11 January 2008

Dari Ahmad Puaad Mohd (Pahang) lagi....

Dah banyak kali cuba untuk tulis terus dalam blog ni tapi tak berjaya. Dah guna talian hayat tapi masih gagal. Jadi kena tulis macam biasalah melalui moderator Asmawi ni. Pasal dah banyak kawan-kawan yang reply dan menulis dalam blog ni. Lama-lama nanti takut lupa dan tak terjawab sebab dah terlalu banyak.

Ramai kawan-kawan yang contact semula selepas dapat maklumat kawan-kawan. Memory silam memang banyak dan mengasyikkan. Maklumlah kita berbalik ke 30 tahun kebelakang. Lupa kita ni dah hampir ke penghujungnya. Tapi kita ambil satu kebaikannya untuk menghubungkan kita semua bukan saja di kalangan pelajar tapi juga tenaga pengajar yang telah berpenat lelah mengajar, membimbing, menasihat, mendidik dan menjadi seperti ibu bapa kepada kita semasa di KIK. Kami salute you all teachers ( termasuklah ust dan ustzh ) n we will never forget your contribution. Kami berdoa supaya kalian sentiasa diberi perlindungan dan dirahmati Allah. Memang semasa disekolah ada yang dibenci dan dimusuhi ( tapi bukan sayalah ) kerana tingkah laku kita sentiasa terkongkong dek peraturan yang dikenakan tapi sekarang bacalah semua komen kawan-kawan, semuanya menjadi gelak tawa kini. Keluar malam tengok wayang, ponteng prep malam, dan lain-lain memang menyebabkan kita memberontak. Tapi peraturan-tetap peraturan, perlu dipatuhi dan dikuatkuasakan. Sebab tulah warden disediakan. Jadi nama-nama Soenaria Sasmita umpamanya amat sinonim dengan kita. Dengan muka yang nampak garang tetapi mereka semuanya ok. Saya pun rupanya pernah di cop sebagai perokok semasa di sekolah dulu tapi tak pernah sekali sedutpun usah kan sebatang rokok. Ini cikgu Khairudin yang beritahu semasa saya ambil result dan dapat penjamin pinjaman persekolahan saya. Cikgu Kharudin dan Ust Soid Md Amin jadi penjamin bagi pinjaman di UM dulu. Lepas belajar kena bayar balik 100%. Lewat bayar sampai surat dan cc kpd penjamin-penjamin. Menyusahkan mereka pulak. Tapi dah bayar habis dah. Terima kasih cikgu dan ustaz Soid. Tanpa pinjaman tak mampu kedua ibu bapa saya membiayai pelajaran sampai lulus u tapi mereka telah banyak berkorban membesarkan kita dan memberi didikan sebaik mungkin.

Al-Fatihah untuk mereka ( bagi yang telah pergi ). Sebab nilah apabila Ustzh Fauziah kata kalau parent kamu mampu belanja sendiri hantar kamu ke Al Azhar bolehlah pergi saya tak ada komen lah. Kemampuan yang terbatas. Cikgu Tahir, Ust Rahman Bakar, Ust Hasan, Ust Shafie, Cikgu Zahrah, Cikgu Rani, Pak Moelyadi, Ust Adham, Cikgu Kusno, Ust Ahmad Ismail, Ust Ku Hamid, Cikgu Shahrum, Cikgu Sushama dll yang tak teringat dan ramai yang belum timbul dalam memori ini kita tak akan lupa sumbangan mereka. Mungkin akan jadi bahan ketawa tapi kami benar-benar menghargai kalian. Mungkin ada diantara anak-anak cikgu yang bersama kami sekarang tapi tak disedari. Contohnya ingat lagi Cikgu Mohd Din Basuni? Form 6 Ekonomi saja yang biasa sebab subjek tu diajar di tkt 6. Beliau yang terkenal dengan serius dan hansemnya mengajar saya di Lower 6 saja sebelum bertukar ke STAR Kelang sebelum Cikgu Kharudin menggantikannya. Setelah beberapa lama saya bekerja dan berkawan dengan Azrin Md Din di UDA, baru saya tahu itu anak Cikgu Md Din. Sekarang, bila berjumpa anak beliau adalah bertanya khabar mengenai cikgu tu.

Bagi kawan-kawan lain rasanya kena sambung di lain kesempatan. Petang ni Kamilah jemput launching office baru dia kat KL. Syukur ada kawan yang buka pejabat sendiri. Macam saya ni memang tugas harian buka pintu pejabat sendiri tapi pejabat tempat makan gaji je-sebab memang datang awal nak elak jam Jalan Cheras tu. Sementara tunggu waktu kerja tu boleh jugak buka blog ni dan kongsi cerita kita. Bagi Fuat, Mustafa , Kamilah, Prof Madya Latifah ( apa khabar Tn Hj Aziz yang baru balik tu ), kengkawan lain nanti saya tulis lagi.
Selamat Maal Hijrah 1429H.
Ahmad Puaad Mohd
ps. Sdr Salehudin Md Rashid ( Kg Sijangkang, Kelang ) tak mau join blog ka?

No comments: