14 January 2008

Restoran Beriyani King, Kelang, 13/1/2008

Tak nak balik lagi!!!

Agaknya begitulah perasaan kebanyakan orang semalam, setelah bertemu semula dengan kawan-kawan seperjuangan dan guru-guru setelah 30 tahun berpisah.

Saya sampai paling awal, jam 1.00 tengahari untuk menguruskan setting tempat duduk dan membuat tempahan bilangan makanan yang diperlukan. Sewaktu saya keluar rumah jam 12.30PM tu, Mustafa sedang dalam perjalanan untuk mengambil Naim Nordin, dan si Fuat pula dalam perjalanan ke Tanjung Malim untuk seterusnya mengambil Weldan di kawasan berhampiran.

Setelah menguruskan susunatur meja dan membuat bayaran tempahan, saya beredar ke masjid untuk solat zuhur. Sementara menunggu ketibaan rakan-rakan yang lain, saya berehat-rehat di masjid. Bila saya tiba semula ke restoran pada jam 2.00 petang, Mustafa Mohd Nor dan Naim sudah sampai. Begitu juga Ustaz Ahmad Ismail dan isteri, Ustaz Hasan Yasin, Zaki Abdul Rahman, Mohd Nor Yaakub dan Nik Mahizan/Abdullah Hasan. Terpegun sejenak saya bila melihat wajah Mohd Nor Yaakub yang langsung tak dimamah apa-apa: usahkan anai-anai, tua pun tidak :). Saya tidak berapa cam wajah Ustaz Hasan sekali imbas, tapi setelah berbisik dengan Zaki Abd Rahman di sebelah saya, barulah saya dapat cam. Maaflah Ustaz, setelah 30 tahun, inilah kali pertama bertemu kembali. Ustaz pernah mengajar Bahasa Arab kepada kami budak-budak 5SC1 yang gatal nak ambil Bahasa Arab dalam SPM walaupun bilangan pengajaran dalam seminggu amatlah terhad.

Oleh kerana ada yang sudah lapar, kami tidak dapat menunggu kedatangan yang lain-lain terlebih dahulu. Bau nasi beriyani yang semerbak itu bukan sahaja membuatkan yang lapar semakin lapar, yang dah kenyang pun boleh jadi lapar balik.

Baru kami nak mula makan tengahari yang terhidang, Puan Jaliya Basiron (5SC1) tiba bersama keluarga beliau. Mereka datang dari Melaka semata-mata untuk menghadiri pertemuan ini.

Tidak lama kemudian Puan Zaharah pula tiba. Oleh kerana saya tidak pernah berkesempatan berguru dengan beliau (hanya melihat beliau dari jauh memandu Ford Cortina semasa di KIK dulu), saya hanya menemani Mustafa untuk mengiringi beliau.

Selepas Puan Zaharah tiba, berduyun-duyun pula yang tiba sehingga saya tidak sempat pastikan siapa datang selepas siapa. Arpi datang dengan menyinsing lengan dari jauh. Ingatkan dia nak datang bergasak dengan siapa asalnya :). Mustafa melihat beliau dari jauh dan bertanyakan saya, siapa yang datang menyinsing lengan itu!

Cikgu Sushama datang dengan membawa sebuah album lama dan beliau, dengan "humility" beliau, setiap masa terharu dengan sambutan yang diberikan. It's just a small appreciation from all of us for what you have done to us, ma'am!

Datin Wan Hasmah yang amat ingin untuk datang tetapi terpaksa membatalkan hasrat beliau kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan sama sekali. Begitu juga dengan Cikgu Rani Hamid di Pulau Pinang. Kawan-kawan seperti Nasir Tolok dari Kedah, Fauzi Ahmad dari KL, Ahmad Imran dari Kelantan, Padzilah dari Kuantan, Fatimah Hasan dari Melaka, juga tidak dapat datang meskipun mempunyai hasrat yang tinggi. Hanya salam yang mampu diiringkan.

Hampir jam 4.00 petang barulah majlis taaruf dapat dimulakan. Jenuh juga Mustafa sebagai pengerusi majlis bertindak mengawal majlis, maklumlah, baru nak dimulakan taaruf, tiba-tiba datang Cikgu Shahrom dan keluarga. Semua tumpuan beralih kepada cikgu, dan masing-masing berebut untuk bersalam dan bertanya kabar.

Tak lama lepas tu, Weldan dan si Fuat pula tiba, setelah sesat dan terlajak jalan sejam lebih.

Baru sahaja majlis taaruf berjalan untuk beberapa orang, tiba-tiba si Anson, Kamilah dan Rodziah Radzi pulak sampai! Hingar bingar satu restoran dengan ketibaan mereka bertiga. Siapa yang tak kenal mereka bertiga ni kan? Kalau dolu2 macam tu, sekarang pun, lebih kurang begitulah! Ada 3 orang, tetapi soundbytes dia mengalahkan 30 orang!! Anson siap berpeluk-peluk dengan si Jaliya, macam tak jumpa 30 tahun!!!!

Of course, dalam ramai-ramai tu, yang paling glamour mestilah Noorbakry, pelajar 5SC2 1977. Beliau datang dengan rambut stail Elvis Presley lagi! Kalau anak saya tengok, mesti dia orang akan kata: cayaklah!!!!

Kalau kebanyakan pelajar lelaki yang lain datang samada dengan kepala bersinar (sebab rambut sudah pupus) atau keperak-perakan (sebab beruban) dan perut yang mengalami "secondary growth", maka Mohd Nor Yaakub dan Noorbakry stand out among the rest. Rambut penuh kepala, bersikat rapi, dan tiada uban. Perut pun rata lagi. Way to go man!!!! Abdullah Hasan pun kurus macam dulu, cuma nampak sangat that he is working under great stress, maklumlah jadi Penolong Kanan KISAS sekarang. macam2 kerenah yang dia kena tangani. But at least dia dah jauh melangkaui kita semua. Sekarang dah dapat Dato'. Mudah-mudahan tak lama lagi dapat Tan Sri pulak! Yang lain-lain? silalah tengok sendiri semua gambar-gambar di flickr tu.

Yang perempuan pula, kebanyakannya lebih kurang macam pelajar lelaki, kecuali si Rodziah Radzi yang masih maintain "the look and feel of the 77". Radziah Hamzah pun lebih kurang jugak. Tang ni tak boleh cakap banyak. Nanti sensitip. Masuk ISA!

Selepas semua pelajar memberikan taaruf semula di depan semua orang, giliran guru-guru pula bangun memberikan ucapan. Saya tidak pasti yang mana satu lebih awal, tetapi yang saya ingat, Cikgu Sushama menceritakan bagaimana di awal tahun 1976, beliau menerima posting pertama beliau untuk bertugas di KIK, setelah tamat pengajian di Universiti Malaya. Jenuh beliau turun naik tangga Jabatan Pelajaran sebab tidak mahu ke KIK, sebab pada sangkaan beliau, pelajar KIK mestilah yang semuanya berketayap dan bertutup muka. Tidak beliau sangka samasekali, bahawa murid-murid yang beliau temui di KIK selepas itu adalah yang baik-baik belaka (kecuali hang, Fuat! Make no mistake about it!) dan amat senang untuk diajar.

Bila giliran Cikgu Shahrom bercakap, beliau tidak banyak menceritakan tentang pengalaman beliau di KIK. Hanya sekelumit perjalanan hidup beliau semasa di KIK, selepas itu masuk semula ke UTM untuk menamatkan ijazah beliau, kemudian balik mengajar di Batu Pahat sehinggalah beliau bersara.

Ustaz Hasan Yasin pula menceritakan tentang beberapa kisah hidup beliau di KIK, kemudian berpindah ke SMAKL untuk mengasaskan sekolah tersebut sehingga menjadi Pengetua, dan kemudiannya beliau ke Lembaga Peperiksaan (on contract) selama 10 tahun. Beliau juga terlibat dalam penubuhan sekolah agama bestari Kerajaan Negeri Selangor di Subang Jaya.

Ustaz Ahmad Ismail, sebagai seorang warden, Penolong Kanan dan juga Pengetua, paling banyak menceritakan mengenai asam garam hidup dan tingkah laku pelajar di KIK. Ada yang kena tangkap malam-malam buta sebab keluar malam (siapalah tu gamaknya eh??). Kami ketawa terbahak-bahak mengenangkan kenakalan serta kebodohan kami semua waktu itu.

Puan Zaharah juga tidak ketinggalan mengenang kembali liku2 hidup di KIK. Dulu-dulu kalau ada apa-apa jamuan atau acara, maka guru-guru perempuan lah yang ditugaskan untuk memasak makanan-makanan. Nak jimatkan kos lah gamaknya.

Setelah majlis resmi berakhir dekat-dekat jam 6.00 petang, kami mengambil kesempatan bergambar beramai-ramai.

Setelah habis bergambar, masing-masing mengambil kesempatan untuk bersembang lagi secara lebih dekat. Saya kehulu ke hilir cuba mendekati dan berbual dengan semua orang. Kadang-kadang dalam tengah syok bersembang dengan si A, tak terperasan si B dah nak bertolak balik dan tidak sempat untuk mengucapkan selamat jalan. Maaflah kepada semua yang berkenaan tu.

Cikgu Shahrom tunjukkan gambar kelas tingkatan 5 tahun 1977 seperti yang Padzilah sebutkan tu. Kat barisan belakang, saya dengan Fuat "obviously" tidak bersama dengan orang lain. Orang lain bergambar, kami dok buat macam-macam aksi di depan kamera. Padanlah muka, sebab bila gambar tu siap, kami dipanggil Cikgu Shahrom dan kena cubit kat perut sorang sekali sebab buat rosakkan gambar kelas.

Setelah kebanyakan teman-teman dan guru beransur pulang, Fuat pujuk saya dan Arpi temankan beliau menghantar pulang si Weldan ke Genting Sempah. Kami solat asar di Kelang, kemudian bertolak ke sana. Jam 10.30 malam baru selesai semua urusan dan balik ke rumah saya di Sg Buluh.

Akhirul Kalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir untuk bertemu semula setelah kita membawa haluan hidup masing-masing selama 30 tahun yang lalu. Sekarang, kalau ada sesiapa yang sakit demam, sahabat-sahabat kita di sini sepatutnya dimaklumi. Kita ziarah ramai-ramai. Kalau ada yang buat kenduri, boleh la jemput kami semua, Insya Allah, demi silaturrahim, kami akan datang.

Ucapan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Ismail dan Ustaz Hasan, yang sudi datang setelah dipujuk oleh Sdr Zaki, meskipun Ustaz Hasan kabarnya tidak berapa sihat. Kepada Puan Zaharah yang sudi meluangkan masa bersama kami, Allah sahaja yang mampu membalasnya. Kepada Cikgu Sushama, you are really an ever green teacher. Words can never express how much indebtedness we are to you. Forever! May The Power That Be keep you in the best of health, high spirits, and prosperity. Kepada Cikgu Shahrom yang datang dari Batu Pahat untuk bersama kami, segala susah payah itu amat dihargai dan hanya Allah jualah Pemberi sebaik-baik balasan.

Saya bukanlah penganjur samasekali (jangan percaya apa yang Mustafa tulis tu!). Penganjur kita adalah semangat persahabatan dan setiakawan yang kita sama-sama pupuk selama kita di KIK dahulu. Itulah daya utama yang menggembleng tenaga kita semua untuk sama-sama berusaha menjadikan pertemuan ini realiti. Saya hanya penyelaras, dan saya dibantu oleh Mustafa Mohd Nor, Fuat, Puaad, Weldan, Zaki Abd Rahman, Anson, dan tidak dilupakan, pasangan suami isteri Nik Mahizan dan Abdullah Hasan. Mustafa menjadi tempat utama rujukan saya untuk merancang, sebab kawan-kawan yang lain berada jauh dari KL. Kamilah Kassim sanggup menangguhkan kepulangan beliau ke Singapore semata-mata untuk bersama kita semua. Rodziah Radzi pula, walaupun mendapat tahu tentang perjumpaan ini agak "last minute", dapat memujuk suami beliau untuk membenarkan beliau datang. Pandai jugak you memujuk eh? Puan Padzilah dari Kuantan, walaupun tidak dapat datang, telah berusaha bertungkus lumus untuk mewarwarkan pertemuan ini kepada orang lain, dan berusaha menjejaki dua orang utama: Cikgu Shahrom Hashim dan Puan Rodziah Radzi. Thank you so very much Puan Padzilah! You are very resourceful indeed. Nanti kalau retire boleh jadi "Private Investigator" nih (gurau ok!)

Special mention, for reasons known to them only, goes to Noorbakry, Fuat, Weldan dan Arpi. I appreciate your expression of camaraderie and friendship. With people like you, we can scale the mountains.

Langkah selanjutnya: The next event ialah kenduri majlis perkahwinan anak Nik Mahizan dan Abdullah Hasan di KIK pada 2/2/08 nanti. Kemudian, kami (yg tiga empat kerat ni) merancang untuk mengadakan pertemuan SELURUH pelajar tingkatan 5/1977 dan guru-guru pada musim cuti persekolahan bulan Mac yang akan datang nanti.

Stay tuned! Maklumat selanjutnya akan disampaikan kemudian. In the meantime, kalau saudara saudari ada maklumat mengenai rakan-rakan dan guru-guru seangkatan, silalah maklumkan kepada saya.

Saya telah upload semua gambar-gambar (ada 68 gambar semuanya) dengan sedikit ulasan di flickr album. Sila klik di sini untuk melihat kesemua gambar-gambar tersebut. Saya terpaksa upload gambar-gambar tersebut di sana kerana ia lebih "presentable" di flickr.


Terima kasih yang setulusnya dari saya:
-Asmawi Mohamad

No comments: