Showing posts with label Mardhiah Hashim. Show all posts
Showing posts with label Mardhiah Hashim. Show all posts

17 February 2008

KUE BAKAQ


Balik dari kampung lepas Raya , saya masuk ke bilik Che Pah. Dia bawa keluar bekas kuih dan hulur kat saya sebiji biskut. Saya belek2, cantik, warna putih berbelang pink,bukan kekuningan macam biskut biasa. Kata Pah; ”Kue bakaq tak jadi!” Saya pun rasa; manis, rangup dan rasa tepungnya lain. Kuih tak jadi tapi sedap!

Bila balik kampung, saya tolong (tengok ja) Tok saya buat ’kue bakaq’( kuih bangkit).Masa tu tiba-tiba terfikir-fikir; apa agaknya resepi ’kue bakaq tak jadi’ Pah hari tu.Kurang apa? Lebih apa? Saya terasa macam nak try buat kuih bakaq tak jadi tu. Tapi, takkan lah saya nak rosakkan kue bakaq Tok saya ni pulak. Akhirnya saya tersenyum sendiri !

Kadang-kadang kita merancang, ia terjadi seperti apa yang kita hajatkan.. Alhamdulillah, kita gembira, Allah SWT memperkenankan doa kita. Ada masanya, kita merancang tapi ia tidak terjadi seperti yang diharapkan. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui . Dia tahu bahawa apa terjadi itu lebih baik dari yang kita hajatkan. Bagaimana pun ia terpulang kepada kita sendiri untuk mentafsirkan apa yang berlaku mengikut persepsi sendiri.

FarahDina

13 January 2008

Mardhiah Hashim, Norzilah Husin, Rohana Mahadi

Salam untuk semua kawan-kawan seangkatan 1977,

Semasa saya menulis ni mungkin kawan-kawan yang dah confirm untuk bertemu guru -bekas murid di Klang sedang rancak bercerita, maklum saja dah 30 tahun tak jumpa. Oleh kerana saya bertugas dan tinggal jauh dari Lembah Klang, dapat tengok gambar dan baca cerita kawan-kawan yang aktif menulis dalam blog ni pun dah cukup menghiburkan...

Saya selalu berhubung dengan kawan2 yang sama bertugas, Mardhiah Hashim ( prefect 5Sc2) ada di Wangsa Maju, Rohana Mahadi (5 Sas 3) di Melaka. Baru-baru ni saya berjumpa dengan Norzilah Hussin (5 Sas3) mengajar di Kuantan dan juga Siti Norlaila Badrulzaman (5 sas 3) mengajar di Chini. Melalui mereka saya dapat banyak info tentang kawan-kawan kita. Dengan Ahmad Semawi memanglah selalu berhubung. Dulu kami sama-sama bertugas di Temerloh dan sekarang ni masing-masing dah bertukar ke Kuantan.

Saya masih menyimpan gambar kelas untuk Majalah RESTUbersama guru kelas Cikgu Shahrum. Kalau diteliti gambar tu memang melucukan. Yang duduk dibarisan depan dan berdiri di barisan tengah nampak sopan, tapi yang berdiri barisan belakang sekali macam-macam aksi. Siapelah agaknye yeaaa yang ada di barisan belakang tu...Gambar tu juga berlatarbelakangkan blok sekolah , mengingatkan tentang kelas Sc1 untuk dua tahun berturut-turut ditempatkan bersebelahan dengan bilik guru, petanda ada yang nakal agaknye lah.

Kepada kawan-kawan yang datang ke Kuantan, hallo hallo la. Anson selalu juga datang ke Ktn dan dia dah janji nak jumpa nanti.

Selamat Menyambut Tahun Baru Untuk Semua.


Padzilah