11 January 2008

Dari (Datin) Rohani Daud :)

Salam.

Saya panjangkan tulisan dari Puan Rohani Daud (Datin). Kalau nak tau kenapa saya panggil dia Datin, tanyalah beliau sendiri.

Asmawi
--------------------------------------------------------------
As'slkum buat semua kawan2 F5kik 77, Semua Guru2, Ustaz 2 dan Ustazah2 yang begitu perihatin.

Alhamdullillah dipanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana masih diberi kesempatan dapat menyambung kembali ikatan silaturahim di antara kita semua setelah masing2 membawa haluan. Namun begitu terdapat juga segelintir dari kita yang sering berhubung kerana bekerja dalam satu majikan.

a) Tahun 1986/87 di Komplek Jalan Duta pernah terjadi seorang staf panggil saya "puan". Istilah tu biasa la di ofis tapi ada rasa terkilan.Saya pulak bahasakan diri sebagai akak aja. Bulan berganti bulan setelah diperhatikan rasa2 macam kawan di KIK. Sebagai orang tua (masa tu dah ada anak empat) saya tanya la nama sebenarnya ( Namanya:Rahsia). Alasan yang diberi segan kerana kedudukan. Jangan itu dijadi kan benteng pemisah antara kita semua.

b) Nama 2 guru yang cukup saya ingat ialah Ustazah Fauziah dan Ustaz Ahmad Ismail. Ustazah kalau pergi tinjau asrama wanita memang macam bertih goreng la. Bila saya dah ada anak perempuan (No 1- 4 ) saya gunakan kaedah yang ustazah pakai. Bukan marah kerana benci, sebaliknya kerana terlalu SAYANG . Kaedah tu berjaya. Saya cukup kagum dengan kemahiran Ustaz Ahmad mengajar bahasa arab. Agaknya saya ni jenis yang lembab sangat,sampai la ni masih dok belajar lagi.

Kepada semua guru2,ustaz2 dan ustazah2 terima kasih atas segala jasa baktimu. Kan kujadi panduan dalam mengharungi hidup yang berliku.

Setakat ini untuk kali ini.Maaf dipohon jika tersilap bicara.

(P/S - sertai cuti-cuti Malaysia ke Kelantan.)

No comments: