17 January 2008

Nostalgia KIK, Part 4

Tq lok, for still remember me. Hang pun byk gak ingat pasal aku noh. Agaknyer hutang lama tak settle lagi kot. Apa pun hutang kwan yang ada kat aku(if any), dah lama aku halalkan.Kalau aku ada hutang, minta halal kan gak ek. Mana ler tahu kalau tak berjumpa nanti. Bukan cikgu sushama jer yg baik,may be dia jadi mak/kakak angkat klas kita, malah semuanyer cikgu2 ni yg telah byk berjasa ngan kita.Saya masih menanti gak kawan2 lain yg menulis. Ramai gak ada masaalah nak acces internet. Jadi minta jer anak2 bantu, Cuma cerita lama2 tu kena tapis sikit.bahayaaa

Siapa diantara kita yg masih ingat number Dobi masing2, kita kan selalu hantar baju untuk dobi. No aku 1688 (kalau silap maaf ek, dah lama bebenor), selalunyer aku guna sarung bantal jer or kain sarong untuk bungkus baju kotor, Tak lama lepas tu Koperasi KIK di ujudkan. Yuran bayaran $5. Apa ler akhirnyer koperasi tu. Minta2 semuanyer berjalan lancar Senang jer nak beli aiscream kat situ, Tak yah gi kedai mamak sebelah hostel tu. Kekadang jln tanah hitam kat situ becak.

Lawatan Sdr Anuar Ibrahim.

Beberapa hari slepas Dato Seri di bebaskan dari Kemunting, dia mai KIK waktu malam. Satu siri ceramah di adakan. Yang aku ingat dia kata kita beruntung belajar kat KIK. Tahu bahasa arab dan belajar ugama gak. Tak mcm dia. Kalau jadi engineer jgn design tempat kencing berdiri dan mengadap kiblat. “SB pun sure ramai kat luar dewan ni”.

Mlm jumaat , kita berbaris ke masjid nak baca surah yassin, balik makan korma’ ayam.Mula2 masuk masjid tu, rasa jakun gak. Carpet tebal dan glass yg bewarna, mimbar pun tinggi semacam jer. tu Selalu gak almarhum sultan datang sembayang jumaat. Melaka kan tak da sultan, Yang bestnyer dapat mkn pisang berangan yg di letak kat luar masjid. Sesekali aku ngan kawan2 baca yassin tepi makam sebelah tu, tengok tempat bakar kemeyan dan marble rasa bertambah jakun. Maklum ler datang dari kg. Seram gak tengok makam besar2 ni.

Masa Assembly Pagi.

Setiap pagi isnin ada assembly, KIK buat English speaking campaign, selalunyer prefect yg pakai cermin mata tu jer yg cakap, Rasanyer naim pun ada kot. Cuma Kamila tak brapa sure.Masa English teacher Mat Salleh tu datang (lupa nama mem tu), asyik menyanyi jer.(tengok pic arkib- sent by Pn Padilah) Selalunyer aku tak concentrate sgt masa assembly, aku standby chalk dalam poket ,sebab asyik mengapor kasut jer, Tp bukan setiap kali, kekadang jer, guna chalk.Heheheh.Lepas berjalan or 2 jam pas tu , kasut jd kuning semula. pas tu minyak rambut setepek. Maklum ler rambut aku tebal. Tp rasanyer tak penah kena tahan /gunting capuk. Ada gak terlupa pakai stoking. Pinjam kawan sebelah. Masa nak kluar pintu kanan dewan, prefect kan beratur jer , dengan confident jer ulurkan kaki yg berstokin. Siapa ingat incident prefect Adli(kalau tak silap) turun dari pentas dewan, agaknyer nak cepat,terlanggar glass tingkap, banyak gak darah kluar..l

Minggu Orientasi.

Paling gembira bila berbaris nak gi dewan, lepas hostel nak cross jalan, kan ada student yang tahan kereta. Maklum ler corner tu tajam, bahaya gak tempat tu. Pernah ada emergency break, tp tak ada kecelakaan. Bila aku lalu jln tu tahun lepas , rasa tak berapa bahaya sgt, jln dah lebar dan zebra crossing pun besaq. Bila lower six datang, kan depa mai lewat, selepas result SPM kluaq, seram gak. Tapi depa duduk jauh, kan hostel kayu kat belakang sana. Nak mai blok C n D pun depa malas, Ada gak 2/3 nama yg popular masih aku ingat. Aku ingat lagi seorang senior kelas Sc, bila Tanya nama, dia kata dial ah bakal menteri minyak pertama Malaysia. Masa tu kan Petronas baru menapak. Sampai laa ni portfolio tu tak pernah ada. Heheheh. Lepas tu yg aku ingat ada 4 org pelajar yg dapat biasiswa petronas, antaranyer Fauzi, Arpi ada kot(maaf kalau silap).

Cukup ler untuk mlm ni, tengah perah otak nak ingat 30 tahun dulu punyer cerita. Nanti kita cerita pasal sukan tahunan kat stadium, sukan Sea, acara berbasikal diadakan kat sana, Perlawanan bola KIK dgn Sek Izzudin, Merentas Desa, ikut tract keretaapi, sub station TNB pdg jawa etc. Tadi kawan kita Halimon janji nak menulis. Sama2 kita tunggu.

Sekian

Bakry

No comments: