Salam,
Alhamdulillah, selepas usaha starring kita Mawi dan Mustafa (serta yang lain terselindung di balik tabir) berjaya juga pertemuan di atas diadakan. Tak sabar rasanya menempuh KESAS Highway untuk bertemu bekas guru yang telah membina dan mencorakkan pelajar-pelajarnya menjadi seperti sekarang. Kepada Ust Mat, Ust Hassan, Cikgu Zaharah, Cikgu Shaharom, Cikgu Sushama (yang awet muda) dan guru-guru lain yang tak dapat bersama kami akan sentiasa mengenang jasa baik guru-guru sekalian. ' Kum lil muallimi wafihi tabjila, kada muallimi an yakuna rasula'. (bangunlah sebagai menghormati guru kamu, sesungguhnya guru itu hampir menyamai rasul ). Rasa-rasanya begitulah maknanya, kalau tak yakin rujuk kepada DR Zaki mengenai makna bait syair Arab ini.
Kemudian terbuka semula kenangan dan sejarah pelajar-pelajar KIK yang berbagai-bagai ni. Apalagi banyaklah kesalahan-kesalahan yang dibongkar semula. Kalau masih boleh dibawa ke Lembaga Disiplin, saya rasa Ust Mat tak keberatan melaksanakannya. Sebab tu lah kita menjadi manusia sekarang. Tetapi naluri remaja sentiasa mencari cabaran hanya bimbingan akan membawa ke jalan yang baik. Namun begitu di saat gembira bertemu semula, kesedaran dan keinsafan tetap terasa. Selain umur yang memanjat usia- masing-masing mengira anak dan cucu ( tiada yang mengira berapa isteri yang ada sekalipun saya mengacah saja ) bahawa kita menuju ke penghujungnya. Bagi kengkawan yang tak tau lagi di mana dan apa keadaannya, begitu juga guru-guru kita yang uzur dan dah tiada elok rasanya kita jengok dan ziarah mereka dan doa kita panjatkan kepadaNya. Semoga jalinan yang tersimpul kembali ini bukan saja di dunia tapi juga sehingga ke destinasi akhirnya.
Saya baru saja bercakap dengan Yunus Samad orang 2K- Kelantan dan Kota Kinabalu. Dah lama tak berjumpa kalau tak silap selepas tauliah PALAPES 1983. Memang banyak nak diperkatakan tapi melalui telefon hanya dapat menelan air lior ajelah. Kalau berjumpa dapat jugak secawan kopi/teh menghilang dahaga. Kemudian, melalui e-mail Nasiaq (Lok), dapat contact Mohd aki Ali ( classmate saya 5 Sas 5 ). Lama tersimpan misteri beliau dalam gambar majalah Nadi Bandar UDA bersama Tan Sri Nor Mohamed Yakcop( Menteri Kewangan 2 ), KM Pulau Pinang dan Dato' Helmi semasa pengenalan projek UDA di Pulau Pinang. Sah gambar beliau. Jadi Najmudin Ahmad tak payah lagi nak confirm.
Akhirul kalam, elok moderator Mawi/Mustafa mengumpul nama-nama exForm 5kik77 dan guru-guru serta nombor telefon masing-masing. Alamat rumah dan tempat kerja juga elok direkod dan diedar.
Wassalam.
-Puaad Mohd
15 January 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment