25 January 2008

Cadangan Reunion Gen77: Perancangan awal

Assalamualaikum,

Setelah lama berding-dong, saya ingin menulis beberapa noktah sebagai perancangan awal cadangan mengadakan "reunion" generasi SPM Kolej Islam Kelang 1977.

1) Sdr Fuat mencadangkan kita namakan reunion itu majlis "Sirih Pulang Ke Gagang". Saya nak tambah sikit, mencuri istilah Dollah Hasan GEN77, jadi kita namakan majlis itu (subject to changes)

Majlis Sirih Pulang Ke Gagang Gen77

2) Tarikh: Musim cuti sekolah bulan Mac nanti: 7/8 hingga 14/15 Mac 2008. Sorry Kamilah, but we only follow Malaysian school calendar. Too bad!

3) Tempat: Dewan Besar KIK

4) Untuk menjayakan majlis ini, kita kena bentuk komiti. Saya cadangkan nama-nama berikut dimasukkan dalam komiti:
  1. Saya sendiri, Asmawi
  2. Fuat Azahari
  3. Mustafa Mohd Nor
  4. Kamilah Kasim
  5. Abdullah Hasan
  6. Fatimah Hasan
  7. Puaad Muhammad
  8. Noor Bakry
  9. Rahimin Bani
Sila cadangkan nama-nama lain lagi.

5) Jawatankuasa yang perlu dibentuk:
  1. sambutan
  2. publisiti
  3. makanan dan persediaan dewan
  4. program
  5. apa-apa lagi komiti. offhand saya tak dapat fikirkan. Tolong bagi idea

6) Wakil kelas:
Untuk memudahkan usaha menjejaki bekas-bekas pelajar SPM77, saya cadangkan kita lantik wakil bagi setiap kelas. Cadangan tentatif saya:

5 Sains 1: Padzilah Hj Said
5 Sains 2: Zubir Rashid
5 Sastera 1: Husin Isa
5 Sastera 2: Rohani Daud
5 Sastera 3: Siti Kittiyah bt Hj Dakir
5 Sastera 4: Naim Nordin
5 Sastera 5: Muhabat Abd Latif

Ini adalah cadangan tentatif untuk meletakkan nama pada ruang-ruang yang ada. Jika ada revision dan perubahan, sila cadangkan kepada kita semua.

Saya telah wujudkan satu database untuk tujuan ini dan diletakkan di laman yahoogroups kita. Database ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Everything here is still very tentative. But I hope this posting will trigger some intense discussions either here or in our Yahoogroups mailing list so that we can start cracking. We need to get the ball rolling as soon as possible.

-Asmawi Mohamad

No comments: