17 January 2008

5 Sastera1 77 kik -Besar sikit sebab tak Jelas


Cuba tengok Yang ni pula....

Gambar 5sastera1 kik 77- Dari Album Husin Mat Isa


Duduk dari kiri: Omar Jailani (perak) Saarani Ismail (Kedah) Ariffin Bakar (Melaka) Husin Mat Isa (Kedah), Pn Wan Hasmah (Datin), Che Latipah (Kedah), Junainah (Singapore), Shamsiah (Trg), Rokiah (Pahang).
Berdiri Tengah dari kiri: Shamsiah (Selangor), Mashitah (Kel) Shamsiah (Trg), Mona (Perak), Tak Ingat, Mek Mas (Trg), Tak Ingat, Jamiah (Sepang Selangor), Tak Ingat dan Farah Dina (kedah).
Berdiri balakang dari kiri: Khairudin (Trg), Rosli (Trg), Abdul Mughith (Sel), Razak (Trg),Halim (Kedah), Mohamad Taha (Trg), Yahya Daud (Trg), Sabaruddin Hassan (Pahang), Bakar (Kedah), Tajuddin (Pahang), Saidi Ismail (Trg) Mustafa (Kel) dan Husin Johari (Perak)
Saudara/Saudari Kawan-kawan, Saya cuba sedaya upaya untuk ingat nama dan negeri kelahiran saudara/saudari mengikut apa yang saya ingat. Jutaan kemaafan kalau tersilap... dan jutaan kemafan juga sebab ada 3/4 orang classamate 77kik saya tak dapat ingat. Harap saudara lain dapat bantu.
Dengan adanya gambar seperti ini maka dapatlah kita tambah rekod kerana boleh ingat. Terima kasih banyak saudara Husin Mat Isa.
Jadi Gambar 5sc 1 dah ada, 5 sastera satu dah ada, Nanti yang lain InsyaAllah akan menyusul. Kalau tak terang saya akan hantar saiz besar sikit.
Wassalam.
-mustafa mohd nor-

Dari arkib kik

Salam,

Terima kasih kpd Asmawi dan Fadzilah Said yang membolehkan kita menatap semula gambar arkib tu. Memang layak dipanggil arkib sebab gambar tu dah naik kuning- tapi bukan otak kuning. Dalam ramai-ramai tu yang duduk di kiri sekali tu paling handsome- Cikgu Md Din Basuni- macam film star tahun 60an. Pemangku Pengetua Cikgu Sujari kat mana ye? Selepas bertukar ke STAR tak tahu mana perginya. Yang paling steady Cikgu Ahmad Tulani-slow n steady. Tak pernah marah. Kalau buat joke, dia ketawa dulu baru yang lain ikut ketawa. Tak taulah ketawa kerana jokenya ka atau ketawa lihat dia ketawa. Tapi Cikgu sastera ni tak pernah jemu dengan puisi dan cerpennya.

Untuk Yunus,

Appearance fees tu tak payah bagilah sebab tak jadi semi-pro. Local football pun dah tak tengok. Stadium yang anta main tu tak convert jadi taman perumahan. Bakat muda tak dapat di asah lagi. Anta bergiat lagi ke dalam PALAPES? Mungkin dah naik Mejar kot. Tapi rugi naik mejar ni sebab tinggal satu je atas bahu. Sebab tu ana pencen kapten- penuh atas bahu.

Kalau cerita pasal askar ni teringat komrad Saidi Terengganu. Dulu ( lama sangat tahun 80an ) ada jumpa dia di Bentong. Sekarang kat mana pulak dia ni. Kalau baca tulisan kawan-kawan ni he is near around us. Can somebody give his contact number?

Kepada Zakiaq Ali, may be anta kena tulis jugak untuk refresh memori yang lain. Ramai member yang kat utara dalam laman ni. Fuat jugak ada buat gathering belah utara. Mungkin geng-geng form 6 macam Sirajudin, Najmudin dll serta Nasarudin Che Noh dapat jumpa.

Wassalam.

16 January 2008

Asmawi,

I must say this blogging thingy is a great, great success ('bow:):))

Saya baru sampai ke Singapore. Masih letih tapi Asmawi dah komplen saya dah lama tak menulis!!!!!. Baru tiga hari la Mawi....kita bagi can kat orang-orang baru la. I have just finished a hearing and i trust you understand that I am in such a "spirited mood". Need to calm down first....hehehehe

Hussain Mat Isa, saya menunggu anda menulis:)

Yunus....Dato Kamilah Kasim mana ni? datok pahang ni merbahaya sikit la. Jadi bukan saya la tu. Sejak bila jadi nakal dan kelakar ni? Disebabkan angin Sabah ke. Saya ingat Yunus dulu paling pendiam dan PEMALU!!!! I am happy for you. You sounded happy and confident on the phone. I almost thought i got a wrong number.

Anson - thank you for driving and entertaining us with all the funny anecdotes all the way back from KL to Klang and Klang to KL.

Rodziah - I will try and make it to Nik Mahizan's daughter's weddintg. It would be great to get together again.

Nik Mahizan....ya Allah mudanya nenek ni:):):) Dollah....hang sangat bertuah dapat isteri yang cantikl dan awet muda

Cik Pah ....Akhirnya dapat juga menulis:):):)

Radziah Hamzah/Jaliyah - sangat gembira dapat berjumpa kembali dan juga yang lain-lain di Klang.

Rahiman...tak naik badan langsung...macam Naim, sampai tua sekeping, tak payah teruk-terul exercise macam kita orang ni....!!!

Warmest regards
Kamilah

Gambar2 lama dari Arkib Negara

Dibawakan untuk anda oleh Puan Padzilah Said, Kuantan, Pahang.

Cuba tengok la gelagat Fuat, arwah Fuad Awang dan Saidi Kadir. Imran Tahir lesap langsung tak masuk dalam gambar. Masa tu Anson tak berapa lawa macam sekarang lagi. Kalau tak sure dah ada orang mengurat dengan dia masa tu. Kan gitu Con?


-posting oleh Asmawi Mohamad

Nostalgia KIK, Part 3

A’kum sahabat2 KIK77,

TQ dan tahniah Fatimah Hassan di atas usha gigih anda menjejaki rakan2 kita. Sekurang-kurangnyer dapat gak tahu sdr Zubir Rashid kat mana dia berada, Yunus samad, Husin md Isa n others. Semuga usha gigih anda direct or indirectly akan membuahkan hasil. Walaupun kita sekelas dan senegeri, akan tetapi tak pernah ada peluang berjumpa. may be pernah berselisih tapi tak kenal/perasan.Maklum ler masa belajar dan berkerja/kahwin/umur meningkat, banyak perubahan fizikal berlaku. Mata pun agk kurang. Kalau dulu kuat guna minyak wangi, sekarang ni kuat pakai minyak angin lak.Kalau dulu pandang jauh , sekarang ni pandang dekat pun kekadang tak Nampak. Kebanyakan dari kita tak ingat nama. Tapi bila tengok gambar atau berjumpa baru ler ingat. Ramai gak yang ada nick name. Mana2 yang tertinggal tu bukan tak ingat cuma terlupa jer. Kalau ada masa dan teringat nostalgia lama, tulis jer.

Junior kita.

Sebenarnyer kira 3 /4 tahun lalu, ada junior kita dari Melaka contact saya tentang cadangan untuk mengadakan perjumpaan sekolah lama(Sek Men. Sultan Mohd).Sedikit sebanyak cerita baru tentang junior kita terkeluar. Tak kurang hebat juga depa ni. Saya berpeluang jumpa cikgu Kusno, masa tu dia Head of Scs and Mathematic di Kementerian. Lepas tu Jadi Pengarah PPD di Kajang. Masa wife nak tukar posting dari keramat ke Bangi nak jumpa dia, rupanyer dah pencen 2 tahun sebelum tu. Dia hantar kad, anaknyer nak kawin selepas tu. Secara kebetulan Ustaz R mengajar sama sekolah dengan isteri saya, junior kita 3 tahun. Dia pergi semasa gathering Alumni KIK, dia bersama-sama Dr Lo’ Lo’ sempat melawat Arwah cikgu Isa di rumah. Semasa itu sebelah kaki dia dah amputed.Sedih dan terharu gak mendengar cerita itu. Maklum ler dia banyak mengajar kimia dan membimbing terutama semasa perlawanan Hockey. Masa tu team KIK semua training dan bakat datang dari kg jer. Dia berusha mendapatkan seorang state player melatih kita. Masa lawan Klang High school, kita kena 4-1, main dalam hujan lebat. Team depa ada 5-6 orang singh.

Walaupun pun duduk di kl.Cuma sekali saya anak and isteri ronda2 di klang, semasa lalu depan KIK, saya masuk jalan sebelah hostel, buat U turn di depan blok C n D. saya tunjuk anak saya bilek ayah dia penah duduk. Blok tu masih mcm dulu gak.Cuma pembangunan di kaw pejabat n kelas yang banyak berubah. Cuma masa tu tak tahu nak contact siapa. Memang tahu dari rakan Abdullah dan Nik (isteri) kat situ, tapi tak tahu yang mana satu. Bila dah jumpa in person, memang ler kenal dan tahu.Walaupun pelajar scs dan sastera lain kelas, tapi kita tak ramai dan tinggal bercampur.

Kepada penulis regular, jgn penat, teruskan menulis.Sdr Abdullah saya pernah jumpa mu di DBKL sebelum persue buat Master.Jasa mu membantu semasa itu masih saya ingat. Sdri Fatimah dan lain2 dari Melaka (khasnyer) dan lain2 negeri (amnyer), bila ler kita akan berjumpa.Mana tahu silap2 ari bulan ada diantara kita akan/telah berbesan. Sdr Zubir, Weldan, shafie, Abdullah, Dr Husni, Dr Fauzi, Yang Arif,loq, Nik, nenda (yang tahu saja) others, cuba2 ler menulis. Asmawi, AT, Anson, Radiah,Jaliyah and Kamilah (waa tabik lu).

Keep it up.

Cerita budak Terengganu nak balik kg, berbaris bas depan KIK sebab tak da kreta lipang kat sana. Ingat tak berapa buah bas yang di gunakan.Student lain yang naik kretapi, belum sampai kl lagi dah tukar seluar Blue Jean dalam coach. Budak2 Perak(Izzudin Shah) dan Selatan sure tahu/ingat cerita ni. Hehehehhe. Habis duit biasiswa kat jean jer. Ingat tak sebeban prefect angkut seluar jean masa inspection.Depa bawa sangkut kat leher jer. Yang heran bawah locker dan kat tangki air pun depa bleh berbau. Agaknyer bau kedai kuat lagi.Yang simpan bawah tilam jgn cerita ler, lagi senang depa dapat.

Nanti sambung lagi
Bakri

Zubir Rashid ditemui!!!

Saya terima email yang amat menggembirakan dari Fatimah Hasan yang bertugas di Telekom. Beliau telah dapat menjejaki Sdr Zubir Rashid. Nombor HP dan talian rumah boleh diperolehi dari saya.

Alhamdulillah.

(nampak gaya Fatimah dan Padzilah ni kena tukar karier. Jadi PI lagi baik! :). Sure dapat buat banyak duit)

Salam Ukhuwwah


Assalamu'alaikum.Wbt.
Salam ukhuwah untuk semua teman2 dan guru2 form5kik1977. Tahniah dan syabas kpd Aswami juga teman2 lain dalam menganjurkan pertemuan alam cyber ini. Baru sempat buka blog pada hari ini (16 JAN 2008/ MUHARRAM 1429 jam 0140 pagi.) Mungkin teman-teman dah tido semuanya dan mendapat mimpi indah. Paling tidak pun , mungkin ada yang bangun untuk Tahajjud. Nak tulis panjang password belum tahu, nanti tlg hantar. Insya-AlLah, nanti kita bicara kata untuk seterusnya. Ada kes ragam manusia lagi tak selesai ni. Dunia dah nak kiamat kot. Rasa2 semua ingat kat rahiman bani. Jika ke Melaka, sila mampir ke teratak kita di Sg.Rambai Melaka.Nak telefon pun boleh 0196671564 / email rahiminbani@gmail.com.

Selamat Maju Jaya, doa restu untuk semuanya.

Sukran,
Rahiman Bani.
(Jabatan Agama Islam Melaka / Bahagian Penguatkuasaan)

H O U S E K E E P I N G

Amma Ba'du!

Oleh kerana sekarang sudah ramai yang akses blog ini (dalam 60 orang lebih satu hari), saya rasa sedikit perubahan perlu dilakukan.

Kita akan wujudkan satu platform tambahan yang akan kita panggil grup maya form5kik77di Yahoogroups.

Kepada saudara saudari yang biasa dengan grup maya ALKIS (alumni Kolej Islam), macam tu lah sebijik sebijik.

Perbezaan antara Blog dengan Grup Maya adalah seperti berikut:


Blog: kalau nak baca, kena datang ke lokasi tempat blog itu berada, iaitu di form5kik77.blogspot.com. Ibaratkan blog ini seperti satu papan iklan tempat tampal iklan seperti yang terdapat di sekolah atau di 7-11 tu. Semua orang boleh menampal apa-apa pengumuman atau iklan di papan iklan tersebut. Sesiapa yang nak baca iklan atau pengumuman mestilah datang ke lokasi di mana papan iklan itu berada. Seperti juga papan iklan di dalam kehidupan kita, semua pengumuman dan iklan boleh dibaca dan dilihat oleh sesiapa jua tanpa apa-apa batasan. Tiada privacy di sini. Ertinya, nombor HP tidak sesuai dikongsikan di sini. Nama-nama anak isteri anda pun tidak wajar disiarkan di sini. Alamat rumah dan tempat kerja pun tidak. Semua orang dari seluruh dunia, samada kita kenal atau tidak, bisa mengakses maklumat yang dipaparkan di sini.

Grup Maya (or e-groups): Anda tidak perlu pergi ke tempat di mana pengumuman atau iklan itu ditampal. Semua perhubungan (komunikasi) dihantar dalam bentuk email dan akan masuk terus ke dalam aplikasi email yang anda pakai, samada gmail, yahoo mail, atau apa-apa bentuk email yang lain. Oleh kerana komunikasi dilakukan dalam bentuk email, hanya orang-orang yang dimasukkan dalam grup tersebut sahaja boleh membaca komunikasi tersebut. Orang yang tidak berada di dalam grup tersebut tidak akan dapat menerima komunikasi yang dijalankan sesama ahli-ahli grup. Dalam erti kata lain, "privacy" dan "confidentiality" adalah terjamin. Di sini kita boleh berkongsi maklumat seperti nombor-nombor telefon, alamat rumah, alamat tempat kerja dan sebagainya. Hanya orang-orang yang kita kenali sahaja akan diterima menjadi ahli di dalam grup maya ini.

Blog dan Grup Maya dua-duanya berguna, dan masing-masing mempunyai peranan yang berbeza.

Blog: Untuk menulis coretan, nukilan, celoteh, cerita, ceriti, nostalgia dan yang sewaktu dengannya.
Grup Maya: untuk menulis ringkas bertanya kabar, memberi komen, mencelah, menyampuk, memberi ulasan dan sebagainya.
Contoh-contoh:
  • Kalau anda hanya sekadar ingin bertanya "siapa yang nak pergi kenduri kahwin anak Ustazah Nik Mahizan dan Abdullah Hasan pada 2 Februari nanti?"-
    Grup Maya.

  • Kalau anda nak berceloteh tentang anak perempuan Pak Ali kantin - Blog

  • Nak umumkan kenduri kesyukuran di rumah anda di Shah Alam? - Blog. Supaya lagi ramai orang tahu. Mungkin ada kawan-kawan kita yang terputus hubungan akan terbaca blog tersebut bila dibuat carian google. Kalau melalui Grup Maya, sah la dia tidak akan terima kalau dia belum dijadikan ahli.

  • Nak umumkan yang anda dah jumpa si polan dan si polan dengan nombor telefon sekian-sekian- Grup Maya

  • Kalau anda nak buat pengumuman nak ziarah Ustaz Husin Unang yang tidak sihat? - Blog
Ade fahem? kalau belum jelas, jangan malu untuk bertanya. Malu berkayuh, perahu tak sampai. Malu bertanya, kena bayar tol lebih, sebab jalan bertol bukan senang nak buat u-turn!.

Jadi apa yang perlu anda buat?


Untuk kesinambungan blog, anda tidak perlu lakukan apa-apa. Teruskan melawat laman blogkita, teruskan menulis celoteh-celoteh nostalgik anda. Ia berguna untuk kawan-kawan yang belum lagi berhubung kembali dengan kita semua, kerana ia dapat dicapai sesiapa jua dan dimana jua.
Untuk Grup Maya form5kik77, anda perlu berikan alamat email anda kepada saya di asmawi@gmail.com seberapa segera untuk dimasukkan sebagai ahli. Jika email anda tidak dimasukkan sebagai ahli grup, semua komunikasi grup tidak akan masuk ke dalam mailbox anda.

Tarikh kuatkuasa: Rabu, 14/1/2008.


-Asmawi Mohamad




15 January 2008

Nostalgia KIK, Part 2

A’kum kepada sahabat yang masih mengenali saya.

Macam saya ni, nama tak semua ingat dan tahu. Tapi bila tengok muka dan bercakap baru ler bleh re call. Sebelum melangkah Form 5, saya teringat beberapa cerita lama semasa form 4, especially minggu orientasi. Kami dari Melaka, ie.Halimon, Arifin, Arwah Azizan hamid, Rahimin,Ismail, Md Nor Baba, adalah berasal dari satu sekolah. Jadi tak berasa terasing sangat. Yang paling panic ramai our senior mencari-cari budak dari Melaka sebab ada sejarah lama , apa lagi kisah orientasi ler. Mungkin tak ramai yang tahu kisah ini. Kalau ada yang nak tahu nanti kita sambung. Bagaimana pun saya bertuah mendapat kakak angkat yang glamour, seorang prefect dan baik hati. Bila seniour nak oriented, soalan pertama depa tanya ,” siapa kak angkat”. Bila saya mention nama dia, terus tak jadi. Tapi jadi satu kerja lak nak menyampaikan salam depa. Ramai yang menumpang nak kirim salam.hehehehe. Masih ingat tak sahabat satu malam kita berkumpul kawasan lapang antara block C n D mendengar pak Senoria Sasmita(warden) memberi amanat. Garang nyer beleh tahan gak dengan misai tebal lak tu. Akan tetapi hati baik.

Bila masuk kelas 4 sc2, Bersama2 Dr Husni, Rashid, Khalil (perak), Syed Hussin (Tokey gambar, laa ni tokey besaq. Bakat berniaga memang dah ada sejak sekolah lagi), shafie (sekadar beberapa nama).Bilek number 2 dari staff room. Bila boring dalam kelas especially waktu tangah hari, saya tengok kat luar. Nampak pekerja Indon sedang bekerja membina bangunan baru. Mula-mula nak jadi hostel girl. Lepas duduk kejap, ada sex exchange. Tapi betul gak di tukar kerana tak sesuai girl duduk situ. Road frontage lak.Pagar tak siap lak masa tu, apa lagi bebas sangat. Tapi cikgu Sharum memang gigih memantau. Apa pun tertangkap gak. Pasal tengok wayang tak bawa IC. Public canning dan kena cuti seminggu.Siapa depa tu ek. Maka itu lah pengorbanan kami untuk kesejahteraan kawan-kawan kita.Seronok nak tunggu masa rehat, tunggu kakak kantin tolak trolley yang ada roti, kekadang biskut kering jer. Selalunyer ketua kelas yang jadi macai. Apa pun terima kasih di atas jasa dan budi baik mereka.Kekadang datang kakak angkat beri present. First time dapat buah tangan. Terharu gak. Bila waktu outing hujung minggu, terpaksa beli something sebagai ganti. Saya tak tahu nak beli apa, Cuma beli biskut jer,(supermarket Emporium). Esoknyer saya pass kat kawan dia, prefect gak. Lepas tu saya kena perli. “Sedap biskut semalam tu”dari kawan-kawan dia. Apa pun, kakak angkat banyak membantu semasa form 4 di KIK.Nak gak dengar sahabat pempuan yang ada abg angkat, apa lak cerita depa

Waktu Tiada air.

Kekadang agak terbiasa tiada air masa di KIK. Ramai ler yang gi mandi di sebelah bangunan lama, dekat surau. Macam2 ragam yang berlaku dan aksi menarik. Ada gak yang gi mandi di masjid Sultan Sulaiman. Entah mcm mana ada kaum yang mandi dalam kolam tu, satu hal lak warden mengamuk. Hehe, siapa tahu siapa punya kerja. Kalau nak tahu, nanti2 ler masa kita jumpa.Yang girl tak tahu lak mcm mana menyelesaikan masalah depa.

Masih mengharap sahabat lain punyer cerita. Ada masa kita share sama2 nostalgia lagi.

(Sori Mawi, Fuad,Mus others, cerita hari ni mcm serious jer). Esok version Hindustan lak.

Bakry

My Dear Friends......

My Dear Friends......
I'm sorry forgot to put my name:
I'm Yunus Ab. Samed, Kota Kinabalu
Land Below The Wind.

Dear Friends......

Assalamu`alaikum wrt.wbh. to all my dear friends, Brothers and Sisters....First of all I'd like to congratulate Brothers Mawi, Mus, `At (Azhari) and Weldan for their big effort to initiate and create this special kind of blog....(I'm not sure whether Weldan still remember me or not...but just to refreshing you Weldan, we were 'bergayong' during that old days...don't you remember? My dear Brothers and Sisters...it's not a small job to gather all the former Form 5 of KIK who has been scattering all over the nation and to put together all of our 'gurus' who has taught and imparted knowledge in order to mould us to be men and women in a very truest manner.
To `At Azhari, I say thanks very much for still freshly remember me though we were not in the same medium. I can feel your sincererity in moulding our friendship. I still call you `At (not Fuat), do you remember? Thanks very much for your effort trying to searching for me in order to get along with all our friends.(That's why you called me yesterday, didn't you?)
As for Fuad Mohd. (UDA), you are a big man Brother. I also wont forget you but just look at you in the photos....my Goodness, what a big man. I don't believe it. Anyway, Fuad, I hope you still remember that I was the first imported football player who has played in Pahang (at your kampung level...ha,ha) and till now I have yet to receive my appearance fees!!!!Hey, thanks also for calling me yesterday.....
Also in the photos, I also don't believe my eyes. A young lady by the name
Ms Anson. She is very fair skin in which as I remember she was a bit dark long time ago. May be she consumes some jamus...ha,ha. Pls don't angry!!
And for Mawi, thanks for putting my email in the blog so that a few of my friends has called me....including this `Dato' Kamilah Kassim (a politician in Pahang, as I know) who has called me this afternoon. Thanks for still remember this little boy on those old days...
Mawi also reminded me not to worry about any fees, name it subscription or legal fees or what so ever since it will be sponsored by wealthy corporate figure of our friends...Mawi, have you contacted Zubir Rashid, your classmate?
Lastly, to all my friends who still remember me (or not), (sorry,cant spell out al the names) and definitely not to forget our beloved 'gurus',
I wish you all a happy and peaceful lives and May Allah S.W.T. Blesses you all.
Thank you...and Wassalamu'alaikum wrt.wbh.

PRA RE UNION DI KELANG

Bebal dan Kecewa

I dan famili bertolak dr g.chempedak tepat jam 8.00 pagi 13 hb jan.11.30 i sampe kat anak i dUitm sri iskandar.setelah berborak skjap kami mneruskan p'jalanan utk menghantar
seorang lg anak i ke UPSI di tg.malim.sampe tg.malim jam 1.30 i terus kol weldan mintak dia menanti ditempat yg paling senang dan dekat utk i.sayang nya weldan ada kematian pagi tu so,dia telah menarik diri dr menghadiri majlis.Tapi,i terus memujuk dan mendesak weldan (krn dia lah pencetus ide gathering ni)...betul dak Asmawi?supaya tidak menarik diri.akhirnya dia bersetuju tapi i kena lah kidnap dia di Genting Sempah.katanya,klu dr exit Batang Kali dlm setengah jam i boleh sampe la,kata nya
2.15 ptg i dah di exit Btg Kali dan hendak menghala ke Genting Hingland.entah mcm mana,sedar sedar i dah di Sg.Choh.I dah mula rasa tak sedap dan i kol weldan mtk kepastian.
Memang sah la.I dah terlajak dan sesat.selepas mendapat beberapa petunjuk dr nya i berpatah balik dan mencari jalan ke Genting semula.Ada la satu jam lebih i dok melilau mencari sign board tu.I pun mula mendaki.jam dah pukul 3 lebih masa tu dan terus i kol asmawi beritahu
i akan lewat sampe.Nasib makin tak baik bila dalam 10 minit mendaki,hujan turun lebat.
memandu lah i dengan perlahan-lahan kerana i tak biasa jalan tu lagi.jam 4.30
i sampai Genting Sempah dan terus mendapatkan Si Weldan.A Man From Bentong...
Badan i memang dah rasa lembik sbb i memang alah pada jalan berliku-liku.Mabuk...
Lepas tu i terus memecut diatas Karak Hiway menuju Hiway Kesas.I tak kira dah...Kalau ada 10 tempat yg buat speed trap pun i boleh kena sepuluh sepuluh tu.Weldan tak cakap banyak dah sebab sepanjang perjalanan i berleter saja.(Tak boleh berkawan la dgn u ni la weldan.Kat Tg.Malim baru ni pun,org lain jam 6.00 dah sampe,u jam 8.00 baru sampe.berkawan dgn u,berjangkit...jadi lewat dgn i sekali) apa nak buat.Itu la Kawan dan tetap
Kawan selama2 nya

Gembira Dan Hiba

Kami sampe jam 5.30.I lihat semua dah ada.Kawan kawan datang bersalam.Tak dapat nak ceritakan macam mana rasa seronok lebih2 lagi semua nya i masih ingat.Semua i boleh ingat kecuali 2 orang..Ust.Hasan dan Che gu Zaharah...Belum sempat nak duduk,sdr Mustafa sbg pengerusi memintak i perkenalkan diri krn katanya semua dan bercakap tinggal i dan weldan sj lagi yg belum krn yg lain2 dah sampe awal drpd kami.Selepas i dan weldan selesai memperkenalkan diri giliran guru2 kita plak dan di mulai dgn Chegu Shushama dan seterus nya

I dapat tahu dr asmawi,sblm i sampe ustaz hasan bertanyakan dia(asmawi pun mula nya tak kenal jgak ust.hasan ni).adakah fuat azahari datang jgak.Asmawi kata...datang,tapi belum sampe.Kebetulan pulak i duduk disebelah ust.hasan tapi i tak pasti itu lah ust.hasan dan ust hasan pun sebenar nya tak kenal i.Dr asmawi i dpt tau yg disebelah i tu ust.hasan.So,i terus bersalam sekali lg dgn ust hasan dan i mintak maaf krn masih tak ingat lg.Betul2 tak ingat

Setelah selesai sesi fotografi ust.hasan datang lg kat i dan bertanyakan tentang abang i,si Suhail dan dia bgtau ......Ayah anta dulu,Arwah Ust.Azahari selalu kontek ana tanya pase anta dan abg anta masa d KIK dulu.Ya Allah... baru la i teringat.Ni la ust.Hasan.Berpelok pelok la kami lepas tu .Real la...betul2 gambar hindustan.terus i pun cakap arab.Mintak maaf ustaz,betul2 mintak maaf ustaz...ana tak ingat sangat dah kat ustaz(yg itu sj i tau cakap...ana,anta...) Maaf sekali lagi ustaz.Betul2 saya terkedu dan hiba.Lain kali saya jumpa ustaz saya tak kan lupa dah,Inshaallah

Lembik (Sayur)

Selesai bersalam2 masing2 bergegas nak balik sbb ada yg bawak anak(Klu nak datang lain kali jgn bawak anak,isteri pun jangan...spoil.,kata asmawi) dan ada yg bergegas nak solat asar.Masa tu dah hampir jam 6.00.Keadaan masa tu jadi kelam kabut sikit.I tak sempat bersalam semuanya krn berpaling tegur sdr kita yg ni,yg lain dah hilang.At last tinggal kami berempat.
i,Asmawi,Weldan dan arpi.Kami k mesjid utk solat asar dan kemudian balik ke King Beriyani
semula utk teruskan agenda kami berempat pulak

setelah memesan makanan mlm (krn i n weldan belum makan)Saya berkira2 mengajak asmawi
dan arpi menemani saya utk menghantar Weldan k Genting Sempah.Ini krn saya dah tak mampu utk memandu pulang melalui jalan mula2 i datang semasa menjemput weldan.Jadi i bercadang utk balik melalui lbuhraya sg.buluh ke tg.malim.Kalau dia orang tak temankan i menghantar weldan,i pasti i memang dah tak mampu nak drive lagi dah...flaaaat...
Sampe d G.Sempah jam 10 mlm.Slepas pekena kopi sorang secawan disitu,i mtk asmawi tlg i memandu krn i kena simpan kederat yg ada utk memandu pulang ke tg.malim
semasa asamwi memandu,i tanya dia.....u biasa ka jln ni asmawi?dia kata...pejam mata pun
dia boleh bawak.Pada hal dia tak tau...i yg pejam mata.oooiii....punya lah laju.bukan tak tau Karak Hiway.Mcm ulag...silap2 klu tak biasa....Nauzubillah... mata i sekejap pejam,sekejap celik la,apa lagi...(u perasan dak asmawi bila i tanya u tu,i dah berapa kali terangkat punggong?)
>>>>>komen dari asmawi:
hahaha. awat hang tak habaq! kan I dah kata, jalan karak tu kalau pejam mata pun boleh sampai. I bukan setakat hafal kat mana-mana kedudukan setiap corner tu, bahkan angle dia pun i tahu berapa darjah, so I can adjust the steering wheel very effectively without hitting the divider :). Taulah kereta you tu mahal, so kalau rosak bukan senang nak repair kan? kalau kereta I sendiri i drive 120-130km/h kawasan tu. Kereta u, i jaga sikit la. takat 60-70mph je.<<<<<
Sampe d sg.buloh selepas berborak sekejap,i bertolak ke tg.malim.11.30 i sampe di Sahara Inn
dalam keadaan sudah tidak bermaya.Dah tak larat melangkah...sayuuuur....

Esok nya,14.1.2008 jam 11.00 pagi i check out dan bertolak balik ke Guar Chempedak
Anak i yang bongsu,tingkatan 4 tahun ni...tuang(ponteng) sekolah 2 hari.Ahad dan Isnin


Okey....lain kali cerita lain pulak

-fuat azahari-


ps...tqvm asmawi,arpi...i benar2 hargai semangat setiakawan u berdua
anson...u jgak krn awal nya u pun sudi utk temankan i menghantar si weldan..man from Bentong tu.tapi,i kesian jgak kat u.U tu perempuan

Tipah...mana boleh tak ingat u.agak ramai jgak member kita feeling kat u.mcm kamilah kata...u paling ramai peminat
>>>>komen dari asmawi: Hahaha. ini pun satu lagi. Tadi sebaik sahaja che latifah tulis fasal nak berbesan tu, I cepat-cepat offer anak lelaki I yang umoq 20 tahun tu utk book anak gadis lepasan SPM dia....Nanti dapat kat orang lain rugila!!<<<<<<<
Assalamualaikum Wmt Wbt.
Salam Maal Hijrah 1429 dan Selamat Tahun Baru 2008 Kepada sahabat2 semua seangkatan diKIK1977. Juga kepad guru2 yang tak pernah jemu memberi tunjuk ajar, hanya kepada Allah sajalah yang selayaknya memberi ganjaran sehingga berjaya mendidik kita menjadi 'orang'

Tiada yang lebih bahagia dari pertemuan semula dengan kawan2 lama...itulah yang dapat diungkapkan, saya yang jauh terceruk di utara ni rasa cemburu melihat kemesraan pertemuan demi pertemuan yang diatur bersama rakan2 dan guru2 kita dulu...rasa kerinduan terubat jua dengan melihat gambar2 kenangan yang dapat dikongsi bersama. tahniah dan terima kasih tak terhingga kepada Asmawi yang mengusahakan blog ini...Ya Allah, dah berkali2 cuba, tak dapat juga sampaikan terpaksa call Mustafa minta tunjuk ajar...he he..TQ Pa. Hari ni terus mencuba.

Untuk kawan2 yang masih ingat atau dah lupakan saya...saya Che Latifah Ismail, asal dari Kedah, dulu kelas 5sastera1 1977 dan 6Atas 1 1979..kemudian ke UM, kawin '82, mula bertugas di UiTM S alam 1983, bertukar ke Perlis sejak 1986. Ada 5 anak, sulung perempuan, umur 24 grad di UIA dan baru mendaftar KPLI di Mktb Raja Melewar, Seremban.( Ada sapa ingin berbesan dengan saya....). No 2, lelaki, 22 tahun di BMI, no 3 lelaki, tunggu result SPM, no 4 perempuan, form 5, no5, lelaki form 1.

Mencari kawan lama...Berikut adalah kawan2 lama yang selalu dihubungi setelah hampi 30 tahun berpisah...
1)Kamilah..bermula pada Mei 2004, semasa saya ada seminar di Sarawk, tiba2 Kamilah call...Ya Allah, tak dapat gambarkan macamana perasaan masa tu...bayangkanlah semasa di KIK dulu di mana ada Kamilah disitulah ada cik pah ni kan...Lepas tu kami sama2 di 2nd College UM..tapi terputus hubungan. Selepas tu dapat bertemu Kamilah di PJ Hilton...Hmmmm...dan terus berhubungan melalui telefon...rindu juga pada Nik Mahizan dan Rozi..tapi dah dapt tengok gambar2 tu..
2)Rahiman Bani... jemput saya untuk satu Seminar di Melaka,April 2006, di situla mula berjumpa Rahiman. Rahiman yang masih kecik macam dulu...n ramah tamah macam dulu juga
3)Naim...Rahiman hubungi Naim dan kami berjumpa di pejabat Rahiman...Mula2 jumpa Naim...Ya Allah, kenapa botak?....sorry ya Naim...kami dapat bersembang lama, keluar macam2 cerita...ehem2,..cerita2 lama kan Naim..
4)Ariffin..pada hari tu cuma dapat bercakap melalui telefon saja...sampai hari ni belum bertemu muka walaupun dia dah kerja berhampiran kampung saya...tapi kat UiTM ni kebetulan dapat mengajar anaknya yang mengikuti Sarjana Muda Finance...anaknya lebih kurang macam ayahnya juga...
5)Shaarani...Ini lagi memeranjatkan sebab tak sangka kawan kita ni dah jadi Yang Arif...he he ..maaf Yang Arif...dapat berbual melalui telefon saja...tapi tahun 2007 yang lalu, kebetulan saya ke Kl, dapat la jumpa Yang Arif... Yang Arif selalu inform reunion kat Kedah ni, masa cuti raya n cuti akhir tahun, tapi ada saja halangan, sampai la ni tak dapat hadir sekali pun lagi, jangan jemu habaq mai nooo kalu ada lagi reunion kat utara ni..
6)Mustafa....sampai hari ni tak jumpa2, dok e mail n call saja...anaknya belajar di Jitra, dah berapa kali janji nak jumpa, ada2 saja halangannya. Now anaknya dah ke UIA...
7)Asmawi Hassan...baru sekejap tadi dapt berbual2 dengannya
8)Fuad Azahari...ingat aku tak?
9)Anson...bila kita dapat jumpa?

Kawan2 yang lain...kebetulan saya bertugas di UiTM, sebenarnya ramai juga kawan seangkatan kita yang bertugas di UiTM, seluruh Malaysia la katakan...Azam Hamzah(S.Alam) Rashid Mohammad(Phg), Yunus Samad di Sabah (saya dah inform Yunus fasal blog kita ni), Farah Dina (S.Alam) ramai lagi kat S.Alam- Dr.Huzaimah, Che Zaharah,dll..tak ingat.. Aziz Harjin kat Perlis ni juga( pergi haji, blm balik lagi..tapi dia masuk KIK form 6). Seorang lagi ialah Abdul Salam Yusuf (form 6 juga...dia jadi adik ipar saya laa...he he ....kawin dengan adik saya...now kat Uk, ikut adik buat PhD)....
Maaf la kerana saya tak berapa ingat kawan2...dah lama tak dengan khabar kan...
Apa2 hal pun, In.Allah melalui blog ni kita dapat jumpa semula kawan2 lama. In Allah saya akan terus menulis untuk mengimbau kembali nostalgia dulu2 di KIK. Tapi, rasanya dulu saya ni tak le nakal sangat kan...he he . Jumpa lagi. Saya boleh dihubungi di 0124939913

Akses Blog ini

Saya perhatikan akses ke Blog ini semakin hari semakin meningkat.

Blog ini diwujudkan pada 23/12/2007, selepas saya berbincang dengan Weldan dan Fuat Azahari dua hari sebelum itu, iaitu 21/12/2007. Weldan datang dari Bentong ke KL untuk bertemu face to face dengan saya.

Selepas saya menulis, Mustafa Mohd Nor merupakan orang kedua menulis. Tulisan beliau keluar pada hari yang sama, 23/12/2007 sebaik-baik sahaja beliau dimaklumkan oleh Ahmad Imran sewaktu Mustafa dalam perjalanan dari Ipoh. Tiba sahaja di rumah, beliau terus menulis. Begitulah terujanya beliau untuk menyambung semula silaturrahim.

Kemudian Fuat Azahari menulis. Selepas itu, Kamilah Kasim muncul dan menulis di sini.

Pada 1/1/2008, kami bertemu secara tidak formal di Tg Malim. Walaupun hanya ada 7 orang,(Fuat, saya, Weldan, Yang Arif, Anson, Naim, Mustafa) ianya amat meriah sekali.

Tidak sampai sebulan selepas blog ini diwujudkan, kita telah dapat bertemu face-to-face di Kelang pada hari Ahad 13/1/2008 yang lalu.

Inilah dia "the power of blog". Di zaman akhir 70'an dulu kita tidak dapat bayangkan ini semua. Gambar-gambar yang kita ambil, dapat dimasukkan dalam blog dan dipaparkan untuk tatapan seluruh dunia dalam masa beberapa jam sahaja. Gambar pertemuan kita di Kelang hari Ahad lalu misalnya, dapat dilihat oleh kawan-kawan kita di seluruh Malaysia pada malam itu juga.

Apa-apa pun, saya amat berbangga kerana kita generasi kelahiran 1959-1960-1961 ini amat cepat menggarap teknologi maklumat terkini, walaupun di usia agak lewat. Sekurang-kurangnya sudah boleh menulis email, walaupun ada lagi yang terkapai-kapai untuk menulis dalam blog ini. Keep it up!

Berikut adalah gambaran perkembangan blog ini untuk sepanjang bulan Januari ini sahaja:

Untuk hari ini 15/1, setakat jam 1.00 tengahari, sudah 25 orang mengakses blog ini. Gambar-gambar yang diletakkan di flickr pula telah diakses 80 kali sejak semalam. Saya difahamkan guru-guru kita juga ada mengakses blog ini. So, please mind our language ok? :).

Ini satu perkembangan yang membanggakan. Insya Allah hasrat kita untuk mengadakan pertemuan seluruh alumni Tingkatan 5 tahun 1977 pada cuti persekolahan bulan Mac nanti akan terlaksana.

Wassalam,

-Asmawi Mohamad

Perjumpaan Pengajar dan Bekas Pelajar

Salam,

Alhamdulillah, selepas usaha starring kita Mawi dan Mustafa (serta yang lain terselindung di balik tabir) berjaya juga pertemuan di atas diadakan. Tak sabar rasanya menempuh KESAS Highway untuk bertemu bekas guru yang telah membina dan mencorakkan pelajar-pelajarnya menjadi seperti sekarang. Kepada Ust Mat, Ust Hassan, Cikgu Zaharah, Cikgu Shaharom, Cikgu Sushama (yang awet muda) dan guru-guru lain yang tak dapat bersama kami akan sentiasa mengenang jasa baik guru-guru sekalian. ' Kum lil muallimi wafihi tabjila, kada muallimi an yakuna rasula'. (bangunlah sebagai menghormati guru kamu, sesungguhnya guru itu hampir menyamai rasul ). Rasa-rasanya begitulah maknanya, kalau tak yakin rujuk kepada DR Zaki mengenai makna bait syair Arab ini.

Kemudian terbuka semula kenangan dan sejarah pelajar-pelajar KIK yang berbagai-bagai ni. Apalagi banyaklah kesalahan-kesalahan yang dibongkar semula. Kalau masih boleh dibawa ke Lembaga Disiplin, saya rasa Ust Mat tak keberatan melaksanakannya. Sebab tu lah kita menjadi manusia sekarang. Tetapi naluri remaja sentiasa mencari cabaran hanya bimbingan akan membawa ke jalan yang baik. Namun begitu di saat gembira bertemu semula, kesedaran dan keinsafan tetap terasa. Selain umur yang memanjat usia- masing-masing mengira anak dan cucu ( tiada yang mengira berapa isteri yang ada sekalipun saya mengacah saja ) bahawa kita menuju ke penghujungnya. Bagi kengkawan yang tak tau lagi di mana dan apa keadaannya, begitu juga guru-guru kita yang uzur dan dah tiada elok rasanya kita jengok dan ziarah mereka dan doa kita panjatkan kepadaNya. Semoga jalinan yang tersimpul kembali ini bukan saja di dunia tapi juga sehingga ke destinasi akhirnya.

Saya baru saja bercakap dengan Yunus Samad orang 2K- Kelantan dan Kota Kinabalu. Dah lama tak berjumpa kalau tak silap selepas tauliah PALAPES 1983. Memang banyak nak diperkatakan tapi melalui telefon hanya dapat menelan air lior ajelah. Kalau berjumpa dapat jugak secawan kopi/teh menghilang dahaga. Kemudian, melalui e-mail Nasiaq (Lok), dapat contact Mohd aki Ali ( classmate saya 5 Sas 5 ). Lama tersimpan misteri beliau dalam gambar majalah Nadi Bandar UDA bersama Tan Sri Nor Mohamed Yakcop( Menteri Kewangan 2 ), KM Pulau Pinang dan Dato' Helmi semasa pengenalan projek UDA di Pulau Pinang. Sah gambar beliau. Jadi Najmudin Ahmad tak payah lagi nak confirm.

Akhirul kalam, elok moderator Mawi/Mustafa mengumpul nama-nama exForm 5kik77 dan guru-guru serta nombor telefon masing-masing. Alamat rumah dan tempat kerja juga elok direkod dan diedar.
Wassalam.

-Puaad Mohd

Makin Ramai dan Telah Bertambah

Asalamualikum WBT,

Syukur kepada Allah bekas palajar KIK form5 1977 dapat bertemu di Kelang pada 13.1.08 bersama guru-guru. Gambar telah di rakam catatan telah dibuat. Perkara ini InsyaAllah akan dapat dilayari, dibaca, dan dikongsi oleh kawan-kawan dengan mudah dan cekap. Sebahagian guru telah dapat dihubungi. Kekerapan perjumpaan akan menjadi kenyataan. Terutama banyak acara dan function akan diadakan selain pertemuan khusus. Sekarang di kalangan dah masuk era mendapat menantu... bila dah dapat menantu kita pula yang kena slowlah sikit...

Saudara Yunus Samad dah mula hantar e-mail kepada Sdr Aswmawi cuma saya belum dapat email beliau. Lepas ni senang sikit nak berhubung dan berkongsi berita.

Sdr Norbakri telah mula menulis. Banyak juga perkara yang kita tak tahu dulu dapat dikongsi dan dijadikan bahan untuk mengimbau peristiwa 30 tahun dulu. Secara tidak langsung ia boleh mengaktifkan ingatan kita masa kini dan akan datang...betul ke ni nanti? kita confirmkan dengan Dr Fauzi dan Dr Husni...

Cerita best adalah ramai juga kawan-kawan yang syok dan minat kat anak Pak Ali...pengusaha kantin KIK. Maklumlah cara dressing anak Ali... dia tak pakai tudung... pegi sek pakai skirt...kawan kita tudung labuh dan baju kurung... sebenarnya ramai kawan yang sama dengan anak Pak Ali tapi sebab ditutup maka tak terserlahlah. Khadijah adik Koce belakang dewan makan pun di Ngorat... dalam bab ini saya rasa Sazali Tarmizi 5sas2 hebat...dia lebih pandai dan bijak dari yang lain pada tahun 1977. Sekarang belum pasti siapa hebat sebab dah 30 tahun tak jumpa. Secara umum... setakat ini (13.1.08) saya rasa...lah Sdr Nor Bakri hampir menjadi juara...ha ha ha nanti lepas ni kita tanya Yang Ariff Saarani Ismail. Dah ada yang kena sensor ni...

OK dulu pagi ni.
-mustafa mohd nor-
mustafamn@dbkl.gov.my

14 January 2008

Nostalgia di KIK

Terima kasih di ats compliment dari Mustaffa, Naim and others. Petua nak nampak muda tak der cuma +ve thinking dan hati kena baik jer. Md. Nor memang muda dan energetic. Macam Shah rulk khan. May be kerja kat kementerian kurang tension kot.Tapi misses aku selalu kata dah tua dan kena sedar diri. Yang penting itu cuma perubahan fizikal luaran. Sedih juga dengar kisah kawan/guru yang dah tiada dan kisah kehilangan orang tersayang dan pernah berjasa kepada kita. Terasa bersalah kerana tak dapat bersama atau mengatakan kesedihan atau simpati bila kawan2 di landa musibah. Kita akur masing2 mempunyai tugas dan t/j tersendiri. Apa pun mudah2an kita akan berjumpa lagi. Dah 30 tahun tak jumpa, apa salahnyer kita cari/luangkan 1 hari untuk menjejak kasih. Luangkan masa 1 hari dalam 30 tahun. Kita lupakan tugas/taraf/status. Kita bayangkan kita setaraf semasa form 5 KIK tahun 77 dulu.

Memang tengah busy sekarang ni nak siapkan report ECER for FELDA, tapi temptation nak share experient selepas jumpa kawan2 di klang terlalu kuat. Rasa terkilan gak sebab miss communication ngan Halimon dan Abdullah Ahmad( 5sc 2). Both of them ada di Bangi. Kalau tidak lagi meriah. May be next time kot. Terasa sangat nak jumpa Lok(nasir).Azmi (Tganu),Hamzah (johor),Mardiah, Salasiah(sekadar beberapa nama). Yang paling terkejut Hassan ketua kelas aku menjadi suami Pn Anson. Memang hebat hang berdua menyorok masa bercinta ek. Lepas KIK saya sama Hassan masuk UPM.Dia kolej 4 saya kolej 2 . Dia tak habaq apa pun. Halimon di Mardi pun tak tau.Halimon masa tu dah kerja, loaded ler, selalu ler dia datang belanja aku makan. Kita student kan asyik pokai jer

Minggu Orientasi.

Bila persatuan Sains buat kuiz masa orientasi , aku dengan Fauzi wakil Form 4, bila masa nak terima hadiah, yang nak bagi pempuan, biasa ler rasa gentlemen and secara tak sengaja aku terulur tangan, dia ulur aku tarik balik. Berulang 2,3 kali, tapi akhirnyer bersalam gak. Lepas tu bila turun pentas, kena komen ngan senior, mana bleh bersentuh kulit.hehehhe, malu gak masa tu.

Aku ngan Arpi dan Fauzi, duduk blok C,ground floor. Satu floor ngan Alias Zakaria. Sapa tak kenal dia, popular macam MawiAF gak masa tu.Kan masa rehersal Debat Piala Perdana dia pengsan, ramai girl yang menjerit. Bila final sepatutnyer kita boleh menang, tapi kalah sebab di anggap ada manipulation. Frust giler. Kalau tak sure piala tu kekal kat KIK after 3 consecutive years. Kan masa menang kita dapat cuti macam result STPM kluar, 100% pass, kita tak study. Enjoy nyer. Hehhhehe. Malam masa break, ramai yang pergi warung pak Abu(tak ingat nama sgt) tepi block B, ada tembuk berlin warna hijau. Aku nak study pun terganggu, terbau mee rebus dan bising budak2 lalu lalang depan bilik. Yang bestnyer ada yang menyelam sambil minum air.nak tackle anak pak abu yang jambu tu. Dengar cerita budak Perak (Tarmizi) gak yang berjaya tackle dia. Kisah tu berlanjutan bila kantin pindah dekat bangunan baru.

Kelab Wayang gambar.

Aku ingat Halimon dan Hassan Mat Amin (Form 6,Meru) jadi AJK persatuan ni. Film hitam putih,ie. Mat karung guni, Mat tenggek , semua cerita Mat sentol jer. Kekadang ada ler cerita Koboi. Bila ada scene nak sensor, jadi satu kerja lak kena lindung/tutup projector. Hehehehhe

Ada masa saya sambung lagi,

Cerita hostel baru/hostel sadin, tengok wayang, kisah cinta cikgu( Rani), kisah senior, cheer group masa pertandingan bola, hoki etc, pembinaan hostel dan auditorium baru,kisah adik/abg/kakak angkat.

Terima kasih kepada Mawi and the geng. Memang nama Mawi ni top. Agaknyer Mawi world tu Xerox nama hang kot.Saya cuba membantu sekadar terdaya.


Iklas,

Bakri

Yunus oh Yunus

Saya terima email dari Sheikh Muhammad Yunus Abdul Samad Al Kelantani:


Jawapan saya:

Join la dulu. Jangan cerita fasal kos dulu la. Kalau susah-susah sangat kita ada ramai "corporate sponsors" yang sudah menyatakan kesediaan untuk membiayai semua perbelanjaan. Don't worry!

-Asmawi Mohamad

Restoran Beriyani King, Kelang, 13/1/2008

Tak nak balik lagi!!!

Agaknya begitulah perasaan kebanyakan orang semalam, setelah bertemu semula dengan kawan-kawan seperjuangan dan guru-guru setelah 30 tahun berpisah.

Saya sampai paling awal, jam 1.00 tengahari untuk menguruskan setting tempat duduk dan membuat tempahan bilangan makanan yang diperlukan. Sewaktu saya keluar rumah jam 12.30PM tu, Mustafa sedang dalam perjalanan untuk mengambil Naim Nordin, dan si Fuat pula dalam perjalanan ke Tanjung Malim untuk seterusnya mengambil Weldan di kawasan berhampiran.

Setelah menguruskan susunatur meja dan membuat bayaran tempahan, saya beredar ke masjid untuk solat zuhur. Sementara menunggu ketibaan rakan-rakan yang lain, saya berehat-rehat di masjid. Bila saya tiba semula ke restoran pada jam 2.00 petang, Mustafa Mohd Nor dan Naim sudah sampai. Begitu juga Ustaz Ahmad Ismail dan isteri, Ustaz Hasan Yasin, Zaki Abdul Rahman, Mohd Nor Yaakub dan Nik Mahizan/Abdullah Hasan. Terpegun sejenak saya bila melihat wajah Mohd Nor Yaakub yang langsung tak dimamah apa-apa: usahkan anai-anai, tua pun tidak :). Saya tidak berapa cam wajah Ustaz Hasan sekali imbas, tapi setelah berbisik dengan Zaki Abd Rahman di sebelah saya, barulah saya dapat cam. Maaflah Ustaz, setelah 30 tahun, inilah kali pertama bertemu kembali. Ustaz pernah mengajar Bahasa Arab kepada kami budak-budak 5SC1 yang gatal nak ambil Bahasa Arab dalam SPM walaupun bilangan pengajaran dalam seminggu amatlah terhad.

Oleh kerana ada yang sudah lapar, kami tidak dapat menunggu kedatangan yang lain-lain terlebih dahulu. Bau nasi beriyani yang semerbak itu bukan sahaja membuatkan yang lapar semakin lapar, yang dah kenyang pun boleh jadi lapar balik.

Baru kami nak mula makan tengahari yang terhidang, Puan Jaliya Basiron (5SC1) tiba bersama keluarga beliau. Mereka datang dari Melaka semata-mata untuk menghadiri pertemuan ini.

Tidak lama kemudian Puan Zaharah pula tiba. Oleh kerana saya tidak pernah berkesempatan berguru dengan beliau (hanya melihat beliau dari jauh memandu Ford Cortina semasa di KIK dulu), saya hanya menemani Mustafa untuk mengiringi beliau.

Selepas Puan Zaharah tiba, berduyun-duyun pula yang tiba sehingga saya tidak sempat pastikan siapa datang selepas siapa. Arpi datang dengan menyinsing lengan dari jauh. Ingatkan dia nak datang bergasak dengan siapa asalnya :). Mustafa melihat beliau dari jauh dan bertanyakan saya, siapa yang datang menyinsing lengan itu!

Cikgu Sushama datang dengan membawa sebuah album lama dan beliau, dengan "humility" beliau, setiap masa terharu dengan sambutan yang diberikan. It's just a small appreciation from all of us for what you have done to us, ma'am!

Datin Wan Hasmah yang amat ingin untuk datang tetapi terpaksa membatalkan hasrat beliau kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan sama sekali. Begitu juga dengan Cikgu Rani Hamid di Pulau Pinang. Kawan-kawan seperti Nasir Tolok dari Kedah, Fauzi Ahmad dari KL, Ahmad Imran dari Kelantan, Padzilah dari Kuantan, Fatimah Hasan dari Melaka, juga tidak dapat datang meskipun mempunyai hasrat yang tinggi. Hanya salam yang mampu diiringkan.

Hampir jam 4.00 petang barulah majlis taaruf dapat dimulakan. Jenuh juga Mustafa sebagai pengerusi majlis bertindak mengawal majlis, maklumlah, baru nak dimulakan taaruf, tiba-tiba datang Cikgu Shahrom dan keluarga. Semua tumpuan beralih kepada cikgu, dan masing-masing berebut untuk bersalam dan bertanya kabar.

Tak lama lepas tu, Weldan dan si Fuat pula tiba, setelah sesat dan terlajak jalan sejam lebih.

Baru sahaja majlis taaruf berjalan untuk beberapa orang, tiba-tiba si Anson, Kamilah dan Rodziah Radzi pulak sampai! Hingar bingar satu restoran dengan ketibaan mereka bertiga. Siapa yang tak kenal mereka bertiga ni kan? Kalau dolu2 macam tu, sekarang pun, lebih kurang begitulah! Ada 3 orang, tetapi soundbytes dia mengalahkan 30 orang!! Anson siap berpeluk-peluk dengan si Jaliya, macam tak jumpa 30 tahun!!!!

Of course, dalam ramai-ramai tu, yang paling glamour mestilah Noorbakry, pelajar 5SC2 1977. Beliau datang dengan rambut stail Elvis Presley lagi! Kalau anak saya tengok, mesti dia orang akan kata: cayaklah!!!!

Kalau kebanyakan pelajar lelaki yang lain datang samada dengan kepala bersinar (sebab rambut sudah pupus) atau keperak-perakan (sebab beruban) dan perut yang mengalami "secondary growth", maka Mohd Nor Yaakub dan Noorbakry stand out among the rest. Rambut penuh kepala, bersikat rapi, dan tiada uban. Perut pun rata lagi. Way to go man!!!! Abdullah Hasan pun kurus macam dulu, cuma nampak sangat that he is working under great stress, maklumlah jadi Penolong Kanan KISAS sekarang. macam2 kerenah yang dia kena tangani. But at least dia dah jauh melangkaui kita semua. Sekarang dah dapat Dato'. Mudah-mudahan tak lama lagi dapat Tan Sri pulak! Yang lain-lain? silalah tengok sendiri semua gambar-gambar di flickr tu.

Yang perempuan pula, kebanyakannya lebih kurang macam pelajar lelaki, kecuali si Rodziah Radzi yang masih maintain "the look and feel of the 77". Radziah Hamzah pun lebih kurang jugak. Tang ni tak boleh cakap banyak. Nanti sensitip. Masuk ISA!

Selepas semua pelajar memberikan taaruf semula di depan semua orang, giliran guru-guru pula bangun memberikan ucapan. Saya tidak pasti yang mana satu lebih awal, tetapi yang saya ingat, Cikgu Sushama menceritakan bagaimana di awal tahun 1976, beliau menerima posting pertama beliau untuk bertugas di KIK, setelah tamat pengajian di Universiti Malaya. Jenuh beliau turun naik tangga Jabatan Pelajaran sebab tidak mahu ke KIK, sebab pada sangkaan beliau, pelajar KIK mestilah yang semuanya berketayap dan bertutup muka. Tidak beliau sangka samasekali, bahawa murid-murid yang beliau temui di KIK selepas itu adalah yang baik-baik belaka (kecuali hang, Fuat! Make no mistake about it!) dan amat senang untuk diajar.

Bila giliran Cikgu Shahrom bercakap, beliau tidak banyak menceritakan tentang pengalaman beliau di KIK. Hanya sekelumit perjalanan hidup beliau semasa di KIK, selepas itu masuk semula ke UTM untuk menamatkan ijazah beliau, kemudian balik mengajar di Batu Pahat sehinggalah beliau bersara.

Ustaz Hasan Yasin pula menceritakan tentang beberapa kisah hidup beliau di KIK, kemudian berpindah ke SMAKL untuk mengasaskan sekolah tersebut sehingga menjadi Pengetua, dan kemudiannya beliau ke Lembaga Peperiksaan (on contract) selama 10 tahun. Beliau juga terlibat dalam penubuhan sekolah agama bestari Kerajaan Negeri Selangor di Subang Jaya.

Ustaz Ahmad Ismail, sebagai seorang warden, Penolong Kanan dan juga Pengetua, paling banyak menceritakan mengenai asam garam hidup dan tingkah laku pelajar di KIK. Ada yang kena tangkap malam-malam buta sebab keluar malam (siapalah tu gamaknya eh??). Kami ketawa terbahak-bahak mengenangkan kenakalan serta kebodohan kami semua waktu itu.

Puan Zaharah juga tidak ketinggalan mengenang kembali liku2 hidup di KIK. Dulu-dulu kalau ada apa-apa jamuan atau acara, maka guru-guru perempuan lah yang ditugaskan untuk memasak makanan-makanan. Nak jimatkan kos lah gamaknya.

Setelah majlis resmi berakhir dekat-dekat jam 6.00 petang, kami mengambil kesempatan bergambar beramai-ramai.

Setelah habis bergambar, masing-masing mengambil kesempatan untuk bersembang lagi secara lebih dekat. Saya kehulu ke hilir cuba mendekati dan berbual dengan semua orang. Kadang-kadang dalam tengah syok bersembang dengan si A, tak terperasan si B dah nak bertolak balik dan tidak sempat untuk mengucapkan selamat jalan. Maaflah kepada semua yang berkenaan tu.

Cikgu Shahrom tunjukkan gambar kelas tingkatan 5 tahun 1977 seperti yang Padzilah sebutkan tu. Kat barisan belakang, saya dengan Fuat "obviously" tidak bersama dengan orang lain. Orang lain bergambar, kami dok buat macam-macam aksi di depan kamera. Padanlah muka, sebab bila gambar tu siap, kami dipanggil Cikgu Shahrom dan kena cubit kat perut sorang sekali sebab buat rosakkan gambar kelas.

Setelah kebanyakan teman-teman dan guru beransur pulang, Fuat pujuk saya dan Arpi temankan beliau menghantar pulang si Weldan ke Genting Sempah. Kami solat asar di Kelang, kemudian bertolak ke sana. Jam 10.30 malam baru selesai semua urusan dan balik ke rumah saya di Sg Buluh.

Akhirul Kalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir untuk bertemu semula setelah kita membawa haluan hidup masing-masing selama 30 tahun yang lalu. Sekarang, kalau ada sesiapa yang sakit demam, sahabat-sahabat kita di sini sepatutnya dimaklumi. Kita ziarah ramai-ramai. Kalau ada yang buat kenduri, boleh la jemput kami semua, Insya Allah, demi silaturrahim, kami akan datang.

Ucapan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Ismail dan Ustaz Hasan, yang sudi datang setelah dipujuk oleh Sdr Zaki, meskipun Ustaz Hasan kabarnya tidak berapa sihat. Kepada Puan Zaharah yang sudi meluangkan masa bersama kami, Allah sahaja yang mampu membalasnya. Kepada Cikgu Sushama, you are really an ever green teacher. Words can never express how much indebtedness we are to you. Forever! May The Power That Be keep you in the best of health, high spirits, and prosperity. Kepada Cikgu Shahrom yang datang dari Batu Pahat untuk bersama kami, segala susah payah itu amat dihargai dan hanya Allah jualah Pemberi sebaik-baik balasan.

Saya bukanlah penganjur samasekali (jangan percaya apa yang Mustafa tulis tu!). Penganjur kita adalah semangat persahabatan dan setiakawan yang kita sama-sama pupuk selama kita di KIK dahulu. Itulah daya utama yang menggembleng tenaga kita semua untuk sama-sama berusaha menjadikan pertemuan ini realiti. Saya hanya penyelaras, dan saya dibantu oleh Mustafa Mohd Nor, Fuat, Puaad, Weldan, Zaki Abd Rahman, Anson, dan tidak dilupakan, pasangan suami isteri Nik Mahizan dan Abdullah Hasan. Mustafa menjadi tempat utama rujukan saya untuk merancang, sebab kawan-kawan yang lain berada jauh dari KL. Kamilah Kassim sanggup menangguhkan kepulangan beliau ke Singapore semata-mata untuk bersama kita semua. Rodziah Radzi pula, walaupun mendapat tahu tentang perjumpaan ini agak "last minute", dapat memujuk suami beliau untuk membenarkan beliau datang. Pandai jugak you memujuk eh? Puan Padzilah dari Kuantan, walaupun tidak dapat datang, telah berusaha bertungkus lumus untuk mewarwarkan pertemuan ini kepada orang lain, dan berusaha menjejaki dua orang utama: Cikgu Shahrom Hashim dan Puan Rodziah Radzi. Thank you so very much Puan Padzilah! You are very resourceful indeed. Nanti kalau retire boleh jadi "Private Investigator" nih (gurau ok!)

Special mention, for reasons known to them only, goes to Noorbakry, Fuat, Weldan dan Arpi. I appreciate your expression of camaraderie and friendship. With people like you, we can scale the mountains.

Langkah selanjutnya: The next event ialah kenduri majlis perkahwinan anak Nik Mahizan dan Abdullah Hasan di KIK pada 2/2/08 nanti. Kemudian, kami (yg tiga empat kerat ni) merancang untuk mengadakan pertemuan SELURUH pelajar tingkatan 5/1977 dan guru-guru pada musim cuti persekolahan bulan Mac yang akan datang nanti.

Stay tuned! Maklumat selanjutnya akan disampaikan kemudian. In the meantime, kalau saudara saudari ada maklumat mengenai rakan-rakan dan guru-guru seangkatan, silalah maklumkan kepada saya.

Saya telah upload semua gambar-gambar (ada 68 gambar semuanya) dengan sedikit ulasan di flickr album. Sila klik di sini untuk melihat kesemua gambar-gambar tersebut. Saya terpaksa upload gambar-gambar tersebut di sana kerana ia lebih "presentable" di flickr.


Terima kasih yang setulusnya dari saya:
-Asmawi Mohamad