Saya baru habis lunch dengan Fauzi Ahmad, ketua kelas 5SC1 dan sekarang jadi pakar bius di Pusat Rawatan Islam PUSRAWI di Jalan Tun Razak.
Arpi turut datang dari jauh di Proton Shah Alam untuk bersama-sama kami. Mustafa Mohd Nor yang turut dijemput tidak dapat datang kerana ada hal mustahak di pejabat.
Ya Allah. Memang saya mati-mati tak kenal Fauzi. Fauzi yang saya kenal di tahun 76-77 dulu kurus tinggi slim orangnya. Fauzi yang saya jumpai hari ini saiz dia almost 2X saiz dulu. Silap-silap 2.5X. Dengan frame sedia ada yang besar, ditutupi oleh flesh and muscle yang besar, alamak....nampak besar sungguh la si Fauzi. Kalau dia bukan duduk sebelah Arpi dan tegur saya dahulu, sah la tak kenal. Kami berpeluk-peluk lagi di depan semua orang :).
Fauzi ada 3 orang anak. Dengan kehendak Allah, isteri beliau meninggal dunia 2 tahun dulu akibat kanser. Inna lillahi wa-inna ilaihi raaji'un. Dan Fauzi masih menduda hingga sekarang. What a great sacrifice he has done for his children. Yang paling bungsu dah habis SPM dan sedang tunggu result. Beliau tinggal di Bt 9 Cheras.
Sewaktu di KIK, kami amat rapat. Pada malam terakhir selepas peperiksaan SPM, Fauzi belanja saya tengok wayang "Close Encounters of the Third Kind" kalau tak silap. Saya panggil dia Tok Penghulu. Dia kata "malam ni Tok Penghulu nak belanja Asmawi tengok wayang sebelum kita balik kampung. Tak tahu bila pulak akan jumpa lepas ni". Rasanya Weldan dan Hasan Golek pun lompat pagar malam tu. Dalam nakal-nakal pun, terasa jugak syahdu malam tu sebab esoknya dah nak balik ke Kelantan dan Fauzi nak balik Perak.
So kami pun pi la tengok wayang. Balik tengok wayang, si Fuat dengan Arifin Hasan bising-bising di balkoni walaupun lampu dah kena tutup sebab dah lebih 11 malam. Ustaz Zawawi Ali pun mengamuk la..Dia jenguk sekelibat dari bawah, kami bertempiaran ke katil dan pura-pura tidur. Belum sempat saya tarik selimut nak buat-buat tidur, dua tiga das rotan Ustaz Zawawi hinggap. Ada yang kena badan, ada yang kena tiang katil.
Masa tunggu SPM saya masih berhubungan dengan beliau dan juga Padzilah. Walaupun zaman dulu telefon pun belum ada (hanya rumah Nik Mahizan je yang ada telefon masa tu), email jauh sekali, kami kerap juga berutusan surat.
Waktu jumpa tadi, Fauzi menyuarakan keberhutangan budi dia kepada saya. Saya tidak ingat pun insiden itu samasekali. Selepas result SPM keluar, kami pun sibuk la apply sana sini. Rupanya si Fauzi tidak perasan iklan dah keluar, so last last saya yang tolong isikan borang UPU untuk beliau dan poskan dari Kota Bharu terus ke UM, sebab kalau Fauzi nak hantar dari Perak memang sah tak sempat. Dengan sedikit pertolongan saya itu, Fauzi akhirnya masuk Asasi Sains UM.
Itulah dia nilai dan erti persahabatan kita dahulu-dahulu. Masakan kita akan melupainya walaupun siapa kita dan di mana kita berada sekarang.
Bila sudah berusia dan giliran anak pula yang masuk universiti, Fauzi sempat mengimbas kembali hasrat dia yang amat sangat untuk jumpa saya, terutamanya mengenai insiden di atas itu. Akhirnya Allah pertemukan kami tengahari tadi.
Harap-harap lepas ni Fauzi akan menulis sendiri di sini. Dia selalu akses blog ini, terutamanya sewaktu menunggu-nunggu pesakitnya pulih dari anaesthesia selepas pembedahan. Dengan menggunakan broadband card, dia dapat akses blog kita walaupun di dewan pembedahan. Saya tak dapat ambil gambar sebab terlupa bawa kamera pagi tadi.
-Asmawi Mohamad
17 January 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment