12 January 2008
Siti Kittiyah dan Siti Fatimah Umar
Siti Kittiyah binti Dakir said...
Salam ukhuwah semua saudara kik 7, saya dan siti fatimah umar tinggal d johor, berjiran. Gembira dgr berita saudara-saudara lama.mudahan tali siratulrahim terjalin kembali. Wassalam
Fatimah Hassan 5 SAINS 2
Dr Zaki Abdul Rahman dan Saidi Ismail
Seronok dengar cerita Kamilah dapat berjumpa dengan Radziah Razi dan dapat bercakap dengan Siti Rabiah. Itulah keadaan dan situasi ceria bila kawan lama dapat berjumpa semula. Cerita boikot makan tu hebat juga... Kamilah "benchmark" masakan emak Radziah Razi, kami pelajar lelaki yang masuk kedet "benchmark" roti yang di makan di mes tentera. Roti di mes tentera yang kami makan sekali sekala bila ada latihan kedet di Kem Wardieburn dikukus sebelum dihidang... roti kita keras...lepas tu mula demand dengan steward... En Baba ke nama dia...lepas tu memang roti dikukus. Maka lembutlah roti berkenaan seperti roti "gardenia". Esok kita sambung cerita roti...
Pagi tadi saya dapat bercakap dengan Dr Zaki Abdul Rahman (UM)dan sebelah malam bercakap dengan Saidi Ismail (kastam di KLIA). Melalui Dr Zaki dia berjaya jemput Ust Hassan Yassin. Ust Ahmad Ismail mulanya tak dapat datang. Malam Dr Zaki sms Ustaz Ahmad Ismail dapat datang...syukur kepada Allah.
Sebenarnya Sdr Asmawi beri no hp Ust Hassan dan Ust Ahmad Ismail dia minta saya call dan jemput kedua2 Ustaz kita yang hebat ni... Bila dapat cakap dengan Dr Zaki saya minta tolong Dr Zaki yang call. Saya segan...Dr... Dr Zaki pun admit... masa di KIK dulu Mustafa nakal sikit kan? kata Dr Zaki... saya pun mengaku ajelah...tapi esok segan pun "aaak lah" (tahanlah) nak buat macam mana dah jumpa dan kita pun memang berhasrat nak jumpa sangat dengan semua guru2 dan ustaz/ustazah kita.
Tak Sabar tunggu esok...harap usaha kita berjaya menyambung silaturrRahim dan diberkati Allah. Insya Allah saya akan ke rumah saudara Naim dulu... lepas tu ke Kelang. Dengan Naim dapat buat mukaddimah dan atur strategi nak sembang...
Harap kawan2 sekitar lembah Kelang dapat luangkan sedikit masa, Sdr Fuat Azahari drive all the way from Alor Star, Kamilah pula sanggup delay untuk ke Singapura.
InsyaAllah kita jumpa esok...
Wassalam.
-mustafa mohd nor-
Rodziah Radzi dan Siti Rabiah
Jadi saya selalu bertanyakan pasal Rodzi dengan Asmawi. Pagi tadi Asmawi bagi nombor telefon Rodzi . 5 jam kemudian Rodzi sampai ke rumah saya. Pujuk suami beliau memandu all the way from Putrajaya to KL. Melompat-lompat gembira dapat jumpa balik (yep Asmawi, I was jumping literally:)). Selepas 2 jam Rodzi kena balik sebab takut husband dia, (sangat sporting - dia tak nak masuk dalam rumah sebab nak beri privasi kepada kami bersembang pasal cerita-cerita lama) tunggu lama sangat. Lagi pun besuk akan jumpa lagi.
Rodzi macam dulu juga, masih kecil molek. tak banyak berubah. Ada tiga orang anak. 1 lelaki dan 2 perempuan. Rodzi mengajar di Putrajaya. Siapa-siapa yang nak no telefon Rodzi, silalah berhubung dengan saya atau Asmawi.
Pagi tadi saya juga sempat bercakap dengan Siti Rabiah. Suara Siti langsung tak berubah, masih macam suara budak umur 16 tahun. Sangat lemah lembut, maklumlah orang kelantan, tak macam suara saya dan Anson, macam petir:) Siti mengajar di kelantan dan ada 5 orang anak. Masa tingkatan 6 atas, Siti patutnya jadi headgirl, tetapi olehkerana saya terlampau nakal, di lantik jadi headgirl, supaya berubah perangai. Terlampau nakal, Ustazah Fauziah kata dia berdoa panjang lebar supaya saya stop jadi nakal. Jadi headgirl pun tidak mengubah tabiat saya. I was miserable kerana diberi tanggungjawab, dimana saya tak boleh ponteng prep dan sebagainya, lagipun Siti would have made a brilliant headgirl. Having said that, the were few things i did as the headgirl that i was so proud until today:-
1) Budak-budak perempuan berpindah ke asrama 4 bilik dan budak-budak lelaki pergi ke asrama sardin.
2) Budak-budak perempuan pergi prep dalam kelas dan budak lelaki prep dikantin banyak nyamuk.
3) Seluruh sekolah boikot makanan asrama selama seminggu. walaupun kena warning kami tak beranjak. Lepas tu dapat ikan dan roti yang lebih lembut dan sayur tak ada ulat lagi.
What can I say, i was such a persuasive force that the school had to cave in to the demand. Agaknya budak-budak lelaki sangat bengang dengan saya sampai hari ini.
Saya berjanji dengan Rodzi dan Siti untuk selalu berhubung.
Kepada yang akan berjumpa di Klang besuk.....really look forward to seeing you people!!!!!
Jejak Kawan Lama
Sebenarnya sejak Padzilah Said hubungi saya pada 9/1/2008 saya telah cuba
untuk memasuki blog tersebut dan juga mengirim e-mel kepada Sdr. Asmawi
tetapi rupa-rupanya tersalah tulis. Ialah... matapun dah semakin kabur..
Jadi kami dapatlah berhubung melalui sms yang dikirim oleh beliau.
Walau bagaimanapun ucapan terima kasih kepada semua kawan yang masih ada.Kepada yang telah kembali ke Rahmatullah, kita sedekahkan al-Fatihah. Sedih dengan pemergian ke rahmatullah Sdr. Fuad Awang dan Cikgu Md. Isa.
Belum terlambat untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua.
Sekian.. dari JALIYA di Bandaraya Melaka Bersejarah.
Rodziah Radzi ditemui :)
Saya terus call Rodziah sebaik sahaja dapat contact number dari Padzilah tu. Nasib baik Padzilah telah "brief" Rodziah sedikit sebanyak mengenai apa yang kita buat ini, so tak susah lah kerja saya menjelaskan kepada Rodziah tentang perjumpaan besok.
Selepas mendapat kebenaran Rodziah untuk memberikan nombor beliau kepada Kamilah, terus saya sms nombor Rodziah kepada si Kamilah.
Rodziah berjanji akan datang besok kalau diizinkan oleh suami beliau. Doakan agar beliau dan suami dapat bersama kita.
-Asmawi
Menjejaki guru dan kawan-kawan lama: TERKINI 12/1/2008
Nama | Di mana Sekarang | No Telefon | Sudah dihubungi |
GURU-GURU | |||
1. Cikgu Sushama Madhavan | Kelang | Ada | Sudah |
2. Cikgu Shahrom Hashim | Batu Pahat | Ada | Sudah |
3. Cikgu Rani Abd Hamid | Penang | Ada | Sudah |
4. Ustaz Ahmad Ismail | KL | Ada | Sudah |
5. Ustazah Fauziah Sani | Perlis | Ada | Belum |
6. Dato Zainal Abidin Kadir | Cairo | Ada | Belum |
7. Pn Norsiah Ariffin | TDK | TDK | Belum |
8. Datin Wan Hasmah (Geografi) | TTDI, KL | Ada | Sudah |
9. Pn Maimoon Hussin | TDK | TDK | Belum |
10. Pn Ramli Khamis | TDK | TDK | Belum |
11. Cikgu Zaharah | Ada | Ada (NM) | Belum |
12. Pn Inon Rahiman | Ijok | Ada (CSH) | Belum |
13.Cikgu Lau Ah Kow | Kelang | Ada (Sushama) | Sudah |
14. Ustaz Ghazali (Kelantan)-Arwah | |||
15. Ustaz Ku Hamid | TDK | TDK | Belum |
16. Cikgu Baharom | Kelang | Ada (NM) | Belum |
17. Cikgu Rashidi Azizan | TDK | TDK | Belum |
18. Ustaz Adham | Kota Bharu | Ada | Belum |
19. Cikgu Nora | TDK | TDK | Belum |
20. Cikgu Tahir (Geografi) | TDK | TDK | Belum |
5 SAINS 1 | |||
1. Asmawi Mohamad | KL | Ada | Sudah |
2. Anson Ismail | KL | Ada | Sudah |
3. Fuat Azahari | Kedah | Ada | Sudah |
4. Ahmad Imran Tahir | Kelantan | Ada | Sudah |
5. Rashidi Ismail | Kedah | Ada | Sudah |
6. Padzilah Said | Kuantan | Ada | Sudah |
7. Jalilah | Kuching | Ada | Sudah |
8. Jaliyah Basiron | Melaka | Ada | Sudah |
9. Ruzanah Hussin | Melaka | Ada | Sudah |
10. Toriah Jatim | Melaka | Ada (Ruzanah) | Belum |
11. Azhan Azmi | TDK | TDK | Belum |
12. Kamal Daril | Terengganu | Ada | Sudah |
13. Habsah Md Jadi | TDK | TDK | Belum |
14.Abd. Rahman Jusoh | TDK | TDK | Belum |
15. Muhammad Abd. Rahman | TDK | TDK | Belum |
16. Radziah Razi | Putrajaya | Ada | Sudah |
17. Md. Zin Jusoh | TDK | TDK | Belum |
18. Yusuf Hasan | TDK | TDK | Belum |
19. Fauzi Ahmad | KL | Ada (Arpi) | Belum |
20. Fatlilah | TDK | TDK | Belum |
21. Ariffin Hasan | TDK | TDK | Belum |
22. Saidi Kadir | TDK | TDK | Belum |
23. Norma Ibrahim | TDK | TDK | Belum |
24. Latifah Zulkifli | TDK | TDK | Belum |
25. Ini Chik | TDK | TDK | Belum |
26. Weldan Che Kob | Bentong | Ada | Sudah |
5 SAINS 2 | |||
1. Arpi | Shah Alam | Ada | Sudah |
2. Husni | Kedah | Ada | Sudah |
3. Syed Abu Hussin | Subang Jaya | Ada | Sudah |
4. Salahiah Dahaman | Kedah | Ada (Fuat) | Sudah |
5. Nek Alwi | Kedah | Ada (Lok) | Sudah |
6. Nasir Ahmad | Kedah | Ada | Sudah |
7. Fatimah Hassan | Melaka | Ada | Belum |
8. Shafie Abd Rahman | Sg Petani | Ada | Sudah(Fuat) |
9. Halimon Said | KL | Ada | Sudah |
10. Noor Bakry Mat Drus | KL | Ada | Sudah |
11. Abdullah Ahmad | KL | Ada | Sudah |
11. | |||
12. | |||
13. | |||
5 SASTERA 1 | |||
1. Mustafa Mohd Nor (Penyelaras) | KL | Ada | Sudah |
2. Shaarani Ismail | Shah Alam | Ada | Sudah |
3. Che Latifah Ismail | Perlis | Ada | Sudah |
4. Husin Mat Isa | Kedah | Ada | Sudah |
5. Ariffin Bakar | Kedah | Ada (Fuat) | Sudah |
6. Abdul Mughith Mohamad | Kulim Kedah | Ada | Sudah |
7. Sabaruddin Hassan | TDK | TDK | |
8. Bakar Buntong | Kedah | Ada | Sudah |
5 SASTERA 2 | |||
1. Rahiman Bani (Penyelaras?) | Melaka | Ada | Sudah |
2. Abdullah Said (Melaka) | |||
3. Yunus Samad (UITM) | |||
4. Kamilah Kasim | KL/Singapore | Ada | Sudah |
5. Ismail Maon | |||
6. Siti Rabiah Awang | Kelantan | Ada | Belum |
7. Rohani Daud | Republik Besut | Ada | Sudah |
8. Mek Hendon bt Mohd Yasin | Kelantan | Ada | Belum |
5 SASTERA 3 | |||
1. Penyelaras | |||
2. Rashid Mohamad (Pahang) | |||
3. Yaakob Rahim Jakim | |||
4. Abdullah Hassan | Kolej Islam Kelang | Ada (NM) | Sudah |
5. Nik Mahizan | Kolej Islam Kelang | Ada | Sudah |
6. Mohd Nor Yaakob (Marhaban) | Shah Alam | Ada | Sudah (Mustafa) |
7. Ahmad Semawi Hassan | Kastam Pahang | Ada | Sudah (Mustafa) |
5 SASTERA 4 | |||
1. Penyelaras? | |||
2. Raslan Mat Resad | |||
3. Mokhtar Drahman, | KL | Ada | Belum |
4. Azemi (king sleep) | |||
5. Norihani Abdullah | |||
6. Kadir Muhammad | Kedah | Ada (Fuat) | Sudah |
5 SASTERA 5 | |||
1. Puaad Muhammad (Penyelaras?) | KL | Ada | Sudah |
2. Ahmad Rafaei Mamat | Johor (UTM) | Ada | Belum |
3. Rahimah Husain | Kelantan | Ada | Belum |
4. Hamid Jusuh | KL | Belum | Belum |
5. Wan Zaki Wan Omar | TDK | ||
11 January 2008
Hansem 5sc2 1977-Tu... Norbakri Mat Derus
Dalam posting saya sebelum ni saya ada sebut kawan dari Melaka yang hansem tu... masa tu lupa nama lepas tu dia email Asmawi, baru saya ingat Norbakri Mat Derus...ikhlas...ni kalau jumpa sekarang cam ke tidak tak tahu...maklumlah 30 tahun punya perubahan...
Maaf Norbakri mungkin sdr tak ingat saya Mustafa Mohd Nor 5 sastera 1.
-mustafamohd nor-
Ahmad Semawi Hasan-Kuantan Pahang
Pagi ni saya dapat bercakap dengan Ahmad Semawi Hassan. Saya minta izin nak masukkan HP beliau. Dia izinkan. 019 9555-160. Wassalam
-Mustafa Mohd Nor-
Dari Norbakry again
Email ini saya terima dari Noorbakry. Oleh kerana ia memberi manfaat untuk semua, saya panjangkan di sini untuk tatapan semua.
Asmawi
--------------------------------------------------------------------------
Akum.
Aku di beritahu oleh Halimon supaya malayari blog kik77.Cuma nak ingatkan hang lawatan kita ke Cameron Highland semasa hokey world cup di KL. Siapa yang kena tangkap skodeng budak2 pempuan kat bilek sebelah. Cikgu sushama mengamuk. Tak pasal2 orang yang innocent yang terkena cekup. Yang lain pura2 tidur, hahahahha. Dalam gelap2 tu. Tapi dia frust sangat aku tak score biology. Sebab masa test, aku yang selalu score. Agaknya sebab kurang berkat pasal incident tu kot. Nasib baik dia tak report kat kakak angkat aku, prefect shamsiah cik.
Dr Noor Bakry Mat Drus
Best gak kalau dapat jumpa semula.
Dari (Datin) Rohani Daud :)
Saya panjangkan tulisan dari Puan Rohani Daud (Datin). Kalau nak tau kenapa saya panggil dia Datin, tanyalah beliau sendiri.
Asmawi
--------------------------------------------------------------
As'slkum buat semua kawan2 F5kik 77, Semua Guru2, Ustaz 2 dan Ustazah2 yang begitu perihatin.
Alhamdullillah dipanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana masih diberi kesempatan dapat menyambung kembali ikatan silaturahim di antara kita semua setelah masing2 membawa haluan. Namun begitu terdapat juga segelintir dari kita yang sering berhubung kerana bekerja dalam satu majikan.
b) Nama 2 guru yang cukup saya ingat ialah Ustazah Fauziah dan Ustaz Ahmad Ismail. Ustazah kalau pergi tinjau asrama wanita memang macam bertih goreng la. Bila saya dah ada anak perempuan (No 1- 4 ) saya gunakan kaedah yang ustazah pakai. Bukan marah kerana benci, sebaliknya kerana terlalu SAYANG . Kaedah tu berjaya. Saya cukup kagum dengan kemahiran Ustaz Ahmad mengajar bahasa arab. Agaknya saya ni jenis yang lembab sangat,sampai la ni masih dok belajar lagi.
Kepada semua guru2,ustaz2 dan ustazah2 terima kasih atas segala jasa baktimu. Kan kujadi panduan dalam mengharungi hidup yang berliku.
Setakat ini untuk kali ini.Maaf dipohon jika tersilap bicara.
Dari Ahmad Puaad Mohd (Pahang) lagi....
Ramai kawan-kawan yang contact semula selepas dapat maklumat kawan-kawan. Memory silam memang banyak dan mengasyikkan. Maklumlah kita berbalik ke 30 tahun kebelakang. Lupa kita ni dah hampir ke penghujungnya. Tapi kita ambil satu kebaikannya untuk menghubungkan kita semua bukan saja di kalangan pelajar tapi juga tenaga pengajar yang telah berpenat lelah mengajar, membimbing, menasihat, mendidik dan menjadi seperti ibu bapa kepada kita semasa di KIK. Kami salute you all teachers ( termasuklah ust dan ustzh ) n we will never forget your contribution. Kami berdoa supaya kalian sentiasa diberi perlindungan dan dirahmati Allah. Memang semasa disekolah ada yang dibenci dan dimusuhi ( tapi bukan sayalah ) kerana tingkah laku kita sentiasa terkongkong dek peraturan yang dikenakan tapi sekarang bacalah semua komen kawan-kawan, semuanya menjadi gelak tawa kini. Keluar malam tengok wayang, ponteng prep malam, dan lain-lain memang menyebabkan kita memberontak. Tapi peraturan-tetap peraturan, perlu dipatuhi dan dikuatkuasakan. Sebab tulah warden disediakan. Jadi nama-nama Soenaria Sasmita umpamanya amat sinonim dengan kita. Dengan muka yang nampak garang tetapi mereka semuanya ok. Saya pun rupanya pernah di cop sebagai perokok semasa di sekolah dulu tapi tak pernah sekali sedutpun usah kan sebatang rokok. Ini cikgu Khairudin yang beritahu semasa saya ambil result dan dapat penjamin pinjaman persekolahan saya. Cikgu Kharudin dan Ust Soid Md Amin jadi penjamin bagi pinjaman di UM dulu. Lepas belajar kena bayar balik 100%. Lewat bayar sampai surat dan cc kpd penjamin-penjamin. Menyusahkan mereka pulak. Tapi dah bayar habis dah. Terima kasih cikgu dan ustaz Soid. Tanpa pinjaman tak mampu kedua ibu bapa saya membiayai pelajaran sampai lulus u tapi mereka telah banyak berkorban membesarkan kita dan memberi didikan sebaik mungkin.
Al-Fatihah untuk mereka ( bagi yang telah pergi ). Sebab nilah apabila Ustzh Fauziah kata kalau parent kamu mampu belanja sendiri hantar kamu ke Al Azhar bolehlah pergi saya tak ada komen lah. Kemampuan yang terbatas. Cikgu Tahir, Ust Rahman Bakar, Ust Hasan, Ust Shafie, Cikgu Zahrah, Cikgu Rani, Pak Moelyadi, Ust Adham, Cikgu Kusno, Ust Ahmad Ismail, Ust Ku Hamid, Cikgu Shahrum, Cikgu Sushama dll yang tak teringat dan ramai yang belum timbul dalam memori ini kita tak akan lupa sumbangan mereka. Mungkin akan jadi bahan ketawa tapi kami benar-benar menghargai kalian. Mungkin ada diantara anak-anak cikgu yang bersama kami sekarang tapi tak disedari. Contohnya ingat lagi Cikgu Mohd Din Basuni? Form 6 Ekonomi saja yang biasa sebab subjek tu diajar di tkt 6. Beliau yang terkenal dengan serius dan hansemnya mengajar saya di Lower 6 saja sebelum bertukar ke STAR Kelang sebelum Cikgu Kharudin menggantikannya. Setelah beberapa lama saya bekerja dan berkawan dengan Azrin Md Din di UDA, baru saya tahu itu anak Cikgu Md Din. Sekarang, bila berjumpa anak beliau adalah bertanya khabar mengenai cikgu tu.
Bagi kawan-kawan lain rasanya kena sambung di lain kesempatan. Petang ni Kamilah jemput launching office baru dia kat KL. Syukur ada kawan yang buka pejabat sendiri. Macam saya ni memang tugas harian buka pintu pejabat sendiri tapi pejabat tempat makan gaji je-sebab memang datang awal nak elak jam Jalan Cheras tu. Sementara tunggu waktu kerja tu boleh jugak buka blog ni dan kongsi cerita kita. Bagi Fuat, Mustafa , Kamilah, Prof Madya Latifah ( apa khabar Tn Hj Aziz yang baru balik tu ), kengkawan lain nanti saya tulis lagi.
Pn Hapinah Samah, Muhabak Latif, Halimon Sood and Melaka Geng Di Mana Sekarang?
Fuaad (gengster) janji nak hubungi Saidi Ismail (kastam di KLIA) dan Sabarudin Hassan (Jakim) Manakala Yaakob Rahim katanya di Sabah atau Serawak. Ahmad Semawi Hassan Head Boy 1979, 5sas3 77 sekarang di Kuantan Pahang. Fuaad akan contact juga.
Pagi ini, melalui Naim saya dapat bercakap dengan Yusof Nawang. 5 Sas2 77. Dia Di EPF PJ, senang nak contact.
_mustafa mohd nor-
10 January 2008
Hussain Mat Isa/Puaad Gangster
Suara Hussain langsung tak berubah. Lepas talipon, Hussain tulis sms panjang lebar mengucapkan terimakasih kerana menelepon. Jangan lah begitu Hussain, kalau ada no dah lama talipon. Tak lama lagi mungkin Hussain akan tulis dalam blog ni kerana dah beri prosedur secara lisan:)
Ada juga bercakap dengan Puaad gangster. Dah janji nak jumpa mungkin dengan Anson. Harap-harap tak lama lagi.
Kamilah
p/s Naim, Asmawi, Mustafa, look forward to seeing you all tomorrow at the cocktail. Pls invite Puaad kalau dia free!!!!
HIJRAH
kemarin YG ARIF saarani mengingatkan kita tentang doa akhir tahun dan awal tahun.sesuai lah dgn tittle dia Ketua Hakim Mahkamah Syariah.Dgn org lain boleh la dia kelentong....dgn kita sori la.sampe ari ni i tak boleh terima lg Kak Ani pegang jawatan tu.(sori,joke sj) Tuah ayam nampak dikaki...tuah saarani,dia tau la
Sempena ari yg pertama tahun baru Kalender Islam ni,i rasa tergerak hendak mendail
saudara Fauzi Abdullah.Prefect dan senior kita 2 tahun.I dpt no.hp dia dr abang i,suhail(dia org cukup rapat sampe ari ni)Mcm biasa la,saudara fauzi ni orang nya lembut dan peramah.
Dr dia,i mintak kebenaran utk bercakap dgn isteri nya Pn.Salahiah Dahaman(5sc2).
(Dia org kawin prefect ssama prefect.masa mana dia org ada affairs kena tanya anson.
Tapi,dia org prefect tentu dia org banyak peluang,tak mcm kita...kurang peluang.sori la tuan Fauzi,gurau lg>....skrg ni pengarah dijabatan pendaftaran p.pinang.semoga dipjgkan umur
dan d murahkan rezeki anta sekeluarga)
I dapat bayangkan betapa seronoknya pn.Salahiah bila i beritahu tentang program
kita ni dan blog yg sdra asmawi sedang koordinate sekarang.Betul la...tempat jatuh
lagikan di kenang,inikan pula tempat bermesra sperti diKIK
Lepas tu,i kol kadir muhammad pulak.5sas4.Punya la payah nak dpt bercakap dgn
si Kadir ni.Boleh jadi dia tak pernah tengak no.hp i,takut la nak jawab kol i.manatau,silap2 hb Along yg kol....ha,ha,ha sori,i joke lg
Pada Kadir i ceritakan benda yg sama.so,dr dia jgak i dpt tahu 2,3 org saudara kita lg iaitu
Azam xxx,Razali Tarmizi (betul ka tidak) dan Abdullah Ahmad 5sc2.Nanti dia akan sampaikan msg kita ni kepada mereka
Mintak maaf skali lg sbb terlebih bergurau kali ni.Maklum la kita dah tua.Kata org, slalu bergurau lambat tua,tapi,heran,i semakin tua jgak
jgn jadi mcm org tua yg baru nak amik lesen motosikal dah la.Si tester buka kusyen/angkat
utk melihat kandungan myk didlm tangki.si org tua ni ingat si tester suruh dia naik mtosikal
mcm tu tanpa menurunkan kusyen terlebih dulu.Duduk lah dia diatas tangki myk tsb
sampe keliling satu pusingan(si tester dah terbahak-bahak dah).Bila si tester tanya dia,kenapa pakcik tak turunkan dulu kusyen tu?Dia kata...saya ingat encik nak suruh saya bawak motor mcm tu.....Tapi,kita semua sebelum tua dah ada lesen kereta dan motosikal.nasib baik tak sempat jadi tua baru nak amik
ok la dulu,jangan simpan di hati.Harap Tuhan panjangkan umur kita semua utk dapat
bersama2 RE UNION
-fuat azahari
Hussain Mat Isa-Changlon Kedah
Semalam melalui Sdr Fuat Azahari, saya dapat hubungi kawan lama seorang lagi iaitu Saudara Hussain Mat Isa. Sekarang beliau sedang menabur bakti si sebuah sekolah di Changloon Kedah.
Kami agak rapat. Hussain pandai cakap Kelantan. Hingga perkataan pekat Kelantan pun dia boleh sebut, seperti bekwah (kenduri)dll. Masa cakap dalam tel. saya kata saya ingat alamat rumah beliau di Kedah: "Kg Dulang Kecil, Yan, Kedah". Secara terus dia sebut alamat rumah saya, "no 28 Kg Panjang Banggu Kota Bharu Kelantan". Macam tu ingatan saya dengan Hussain sama hebat dan kami sama memberi perhatian berat terhadap kawan. Ambil tahu masa di KIK dulu.
Itulah kawan kita selalu bersama. Setiap pelajar dibuat alamat kg asal. Yang tak sedap alamat betul ini apabila kita kena poskan result peperiksaan penggal. Masa tu ada seorang kawan, dia sengaja nak buat salah alamat. Dia tinggal di Kangkong Kedah, dia kata nanti aku nak buat alamat hantar result aku nuuh...Sik Kedah. Nanti tak siapa buka dan dapat tahu result peperiksaan penggal dia. Nakal masa kita di KIK dulu macam-macam nak klentong
Hussain ada empat cahaya mata. Lama jua kami bersembang. Alamat e-mail dia panjang nanti boleh click saja dalam posting dari Sdr Fuat Azahari...bertajuk apa dan siapa pula lepas ni...
Hussain flashback 76,77,78 dan 79 dia ingat Rosli Abas, Ariffin Bakar, Naim Nordin dll. Rumah Hussain dekat UMM, kot sebab sebelum sampai UUM kita lalu Changloon. Nanti Kalau ke UUM atau ke Bkt Kayu Hitam boleh Call Hussin. Boleh makan Rojak di tepi highway ke Bkt Kayu Hitam. Kedai tu sedap rojaknya dan ada satu gambar lama orang "gedeber" zaman dulu kot... saya tanya tokey kedai tu... itu gambar Tok Wan En...ke? Dia kata tak... itu gambar Tuanku Sultan Kedah... yang dulu...Saya terasa malu dan minta maaf. Itu cerita saya ke UUM dan makan rojak di situ Nov 2007.
Mari Kawan... kita re union. Jagan ada pemisah antara kita, spt Sdr Fuat kata ingat lencana sekolah kita Fastaqim Kama Umirta . Terima Kasih Sdr Fuat..
Wassalam
-mustafa mohd nor-
09 January 2008
Nasir Ahmad
Assalamualaikum...............
Selamat tahun baru hijrah...utk semua rakan2. agar semua sehat sejahtera dan bertambah makmur. Pertama kali mendengar suara hang mawi.itu pun dlm phone. dah 30 thn. da lain sikit la.munkin faktor umur.mcmana pun terima kasih la pasai ingat juga kat aku. rasa tak puas cakap dalam phone..kalau bolih nak juga jumpa.tak tau bila..t.kasih banyak2 pasai usaha hang dpt berhubung dlm blog ni.dpt tahu juga kwn2 kita. kelmarin ada bagitau kat dr.husni dan amar rahman(5sas?) munkin dia dah buka. harap2 mcm tu lah. amar sekarang ada di pekan sg.lalang disg petani. buka kilang kicap..husni di kedah medical centre di.alor setar. akan adalah tindak balas dr mereka nanti..Insyaallah
Dari. Lok
(Notakaki dari asmawi: kita kat KIK dulu penuh dengan nama-nama timangan. Lok ialah nama timangan Nasir Ahmad. Kan seronok dapat panggil semula semua nama-nama timangan dulu tu!!)