25 January 2008

UNTUK BAPAK KITA SOENARIA SASMITA A.M

(Gambar diambil di Selat Tebrau, Johor, semasa dalam lawatan Lembaga Ketua Pelajar KIK 1977 ke Selatan dan Singapura).
Berdiri dari kiri: Almarhum Cikgu Mohd Isa Kassim, Abdullah Hj Hassan, Fazial Ahmad, Rabain Hassan, Nik Mohd Rushdi Nik Daud, Fauzi Abdullah, Mohamad Daud, Bapak Soenaria Sasmita A.M.
Duduk dari kiri: Ahmad Samawe Hassan, Saidi Ismail, Ghazali Mamat, Sulaiman Hj Mamat, Nasarudin Che Noh.
ASSALAMUALAIKUM PAK!
DOA' KAMI SEMOGA ALLAH TA'ALA SENTIASA MEMBERI KEBAHGIAAN, KESEJAHTERAAN DAN KESIHATAN YANG BERPANJANGAN KEPADA BAPAK BERSAMA AHLI KELUARGA TERCINTA. IN SYA ALLAH!!!

BAPAK!
KAMI MENGHULUR TANGAN, MENYUSUN JARI SEPULUH MEMOHON AMPUN DAN MA'AF ATAS SEGALA KENAKALAN KETERLANJURAN KAMI ANAK-ANAKMU KETIKA BERPELUANG BERSAMAMU DI KOLEJ ISLAM KLANG, BUMI WAQAFAN, BUMI YANG BERTUAH INI. DI ANTARA KAMI ADA YANG TELAH MEMBUATKAN BAPAK TERASA HATI, TERGURIS KALBU KERANA HASRAT BAPAK UNTUK MENDIDIK KAMI MENJADI INSAN YANG SOLEH BERGUNA KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA TERSANGAT TINGGI. TERLALU BANYAK UNTUK DICORETKAN MENGENAI PENGALAMAN2 SILAM YANG PERNAH KITA LALUI WALAUPUN TEMPUHNYA LEBIH KURANG 2 TAHUN (1976-1977). SETIAP PERTEMUAN ANTARA KAMI ANAK-ANAK DIDIKMU ADA SAJA TOPIK-TOPIK BERKAITAN DENGAN BAPAK YANG TERKENAL SEBAGAI WADEN YANG KAMI TAKUT SELALU, KAMI GERUN DAN KAMI SANGAT HORMATI. TETAPI KINI, KAMI SEMUA SUDAH BANYAK BERUBAH! BUKAN MACAM DULU-DULU LAGI. KAMI SUDAH JADI ANAK BAIK! ANAK SOLEH, KAMI SEMUA BEKERJA DAN BERAMAL DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. SEKARANG KAMI CUBA INGIN MEMBANGUNKAN SEMULA UKHUWWAH SESAMA KAMI YANG TELAH SEKIAN LAMA TIDAK DIURUS DAN DIHUBUNG DENGAN BAIK.

BAPAK!
BERSAMA INI SAYA LAMPIRKAN SEKEPING GAMBAR YANG SEMPAT KAMI BERGAMBAR BERSAMA BAPAK YANG MASIH ADA DALAM SIMPANAN SAYA. MOHON IZIN PERKENAN DARI BAPAK AGAR GAMBAR INI MENYEMARAKKAN LAGI SILATURRAHIM KAMI SEMUA!!!

AMPUN PAK, AMPUN....!
WASSALAMUALAIKOM...
abdullah hj hassan
25 jan 08


No comments: