Oleh kerana siaran kita agak "slow" sikit pagi-pagi Jumaat ini (Fuat selalu remind saya kalau malam Jumaat supaya baca Yasin dan tidur awal sebab besok pagi nak gi masjid dan kena sujud sajadah- don't worry At. Aku baca Yasin dengan anak-anak malam tadi), pihak penaja ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh beberapa perkara:
1) Blog kita ini sekarang menerima kunjungan lebih 100 orang dalam satu hari. Kebanyakan pengunjung adalah bekas-bekas pelajar Tingkatan 5 1977 yang tahu tentang kewujudan blog ini melalui kawan-kawan atau memang sudah lama aktif dalam blog ini. Perlu juga diingat bahawa selain dari geng-geng seangkatan dengan kita, blog kita ini juga dikunjungi guru-guru kita. Ada beberapa guru yang secara rutin berkunjung ke blog kita. Entah-entah Pak Soenaria pun dapat "access" blog kita dari Indonesia sana. By the way, saya dapat jumpa entry Pak Soenaria di Universitas Pendidikan Indonesia di sini http://fisika.upi.edu/Daftar%20StafDosen.htm. Beliau masih mengajar ilmu fizika di sana :). Siapa rajin nak call beliau, nombor telefon (rumah) beliau pun ada di situ.
So, jangan nakal-nakal sangat tau! So far everything is OK!
2) Kalau saudara/saudari ada alamat emel, sila maklumkan kepada saya di asmawi@gmail.com. Begitu juga jika saudara/saudari tahu alamat emel kawan-kawan yang lain, Setakat ini baru ada 23 entry dalam koleksi emel saya.
3) Saya galakkan saudari/saudari menulis terus ke dalam blog, melainkan jika saudara/saudari sudah mencuba sendiri tetapi masih tidak berjaya kerana apa-apa sekatan jampi serapah yang diletakkan di server tempat kerja saudara/saudari. Jika masih tidak berjaya, emelkan tulisan saudara/saudari kepada saya di alamat di atas. Bukannya apa, kalau tulisan itu terus dimasukkan dalam blog, lagi cepat tulisan itu keluar dan dapat ditatap oleh semua. Kalau dihantar kepada saya dan kebetulan saya pulak tidak online maka lambatlah keluar. Silap2 tulisan tu dah jadi basi.
4) So far, usaha menjejak kawan-kawan lama kita berjalan secara "adhoc" sahaja. Tingkatan 5 SC1 dah hampir lengkap. Kelas-kelas lain agak slow. Saya nak syorkan supaya ini dilakukan dengan lebih sistematik. Lepas ni saya akan tulis fasal hal ni secara berasingan.
Wassalam.
-Asmawi Mohamad
25 January 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment