Saya bukan nak cakap fasal Tipah tertipu atau tak tertipu sebenarnya.
Saya nak tulis tentang Latipah Zulkifli, ex 5Sains1 KIK tahun 1977 dulu.
Saya dengan Arifin Hasan dan Ahmad Imran (this is what Anson called, the bad side of me. Anson kata "hang ada dua personality tau tak?". Kalau masa hang kawan dengan Weldan etc, hang jadi budak baik, bila hang masuk geng dengan Ripin dan Imran, hang jadi jahat sangat :) selalu sakat Latipah. Tak tahulah sapa sebabnya, maybe just plain jahat kot. Habis dengan si Rodziah Radzi terpalit sama dan jadi musuh dengan saya. I was bad!!
Masa di tingkatan empat, saya agak baik dengan Rodziah (betul kan Rodziah?). Bila naik tingkatan lima, haa...saya naik minyak. Bila konflik dengan Latipah dan Rodziah menjadi semakin gawat, one of them, Latipah agaknya, hantar surat kepada saya, mengutuk saya di atas perlakuan saya yang meresahkan beliau dan Rodziah.
What did I do with the letter? I put the letter on the notice board in front of the class for all to see? tak ke jahat namanya tu?
Kalau tidak silap ingat, surat dia orang tu saya balas dengan bahasa yang lagi "nasty".
Selepas keluar KIK, sambung belajar dan kerja, saya amat ingin untuk berjumpa dia orang berdua ni dah mintak maaf atas keterlanjuran bahasa saya dahulu.
Masa jumpa Fuat di Tg Malim tempohari tu pun, si Fuat sempat tanya fasal konflik dengan Latipah tu. Dia pun kata "teruk hang kata kat si Tipah dulu tu kan? I rasa hang kena mintak maaf kat dia!"
So memang saya dah menanam azam nak trace jugak dia orang berdua ni. Saya pasang kaki melalui Anson dan Padzilah. Rodziah dapat ditemui sehari sebelum gathering di Kelang dulu melalui Padzilah. Saya amat bersyukur. Lepas tu, semalam si Fuat sms saya kata dia dah dapat number HP Latipah melalui Padzilah jugak. Masa tu saya di Putrajaya.
Selepas tamat urusan di Putrajaya tu, saya terus call Latipah. Punyalah seronok si Latipah. Dia nampak amat ceria sekali dan amat teruja dengan cadangan reunion kita. Dia pun dah nak dapat menantu pada bulan Ogos nanti. Anak sulung dia dah umur 24 tahun dan dah habis Masters. Dia akan jemput sendiri kita semua nanti. Bila saya masuk ofis, rupa-rupanya si Tipah dah hantar email kat saya sebelum saya call dia. Tajuk email dia:
Hahahaa....sori la Pn Tipah eh. Meminjam bahasa Fuat "Dulu kita sama-sama tak berakal".
Saya rasa tentu si Tipah akan menulis sendiri di blog ini nanti. Dia dah dapat login dan password untuk akses.
-Asmawi Mohamad
17 January 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment