17 January 2008

Hello Mat Hussin

Hussin

Welcome to the blog my friend.......at last. Saya gembira kerana penungguan sudah berakhir...:) Terimakasih kerana sanggup berceloteh lama-lama.

Rahman Jusuh,

Dia ni budak Marang Terengganu ke. Mungkin satu sekolah di Marang dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3. Asmawi, if you have time pls extend my warmest regards dan kalau boleh minta no telefon.

Saidi Kadir,

Juga orang Marang. Tiap-tiap raya beberapa tahun dulu akan datang ke-rumah. tapi saidi tak be rapa boleh bercakap. He cannot control his muscles well, tapi dia tetap ceria walaupun kurang sihat. Saya dah dua tahun tak balik Terengganu jadi tak tahu apa berita Saidi yang sangat rapat dengan emak saya (ustazah di Marang). Saya akan menelefon emak saya dan cuba bertanya khabar dan di mana Saidi.

Cerita Kristian

Ini cerita lama tapi ramai lagi yang impliedly "tertanya-tanya" samada saya benar-benar pernah memasukki ugama Kristian sapertimana yang dihebohkan. I didnt realise that story has made me some kind of a celebrity and has endowed me with notoriety and infamy:) Jawapannya TIDAK. hanya tersalah tukar borang pendaftaran dengan kawan Kristian (Martha Low) duduk disebelah saya. dia terambil borang saya. Jadi ugama saya tertulis Kristian, Martha jadi Islam. Tapi dia tak de cerita kecoh macam saya.

Tapi sebagai mana yang saya ceritakan pada Asmawi dan Naim tempuhhari, that was the bleakest of the bleakest part of my life. What happened was a cruel joke. Yang paling sedih, tak ada seorang pun pelajar Islam yang mahu muncul dan bertanya samada cerita tu benar, malah membesarkan cerita. It appeared that ramai yang lebih sanggup percaya bahawa cerita tu benar, (kecuali Naim...you are the BEST, mawi engkau jauh, so you're excused bro!!!) tapi Naim hanya dapat tahu bila mak saya datang ke UM dan terus menangis dan hampir pengsan bila nampak saya (masih pakai tudung lagi masa tu). Saya hanya tahu bahawa saya "masuk" Kristian selepas confrontation with my mother and horror upon horror semua budak melayu UM tahu cerita ni. yang bukan kat UM pun tahu, Yang kelakarnya, ramai yang melihat saya sembahyang tunggang tonggek tapi tidak tergerak untuk bersuara. Rupa-rupanya cerita merebak macam api, sampailah kononnya saya telah dibaptiskan (digereja brickfield) dan bersembahyang digereja tiap-tiap hari Ahad. Saya ni kuat tidur, macam mana boleh pergi gereja:):) Masa tu tak tahu pun kat mana gereja di KL. For the record tak ada gereja kat brickfield.

Saya mengalami nervous breakdown. Saya terpaksa meninggalkan Universiti selama 2 tahun kerana tak boleh tidur. I the University very angry and disappointed that nobody came forward to at least warn me that the rumours were spreading like wild fire. Pada saat tu (masih muda dan panas baran) saya berjanji tidak akan memaafkan sesiapapun yang menyata and membesarkan cerita dan percaya bahawa saya ni MURTAD. Dosa besar tu. Tapi marah dan baran tu lasted only 3 weeks. Lepas tu menyesal dan tak mahu marah lagi. Masa tu baru saya sedar mungkin ramai yang mendiamkan diri, mungkin kerana takut untuk bersuara, maklumlah saya ni brutal and perhaps because I changed somewhat. Anyway, to forgive and forget are empowering. You become a better person. You suddenly stop being jugdmental until you step into another person's shoes.

Kawan-kawan Kristian saya bilang, cerita tu keluar mungkin sebab saya kuat sangat kutuk budak-budak Kristian dan kutuk bible, baik old atau new testament. Payback time. Budak-budak Kristian tu bukan tahu langsung pasal bible dia orang, jadi saya selalu mempermain-mainkan dan memperkecilkan kitab injil. Kalau baca genesis memang kelakar betul, macam cerita hindustan. Tapi budak-budak Kristian tu tak kecil hati, sampai sekarang kami masih berkawan rapat dan saya masih terus mengutuk kitab injil, with more sophistication.

Moral of the story, jangan cepat sangat percaya khabar-khabar angin. Banyak yang tak betul dan ditambah tokok. Kus semangat. Dengan posting ini saya harap tak ada lagi lah timbul cerita kristian tu:)

No comments: