12 January 2008

Rodziah Radzi ditemui :)

Saya dapat sms dari Padzilah Said (she is soooooo resourceful. semua orang dia boleh jejak) memberitahu saya yang dia sudah dapat contact Si Rodziah Radzi bekas pelajar 5SC1 yang Mustafa Mohd Nor kata pernah nyanyi lagu Cina masa orientasi dulu tu.

Saya terus call Rodziah sebaik sahaja dapat contact number dari Padzilah tu. Nasib baik Padzilah telah "brief" Rodziah sedikit sebanyak mengenai apa yang kita buat ini, so tak susah lah kerja saya menjelaskan kepada Rodziah tentang perjumpaan besok.

Selepas mendapat kebenaran Rodziah untuk memberikan nombor beliau kepada Kamilah, terus saya sms nombor Rodziah kepada si Kamilah.

Rodziah berjanji akan datang besok kalau diizinkan oleh suami beliau. Doakan agar beliau dan suami dapat bersama kita.

-Asmawi

No comments: