Assalamu’alaikum wbt.
Doa semuanya sehat dan gembira disisi keluarga tercinta. Tadi WakMan sempat solat Jumaat kat Masjid Jamek Ar-Rahim, Merlimau. Lepas solat WakMan ziarah kubur Allahyarham Azizian Hamid yang terletak di tepi pagar belakang masjid, masih baru lagi, kayu nesan belum bertukar lagi (Al-Fatihah) . 30 tahun berlalu, hari ini kita bertemu di udara alam cyber,terasa syahdu dan gembira dapat diketemukan dalam suasana yang lebih intim. Budak2 dulu form4-5/1977 tak sama dengan form 4-5 2007 . Jauh panggang dari api, nak mengurat pun tak tahu, apatah lagi istilah-istilah masakini……… nak sebut pun malu. WakMan dulu jadi ahli pustakawan, belajar menaip arab/jawi. Masa itu seronok sebab banyak lawatan dari tok arab, Mesir, Kuwait. WakMan ada gambar tu, rase2nya belakang WakMan yang tengah menaip tu si Mahfuz (orang kuat KDRM), Bapak Moelyadi jadi juruphoto. Rifin (MRSM Pendang) mungkin ingat kat adek cikgu yang jaga perpustakaan itu, tak silap budak Adibah Othman. Rifin, kau tak de ke laptop, nak tulis dalam Blog ni. Penat je si Mawi , Mustafa, Kamilah punya projek besau2 ni. Halimon, gambau kau kat mana tu?, sorang je, .WakMan nak cari teman manja WakMan, Hazizan Hasan, Robaie sadiyo (Kabare?,Waras!), Ismail Hasan dll terutama budak kelas 5sas2. Budak2 perempuan ramai juga tapi mungkin dia orang segan dan malu kot. Mawi boleh semak berapa ramai budak2 form5kik1977 yang curi-curi baca blog ni tapi dia ketawa sorang2 atau dia menangis gembira sebab teringat kenakalan lama tu. WakMan memang suka berkawan, selalu ingat kat kau orang semua. Abd Mugith kat Gurun dah jumpa tempoh hari, Ramli Awang (TRG) WakMan dah ziarah dia kat UTM, dia dah dapat PhD, banyak tulis buku.Sukran Dr.Ramli, buku yang kau bagi tu belum habis dibaca. Ahmad Rufaie x sempat jumpa. Sehari sebelum Raya Korban lepas, WakMan ada kat Sabah, jadi penal forum Konvensyen Nasional Undang2, tak tahu pulak Yunus kat UiTM Sabah, kalau tahu boleh WakMan tumpang semalam kat rumah kau. WakMan pun selalu juga lalu kat Kampong Jawa, WakMan gi Kg.Bukit Naga dan ke Kg.Delek ziarah abang dan adek kat sana, bila lalu kat KIK , WakMan perlahankan kereta beritahu kat anak2, ni tempat buyah belajar, tu asrama buyah, tu masjid buyah gi solat jumaat dan lain-lain, kalau 5 kali lalu itulah benda yang keluar dari mulut WakMan, anak2 kata , buyah cakap benda yang sama. Dia orang tak tahu betapa indahnya bernaung di bumbung KIK. Betul tak Mawi?, Dolah dengan Nik sampai sekarang bernaung kat bumbung KIK. Tadi suami Ct.Aisyah Arifin (kelas 5 ) call, tanya khabar WakMan dan dia kata ,tengah tengok Blog ni, hebat Hj.Abd Aziz Jantan (suami ct Aisyah) tolong tengok bagi pihak isterinya. Ramai ke suami2 yang lain tolong baca kat Blog ni. Kita tunggu apa ct. nak tulis dan ulas dalam Blog form5kik77. WakMan dah jumpa budak singapore tu, Jumaiah Omar, dia mengajar kat Sek.Men Convent Melaka. Asmawi ! Wak Man rase kita kena juga buat Ta’aruf , ringkas je. 30 tahun begitu lama, banyak peristiwa telah berlalu. Kalau yang berkhidmat dengan Jabatan Kerajaan atau Badan berkanun rasa2nya kau orang semua dah dapat skim tinggi2 - S48, DG48, DS52, M52 , M54 , mungkin dah ada yang JUSA C. Yang berkhidmat dengan swasta lagi besau RM9 – 10K. AlhamdulilLah Syukur. Ramai yang dah jadi Pengetua, Pengarah dll. WakMan tumpang gembira. WakMan buruh kontrak je. Budak TiPah pun dah jadi Prof.Madya.Tahniah. Asmawi, Hamid jusoh, Zaki Rahman dll pun apa kurangnya. Tahniah. WakMan dengau ramai geng spmkik77 ada kat UiTM. Rashid Mohd, WakMan jumpa dia kat UiTM Jengka, dia belanja WakMan makan tempoh hari. Abdullah Hj.Said kat UiTM Lendu. Sazali Termizi, pasal apa kau diam je kat Unisal tu, tulislah sikit kat Blog ni. Mejar Ruhaimi sidek masih kat Perak ke? , terima kasih hantau kad raya beberapa tahun lepas. WakMan masih 1 paku (2nd Leftenan), lepas ROTU/PALAPES UKM, WakMan tak joint mana-mana Kem walaupun ada tawaran. Masa kat KIK WakMan tak masuk Kedet sebab mungkin Dolah, Kak Ani, Semawi, Husin tak kasi sebab WakMan kecik nau.Ustaz Ku Hamid hebat jadi orang kuat Kedet KIK. Yahya Daud dulu kat BIMB Melaka tahun 1980an, Abdullah Ahmad (Kedah) pernah bertugas di JAIM tahun 1990an dan pindah semula ke JAKIM dan telah pun meninggal dunia (al-Fatihah). Beberapa tahun lepas WakMan pun dikatakan telah meninggal dunia, Ustaz Robani Hj.Yusuf (PUM Melaka) meninggal, maka tersebar berita WakMan yang meninggal dunia, ada yang telefon, ada yang ziarah. AlHamdulillah WakMan masih hidup dan masih boleh menulis kat Blog ni. Jambatan persaudaraan telah dibina, justeru itu jangan leka, jangan bertangguh, kukuhkan ukhuwah kita semua. Ada syair Arab menyebutkan, Kerja hari ini jangan dilewati, Kerana malas menyusuk diri ,Di hari esok kau belum pasti, Mungkin lemah datang lagi, Selesaikan kerja hari ini, Jangan ditangguh sampai pagi, Siapa jamin di esok hari, Malang tak berbau datang dekati.. Maaf, coleteh wakman agak panjang . Wassalam. WakMan 5sas21977
25 January 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment