic resurgence and geographic extension of chikungunya in recent years underlines our vulnerability to emerging infectious diseases spread by insects and emphasizes the importance of sustained control programmes as an essential component of health security.


Chikungunya Distribution and Global Map
The geographic range of chikungunya virus is mainly in Africa and Asia. For information on current outbreaks, consult CDC’s Traveler’s Health website (http://wwwn.cdc.gov/travel/default.aspx). Given the current large chikungunya virus epidemics and the worldwide distribution of Aedes aegypti and Aedes albopictus mosquitoes, there is a risk of importing chikungunya virus into new area through infected travelers.
Countries where people have become infected with chikungunya virus.[*]
Benin
Mayotte
Burundi
Myanmar
Cambodia
Nigeria
Cameroon
Pakistan
Central African Republic
Philippines
Comoros
Reunion
Congo, DRC
Senegal
East Timor
Seychelles
Gabon
Singapore
Guinea
South Africa
India
Sri Lanka
Indonesia
Sudan
Italy
Taiwan
Kenya
Tanzania
Laos
Thailand
Madagascar
Uganda
Malawi
Vietnam
Malaysia
Zimbabwe
Mauritius




13 December 2008

Semalam di Malaysia - khas utk Bapak Soenaria Sasmita A.M yg dikasihi




BERSAMA DOA DAN HARAPAN SEMOGA BAPAK DAN KELUARGA
SENTIASA DIBERKATI ALLAH TA'ALA
DAN SIHATWAL'AFIAT SELALU!
AMIIEEN.
SALAM TAKZIM DARI ANAK2 MURIDMU GEN77KIK

12 December 2008

MENJEJAK KASIH BAPAK DI BANDUNG











Darussalam







Kawasan sekitarnya menjadi padang jarak padang tekukur tapi rumah ini tidak runtuh

Begitu juga masjid ini. Masjid Rahmatullah

Pintu masuk ke kawasan perkuburan



Sungai bersejarah....


Rohana dan sahabat2 yg dikasihi ; satu hari nanti kalau kita ke Acheh yang dapat kita lihat hanya yang indah2 belaka . Rumah yang cantik2; banglo mewah yang hebat, rumah2 kecik yg comel. Bangunan kedai , kilang dan kantor yang tersergam indah. Pemandangan indah di mana2 + dgn segala keindahan alam semulajadi kurniaan Allah SWT kepada Nanggroe Acheh Darussalam . Yang tak cantik dah tak ada !

Masa petang Raya tu sy tengok depan satu kedai ada budak2 tengah potong daging korban dan siap utk diagihkan ke kg2. Tak ada sape pun yg dtg minta daging tu. Sedangkan di Jakarta waktu pukul 12 tgh hari tu ada insiden org terpijak & dipijak ketika berebut daging korban. Ada juga berlaku bilangan org yg dtg utk ambil daging (1kg seorang) melebihi jumlah daging yg ada!

Rakyat Acheh tentu bangga. Walaupun kita bukan orang Acheh tentu kita turut gembira . Apa pun kita mendoakan semoga mereka di sana tidak lupa akan pengorbanan yang telah diberikan. Nilai pengorbanan yang amat besar sebenarnya...Dan semoga mereka terus berusaha, berdoa dan terus mengharap agar pengorbanan mereka dibalas oleh Allah SWT dengan sesuatu yang lebih baik dan lebih bermakna..Mudah-mudahan mereka menjadi orang-orang yang hebat.

Anak-anak yatim yang ditinggalkan menjadi orang2 yang mampu membela dan mempertahankan negara dan agama mereka. Negara Acheh makmur dan mampu menjadi contoh kepada yang lain. Dapat membantu jiran2 terdekatnya yang hidup penuh kedhaifan. Kembali menjadi Serambi Mekah sebagaimana pernah dilakarkan dalam sejarah.

Sekadar untuk renungan bersama......
Wassalam.
FarahDina
p/s Tok Bad, ada ke syer saya? :)

11 December 2008

SEMBELIHAN AGUNG

SEMBELIHAN AGUNG

Nabi Ibrahim tidak pernah lupa terhadap anak dan isterinya yang

ditinggalkan di tempat yang sangat jauh, di padang pasir yang tandus,

di mana tidak terdapat
manusia dan tumbuh tumbuhan. Ditinggalkannya dengan
menyerahkan nasib keduanya hanya kepada Allah semata. Lebih
lebih lagi terhadap anaknya Ismail, anak yang bertahun tahun di
idam idamkannya. Diutuskannyalah orang untuk mengetahui
keadaan anak dan isterinya. Alangkah gembira dan bahagianya
Ibrahim, setiap orang yang diutusnya itu datang membawa
khabar yang mengatakan bahawa keadaan anak dan isterinya
adalah dalam keadaan sihat walafiat. Apalagi di tempat di mana
ia ditinggalkan itu, sudah timbul sebuah sumber mata air,
sehinggakan sumber itu telah didatangi banyak musafir,
sehingga sudah agak ramai. Ibrahim bersyukur, berdoa, lalu
bersyukur dan berdoa lagi:

Ya Allah, aku meninggalkan anak dan
isteriku di tempat sepi yang tidak ada manusia dan tidak ada
pula buah buahan. Berilah mereka rezeki yang merupakan air
dan buah buahan, jadikanlah hati manusia tertarik kepada
mereka, agar mereka tidak hidup dalam kesepian saja.
Doa seorang bapa terhadap anak dan isteri yang jauh di mata,
adalah termasuk doa yang sangat diperhatikan dan dikabulkan
oleh Allah. Apalagi yang berdoa itu adalah seorang Nabi dan
Rasul, bapa dan nenek moyang semua Nabi dan Rasul.
Beberapa tahun sudah lampau sejak berpisah. Kerinduan
Ibrahim untuk melihat wajah anak dan isterinya Hajar sudah
tidak tertahankan lagi. Dengan seizin isterinya Sarah, Ibrahim
berangkatlah menuju ke Selatan, mencari anak dan isterinya itu.
Didapatinya, tempat dimana isteri dan anaknya ditinggalkannya
dahulu itu sudah menjadi ramai, tempat manusia berkumpul dan
menetap. Tempat itu telah diberi orang nama, iaitu Bakkah atau
Mekah. Diketahuinya bahawa isteri dan anaknyalah yang
dianggap orang banyak sebagai pemilik atau penguasa sumber
air yang bernama Telaga Zamzam itu. Sebab itu isteri dan
anaknya itu mendapat penghormatan dari seluruh penduduk dan
pendatang. Kehidupan ibu dan anaknya sudah menjadi baik. Di
samping sebagai penguasa Telaga Zamzam, juga sudah memiliki
ternakan yang terdiri dari berpuluh puluh ekor kambing yang
dibiakkan dan diperah susunya.
Ibrahim bertanyalah kepada siapa yang ia temui, di mana adanya
anak dan isterinya itu sekarang. Dikatakan orang bahawa
keduanya ada di suatu dataran, sedang menggembalakan
ternak, kambing. Ibrahim datangi tempat yang ditunjukkan
orang banyak itu. Akhirnya bertemulah Ibrahim dengan anak
dan isterinya di satu tempat yang dinamai sekarang ini Padang
Arafat. Pertemuan yang sangat mesra. Maklumlah sudah sekian
lama berpisah tak bertemu. Bertemu dalam keadaan sihat
walafiat, gembira dan bahagia. Jauh berbeza dengan saat
berpisah beberapa tahun yang silam. Mereka serentak bersama
mengucapkan kalimat kalimat membesarkan Allah, mensucikan
dan memuji: Allahu Akbar, Allahu Akbar , wa Lillahil Hamdu.
Setelah matahari terbenam, panas terik sudah berganti dengan
udara senja, Ibrahim bersama dengan isterinya Hajar dan
anaknya Ismail berangkat pulang (ke Mekah), mereka berhenti
di suatu tempat yang sekarang dinamai Muzdalifah (dalam al-
Quran di-namai Masy'aril Haram) dimana mereka tertidur karena
lelah. Di dalam tertidur sejenak itulah Ibrahim bermimpi bahawa
Allah memerintahkan Ibrahim untuk menyembelih anaknya
sebagai korban. Setelah ia terbangun, ia membisikkan kepada
anaknya Ismail: Hai anakku, aku bermimpi diperintah Allah
untuk menyembelihmu, bagaimanakah gerangan pendapatmu?
Ismail menjawab tanpa ragu: Wahai bapaku, laksanakanlah apa
yang diperintahkan Allah itu, dan aku akan tetap tabah, insya
Allah. Dua kalimat yang tak ada taranya di atas bumi ini.
Pertama kalimat yang keluar dari mulut seorang bapa. Kedua
kalimat yang keluar dari mulut seorang anak. Ketabahan bapa
tak kurang dari ketabahan anak, sedang ketabahan anak juga
tak kurang dari ketabahan bapanya. Ketabahan yang hanya
dimiliki oleh orang yang penuh iman dan penyerahan diri kepada
Tuhannya. Sekalipun sebelumnya Ibrahim dan Ismail sudah
sering diuji. Ibrahim sudah diuji dengan pembakaran di tengah
gejolak api, ia tabah dan jalankan, akhirnya selamat. lsmail dan
ibunya sudah diuji ditinggalkan sendirian di tengah padang pasir
tanpa bekal dan tak ada manusia.
Kedua duanya tabah dan selamat pula. Sekarang kedua duanya
diuji dengan ujian yang lebih berat, iaitu dengan mata
pedangnya sendiri diperintahkan menyembelih leher anaknya
yang sangat dicintainya, yang baru saja berjumpa setelah
berpisah bertahun tahun lamanya. Keduanya pun tabah.

Sungguh tak ada sesuatu yang lebih hebat dari keimanan di

alam yang luas ini.

Satu cubaan yang amat berat dan maha hebat. Sejak muda belia

Ibrahim bercita citakan untuk memperolehi seorang anak.

Setelah mendapat anak, dengan susah payah dia mengembara

bersama anak itu untuk menjalankan baktinya terhadap Allah.

Sekarang ini sudah amat tua, mengharapkan betul akan anak itu

untuk menjadi penggantinya. Anak itu diperintahkan Allah untuk

disembelihnya dengan tangan sendiri pula.

Keimanan dan ketaatan Ibrahim dan Ismail terhadap Tuhannya,

sanggup menjalankan yang demikian itu. Atau pun yang lebih

berat dari itu, kalau ada. Keduanya bersiap untuk menjalankan

perintah itu di saat itu juga. Keduanya berangkatlah menuju

suatu tempat di daerah yang berbukit bukit, di kaki sebuah

gunung, iaitu daerah yang disebut Mina (atau Muna) sekarang

ini.

Sebelum sampai di tempat yang dituju itu, di tengah jalan

keduanya berjumpa dengan seorang manusia yang menanyakan

akan maksud dan tujuannya berdua. Setelah Ibrahim

menerangkan bahawa maksudnya ialah untuk menyembelih

anaknya itu sebagai korban kepada Allah, orang itu melarangnya

dengan berbagai bagai alasan. Dengan larangan itu, Ibrahim dan

Ismail percaya bahawa manusia itu adalah Iblis yang menyamar

sebagai manusia dan memberi nasihat. Iblis itu dilemparinya

dengan batu berulang ulang, sampai mati, di suatu tempat yang

sekarang disebut Jamratul-Ula.

Setelah perjalanan diteruskan lagi, dengan jarak kira kira hanya

400 meter dari tempat itu, datang pula seorang manusia lain

yang juga melarang dan menasihati, agar perintah itu tidak

dijalankan dengan berbagai bagai alasan pula. Ibrahim dan

lsmail kembali melempari orang itu berulang ulang dengan batu,

sehingga ia lari, kerana itulah Iblis yang datang menggodanya.

Setelah berangkat dan dengan jarak kira kira 400 meter pula,

datang pula seorang lain yang juga melarangnya untuk

melaksanakan perintah Tuhan itu. Kembali Ibrahim dan lsmail

dilemparinya dengan batu, iaitu ditempat yang sekarang ini

dinamai Jamratul-Aqabah dan yang sebelumnya itu adalah

Jamratul-Wusta.

Akhirnya Ibrahim dan lsmail sampailah di suatu tempat di kaki

sebuah bukit yang tinggi yang sekarang ini dinamai Bukit

Malaikat (di Mina), dimana Ibrahim akan melaksanakan perintah

Tuhan dengan menyembelih leher anaknya Ismail.

Keduanya sudah bersiap, Ibrahim sudah bersiap dengan pedang

tajam yang terhunus di tangan kanannya untuk menyembelih.

Sedang lsmail sudah bersiap merebahkan dirinya di atas sebuah

batu besar membukakan lehernya untuk disembelih.

Sekadar untuk sedikit meringankan beban penderitaan batin dari

kedua manusia besar itu, lsmail mengusulkan kepada bapanya

agar mengikat kedua tangan dan kedua kakinya, dan agar baju

yang menutupi badannya dibuka saja, lalu ditutupkan ke wajah

mukanya sendiri. Ia usulkan pula agar perintah itu segera saja

dijalankan, dengan mengasah pedang lebih dahulu agar lebih

tajam, supaya tidak begitu lama akibat yang timbul karena

penyembelihan ini.

Setelah mengucapkan salam selamat tinggal kepada ibu dan

bapanya, lsmail mengusulkan pula, agar bajunya itu nanti

diserahkan kepada ibunya, agar baju itu dapat dicium oleh

ibunya bila ibunya merindukan dirinya. Dan baju itulah pula

sebagai pusaka untuk ibu yang ditinggalkannya.

Sekarang tibalah saatnya untuk melaksanakan penyembelihan

itu. Baru saja Ismail merebahkan lehernya di atas batu, dan

Ibrahim bersiap mendekatkan mata pedang ke lehernya, tiba

tiba dari atas puncak bukit itu terdengar suara memanggil

namanya: Hai Ibrahim, sungguh engkau sudah siap untuk

melaksanakan perintah Tuhan dalam mimpimu. Kami akan

mengganjar kamu setimpal dengan ketaatanmu itu.

Ibrahim segera menoleh ke tempat datangnya suara itu, ia

melihat satu Malaikat turun ke bawah membawa seekor kibas

yang amat bagus, gemuk, sihat. Berkata Malaikat itu:

Hai Ibrahim, sembelihlah kibas ini sebagai ganti anakmu Ismail

itu makanlah dagingnya, jadikanlah hari ini hari raya bagimu

berdua, dan sedekahkanlah sebahagian dari dagingnya untuk

fakir miskin sebagai korban.

Darah tertumpah di atas batu membasahi bumi, bukan darah

Ismail, tetapi darah seekor kibas yang gemuk dan sihat.

Begitulah caranya Allah menebus korban Ismail dan korban

Ibrahim. Ditebus Allah dengan satu penyembelihan agung, satu

macam penyembelihan yang amat agung maksud dan

pelaksanaannya.

Terhadap peristiwa ini, Allah berfirman di dalam al-Quran:

Wa fadainahu bi zibhin adzim (Kami tebus dia dengan satu

sembelihan agung). Yang sebenarnya leher atau jiwa Ismail,

tidak sepadan kalau hanya ditebus dengan se ekor kibas saja,

bahkan tidak sepadan kalau ditebus dengan menyembelih

seluruh kibas yang hidup ketika itu di seluruh permukaan bumi

ini.

Karena seekor kibas saja tidak sepadan, maka Allah dengan

perantaraan Nabi Muhammad s.a.w. memerintah kepada semua

orang yang beriman dari dahulu sampai sekarang dan sampai

hari kiamat agar menyembelih kambing sebagai korban dan

aqiqah. Korban hukumnya wajib bagi setiap orang yang

melakukan ibadat haji, dan hukumnya sunnah muakkadah bagi

setiap Muslim yang tak melakukan ibadat haji, pada setiap

tahun, iaitu dari tanggal 10 sampai 13 Zulhijjah. Selain dari itu,

kepada setiap orang Islam yang mendapatkan seorang anak,

disunnahkan pula memotong kambing sebagai aqiqah, ertinya

sebagai tebusan bagi anaknya.

Demikianlah beratus ratus ribu kambing, kibas, lembu dan unta

setiap tahun di Hari hari raya Haji disembelih oleh kaum

Muslimin di mana saja mereka berada sebagai korban atau

aqiqah yang pada dasarnya untuk turut menebus jiwa Nabi

Ismail itu, yang dagingnya diberikan kepada kaum fakir miskin.

Setiap orang yang turut berkorban dan beraqiqah merasa turut

menebus jiwa Ismail. Dan keadaan demikian yang berlangsung

terus-menerus sampai hari kiamat. Dari itulah sebabnya, maka

Allah menyebut kejadian tersebut dengan kata: Zibhin Adzim.

Iaitu satu sembelihan yang amat agung dasar dan tujuannya,

berbeza dengan penyembelihan lain lainnya yang dilakukan oleh

orang orang yang tidak beragama Islam.

Agama Islam mengundang seluruh manusia yang beriman dari

seluruh bangsa dan negara untuk berkumpul ke Mekah sekali

seumur hidup, iaitu melakukan ibadat haji, selain untuk

berkenalan, persatuan dan persaudaraan, juga untuk

menyaksikan syaairillah, iaitu tempa tempat yang ditempuh

Ibrahim, Ismail dan Hajar dalam menjalankan perintah Allah,

juga untuk menegakkan syiar kebesaran Allah. Tempat tempat

itu ialah Baitullahil-Haram (Ka'bah), Telaga Zamzam, Safa,

Marwah, Arafat, Muzdalifah (Masy'aril Haram), Jamratul-Ula,

Jamratul-Wusta, Jamratul-Aqabah pada hari hari tertentu, iaitu

sejak tanggal 9 Zulhijjah sampai 13 Zulhijjah. Dengan

berpakaian Ihram, iaitu pakaian Ibrahim dan Ismail, wuquf di

Arafah, berhenti malam di Muzdalifah, melempar ketiga Jamrah,

wukuf beberapa hari di Mina dan berkorban menyembelih

kambing, sapi atau unta. Lalu bertawaf keliling Kabah,

sembahyang sunat di MaQam Ibrahim , minum air Zamzam, Sai

(berlari) antara Safa dan Marwah, lalu memotong rambut.

Selama melakukan ketentuan ketentuan tersebut didalam

beribadat yang dinamai ibadat haji, orang tidak boleh

bertengkar, berkata yang tidak baik, memotong dan membunuh

segala makhluk bernyawa, tidak boleh mencabut segala macam

yang tumbuh di bumi.

Demikianlah Agama Islam menegakkan syaairillah, menegakkan

ajaran Nabi Ibrahim. Satu agama yang semakin lama semakin

besar mendapatkan penganut dan pengikut, terdiri dari manusia

manusia berbagai bangsa. Satu agama yang kekal dan abadi

sampai hari kiamat, in sya Allah.

09 December 2008

KORBAN DAN PENGORBANAN

Salam sejahtera untuk semua teman dan guru-guru. Doa agar kalian semua beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan bersama keluarga.Saban tahun ungkapan korban dan pengorbanan terus berkumandang seiring dengan semangat yang sediaada dalam sambutan eidul Adha. Pengorbanan nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail. A.S. Watak dan gaya lakonan mereka terus dihayati khususnya oleh tetamu-tetamu AlLah swt. Watak-watak utama dalam Ibadah haji, Adam, Ibrahim, Hajar dan syaitan. latar belakang dapat dilihat ialah Masjidil Haram, Tanah Suci, Arafah, Mahsyar dan Mas'a. Manakala simbol utama yang pasti dilihat ialah Kaabah, Safa Marwah, siang, malam, matahari terbit, matahari terbenam, pakaian ihram dan acara korban. Falsafah Haji begitu besar, siapa pun kita, ia adalah pemegang watak dan peranan sebagai Adam, Ibrahim dan Hajar dalam konfrontasi antara AlLah dengan syaitan. Kalian adalah merupakan pahlawan dalam persembahan ini. Saban tahun umat Islam dari pelusuk dunia menyertai perhimpunan agong, semua sama, tidak ada diskriminasi dari segi bangsa, jantina atau status sosial. Manasik Haji mesti difahami dan dihayati oleh umat Islam. Seruan Allah " Dan serulah manusia untuk mengerjakan ibadah Haji. Mereka akan datang kepada Mu dengan berkaki ayam atau menunggang unta yang sudah lemah dan mereka akan datang kepada Mu dari setiap penjuru padang pasir yang amat jauh" Justeru itu, semangat pengorbanan semestinya kita teruskan dalam usaha membangun umat manusia supaya mereka sedar bahawa kehidupan ini adalah sementara waktu, kita akan pergi bertemu Allah. Persoalannya, adakah pemergiaan kita nanti, seumpama tetamu-tetamu Allah di musim haji atau bagaimana ? " {Sesungguhnya kita adalah kepunyaan AlLah dan kepadaNya kita akan kembali}".

Sebagai renungan ibadah haji adalah ajaran yang jelas terkandung dalam Al-Qur'an. Amalan melontar di jamrah, adalah lambang penolakan manusia kepada sistem yang bercanggah dengan syariat. Syaitan yang cuba mengoda Nabi Ibrahim mesti ditentang oleh umat manusia. Persoalannya ialah, mereka melontar syaitan di jamrah Ula, Wusta, Aqabah tetapi bagaimana pula semasa mereka pulang ke negara masing-masing. Sebahagian dari mereka terus menuruti kuasa firaun (lambang penindasan), kuasa qarun (lambang kapitalisme) dan kuasa bal'am (lambang kepura-puraan) Membicarakan topik haji memang menyeronokan, namun ruang dan masa yang terhad, justeru ingatan bersama marilah kita menghayati konsep pengorbanan yang telah dijelmakan dalam ibadah haji. Didoakan semua teman-teman yang sedang menunaikan ibadah haji akan beroleh HAJI MABRUR, SELAMAT PULANG KE TANAH AIR untuk terus berjuang. Salam Persaudaraan WakMan.

08 December 2008

Selamat Menyambut Eidul Adha

Dengan iringan doa mudah-mudahan persahabatan yang dibina semula setelah 30 tahun berlalu ini dapat menjadi pemacu ke arah kehidupan yang lebih baik di dunia dan di akhirat, dan menjadi pengikat antara sesama kita walau di mana kita berada.

Insya Allah selepas ini kita tidak akan berpisah keseorangan lagi. May Allah bless Gen77.

06 December 2008

SELAMAT HARI RAYA

Assalamu'alaikum wbt.
Tempoh setahun begitu cepat berlalu, kini kita telah berada dipenghujung tahun 2008 dan tahun hijrah 1429. Tempoh Genkik77 digerakkan masih baru lagi, dalam tempoh setahun kita sudah melalui pelbagai ujian dan cabaran terutama dalam usaha mempertemukan teman-teman yang hampir 30 tahun berpisah.
Insya-AlLah, WM yakin bahawa semua teman-teman ikhlas dalam mengikat hubungan persaudaraan melalui wadah Genkik77. Didoakan semua teman-teman yang sedang sakit akan terus sehat dan diberikan kesabaran.
OK lah, WM ucapkan "Selamat Menyambut HariRaya Eidul Adha", WM masih bermusafir di pantai Tanjung Tuan. Teman-teman yang akan berjalan jauh ke Indonesia didoakan selamat pergi dan selamat pulang. sampaikan salam hormat WM kepada bapak Soenaria sekeluarga. Insya-AlLah, WM akan ke Kelantan pada 18 hingga 20 Disember 2008 kerana ada pembentangan KK mengenai kerja-kerja penguatkuasaan.Tanggal 21 - 23 ada di Shah Alam. Jumpa di sana nanti.
Sukran,
WakMan.