20 January 2008

Pulut dakap utkmu Hussin - Dari Kedet PKBM 010100


Ni gambag aku bersama ibu kesayanganku dan anakku (Nuha) ketika cuti eidulfitri baru ni di Felda Sg Tiang, Pendang, Kedah.



Assalamualaikom sdr sekeluarga, ahli2 skot 1976/77 & teman2 semua!


Kalau nak bukak ceghita lama memang la tak habeh2. Pasai di sana di sini di situ di sanan di sinin dan di situn. Keh, keh, keh. Kalau bab lateh kawat (macam2 tu) , panjat tembok, berendam, baca kompas, kilat kasut, seterika baju seluag keghaih, rempuh halangan, kenal senjata (dulu slr saja, lepas tu HK, M16), bukak, pasang balek, ration free, wowwwwww, macam=macam laaaaaa kalau nak dikisahkan semula. Hang nampak macam mana sdr Rosli Abas kawat? Fuuuuh, aku dapat bayang dah. Kalau hang jumpa Us. Ku Abd Hamid (Rumah beliau sebelah pagag SMSAH, Jitra, kirim salamku untuk beliau sekeluarga! Utk makluman teman2, Cikgu Md Isa Kassim dah pun kembali ke RahmatuLLAH setahun lepas. Cikgu Kusno, kalau hangpa nak jumpa, teghingin nak tengok misai dia, hangpa kena mai kenughi aku. Aku dah jemput, beliau dan isterinya akan datang, In Sya Allah. OK, aku sibuk nak main ngan cucu nih. Dah 2 orang cucu laa ni. Jadi sekarang, beban kerja semakin bertambah. Wassalamualaikom, jumpa lagi.





Kpd sdr Asmawi, terima kasih kerana password tu.


Utk Mustaffa, terima kasih. Hang tu selalu lewat tughun belatih kawat. Soghang lagi Azmi Che Mat. Rambutmu ! Tapi bila belateh kat Wardieburn, hah, semua macam rekrut.


Tahniah skot, dapat naib johan pertandingan rempuh halangan dalam pertandingan peringkat briged 11 di Kem Sg Besi, tahun 1977, Bareeeeeeeeees ....... sediap!





abdullah hj hassan

19 January 2008

Memori di Pulau Besar Melaka

Jam dh menunjukan 10.20 mlm...tadi masa dok tengah buka blog ni terasa macam2 nk tulis..tapi bila dah buka dok syok baca tulisan sahabat2 pula hingga dah hilang edea apa yg nk tulis tadi...

Baru2 ni dok sms ngan ahli koperat kita Fuat...dia kata dia nk rehat dulu buat seketika..bagi peluang kat kawan2 pula...betoii mmg dia rehat sbb tk nmpak celotehnya yang baru,mgkin esok lusa dia akan menulis lagi...

Buat sahabat oarang kuat MAIM...rahiman bani ..ana ucapkan syukran kasiiran kerana rply sms saya buat pertama kali selepas 28 tahun...dia still remember my village...coz pada tahun 1978 dia bersama2 dengan beberapa kawan2 yang lain datang bertandang di musim cuti...antaranya yg saya betul2 ingat ialah ialah shaarani.naim.rahiman dan beberapa org lagi yg saya tk dapat nk recall...rasanya Naim dan shaarani dapat tolong ingatkan blk ahli2 rombongan ini.yang saya ingat Naim or abang nya kalau tk salah nama abangnya shauqi bawa kereta mini..lepas tu pi melawat rumah Che Latifah kok sebelah long grave ( kubur panjang ) tak ingat dah nama kg che latifah ni,sbb pi tu yg pertama dan terakhir...dia buat kenduri tk jemput pun..kalau jemput mgkin sampai dah....tak sangka pula Abd.salam tu adik ipar Cik Tipah....insha allah lepas ni mgkin kita boleh baca cattan rahiman.shaarani dan sahabat2 yg lain.

Ala mak tuan...lupa pulak...tulis tajuk memori Dipulau Besar Melaka....tapi dok sebut pasai lain...

Pada semua sahabat yg terlibat dengan deligasi ni rasanya masih ingat lagi semua peristiwa yg berlaku,,,suka,duka,luka dan lain2..saya paling ingat ialah saudara Ismail Maun jadi superman...melayang jatuh kedalam air dari bot semasa ( tk ingat dah masa nk balik or baru nk pi) basah kuyup..semua tergejut pada mulanya..b ila nmpak si Ismail ni tercungap2 habis semuanya ketawa...saya tk ingat dah apa komen Ustz Ismail yg ikut sama...tapi yang saya betul2 ingat somebody yg help him...budak perak cuma ingat2 namanya berakhir dengan wati...Cerita duka luka tk yah disebut kut...takut2 ada luka lama berdarah kembali...keh keh keh saya hanya terluka dilutut sbb terkena batu semasa mandi di pulau tu...saya terbaca coretan Cik Latifah kepada naim dlm ruang sembang/komen ni...sahabat2 juga boleh baca..maaf lah ya...ini hanya sekadar mengimbau peristiwa lama....Kawan2 lain yg bersama deligasi tu...shaarani,Mustaffa,Lokman ,Kamilah,latifah...oiiii ramai lagi...nk kena bilik albumlah kalau nk sebut semua.....

Tapi yang pasti semua kenangan tu masih segar dalam ingatan...kalau nk pi pula mgkin saya tak jumpa dah pulau tu...kena cari Ismail maun dulu lah...Kemana dan dimana Ismail sekarang...rasanya dia belum muncul dalam blog ni..ariffin pun ,,ngikut kata Cik Latifah Ariffin berada di Utara ni tapi langsung tk pernah berjumpa dimana2 pun......Ripin,kalau hang baca tulisan aku ni hang kontek lah ya..teringin nk jumpa kau..kata cik latifah rambut kau dah tak banyak...tak apa lah Pin...ada yang tk banyak dan ada pula yg dah brtukar warna....

dah pukal 11.00 mlm ni...

sesakali teringat akan wajah Bapak Sunaria Sasmita...waden yg berkalibar...semua kita kenal n ada yng pernah kena penangannya...dlm ruangn ni saya belum jumpa kawan yg mengingati cikgu Kusno Ahmad Sabilan( misai like sarjan A.Galak ),cikgu Md Isa yg pendek tu(dia pernah daieh kaki aku semasa main bola.cgu Rani yg pernah bagi aku rotan kerana lambat solat subuh,Ustzah Fauziah Sani pernah bagi penampaq atas belakang n banyk lagi...bukan nk ungkit..tapi hasil penangan mereka inilah maka kita jadi orang....Moga mereka semua berbahagia kini.....

Kepada sahabat kita Saidi Kadir yg tidak sihat tu marilah sama2 kita berdoa kepada allah agar dia cepat sembuh...dari jauh ini hanya doa yg dapat kita sumbangkan....

Kepada kawan2 yg belum menyertai ruangan ini cepat2lah join..mgkin ada yg belum dijumpai...Nama2 yg saya ingat yg belum muncul khsnya di utara tanah air..seperti Abd.Halim yaakob,saripudin Ramli.Nasarudin Che Noh( selalu jumpa,tapi lps ada blog ni tk jumpa pula ngan dia)Kamarudin Ahmad dan ramai lagi.....semua geng PKBM dulu.....

Kepada Kamilah Kasim khsnya..saya doakan anda berjaya dalam kerjaya anda...pagi tadi saya dapat maklumat yg Kamilah baru saja menubuhkan syarikat guaman sendiri...dah lama berkhidmat dengan syarikat orang lain,....syabas dan tahniah...mgkin suatu hari nanti kita semua perlukan khidmat guaman anda.....

Cukup dulu lah...nanti tk ada edea pula nk tulis dihari lain....
Sekian jumpa lagi
Salam rindu buat sahabat semua...

Husin....Changlun.

Assalamualaikom, Dulu, kini & selamanya......!


Syiooooookkkkkk..... ih, ih,ihhhhhhh. Legaaaaaaaa...

Hangpa kena mai! Anak perempuan aku nak kahwin. Hangpa kena mai juugak2. Hak yang tak mai hari tu di Briyani King, ramai kawan yang nak jumpa. Jadi, hangpa kena mai nooooo!

Tarikh: 2 febrayir 2008. Hari: Sabtu (Cuti), Tempat: Dewan Bumi Waqafan (KISAS)

Yang tak pernah jijak tanah waqaf selepas keluar elok sangatlah mai balik. Banyak dah aku buat kat sini. Jgn cari alasan! O.K Wassalam.



Gambar cucu sulung aku. Korang jgn usik2. Neneknya macam singa!


Yang mengundang;
abdullah hj hassan 019 2811443
nik mahizan nik mohamed 019 3181443
anisah, nuha & huda

Abdul Rahman Jusoh menulis lagi


A'kum,
Dulu - dulu semasa di KIK - 1976/77
Masuk KIK dari SMA Marang .Sama2 dari SMA Marang Kamilah,Saidi,Ali Yusof,Ruhaimi Sidek & Hasiah Yaakob..Masa tu budah2 t'ganu fobia masuk kelas sains.Bersama.Saidi,M Zin,Aini (sns1) & Khatijah (sns2), yang lain dah tak ingati.Diberi kakak angkat nama Zawariah ke gitu,abang angkat Khairul Anuar bersama dengan Mona. Syed (sns2) selalu keneng2 kerana nak ngorat Mona.Katanya syed pun dah kawin dengan mona betul ke tu!.
Saiz ana mini S saja pada masa tu,paling kecik selepas Kasri b Mokhtar - senior 1 tahun (sekarang dia buat buiesness dekat pejabat tanah Marang,sapa2 nak urus hal2 tanah boleh cari dia).Selalu kena buli sehingga ' terpaksa' mengaku bende2 yang tak pernah dibuat.Suka main ping-pong.Allahyarham Azizan adalah partner pingpong saya.Anson selalu terambil berat tentang saya - Terima kasih Son! (terperasan kot, itu yang asaya ingat), setakat ni dia paling kerap talipon bila dah dapat contact..Duduk sebelah Fauzi ketua kelas semasa didua2 tingkatan.
Selepas KIK - 1978/1982
Lepas SPM result tak lah sebaik sahabat2 semua,.jadi apprentice & flight Engineer di MAS sehingga end 1982 (sebelum kes terlarang tu he! he!).Duduk Subang Jaya.Keja Motorolla 3 minggu sebelum masuk Petronas
Le'ning
Dec 1982 hingga le'nin (25tahun) keja di Petronas Penapisan.Proses crude & condensate jadi Petroleum Product. 2 kali setahun pergi EDU camp di Tronoh & Sabah/S'rawak pilih budak2 scolar guna result trial dan result sebenar (Asmawi kata tiap2 tahun dia hantar anak dia, tapi dok pernah jumpa).Suka aktif dalam PIBG di KOSPINT Trg (Pengetua Marziah bt Abdullah batch kita juga, sebelum tu A Aziz b Abdullah - senior 2 tahun) & SMS Dungun (ni yang ana pom2 dengan Asmawi, anak dia 5 tahun belajar di SMS Dungun tapi selalu berselisih - dia tak attend mesyuarat PIBG). Anson kata dia accident jalan raya tahun 96/97 dekat kawasan office saya tapi berselisih lagi.Saiz dah besar (boroy tapi pendek 80Kg).Anak 2 pasang saja.yang sulong masih di U, yang bongsu 9 tahu.Isteri kerja UiTM Dungun orang Banggol Peradon k Trg. Sepanjang tahun round M'sia ke OPU Petronas , nanti saya call bila sampai negeri sahabat2 masing2..Tak sibuk sangat time boleh manage.
Terbaru
Bila Fatimah Hassan start call pada petang rabu lepas, happy tak terkira - tak boleh digambarkan dengan perkataan, sampai la ni terima banyak call & e-mail sokmo2 dari sahabat2 (famous jugak saya ni he2 - termasuk secret admire - ye ke perasan kot!).Macam2 ada.nak mintak service stesen la, scolar la, nak jadi vendor dengan Petronas la, nak kursus keselamatan petronas la, nak mintak keja dll (pada mereka2 tu hantar mail yang lain lah ke saya ye! nanti kita tengok).
Nanti esok saya cari Md Zin, Mustafa & Hasim (kawasan Dungun), hari khamis nak gi cari Aini, Kamal Daril - katanya ada kat K Trg. kalau ada lagi kawasan K Trg , pls call saya nanti saya pergi cari.
Lepas ni sapa2 saja yang melintas dari Kemaman ke K Trg tak call saya.kira tak aci.Tak sanggup lagi missed you all macam 30 tahun lepas.Saya tinggal dekat Masjid Intan Zaharah Dungun, kalau sapa datang duduk & makan free dijamin.Ada jugak jadi Pengerusi sek swasta di Dungun sekolah Rendah Islam Al Amin. kalau ada anak2 nak masuk sekolah Imtiaz (objective jadi Ullul Albab), masuk sekolah saya dulu. kami ada colabration dengan kerajaan Negeri.
Dok tengah adjust nak pergi kenduri rumah Nik Mahizan 2 feb nanti.
saya attached gambat main badminton, gambar lain belum scan - paling boroy.
nanti saya tulis lagi.
Hj Abdul Rahman b Hj Jusoh (ARJ)
Refinery Production Department
Petronas Penapisan (Terengganu) Sdn Bhd
24300 Kerteh, Terengganu.
09 828 3723, 019 915 0007

A Rahman b Jusoh come to the group

A'kum.

Well Done Asmawi, Syukran Jazila'. Very Impress & more than what I thought.
Just spent whole last night surf thru whole block until early morning tengok gambar2, nak baca tak sempat lagi. banyak yang difference face except your self. nanti ana write something after work.

One more, beri saya no a/c untuk projek KIK tu, I'll give some money.

Hj Abdul Rahman b Hj Jusoh
Refinery Production Department
09 828 3723, 019 915 0007

Naim Lupa Nak Sign Dan Tulis Nama

Assalamualikum WBT,

Saya baca satu post pagi ni (sabtu) siapa tulis...hati tertanya tanya. Sebab dia tak sign...3,4 kali baca... baru boleh interface Naim...sebab dia yang ingat nama cikgu Mat Salleh tu... Mrs Lammond...lepas tu kisah anak dia kerja kat mara kedah, saudara dah tak ramai kat kedah... dia ingat Zakiudin Ahmad (selangor, songkok tinggi) dan Mariam Melaka... Muhabat dan Wan Cik Wan Taha, Melaka.

Saidi Kadir...
Sedih juga dengar kisah kawan-kawan yang sakit...seperti Saudara Saidi Kadir... kita boleh jumpa tu dan ziarah. Kalau tak dapat semua pun tak apa. 2,3 orang pun ok maklumlah masa nak satukan kawan perlu penyelarasan rapi.

Abdul Rahman Jusoh...
Inilah seorang kawan yang kecik masa form4 masa mula masuk selain dari Omar Mamat, dan Razali Sidek. Saya pun kecik juga tapi dia kecik lagi...sekarang dah besar kut...bila saya lihat gambar 5sc177 terus saya teringat dia...tapi tak tahu siapa. Bila Asmawi dan Kamilah respon baru ingat.

Rahiman Bani...
Dia ada postkan gambar baru ni ...tak berubah... Maaf Man masa awak tel. saya tengah meeting... nanti kita kontack lagi... Husin minta HP you. Saya dah beri.

Afrinah Mohd Ikhsan 5sas3...
Suami dia (peg. kjaan di johor) kawan satu kursus di Intan tahun 90an. Lepas tu 3,4 kali jumpa suami dia dalam urusan rasmi. Tugas kerja hampir sama sebab tu jumpa dalam meeting. Tapi dia tak respon lagi dalam blog. Munkin Siti Kittiah Dakir dapat cari sebab dia satu negeri dan kedua-dua masih mengajar di Johor.

Kenduri Anak Abdullah Hassan dan Nik Mahizan...
Tempat Kolej Islam Kelang... 2. Feb 2007 kalau free dan tak clash dengan kenduri lain kita ramai-ramai boleh pergi. Kawan di Lembah Kelang, Melaka, Perak Selatan boleh kot... yang beri komitment setakat ini:
1 Mustafa Mohd Nor
2Naim Nordin
yang lain ramai lagi...

Orang Bandar Tun Razak Kot...
Bakal menantu Ust Dolah Hassan orang Bandar Tun Razak kot... sebab kenduri buat di Pusat Belia Antara bangsa, Bandar Tun Razak.

OK dulu wassalam
-mustafa mohd nor-

18 January 2008

Salam

Bakry - cikgu omputih tu Mrs Lammond namenyer (lbhkrg mcm tu le bunyi) Aku pun kdg2 xphm gak aper dier ckp, accent dier buat otak terseliuh!! Ko dulu ngan Kamal Daril mcm twin eh, mane2 pegi pun sama, apasal? .. takut Kamal kene ngorat dek senior ke!!! ....

Hussin - bila hang nak trn kl. Aku ada gak pi Kedah, ziarah sedara yang dah xramai tu tp slalunya xsempat nak jln2 pun. Schedule hectic sgt. InsyaAllah anak aku ada keja kat MARA A/Star nnt bole la jumpa. Arifin kat MRSM Pendang, tepon la dia. Aku ngan dia rasanya xubah perangai, mcm dulu gak, xpeduli kat org, buat hal sendiri ja .. sb tu laa ada org xsuka (hanya org yg tau je akan rasa)

Mawi - Roslan Khairi Mohd Rasad (nama yg ko tulis salah), Ali Osali, Kadir T P Mohamad. & tmbh nama rakan yg dicari (5sas4) rasenye sekelas ngan aku - sori gambo kelas, anak2 dah koyak, buku RESTU pun ntah kat mane xtau.

  1. Kamariah Jaafar - Perak (ddk seblh Norihani Abdullah form 5 - An aku akan cari sb dier tu sedara aku) Chon pasti tau Kamariah - muke mcm hindustan tuu yg dipuja Ali Osali n Kadir T P Mohd!!
  2. Khadijah Md Sham - Mlk (kwn baik Rohana Mahadi)
  3. Faridah Yahya - Kedah (ty Fuat Azahari mesti tau, sedara dier) - dah dpt hp nnt aku call
  4. Salamiah (name Bapa xingat) - Selangor (ni kene ty Zaki songkok tinggi)
  5. Mariam Mohamad - Mlk (ni kene ty Rahiman Bani .. :))
  6. Muhabbat (sahabat Wan Chik) - Mlk (kene ty Shah Rukh Khan nii .. ha ha)

Zubir - last aku jumpa hang early 90s masa aku kat branch office kat JB, betoi dak!!!

Yunus - Mawi & Fuat has been generous enuf to sponsor (so far .. ), y not come down 2KL & meet up dis Feb 2nd during Nik Mahizan/Dollah Hassan daughter's wedding day .. n f'more its on a sat .. we dont mind chipping in 4ur fare Sheikh .. if dats wat ur worried 'bout

So far Alhamdullillah ramai yg dah dicatat no hp oleh Mawi .. rasenye akan makin ramai lg yg akan menjelma membantu merealisasikan impian re-union kite selama ini. Wassalam - teringat kate2 Mrs Lammond dolu2 " even if u r on d right track, u'll get run over if u juz sit there"

Peluang menabur budi menyemai bakti di KIK- UPDATE 1

UPDATE 1:

Saya telah menerima dua pledge pagi ini, berjumlah RM200. Ada seorang tu beritau saya, dia sanggup keluarkan RM3000 seorang diri, tapi saya kata, bagilah peluang kepada orang-orang lain sama untuk bersedekah amal jariah dalam membina sesuatu untuk manfaat jangka panjang seperti ini.

So saudara saudari sekelian, please contact me on my email at asmawi@gmail.com to give your donation. Sumbangan anda akan menjadi tanda ingatan yang berpanjangan untuk sebuah Kolej yang kita kasihi.

Asmawi Mohamad
------------------------------------------------------------------------------
Pihak KISAS/KIK memohon bantuan dari kita semua untuk menjayakan satu projek keceriaan sekolah di KISAS. Projek ini ialah Projek membina Pondok/Gazebo untuk tetamu/ibubapa dan pelajar sendiri, sebagai sebahagian daripada program Keceriaan dan Keselamatan kolej. 3 buah pondok/gazebo akan dibina di hadapan Blok A asrama putera untuk tujuan tersebut.

Saya telah berhubung dengan Sdr Megat Iskandar, YDP PIBG KISAS sekarang mengenai perkara di atas.

Kos satu pondok dan meja dan kerusi simen/bata/ di pondok tersebut ialah RM3000.00.

Salah seorang AJK PIBG telah bersetuju menyumbangkan penajaan satu pondok. Jadi ada dua pondok sahaja lagi yang belum ada penaja.

Saya telah berbincang dengan Mustafa Mohd Nor dan Fuat petang tadi, dan kami bersepakat untuk membawa perkara ini ke dalam forum Blog kita ini. Kami mencadangkan Alumni Tingkatan 5 KIK 1977 menaja kos pembinaan satu pondok itu sebanyak RM3000. Saya telahpun menghubungi Sdr Megat sebentar tadi untuk mengesahkan bahawa kita akan menaja pembinaan satu pondok. Sekarang kita ada antara 50-60 orang yang sudah menjelmakan diri di sini dan berhubung dengan kita. Kalau setiap orang keluarkan derma sebanyak RM50, kita sudah boleh menaja satu pondok.

Nama penaja akan ditulis di pondok berkenaan, dan dalam kes ini, kita akan tulis "Tajaan Pelajar-Pelajar Tingkatan 5 Kolej Islam Kelang Tahun 1977".

Kami berharap saudara-saudari cepat-cepat merebut peluang untuk menabur kembali budi yang telah kita perolehi selama ini dari KIK, dan paling tidak, untuk membuat amal jariah yang akan menjadi punca balasan pahala berterusan hatta setelah kita mati kelak.

Derma saudara/saudari bolehlah dibuat ke dalam akaun bank yang akan saya maklumkan kemudian.

Wassalam,

Asmawi Mohamad

17 January 2008

Cerita-Cerita Dari Norbakry.

Assalamulaikum, WBT,

Pagi tadi saya postkan satu gambar kelas 5sas1 77 harap-harap ada lagi tambahan kawan yang respon selepas gambar keluar dalam blog. Tapi itulah setakat ini Che Latipah, Husin Md Isa yang dah mula aktif...mana Ariffin Bakar, Yang Ariff Saarani, Husin Johari Ke... Bakar ke? Sin Hang kejut sikit Bakaq tu...

Teror sungguh kawan kita Dr NorBakry, dulu saya ingat dia ni pendiam tapi selepas 30 th nampaknya dia yang rancak bercerita. Semua dia ingat...sampai no dobi. Saya rasa tak ada orang ingat no dobi...yang saya ingat petang sekali seminggu kita berarak bawa cadar,tuala, baju dll, bungkus dengan kain pelikat utk dihantar dobi. Hari apa entaah saya pun tak ingat. Biasanya saya gumpal-gumpal masukkan dalam sarung bantal dan bawa kepada Pak Cik Hadi... tapi kawan saya Husin Md Isa, dia lipat, susun elok-elok. Secara semula jadi baru saya perasan Husin seorang yang sistematik. Sebab tu dengan mudah dia cari gambar 30 tahun dulu... scan dan email kepada saya...

Makan pisang di Masjid Sultan Sulaiman pun saya hampir lupa. Ingat semula bila Dr Nor Bakry bercerita. Hatta tengok orang makan pisang di Masjid Jamek KL dan Kg Baru sekarang pun saya tak ter"interface" kisah makan pisang di Masjid Sultan Sulaiman.

Tapi antara peristiwa/keadaan yang saya ingat di Masjid Sultan Sulaiman ialah kebanyakan kita tertidur masa di masjid samada Khatib dah baca khutbah atau bila saja duduk dalam masjid. Masa tu kan kita penat dan mengantuk...maklumlah malam study siang pula masuk kelas. Tapi yang peliknya sekarang pun tertidur juga...bila tunggu sembahyang jumaat.

Satu lagi masa tertidur ialah masa kuliah subuh...hari ahad. Alahai dahlah bangun pagi...hari ahad...pekena nasi lemak lepas solat subuh berjamaah...kena pergi dewan dengar kuliah subuh...apa lagi tidurlah masa kuliah...sedar-sedar kuliah dah nak habis...

Satu lagi peristiwa ialah setahun sekali ke 2 kali setahun adalah orang kaya kat kelang ke atau pelabuhan kelang hantar bas jemput kita ke rumahnya untuk baca Yassin atau Tahlil. Saya tak tahu kenapa saya tak berkesempatan pergi walaupun sekali. Prefect pilih kroni kot atau prefect tak nak bawa saya...tak kisahlah... ada satu kali kawan-kawan yang baru balik dan bercerita pengalaman pergi rumah orang kaya tu...

Seorang tu kata" best juga pergi rumah orang tu...makan beeest..." saya dengar ajelah.
Seorang lagi kata "ok juga pergi baca yassin dan tahlil rumah orang tu...bila balik dia kasi duit..."
seorang lagi kata "Alahai masa masuk rumah orang kaya tu aku terpandang anak dara dia... cantik sungguh...

Tak tahulah saya dalam 3 orang kawan kita tu minat dan kecenderungan siapa yang paling hebat...

Oklah Kita sambung lagi.

-mustafa mohd nor-

Nostalgia KIK, Part 4

Tq lok, for still remember me. Hang pun byk gak ingat pasal aku noh. Agaknyer hutang lama tak settle lagi kot. Apa pun hutang kwan yang ada kat aku(if any), dah lama aku halalkan.Kalau aku ada hutang, minta halal kan gak ek. Mana ler tahu kalau tak berjumpa nanti. Bukan cikgu sushama jer yg baik,may be dia jadi mak/kakak angkat klas kita, malah semuanyer cikgu2 ni yg telah byk berjasa ngan kita.Saya masih menanti gak kawan2 lain yg menulis. Ramai gak ada masaalah nak acces internet. Jadi minta jer anak2 bantu, Cuma cerita lama2 tu kena tapis sikit.bahayaaa

Siapa diantara kita yg masih ingat number Dobi masing2, kita kan selalu hantar baju untuk dobi. No aku 1688 (kalau silap maaf ek, dah lama bebenor), selalunyer aku guna sarung bantal jer or kain sarong untuk bungkus baju kotor, Tak lama lepas tu Koperasi KIK di ujudkan. Yuran bayaran $5. Apa ler akhirnyer koperasi tu. Minta2 semuanyer berjalan lancar Senang jer nak beli aiscream kat situ, Tak yah gi kedai mamak sebelah hostel tu. Kekadang jln tanah hitam kat situ becak.

Lawatan Sdr Anuar Ibrahim.

Beberapa hari slepas Dato Seri di bebaskan dari Kemunting, dia mai KIK waktu malam. Satu siri ceramah di adakan. Yang aku ingat dia kata kita beruntung belajar kat KIK. Tahu bahasa arab dan belajar ugama gak. Tak mcm dia. Kalau jadi engineer jgn design tempat kencing berdiri dan mengadap kiblat. “SB pun sure ramai kat luar dewan ni”.

Mlm jumaat , kita berbaris ke masjid nak baca surah yassin, balik makan korma’ ayam.Mula2 masuk masjid tu, rasa jakun gak. Carpet tebal dan glass yg bewarna, mimbar pun tinggi semacam jer. tu Selalu gak almarhum sultan datang sembayang jumaat. Melaka kan tak da sultan, Yang bestnyer dapat mkn pisang berangan yg di letak kat luar masjid. Sesekali aku ngan kawan2 baca yassin tepi makam sebelah tu, tengok tempat bakar kemeyan dan marble rasa bertambah jakun. Maklum ler datang dari kg. Seram gak tengok makam besar2 ni.

Masa Assembly Pagi.

Setiap pagi isnin ada assembly, KIK buat English speaking campaign, selalunyer prefect yg pakai cermin mata tu jer yg cakap, Rasanyer naim pun ada kot. Cuma Kamila tak brapa sure.Masa English teacher Mat Salleh tu datang (lupa nama mem tu), asyik menyanyi jer.(tengok pic arkib- sent by Pn Padilah) Selalunyer aku tak concentrate sgt masa assembly, aku standby chalk dalam poket ,sebab asyik mengapor kasut jer, Tp bukan setiap kali, kekadang jer, guna chalk.Heheheh.Lepas berjalan or 2 jam pas tu , kasut jd kuning semula. pas tu minyak rambut setepek. Maklum ler rambut aku tebal. Tp rasanyer tak penah kena tahan /gunting capuk. Ada gak terlupa pakai stoking. Pinjam kawan sebelah. Masa nak kluar pintu kanan dewan, prefect kan beratur jer , dengan confident jer ulurkan kaki yg berstokin. Siapa ingat incident prefect Adli(kalau tak silap) turun dari pentas dewan, agaknyer nak cepat,terlanggar glass tingkap, banyak gak darah kluar..l

Minggu Orientasi.

Paling gembira bila berbaris nak gi dewan, lepas hostel nak cross jalan, kan ada student yang tahan kereta. Maklum ler corner tu tajam, bahaya gak tempat tu. Pernah ada emergency break, tp tak ada kecelakaan. Bila aku lalu jln tu tahun lepas , rasa tak berapa bahaya sgt, jln dah lebar dan zebra crossing pun besaq. Bila lower six datang, kan depa mai lewat, selepas result SPM kluaq, seram gak. Tapi depa duduk jauh, kan hostel kayu kat belakang sana. Nak mai blok C n D pun depa malas, Ada gak 2/3 nama yg popular masih aku ingat. Aku ingat lagi seorang senior kelas Sc, bila Tanya nama, dia kata dial ah bakal menteri minyak pertama Malaysia. Masa tu kan Petronas baru menapak. Sampai laa ni portfolio tu tak pernah ada. Heheheh. Lepas tu yg aku ingat ada 4 org pelajar yg dapat biasiswa petronas, antaranyer Fauzi, Arpi ada kot(maaf kalau silap).

Cukup ler untuk mlm ni, tengah perah otak nak ingat 30 tahun dulu punyer cerita. Nanti kita cerita pasal sukan tahunan kat stadium, sukan Sea, acara berbasikal diadakan kat sana, Perlawanan bola KIK dgn Sek Izzudin, Merentas Desa, ikut tract keretaapi, sub station TNB pdg jawa etc. Tadi kawan kita Halimon janji nak menulis. Sama2 kita tunggu.

Sekian

Bakry

Masih Mencuba

Salam,

Sdr Asmawi,

Saya minta maaf kerana saya tak dapat kesan Saudara Saidi Kadir (Trg). Mungkin dia tak guna talian TM kot.
Walaupun nama Saidi ramai yang saya access, tapi tiada yang membuahkan hasil. Kalau sapa2 yang ada clue lain spt nama penuh ayahnya/lain boleh maklumkn kpd saya.

Berkenaan guru2 dan ustaz/ustazah kita tu saya blurr sikit lah sbb tak tahu mereka lahir tahun bila. Kadang2 geli hati jugak bila tersilap org. Nama ada beribu2 yang sama kdg2 naik juling biji mata kita.

Walaubagaimana saya akan cuba dapatkan semaksima mungkin.

No.tel Habsah Md Jadi, Faradhina dan Asnah Rahim saya akan smskan .

TQ

Wassalam


Dri,
Fatimah Hassan
5 Sc 2

Salam Lok buat Dr. K

Assalamualaikum........


Salam hormat..bertemu juga kita akhirnya setelah 30 thn dgn masing2 membawa diri. Dibantu dgn kecanggihan teknologi serta kepintaran otak manusia kerdil bernama asmawi maka kita dapat berjumpa dan berbicara disini.kita sepatutnya menghargai usaha dan susah payahnya.inilah yang dinamakan sahabat...


Dr.Kay(nama glamor bakri mat derus di kik)..t.kasih atas call mlm tu.kami bercerita panjang. semuanya berkisah tentang kik dan juga perjumpaan diklang. bila menatap wajah kwn2 semasa direstoran tu amat teruja sekali hati saya.sorrylah mawi. saya gagal hadir walaupun teringin sgt nak jumpa kalian semua.saya menatap wajah sahabat2 satu per satu.sedih ada, sayu ada dan mcm2 lg yg datang dlm fikiran saya.perasaan itu timbul apabila diteliti kebanyakannya dah terlalu banyak berubah. banyak yg tak terbayang.siapa sebenarnya.sorry mawi..bukan sengaja. 30 thn terlalu lama .memori dah terlampau slow...yg.tak banyak berubah dr.kay dan md.nor yaakob.masih steady.begitu juga cikgu sushama..yg lain masih ada yg saya langsung tak ingat..utk arpi taib.dialah satu2nya kwn baik masa diklass dulu.munkin dia dah lupa.slm utk dia... dr.kay adalah murid kesayangan cikgu sushama. cita2 cukup tinggi dan alhamdulillah apa yg dicita dah dpt.tahniah...utkmu kwn. dan sambutlah salam ingatan dari lok utk kamu.... jumpa lagi


Lok......5 Sc 2

Hello Mat Hussin

Hussin

Welcome to the blog my friend.......at last. Saya gembira kerana penungguan sudah berakhir...:) Terimakasih kerana sanggup berceloteh lama-lama.

Rahman Jusuh,

Dia ni budak Marang Terengganu ke. Mungkin satu sekolah di Marang dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3. Asmawi, if you have time pls extend my warmest regards dan kalau boleh minta no telefon.

Saidi Kadir,

Juga orang Marang. Tiap-tiap raya beberapa tahun dulu akan datang ke-rumah. tapi saidi tak be rapa boleh bercakap. He cannot control his muscles well, tapi dia tetap ceria walaupun kurang sihat. Saya dah dua tahun tak balik Terengganu jadi tak tahu apa berita Saidi yang sangat rapat dengan emak saya (ustazah di Marang). Saya akan menelefon emak saya dan cuba bertanya khabar dan di mana Saidi.

Cerita Kristian

Ini cerita lama tapi ramai lagi yang impliedly "tertanya-tanya" samada saya benar-benar pernah memasukki ugama Kristian sapertimana yang dihebohkan. I didnt realise that story has made me some kind of a celebrity and has endowed me with notoriety and infamy:) Jawapannya TIDAK. hanya tersalah tukar borang pendaftaran dengan kawan Kristian (Martha Low) duduk disebelah saya. dia terambil borang saya. Jadi ugama saya tertulis Kristian, Martha jadi Islam. Tapi dia tak de cerita kecoh macam saya.

Tapi sebagai mana yang saya ceritakan pada Asmawi dan Naim tempuhhari, that was the bleakest of the bleakest part of my life. What happened was a cruel joke. Yang paling sedih, tak ada seorang pun pelajar Islam yang mahu muncul dan bertanya samada cerita tu benar, malah membesarkan cerita. It appeared that ramai yang lebih sanggup percaya bahawa cerita tu benar, (kecuali Naim...you are the BEST, mawi engkau jauh, so you're excused bro!!!) tapi Naim hanya dapat tahu bila mak saya datang ke UM dan terus menangis dan hampir pengsan bila nampak saya (masih pakai tudung lagi masa tu). Saya hanya tahu bahawa saya "masuk" Kristian selepas confrontation with my mother and horror upon horror semua budak melayu UM tahu cerita ni. yang bukan kat UM pun tahu, Yang kelakarnya, ramai yang melihat saya sembahyang tunggang tonggek tapi tidak tergerak untuk bersuara. Rupa-rupanya cerita merebak macam api, sampailah kononnya saya telah dibaptiskan (digereja brickfield) dan bersembahyang digereja tiap-tiap hari Ahad. Saya ni kuat tidur, macam mana boleh pergi gereja:):) Masa tu tak tahu pun kat mana gereja di KL. For the record tak ada gereja kat brickfield.

Saya mengalami nervous breakdown. Saya terpaksa meninggalkan Universiti selama 2 tahun kerana tak boleh tidur. I the University very angry and disappointed that nobody came forward to at least warn me that the rumours were spreading like wild fire. Pada saat tu (masih muda dan panas baran) saya berjanji tidak akan memaafkan sesiapapun yang menyata and membesarkan cerita dan percaya bahawa saya ni MURTAD. Dosa besar tu. Tapi marah dan baran tu lasted only 3 weeks. Lepas tu menyesal dan tak mahu marah lagi. Masa tu baru saya sedar mungkin ramai yang mendiamkan diri, mungkin kerana takut untuk bersuara, maklumlah saya ni brutal and perhaps because I changed somewhat. Anyway, to forgive and forget are empowering. You become a better person. You suddenly stop being jugdmental until you step into another person's shoes.

Kawan-kawan Kristian saya bilang, cerita tu keluar mungkin sebab saya kuat sangat kutuk budak-budak Kristian dan kutuk bible, baik old atau new testament. Payback time. Budak-budak Kristian tu bukan tahu langsung pasal bible dia orang, jadi saya selalu mempermain-mainkan dan memperkecilkan kitab injil. Kalau baca genesis memang kelakar betul, macam cerita hindustan. Tapi budak-budak Kristian tu tak kecil hati, sampai sekarang kami masih berkawan rapat dan saya masih terus mengutuk kitab injil, with more sophistication.

Moral of the story, jangan cepat sangat percaya khabar-khabar angin. Banyak yang tak betul dan ditambah tokok. Kus semangat. Dengan posting ini saya harap tak ada lagi lah timbul cerita kristian tu:)

Fauzi Ahmad

Saya baru habis lunch dengan Fauzi Ahmad, ketua kelas 5SC1 dan sekarang jadi pakar bius di Pusat Rawatan Islam PUSRAWI di Jalan Tun Razak.

Arpi turut datang dari jauh di Proton Shah Alam untuk bersama-sama kami. Mustafa Mohd Nor yang turut dijemput tidak dapat datang kerana ada hal mustahak di pejabat.

Ya Allah. Memang saya mati-mati tak kenal Fauzi. Fauzi yang saya kenal di tahun 76-77 dulu kurus tinggi slim orangnya. Fauzi yang saya jumpai hari ini saiz dia almost 2X saiz dulu. Silap-silap 2.5X. Dengan frame sedia ada yang besar, ditutupi oleh flesh and muscle yang besar, alamak....nampak besar sungguh la si Fauzi. Kalau dia bukan duduk sebelah Arpi dan tegur saya dahulu, sah la tak kenal. Kami berpeluk-peluk lagi di depan semua orang :).

Fauzi ada 3 orang anak. Dengan kehendak Allah, isteri beliau meninggal dunia 2 tahun dulu akibat kanser. Inna lillahi wa-inna ilaihi raaji'un. Dan Fauzi masih menduda hingga sekarang. What a great sacrifice he has done for his children. Yang paling bungsu dah habis SPM dan sedang tunggu result. Beliau tinggal di Bt 9 Cheras.

Sewaktu di KIK, kami amat rapat. Pada malam terakhir selepas peperiksaan SPM, Fauzi belanja saya tengok wayang "Close Encounters of the Third Kind" kalau tak silap. Saya panggil dia Tok Penghulu. Dia kata "malam ni Tok Penghulu nak belanja Asmawi tengok wayang sebelum kita balik kampung. Tak tahu bila pulak akan jumpa lepas ni". Rasanya Weldan dan Hasan Golek pun lompat pagar malam tu. Dalam nakal-nakal pun, terasa jugak syahdu malam tu sebab esoknya dah nak balik ke Kelantan dan Fauzi nak balik Perak.

So kami pun pi la tengok wayang. Balik tengok wayang, si Fuat dengan Arifin Hasan bising-bising di balkoni walaupun lampu dah kena tutup sebab dah lebih 11 malam. Ustaz Zawawi Ali pun mengamuk la..Dia jenguk sekelibat dari bawah, kami bertempiaran ke katil dan pura-pura tidur. Belum sempat saya tarik selimut nak buat-buat tidur, dua tiga das rotan Ustaz Zawawi hinggap. Ada yang kena badan, ada yang kena tiang katil.

Masa tunggu SPM saya masih berhubungan dengan beliau dan juga Padzilah. Walaupun zaman dulu telefon pun belum ada (hanya rumah Nik Mahizan je yang ada telefon masa tu), email jauh sekali, kami kerap juga berutusan surat.

Waktu jumpa tadi, Fauzi menyuarakan keberhutangan budi dia kepada saya. Saya tidak ingat pun insiden itu samasekali. Selepas result SPM keluar, kami pun sibuk la apply sana sini. Rupanya si Fauzi tidak perasan iklan dah keluar, so last last saya yang tolong isikan borang UPU untuk beliau dan poskan dari Kota Bharu terus ke UM, sebab kalau Fauzi nak hantar dari Perak memang sah tak sempat. Dengan sedikit pertolongan saya itu, Fauzi akhirnya masuk Asasi Sains UM.

Itulah dia nilai dan erti persahabatan kita dahulu-dahulu. Masakan kita akan melupainya walaupun siapa kita dan di mana kita berada sekarang.

Bila sudah berusia dan giliran anak pula yang masuk universiti, Fauzi sempat mengimbas kembali hasrat dia yang amat sangat untuk jumpa saya, terutamanya mengenai insiden di atas itu. Akhirnya Allah pertemukan kami tengahari tadi.

Harap-harap lepas ni Fauzi akan menulis sendiri di sini. Dia selalu akses blog ini, terutamanya sewaktu menunggu-nunggu pesakitnya pulih dari anaesthesia selepas pembedahan. Dengan menggunakan broadband card, dia dapat akses blog kita walaupun di dewan pembedahan. Saya tak dapat ambil gambar sebab terlupa bawa kamera pagi tadi.

-Asmawi Mohamad

Langkah Permulaan Buat Sahabat2 yang Diingati

Pertama nk ucapkan berbanyak2 t. kasih kepada saudara Asmawi kerana memberi laluan untuk saya menyertai sahabat taulan dalam blog 5kik1977 ini...

Sebenarnya bukan saya tidak tulis...tulis n panjang dan lebar lagi..apa taknya..setelah membaca semua komen para sahabat dalam blog tu jiwa dan hati ini amat teruja sekali..semangat semakin berkobar2 nk menulis bila tiga orang sahabat call dari jauh.( nanti saya cerita kemudian) tapi semuanya tak masuk dalam blog pun ...error memanjang...akhirnya setelah segala usaha gagal
(mcm asmawi kata dalam komennya ) maka via gmail asmawi lah pilihan saya....
Tq sekali lagi pada asmawi.

Oleh kerana kali pertama saya tulis biarlah saya ceritakan sedikit cmana blog ni sampai kepada saya...

Pada suatu ptg ( masa cuti awal muharram) Fuat cll,dia bagi alamat dan psword..esoknya terima cll pertama dari orang kuat dbkl Mustaffa Md.Noor...panjang juga sembang kami...pendek cerita menitis juga si air mata kerana terlalu terharu n gembira..dia dah cerita dalm komennya....selang sehari terima call lagi...yang ni langsung tak ku sangka...suaranya pada mula tak cam..n tapi hati tu berdebar juga...Rupanya saudari kamilah Kasim....macam tk percaya....tq banyak2 kamilah...sedikit sebanyak kamilah dah sebut pasal bualan saya dengannya...sebelum ni saya cuma dok baca semua komen2 sahabat..termasuk yang kamilah yg dok waiting my writing tu...nw bacalah ya kamilah n semuanya....lepas bercakap ngan kamilah dengan serta merta teringat nk cari balik album lama2 dulu...alhamdulillah semuanya masih ada...yang 5ss1 mustaffa dan masukkan dalm blog ni...maka saya pun merenung satu persatu akan wajah2 ayu dan hnsom 28 tahun yang lalu..bagitu juga nk cam wajah kamilah yg cll tu saya renung gambar ramai2 ketika lower six dan upper six..n begitulah juga kawan2 yang lain,,mustaffa, shaarani.ariffin,ismail maun,cik latifah,naim dan semunya.....terasa seolah2 jiwa dan badan kembali ke tahun 1974 til 1979.......
Sahabat2 sekelian...saya ni bertugas disekolah...nun jauh di utara...dekat sempadan siam n dekat dengan UUM....saya nk offer pada semua sahabat andainya mai kok ni,nk pi siam ka nk hantaq anak masuk uum ka maka sila hubungi saya dulu ..pls all my old friend.. saya sangat2 mengalualukan u all ....at least tak payah dok sewa hotel or motel.....
Masa dah nk habis..maksud saya time nk balik dah....
Pada asmawi Fuat/Mustaffa/Kamilah n asmawi tq vry2 much...because dah dapat dengar suara kalian....
Jumpa lagi nanti...miss u all my friend....
dari saya dihujung utara negara:
Husin Md.Isa

RE: Tipah TAK tertipu

Assalamu'alaikum wbt Sebenarnya Asmawi tak jahat tapi dia nakal. Walaupun nakal, dia pandai dan cerdik orangnya. Insiden2 yang sring berlaku dalam kelas 5sc1 itulah yang menjadi kenangan dan bahan cerita dengan anak-anak kita.

Drp. JALIYA, ex 5sc1

Ustaz-ustazah n Cikgu2

Assalamualaikuk ustaz-ustazah dan cikgu2 daripada saya Che Latifah Ismail
Pertama2nya terimakasih yang tak terhingga kerana telah mendidik kami menjadi 'orang'..Jasa cikgu semua hanya Allah layak memberi ganjaran. Terlalu banyak kenangan untuk dicoretkan. Tapi...saya rasa saya ni tak le nakal sangat kan selama 4 tahun di KIK dulu...ehem2..sebab saya tak kena hukuman berat2 kan..
Yang tak saya lupakan ialah bila kena jemur tengah panas dengan ustaz Husin Unang sebab tak hafal surah Yasin...(Ustaz sedang uzur kan..saya akan bacakan Yasin untuk ustaz..kawan2 yang berkesempatan ziarahi ustaz sampaikan salam saya kepadanya, terimakasih ustaz!.)
Satu lagi kengan bila kena mengadap Cikgu Kusno, Ustaz Ahmad dan Ustaz Zawawi (dah Dr ustaz kita ni..walaupun dah pencen tetap bersemangat untuk belajar...tabik pada ustaz)..sebabnya sayadapat surat dari abang angkat?... yang belajar di Kuwait...tu la, ramai sangat nak jadi abang angkat, tak fasal2 kena mengadap ustaz2...
Seorang lagi yang saya tak lupa dan masih berhubungan sampai sekarang ialah ustazah Fauziah sebab ustazah di Perlis ni juga. Masa saya sebagai pengerusi BADAR selalu kena sound dengan ustazah, macam2 kena buat kan...yang paling ketara ialah bila anda semua lihat semula gambar2 masa kita form5 dan form 6, fesyen tudung yang dipakai amat berbeza kannn... Now ustazah masih sound saya sebab tak boleh beri komitmen sepertinya...ustazah ada mengajar di kelas2 pengajiannya di masjid2, kadang2 ja saya berkesempatan mengikutinya.
Kepada cikgu2 dan ustaz ustazah yang lain yang tak disebutkan di sini, segala tunjuk ajar guru2 semua tetap dijadikan panduan untuk saya mendidik anak2 bangsa di UiTM ni pula. Terima kasih

Fuad, Asmawi, Mustafa dan Husin

Assalamualaikum kawan2 semua....saya dah tulis coretan ni tghari kemarin, tapi bila publish tak jadi juga...sibok dengn kuliah, tinggalkan sekejap..now saya edit semula
Untuk Asmawi dan Fuad, bila baca kesah reunion kat kelang tu, masyaAllah, anda semua memberikan komitmen yang tinggi hingga hampir membahayakan diri memandu laju2 tu... Tahniah n TQ kepada semua yang menjayakan reunion tu dan kepada semua yang hadir walaupun dari jauh macam Fuad tu..
Fuad, aku tak kan lupa hang dan adik beradik hang semua n anak2 Pak Ya. masa ayahku meninggal 1989 dulu Ustaz Azahari lah yang imamkan solat jenazah ayahku.. jangan tak tau pulak ayah2 kita tu kawan baik tu, tapi kita anak2 mereka ni entah ke mana2 kan (Al fatihah untuk arwah keluarga kita yang dah pergi dulu).
Masa di KIK dulu ada juga sdara saya namanya Fuad.. 5 sains berapa ntah? Tapi dah arwah last year..(Innalillah...al Fatihah juga untuk kawan2 dan guru2 kita yang dah pergi dulu)
Asmawi, Terima kasih kerana sudi berhajat untuk berbesan dengan saya...kita tengok la nanti macamana jodoh anak2 kita tu ya..anak perempuan saya Form 5, sebaya kita dulu2 la...
Mustafa n Husin, anda berdua tak mungkin dilupakan dalam ingatan kerana kita sekelas sejak form 4-form6. Husin jadi ketua kelas, saya penolongnya...masa form 6 cikgu Tarmizi beri gelaran saya ni miss cutter, sebab selalu tolong di potong2 kertas...
Gambar2 kelas kita yang Mustafa dan Husin sertakan menimbulkan nostalgi yang menyebabkan ketawa sendirian.. he he

Dapat jumpa semula

Assalamualaikum
Saya Zubir Abd.Rashid dihubungi oleh Fatimah dan Asmawi semalam. Rasa teruja bila kawan-kawan lama tel. sebab dah lama dok cari dimana semua kita berada., maklumlah saya dok di Baling, kawasan ulu tapi la ni sesapa dari pantai barat nak ke Kelantan atau dari kelantan nak ke Penang atau Langkawi mesti lalu tepi rumah saya ikut highway baru. Saya baru nak mula hari ni. Teringatm kenangan dengan kawan-kawan di KIK yang selalu keluar malam p makan dekan stesen keretapi pinjam basikal Pak Guard. Kawan sebilik saya Asmawi Hasan di mana berada dengaq kata di Pahang negeri asalnya. Bila bercakap bunyio jugek dihujungnya orang Temerloh katakan. Masih nampak lagi muka Raziah, Salahiah, Syed dan Mona(anak mami Penang tu la) . Kalau lalu Baling call saya boleh makan dan tdoq free punya.; Ok lain kali saya sambung lagi.

Comments on Kamilah. And Bakry too!

I think I am really on the run today. Tak puas lagi menulis. Kerja berlonggok atas meja. Let others do those things first :).

On Hussin Mat Isa, Kamilah said:
Sebenarnya saya masih belum dapat troubleshoot apa problem sebenar dengan setting pada komputer yang Husin pakai di sekolah dia. Semalam dah cuba, dapat error message yang "too generic" hingga dari jauh, melalui telefon, saya tidak dapat kenalpasti apa puncanya Husin masih tak dapat hantar posting sulung beliau. Hari ini saya dah janji untuk cuba lagi.

On Yunus, Kamilah kata:
Memang si Yunus ni! Agaknya dengan semua orang dia buat gitu. Bila saya call dia pertama kali beberapa hari lepas, saya agak "pissed off" jugak sebenarnya. Dahlah dia buat kenal tak kenal dengan kita yang datang dari satu sekolah dengan beliau (saya, Mustafa, Yunus dan Azizan Hasan datang dari Sek Maahad di Kelantan), dia sendiri pun macam mengaku tak mengaku yang dia tu si Yunus Abdul Samed. Haiyaa. Saya siap komplen kat si Fuat lagi. Lepas tu si Fuat sendiri call Yunus. Fuat kata "maybe dia saja buat macam tu kot. kita tengok dulu dalam sehari dua ni". True enough. Bila saya dok sms dengan dia pada malam berikutnya, dah mula terserlah "The Yunus" yang saya kenali 35 tahun silam. Semalam Yunus call saya sebaik sahaja dia balik dari mengajar di UITM. Kami bercakap panjang. Dah mesra balik macam dolu2. Now I can really feel and tell that this is the real Yunus in his true and original "recipe"

On Anson, Kamilah kata:
When three mischievous ladies like these travel together, I am gravely concerned :). They may be up to something.

BAKRY:

Aku tabik hang kerana memiliki super memory untuk mengimbas kembali segala pengalaman hidup dua tahun di KIK. Aku dok cuba jugak recall satu atau dua incident yang "worth sharing" tapi sampai sekarang masih belum dapat idea. And I cannot agree more when you said:

"Terasa bersalah kerana tak dapat bersama atau mengatakan kesedihan atau simpati bila kawan2 di landa musibah. Kita akur masing2 mempunyai tugas dan t/j tersendiri. Apa pun mudah2an kita akan berjumpa lagi. Dah 30 tahun tak jumpa, apa salahnyer kita cari/luangkan 1 hari untuk menjejak kasih. Luangkan masa 1 hari dalam 30 tahun. Kita lupakan tugas/taraf/status. Kita bayangkan kita setaraf semasa form 5 KIK tahun 77 dulu."

Aku rasa apa yang kau sebutkan itu amat penting. Who we are now samasekali tidak relevan di sini. Yang relevan, dan yang boleh digunapakai, ialah hakikat bahawa kita memiliki satu kesamaan utama, iaitu kita pernah sebumbung, sebilik, selama dua tahun di Kolej Islam Kelang dulu. Inilah "common denominator" kita. Kesamaan utama ini "over ride" semua faktor-faktor lain. Kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi kerana memiliki kesamaan ini.

Marilah kita sama-sama, tanpa rasa segan dan silu, menghayati kesamaan ini.
Fastaqim Kamaa Umirta!
-Asmawi Mohamad