UPDATE 1:
Saya telah menerima dua pledge pagi ini, berjumlah RM200. Ada seorang tu beritau saya, dia sanggup keluarkan RM3000 seorang diri, tapi saya kata, bagilah peluang kepada orang-orang lain sama untuk bersedekah amal jariah dalam membina sesuatu untuk manfaat jangka panjang seperti ini.
So saudara saudari sekelian, please contact me on my email at asmawi@gmail.com to give your donation. Sumbangan anda akan menjadi tanda ingatan yang berpanjangan untuk sebuah Kolej yang kita kasihi.
Asmawi Mohamad
------------------------------------------------------------------------------
Pihak KISAS/KIK memohon bantuan dari kita semua untuk menjayakan satu projek keceriaan sekolah di KISAS. Projek ini ialah Projek membina Pondok/Gazebo untuk tetamu/ibubapa dan pelajar sendiri, sebagai sebahagian daripada program Keceriaan dan Keselamatan kolej. 3 buah pondok/gazebo akan dibina di hadapan Blok A asrama putera untuk tujuan tersebut.
Saya telah berhubung dengan Sdr Megat Iskandar, YDP PIBG KISAS sekarang mengenai perkara di atas.
Kos satu pondok dan meja dan kerusi simen/bata/ di pondok tersebut ialah RM3000.00.
Salah seorang AJK PIBG telah bersetuju menyumbangkan penajaan satu pondok. Jadi ada dua pondok sahaja lagi yang belum ada penaja.
Saya telah berbincang dengan Mustafa Mohd Nor dan Fuat petang tadi, dan kami bersepakat untuk membawa perkara ini ke dalam forum Blog kita ini. Kami mencadangkan Alumni Tingkatan 5 KIK 1977 menaja kos pembinaan satu pondok itu sebanyak RM3000. Saya telahpun menghubungi Sdr Megat sebentar tadi untuk mengesahkan bahawa kita akan menaja pembinaan satu pondok. Sekarang kita ada antara 50-60 orang yang sudah menjelmakan diri di sini dan berhubung dengan kita. Kalau setiap orang keluarkan derma sebanyak RM50, kita sudah boleh menaja satu pondok.
Nama penaja akan ditulis di pondok berkenaan, dan dalam kes ini, kita akan tulis "Tajaan Pelajar-Pelajar Tingkatan 5 Kolej Islam Kelang Tahun 1977".
Kami berharap saudara-saudari cepat-cepat merebut peluang untuk menabur kembali budi yang telah kita perolehi selama ini dari KIK, dan paling tidak, untuk membuat amal jariah yang akan menjadi punca balasan pahala berterusan hatta setelah kita mati kelak.
Derma saudara/saudari bolehlah dibuat ke dalam akaun bank yang akan saya maklumkan kemudian.
Wassalam,
Asmawi Mohamad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment