13 January 2008
Pertama kali menulis dlm blog ni. Tu pun atas desakan Fuat Azahari "bila hang nak tuleh ni, cpat le sket" . Mungkin memori dah berkarat sb sepeninggalan dr tanah Kg Jawa langsung tak jenguk2 KIK. Ade dengar berita tentang nak buat Alumni dah lame tp xjugak jadi. Berkat usaha Asmawi melalui kepintaran beliau akhirnye dpt kita mengimbas kembali saat2 suka duka di asrama bersama2 rakan lain.
Pertemuan dgn Guru2 yang sedikitpun tak dimamah usia .. jgn cerite psl rambut la, aku sendiri pun dah langsung xder rambut .. with the exception of Nor Bakri who maintained the 70's look (jgn marah Dr) ; Ust Ahmad Ismail (cuma yg hilang spek hitam je), Cikgu Sushama (from day one till now .. u never aged .. maybe a bit of weight but still as young as we cud remember), Cikgu Zaharah (dah 60 tu .. xmkn tua btol!!), Cikgu Shahrom (rambut je putih tp masih 'kebudakan' wajahnye), Ust Hasan (rupa xubah, masih bole kenal klu jumpe kat jln). Rakan2 yg lelaki xbyk perubahan, ader yg dah berisi & ader yg masih maintain spt kat kolej dulu. Kaum wanitanya ramai yg dah krg ingat nama tp rasenya muka boleh perasan .. Anson, Radziah Hamzah, Rodziah Radzi, Kamilah (yg ni xingat patut kene sumpah), Nik Mahizan, Jaliya (rasenye skali as ELS dulu) semua ni tgk je kenal InsyaAllah.
Sblum lupe Rahiman Bani & Ariffin Bakar smpikan salam utk semua (maklumlah dah tua ni byk lupe dr ingat .. kata Fuat Azahari. Tp hati sentiasa muda Tn Fuat ha ha .. bile dah pakai full face helmet org dah xkenal).
Harapan kite semua, selalulah berhubung agar sakit demam kita tau .. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA (mcm pernah didengar tp dimana ya).
Ade mase aku tulis lg, anak nak gune PC plak
Wassalam - Naim
Gambar Pertemuan Form 5 KIK 77 Bersama Guru/Ustaz-13 Jan 08 Kelang
Dari Kamera Mustafa: Maaf gambar kurang sempuran cameraman segan: Kelihatan jelas Sdr Fuat Azahari, Sdr Arpi dan Pn Nik Mahizan. Kamilah Kassin (baju merah) Pn Radziah Radzi (berbaju hijau) membelakangi kamera dan Nik Mahizan. Selepas makan, dan bergambar beramai-ramai. Masa dah nak balik. Hampir 6.00pm 13.1.08.
Sdr Mohd Nor Yaacob berkata sesuatu kepada Pn Anson.
Tak berapa jelas: Mustafa Mohd Nor, Dr Zaki Abdul Rahman dan Al Fadhil Ust Hassan Yassin.
Srd Ahmad Puaad Mohd (gengster) sedang memperkenalkan diri semula, maklumlah hampir 30 tahun tak jumpa. Kelihatan dari kiri: Ustaz Hassan Yassin, Miss Sushama Madavan, Cikgu Zaharah Mahmud, Pn Roziah Hamzah dan Mohd Nor Yaacob. Kurang jelas berbaju putih di kanan Puaad ialah Dr Norbakry Mat Derus (nampak bergaya dan lagi hebat berbanding 30 th dulu... proses kesempurnaan seorang insan...)
Sama...
Kenapa semua termenung saya pun tak tahu...dari kiri Puaad, Asmawi, Al Fadhil Ust Ahmad Ismail, dan Isteri Ustaz Ahmad. Baju Petak Saidi Ismail (Kastam KLIA)
Giliran sdr Arpi memperkenalkan diri semula...baju merah Sdr Abdullah Hassan. Di kanan Arpi, Puaad, Pn Jaliya (Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah) dan Pn Radziah Radzi. (Guru di salah sebuah sekolah di Putrajaya)
Mustafa, Pn Nik Mahizan, Pn Jaliya, Puaad, Asmawi, Abdullah Hassan, Ust Ahmad Ismail, Mohd Nor Yaacob, Naim Nordin Membelakangi kamera.
Sama...
MENJEJAKI KWN2 LAMA
assalamualaikum.........
Utk mawi dan sahabat2 KIK 77
Saya masih semangat utk tulis dlm blog ini...maklumlah kerja tak banyak. dan inilah satu2nya ruang utk saya nak tahu dimana rakan2 kita berada.dua hari lepas fuat ajak keklang utk pertemuan dgn cikgu shahrom.saya sekadar mengirimkan slm utk rakan2 yang hadir pd hari tu 13/1. saya pasti fuat hadir maklumlah dia ada agenda disana..saya ni almaklum sajalah..dalam keadaan sekarang ni.mcmana pun terasa sangat nak jumpa kwn2 lama.munkin ramai yg hadir.fuat macam tak suka dgn jawapan tu..
Dlm menjejaki kwn2 lama teringat pula pd halomoon md.sood(melaka).mustafa nor tengah mencari dia(saya baca dlm blog). dia pernah bertugas dimardi serdang sekitar tahun 80an dan pernah dtg dan tidur dirumah saya dialor setar.tapi sekarang dah resign mardi dan joint dgn MSN di KL.dan selepas itu hubungan dgn dia terputus. cari2lah di MSN(Majlis sukan negara). Fuat ada bertanya tentang zaki ali(5sas?).saya selalu jumpa dia.kampong berdekatan.sekarang dia ada diSek. Men Albukhori dialor setar sebagai warden asrama(h/p 0194759614)..macamana sahabat kita dr.husni.amar rahman dan nik alwi ada mareka hubungi mawi..harap mereka tak lupa kwn2 lama dan dpt bersama dlm blog ini.Insyaallah....ok mawi
Dari Lok(5Sc277) (Nasir Ahmad)
Mardhiah Hashim, Norzilah Husin, Rohana Mahadi
Semasa saya menulis ni mungkin kawan-kawan yang dah confirm untuk bertemu guru -bekas murid di Klang sedang rancak bercerita, maklum saja dah 30 tahun tak jumpa. Oleh kerana saya bertugas dan tinggal jauh dari Lembah Klang, dapat tengok gambar dan baca cerita kawan-kawan yang aktif menulis dalam blog ni pun dah cukup menghiburkan...
Saya selalu berhubung dengan kawan2 yang sama bertugas, Mardhiah Hashim ( prefect 5Sc2) ada di Wangsa Maju, Rohana Mahadi (5 Sas 3) di Melaka. Baru-baru ni saya berjumpa dengan Norzilah Hussin (5 Sas3) mengajar di Kuantan dan juga Siti Norlaila Badrulzaman (5 sas 3) mengajar di Chini. Melalui mereka saya dapat banyak info tentang kawan-kawan kita. Dengan Ahmad Semawi memanglah selalu berhubung. Dulu kami sama-sama bertugas di Temerloh dan sekarang ni masing-masing dah bertukar ke Kuantan.
Saya masih menyimpan gambar kelas untuk Majalah RESTUbersama guru kelas Cikgu Shahrum. Kalau diteliti gambar tu memang melucukan. Yang duduk dibarisan depan dan berdiri di barisan tengah nampak sopan, tapi yang berdiri barisan belakang sekali macam-macam aksi. Siapelah agaknye yeaaa yang ada di barisan belakang tu...Gambar tu juga berlatarbelakangkan blok sekolah , mengingatkan tentang kelas Sc1 untuk dua tahun berturut-turut ditempatkan bersebelahan dengan bilik guru, petanda ada yang nakal agaknye lah.
Kepada kawan-kawan yang datang ke Kuantan, hallo hallo la. Anson selalu juga datang ke Ktn dan dia dah janji nak jumpa nanti.
Selamat Menyambut Tahun Baru Untuk Semua.
Padzilah
Countdown: Perjumpaan Guru-Guru dan Pelajar Tingkatan 5 1977
Tarikh: Ahad, 13/1/2008
Masa: 3.30 Petang
Tempat: Restoran Biryani King, Depan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Kelang
Berikut adalah kedudukan terkini kehadiran. Sila warwarkan kepada sesiapa sahaja yang berkenaan. Dan kepada yang belum confirm, sila berbuat demikian secepat mungkin supaya urusan logistik yang lain dapat segera.
Nama | Dihubungi? | Status |
1. Cikgu Shahrom Hashim | Ya | Confirm |
2. Cikgu Sushama Madhavan | Ya | Confirm |
3. Puan Zaharah | Ya (Nik Mahizan) | Belum |
4. Cikgu Lau Ah Kow | Ya (Cikgu Sushama) | Belum |
5. Cikgu Baharom Matan | Ya (Nik Mahizan) | Belum |
6. Datin Wan Hasmah | Ya. | Tidak Dapat |
7. Ustaz Hasan Yasin | Ya (Nik Mahizan) | Confirm |
8. Ustaz Ahmad Ismail | Ya (Zaki) | Confirm |
Bekas Pelajar: | ||
1. Asmawi Mohamad | Ya | Confirm |
2. Fuat Azahari | Ya | Confirm |
3. Naim Nordin | Ya | Confirm |
4. Kamilah Kasim | Ya | Confirm |
5. Halimon | Ya | Confirm |
6. Noor Bakry Mat Derus | Ya | Confirm |
7. Jaliyah Basiron | Ya | Confirm |
8. Anson Ismail | Ya | Confirm |
9. Nik Mahizan | Ya | Confirm |
10. Abdullah Hasan | Ya | Confirm |
11. Abdullah Ahmad | Ya | Confirm |
12. Weldan Che Kob | Ya | Confirm |
13.Rodziah Radzi | Ya | Confirm |
14. Sabaruddin Hasan | Ya | Confirm |
15. Arpi | Ya | Confirm |
16. Fatimah Hassan | Ya | Confirm |
17. Ahmad Puaad Mohamad | Ya | Confirm |
18. Mohd Nor Yaakob | Ya | Confirm |
19. Zaki Abd Rahman | Ya | Confirm |
21. Saidi Ismail
Hussin Md Isa
12 January 2008
Siti Kittiyah dan Siti Fatimah Umar
Siti Kittiyah binti Dakir said...
Salam ukhuwah semua saudara kik 7, saya dan siti fatimah umar tinggal d johor, berjiran. Gembira dgr berita saudara-saudara lama.mudahan tali siratulrahim terjalin kembali. Wassalam
Fatimah Hassan 5 SAINS 2
Dr Zaki Abdul Rahman dan Saidi Ismail
Seronok dengar cerita Kamilah dapat berjumpa dengan Radziah Razi dan dapat bercakap dengan Siti Rabiah. Itulah keadaan dan situasi ceria bila kawan lama dapat berjumpa semula. Cerita boikot makan tu hebat juga... Kamilah "benchmark" masakan emak Radziah Razi, kami pelajar lelaki yang masuk kedet "benchmark" roti yang di makan di mes tentera. Roti di mes tentera yang kami makan sekali sekala bila ada latihan kedet di Kem Wardieburn dikukus sebelum dihidang... roti kita keras...lepas tu mula demand dengan steward... En Baba ke nama dia...lepas tu memang roti dikukus. Maka lembutlah roti berkenaan seperti roti "gardenia". Esok kita sambung cerita roti...
Pagi tadi saya dapat bercakap dengan Dr Zaki Abdul Rahman (UM)dan sebelah malam bercakap dengan Saidi Ismail (kastam di KLIA). Melalui Dr Zaki dia berjaya jemput Ust Hassan Yassin. Ust Ahmad Ismail mulanya tak dapat datang. Malam Dr Zaki sms Ustaz Ahmad Ismail dapat datang...syukur kepada Allah.
Sebenarnya Sdr Asmawi beri no hp Ust Hassan dan Ust Ahmad Ismail dia minta saya call dan jemput kedua2 Ustaz kita yang hebat ni... Bila dapat cakap dengan Dr Zaki saya minta tolong Dr Zaki yang call. Saya segan...Dr... Dr Zaki pun admit... masa di KIK dulu Mustafa nakal sikit kan? kata Dr Zaki... saya pun mengaku ajelah...tapi esok segan pun "aaak lah" (tahanlah) nak buat macam mana dah jumpa dan kita pun memang berhasrat nak jumpa sangat dengan semua guru2 dan ustaz/ustazah kita.
Tak Sabar tunggu esok...harap usaha kita berjaya menyambung silaturrRahim dan diberkati Allah. Insya Allah saya akan ke rumah saudara Naim dulu... lepas tu ke Kelang. Dengan Naim dapat buat mukaddimah dan atur strategi nak sembang...
Harap kawan2 sekitar lembah Kelang dapat luangkan sedikit masa, Sdr Fuat Azahari drive all the way from Alor Star, Kamilah pula sanggup delay untuk ke Singapura.
InsyaAllah kita jumpa esok...
Wassalam.
-mustafa mohd nor-
Rodziah Radzi dan Siti Rabiah
Jadi saya selalu bertanyakan pasal Rodzi dengan Asmawi. Pagi tadi Asmawi bagi nombor telefon Rodzi . 5 jam kemudian Rodzi sampai ke rumah saya. Pujuk suami beliau memandu all the way from Putrajaya to KL. Melompat-lompat gembira dapat jumpa balik (yep Asmawi, I was jumping literally:)). Selepas 2 jam Rodzi kena balik sebab takut husband dia, (sangat sporting - dia tak nak masuk dalam rumah sebab nak beri privasi kepada kami bersembang pasal cerita-cerita lama) tunggu lama sangat. Lagi pun besuk akan jumpa lagi.
Rodzi macam dulu juga, masih kecil molek. tak banyak berubah. Ada tiga orang anak. 1 lelaki dan 2 perempuan. Rodzi mengajar di Putrajaya. Siapa-siapa yang nak no telefon Rodzi, silalah berhubung dengan saya atau Asmawi.
Pagi tadi saya juga sempat bercakap dengan Siti Rabiah. Suara Siti langsung tak berubah, masih macam suara budak umur 16 tahun. Sangat lemah lembut, maklumlah orang kelantan, tak macam suara saya dan Anson, macam petir:) Siti mengajar di kelantan dan ada 5 orang anak. Masa tingkatan 6 atas, Siti patutnya jadi headgirl, tetapi olehkerana saya terlampau nakal, di lantik jadi headgirl, supaya berubah perangai. Terlampau nakal, Ustazah Fauziah kata dia berdoa panjang lebar supaya saya stop jadi nakal. Jadi headgirl pun tidak mengubah tabiat saya. I was miserable kerana diberi tanggungjawab, dimana saya tak boleh ponteng prep dan sebagainya, lagipun Siti would have made a brilliant headgirl. Having said that, the were few things i did as the headgirl that i was so proud until today:-
1) Budak-budak perempuan berpindah ke asrama 4 bilik dan budak-budak lelaki pergi ke asrama sardin.
2) Budak-budak perempuan pergi prep dalam kelas dan budak lelaki prep dikantin banyak nyamuk.
3) Seluruh sekolah boikot makanan asrama selama seminggu. walaupun kena warning kami tak beranjak. Lepas tu dapat ikan dan roti yang lebih lembut dan sayur tak ada ulat lagi.
What can I say, i was such a persuasive force that the school had to cave in to the demand. Agaknya budak-budak lelaki sangat bengang dengan saya sampai hari ini.
Saya berjanji dengan Rodzi dan Siti untuk selalu berhubung.
Kepada yang akan berjumpa di Klang besuk.....really look forward to seeing you people!!!!!
Jejak Kawan Lama
Sebenarnya sejak Padzilah Said hubungi saya pada 9/1/2008 saya telah cuba
untuk memasuki blog tersebut dan juga mengirim e-mel kepada Sdr. Asmawi
tetapi rupa-rupanya tersalah tulis. Ialah... matapun dah semakin kabur..
Jadi kami dapatlah berhubung melalui sms yang dikirim oleh beliau.
Walau bagaimanapun ucapan terima kasih kepada semua kawan yang masih ada.Kepada yang telah kembali ke Rahmatullah, kita sedekahkan al-Fatihah. Sedih dengan pemergian ke rahmatullah Sdr. Fuad Awang dan Cikgu Md. Isa.
Belum terlambat untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua.
Sekian.. dari JALIYA di Bandaraya Melaka Bersejarah.
Rodziah Radzi ditemui :)
Saya terus call Rodziah sebaik sahaja dapat contact number dari Padzilah tu. Nasib baik Padzilah telah "brief" Rodziah sedikit sebanyak mengenai apa yang kita buat ini, so tak susah lah kerja saya menjelaskan kepada Rodziah tentang perjumpaan besok.
Selepas mendapat kebenaran Rodziah untuk memberikan nombor beliau kepada Kamilah, terus saya sms nombor Rodziah kepada si Kamilah.
Rodziah berjanji akan datang besok kalau diizinkan oleh suami beliau. Doakan agar beliau dan suami dapat bersama kita.
-Asmawi
Menjejaki guru dan kawan-kawan lama: TERKINI 12/1/2008
Nama | Di mana Sekarang | No Telefon | Sudah dihubungi |
GURU-GURU | |||
1. Cikgu Sushama Madhavan | Kelang | Ada | Sudah |
2. Cikgu Shahrom Hashim | Batu Pahat | Ada | Sudah |
3. Cikgu Rani Abd Hamid | Penang | Ada | Sudah |
4. Ustaz Ahmad Ismail | KL | Ada | Sudah |
5. Ustazah Fauziah Sani | Perlis | Ada | Belum |
6. Dato Zainal Abidin Kadir | Cairo | Ada | Belum |
7. Pn Norsiah Ariffin | TDK | TDK | Belum |
8. Datin Wan Hasmah (Geografi) | TTDI, KL | Ada | Sudah |
9. Pn Maimoon Hussin | TDK | TDK | Belum |
10. Pn Ramli Khamis | TDK | TDK | Belum |
11. Cikgu Zaharah | Ada | Ada (NM) | Belum |
12. Pn Inon Rahiman | Ijok | Ada (CSH) | Belum |
13.Cikgu Lau Ah Kow | Kelang | Ada (Sushama) | Sudah |
14. Ustaz Ghazali (Kelantan)-Arwah | |||
15. Ustaz Ku Hamid | TDK | TDK | Belum |
16. Cikgu Baharom | Kelang | Ada (NM) | Belum |
17. Cikgu Rashidi Azizan | TDK | TDK | Belum |
18. Ustaz Adham | Kota Bharu | Ada | Belum |
19. Cikgu Nora | TDK | TDK | Belum |
20. Cikgu Tahir (Geografi) | TDK | TDK | Belum |
5 SAINS 1 | |||
1. Asmawi Mohamad | KL | Ada | Sudah |
2. Anson Ismail | KL | Ada | Sudah |
3. Fuat Azahari | Kedah | Ada | Sudah |
4. Ahmad Imran Tahir | Kelantan | Ada | Sudah |
5. Rashidi Ismail | Kedah | Ada | Sudah |
6. Padzilah Said | Kuantan | Ada | Sudah |
7. Jalilah | Kuching | Ada | Sudah |
8. Jaliyah Basiron | Melaka | Ada | Sudah |
9. Ruzanah Hussin | Melaka | Ada | Sudah |
10. Toriah Jatim | Melaka | Ada (Ruzanah) | Belum |
11. Azhan Azmi | TDK | TDK | Belum |
12. Kamal Daril | Terengganu | Ada | Sudah |
13. Habsah Md Jadi | TDK | TDK | Belum |
14.Abd. Rahman Jusoh | TDK | TDK | Belum |
15. Muhammad Abd. Rahman | TDK | TDK | Belum |
16. Radziah Razi | Putrajaya | Ada | Sudah |
17. Md. Zin Jusoh | TDK | TDK | Belum |
18. Yusuf Hasan | TDK | TDK | Belum |
19. Fauzi Ahmad | KL | Ada (Arpi) | Belum |
20. Fatlilah | TDK | TDK | Belum |
21. Ariffin Hasan | TDK | TDK | Belum |
22. Saidi Kadir | TDK | TDK | Belum |
23. Norma Ibrahim | TDK | TDK | Belum |
24. Latifah Zulkifli | TDK | TDK | Belum |
25. Ini Chik | TDK | TDK | Belum |
26. Weldan Che Kob | Bentong | Ada | Sudah |
5 SAINS 2 | |||
1. Arpi | Shah Alam | Ada | Sudah |
2. Husni | Kedah | Ada | Sudah |
3. Syed Abu Hussin | Subang Jaya | Ada | Sudah |
4. Salahiah Dahaman | Kedah | Ada (Fuat) | Sudah |
5. Nek Alwi | Kedah | Ada (Lok) | Sudah |
6. Nasir Ahmad | Kedah | Ada | Sudah |
7. Fatimah Hassan | Melaka | Ada | Belum |
8. Shafie Abd Rahman | Sg Petani | Ada | Sudah(Fuat) |
9. Halimon Said | KL | Ada | Sudah |
10. Noor Bakry Mat Drus | KL | Ada | Sudah |
11. Abdullah Ahmad | KL | Ada | Sudah |
11. | |||
12. | |||
13. | |||
5 SASTERA 1 | |||
1. Mustafa Mohd Nor (Penyelaras) | KL | Ada | Sudah |
2. Shaarani Ismail | Shah Alam | Ada | Sudah |
3. Che Latifah Ismail | Perlis | Ada | Sudah |
4. Husin Mat Isa | Kedah | Ada | Sudah |
5. Ariffin Bakar | Kedah | Ada (Fuat) | Sudah |
6. Abdul Mughith Mohamad | Kulim Kedah | Ada | Sudah |
7. Sabaruddin Hassan | TDK | TDK | |
8. Bakar Buntong | Kedah | Ada | Sudah |
5 SASTERA 2 | |||
1. Rahiman Bani (Penyelaras?) | Melaka | Ada | Sudah |
2. Abdullah Said (Melaka) | |||
3. Yunus Samad (UITM) | |||
4. Kamilah Kasim | KL/Singapore | Ada | Sudah |
5. Ismail Maon | |||
6. Siti Rabiah Awang | Kelantan | Ada | Belum |
7. Rohani Daud | Republik Besut | Ada | Sudah |
8. Mek Hendon bt Mohd Yasin | Kelantan | Ada | Belum |
5 SASTERA 3 | |||
1. Penyelaras | |||
2. Rashid Mohamad (Pahang) | |||
3. Yaakob Rahim Jakim | |||
4. Abdullah Hassan | Kolej Islam Kelang | Ada (NM) | Sudah |
5. Nik Mahizan | Kolej Islam Kelang | Ada | Sudah |
6. Mohd Nor Yaakob (Marhaban) | Shah Alam | Ada | Sudah (Mustafa) |
7. Ahmad Semawi Hassan | Kastam Pahang | Ada | Sudah (Mustafa) |
5 SASTERA 4 | |||
1. Penyelaras? | |||
2. Raslan Mat Resad | |||
3. Mokhtar Drahman, | KL | Ada | Belum |
4. Azemi (king sleep) | |||
5. Norihani Abdullah | |||
6. Kadir Muhammad | Kedah | Ada (Fuat) | Sudah |
5 SASTERA 5 | |||
1. Puaad Muhammad (Penyelaras?) | KL | Ada | Sudah |
2. Ahmad Rafaei Mamat | Johor (UTM) | Ada | Belum |
3. Rahimah Husain | Kelantan | Ada | Belum |
4. Hamid Jusuh | KL | Belum | Belum |
5. Wan Zaki Wan Omar | TDK | ||
11 January 2008
Hansem 5sc2 1977-Tu... Norbakri Mat Derus
Dalam posting saya sebelum ni saya ada sebut kawan dari Melaka yang hansem tu... masa tu lupa nama lepas tu dia email Asmawi, baru saya ingat Norbakri Mat Derus...ikhlas...ni kalau jumpa sekarang cam ke tidak tak tahu...maklumlah 30 tahun punya perubahan...
Maaf Norbakri mungkin sdr tak ingat saya Mustafa Mohd Nor 5 sastera 1.
-mustafamohd nor-
Ahmad Semawi Hasan-Kuantan Pahang
Pagi ni saya dapat bercakap dengan Ahmad Semawi Hassan. Saya minta izin nak masukkan HP beliau. Dia izinkan. 019 9555-160. Wassalam
-Mustafa Mohd Nor-
Dari Norbakry again
Email ini saya terima dari Noorbakry. Oleh kerana ia memberi manfaat untuk semua, saya panjangkan di sini untuk tatapan semua.
Asmawi
--------------------------------------------------------------------------
Akum.
Aku di beritahu oleh Halimon supaya malayari blog kik77.Cuma nak ingatkan hang lawatan kita ke Cameron Highland semasa hokey world cup di KL. Siapa yang kena tangkap skodeng budak2 pempuan kat bilek sebelah. Cikgu sushama mengamuk. Tak pasal2 orang yang innocent yang terkena cekup. Yang lain pura2 tidur, hahahahha. Dalam gelap2 tu. Tapi dia frust sangat aku tak score biology. Sebab masa test, aku yang selalu score. Agaknya sebab kurang berkat pasal incident tu kot. Nasib baik dia tak report kat kakak angkat aku, prefect shamsiah cik.
Dr Noor Bakry Mat Drus
Best gak kalau dapat jumpa semula.
Dari (Datin) Rohani Daud :)
Saya panjangkan tulisan dari Puan Rohani Daud (Datin). Kalau nak tau kenapa saya panggil dia Datin, tanyalah beliau sendiri.
Asmawi
--------------------------------------------------------------
As'slkum buat semua kawan2 F5kik 77, Semua Guru2, Ustaz 2 dan Ustazah2 yang begitu perihatin.
Alhamdullillah dipanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana masih diberi kesempatan dapat menyambung kembali ikatan silaturahim di antara kita semua setelah masing2 membawa haluan. Namun begitu terdapat juga segelintir dari kita yang sering berhubung kerana bekerja dalam satu majikan.
b) Nama 2 guru yang cukup saya ingat ialah Ustazah Fauziah dan Ustaz Ahmad Ismail. Ustazah kalau pergi tinjau asrama wanita memang macam bertih goreng la. Bila saya dah ada anak perempuan (No 1- 4 ) saya gunakan kaedah yang ustazah pakai. Bukan marah kerana benci, sebaliknya kerana terlalu SAYANG . Kaedah tu berjaya. Saya cukup kagum dengan kemahiran Ustaz Ahmad mengajar bahasa arab. Agaknya saya ni jenis yang lembab sangat,sampai la ni masih dok belajar lagi.
Kepada semua guru2,ustaz2 dan ustazah2 terima kasih atas segala jasa baktimu. Kan kujadi panduan dalam mengharungi hidup yang berliku.
Setakat ini untuk kali ini.Maaf dipohon jika tersilap bicara.