16 January 2008

H O U S E K E E P I N G

Amma Ba'du!

Oleh kerana sekarang sudah ramai yang akses blog ini (dalam 60 orang lebih satu hari), saya rasa sedikit perubahan perlu dilakukan.

Kita akan wujudkan satu platform tambahan yang akan kita panggil grup maya form5kik77di Yahoogroups.

Kepada saudara saudari yang biasa dengan grup maya ALKIS (alumni Kolej Islam), macam tu lah sebijik sebijik.

Perbezaan antara Blog dengan Grup Maya adalah seperti berikut:


Blog: kalau nak baca, kena datang ke lokasi tempat blog itu berada, iaitu di form5kik77.blogspot.com. Ibaratkan blog ini seperti satu papan iklan tempat tampal iklan seperti yang terdapat di sekolah atau di 7-11 tu. Semua orang boleh menampal apa-apa pengumuman atau iklan di papan iklan tersebut. Sesiapa yang nak baca iklan atau pengumuman mestilah datang ke lokasi di mana papan iklan itu berada. Seperti juga papan iklan di dalam kehidupan kita, semua pengumuman dan iklan boleh dibaca dan dilihat oleh sesiapa jua tanpa apa-apa batasan. Tiada privacy di sini. Ertinya, nombor HP tidak sesuai dikongsikan di sini. Nama-nama anak isteri anda pun tidak wajar disiarkan di sini. Alamat rumah dan tempat kerja pun tidak. Semua orang dari seluruh dunia, samada kita kenal atau tidak, bisa mengakses maklumat yang dipaparkan di sini.

Grup Maya (or e-groups): Anda tidak perlu pergi ke tempat di mana pengumuman atau iklan itu ditampal. Semua perhubungan (komunikasi) dihantar dalam bentuk email dan akan masuk terus ke dalam aplikasi email yang anda pakai, samada gmail, yahoo mail, atau apa-apa bentuk email yang lain. Oleh kerana komunikasi dilakukan dalam bentuk email, hanya orang-orang yang dimasukkan dalam grup tersebut sahaja boleh membaca komunikasi tersebut. Orang yang tidak berada di dalam grup tersebut tidak akan dapat menerima komunikasi yang dijalankan sesama ahli-ahli grup. Dalam erti kata lain, "privacy" dan "confidentiality" adalah terjamin. Di sini kita boleh berkongsi maklumat seperti nombor-nombor telefon, alamat rumah, alamat tempat kerja dan sebagainya. Hanya orang-orang yang kita kenali sahaja akan diterima menjadi ahli di dalam grup maya ini.

Blog dan Grup Maya dua-duanya berguna, dan masing-masing mempunyai peranan yang berbeza.

Blog: Untuk menulis coretan, nukilan, celoteh, cerita, ceriti, nostalgia dan yang sewaktu dengannya.
Grup Maya: untuk menulis ringkas bertanya kabar, memberi komen, mencelah, menyampuk, memberi ulasan dan sebagainya.
Contoh-contoh:
  • Kalau anda hanya sekadar ingin bertanya "siapa yang nak pergi kenduri kahwin anak Ustazah Nik Mahizan dan Abdullah Hasan pada 2 Februari nanti?"-
    Grup Maya.

  • Kalau anda nak berceloteh tentang anak perempuan Pak Ali kantin - Blog

  • Nak umumkan kenduri kesyukuran di rumah anda di Shah Alam? - Blog. Supaya lagi ramai orang tahu. Mungkin ada kawan-kawan kita yang terputus hubungan akan terbaca blog tersebut bila dibuat carian google. Kalau melalui Grup Maya, sah la dia tidak akan terima kalau dia belum dijadikan ahli.

  • Nak umumkan yang anda dah jumpa si polan dan si polan dengan nombor telefon sekian-sekian- Grup Maya

  • Kalau anda nak buat pengumuman nak ziarah Ustaz Husin Unang yang tidak sihat? - Blog
Ade fahem? kalau belum jelas, jangan malu untuk bertanya. Malu berkayuh, perahu tak sampai. Malu bertanya, kena bayar tol lebih, sebab jalan bertol bukan senang nak buat u-turn!.

Jadi apa yang perlu anda buat?


Untuk kesinambungan blog, anda tidak perlu lakukan apa-apa. Teruskan melawat laman blogkita, teruskan menulis celoteh-celoteh nostalgik anda. Ia berguna untuk kawan-kawan yang belum lagi berhubung kembali dengan kita semua, kerana ia dapat dicapai sesiapa jua dan dimana jua.
Untuk Grup Maya form5kik77, anda perlu berikan alamat email anda kepada saya di asmawi@gmail.com seberapa segera untuk dimasukkan sebagai ahli. Jika email anda tidak dimasukkan sebagai ahli grup, semua komunikasi grup tidak akan masuk ke dalam mailbox anda.

Tarikh kuatkuasa: Rabu, 14/1/2008.


-Asmawi Mohamad




No comments: