08 December 2008
Selamat Menyambut Eidul Adha
Insya Allah selepas ini kita tidak akan berpisah keseorangan lagi. May Allah bless Gen77.
06 December 2008
SELAMAT HARI RAYA
Assalamu'alaikum wbt.Insya-AlLah, WM yakin bahawa semua teman-teman ikhlas dalam mengikat hubungan persaudaraan melalui wadah Genkik77. Didoakan semua teman-teman yang sedang sakit akan terus sehat dan diberikan kesabaran.
OK lah, WM ucapkan "Selamat Menyambut HariRaya Eidul Adha", WM masih bermusafir di pantai Tanjung Tuan. Teman-teman yang akan berjalan jauh ke Indonesia didoakan selamat pergi dan selamat pulang. sampaikan salam hormat WM kepada bapak Soenaria sekeluarga. Insya-AlLah, WM akan ke Kelantan pada 18 hingga 20 Disember 2008 kerana ada pembentangan KK mengenai kerja-kerja penguatkuasaan.Tanggal 21 - 23 ada di Shah Alam. Jumpa di sana nanti.
Sukran,
WakMan.
04 December 2008
sembelih unta
Unta disembelih di pangkal leher, iaitu bhgn selepas hujung dada.
Antara yang dilakukan boleh klik kat bawah ni;
http://www.youtube.com/watch?v=CN47xlhEboE
jika segheyau toksah tengok!
SaLam Eidul adhHa
Lama saya tak menulis di sini, maklumlah orang lemah ni ada hal sikit mulalah dia kata sibuk :)
Salam Eidul Adhha & semoga semua teman dan anak cucu cicit dalam Rahmat Allah belaka.
10 Zulhijjah tarikh umat Islam berhari raya dan melaksanakan ibadah korban, setelah selesai para jemaah Haji Wuquf di 'Arafah dan melaksanakan ibadah melontar. Peristiwa itu besar maknanya.
Antara pengertian korban menurut Kamus Dewan ialah :
Amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari Tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian daripada daging itu kpd fakir miskin.- Pemberian (kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu) sebagai tanda kebaktian.
Allah SWT menuntut kita mencontohi pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Sebagai bapa/ibu sanggupkah kita menyembelih anak yang kita kasihi andainya kita diminta berbuat demikian? Sebagai anak, sanggupkah kita menyerah diri untuk disembelih sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Ismail a.s.?
Ntahlah….kadang2 kita amat sayangkan kehidupan ini. Kalau boleh segala yang ada yang telah menjadi milik kita di dunia ini kita tak mahu sama sekali ia bertukar menjadi milik orang lain atau hilang dari kita.
Memberi perlukan pengorbanan.Bersedekah perlukan pengorbanan. Meredhai apa yang hilang perlukan pengorbanan. Bangun solat malam perlukan pengorbanan. Bangun solat fardu Subuh pun perlu pengorbanan.Bangun awal memasak untuk keluarga. Merotan dan menjentik telinga anak supaya mereka menjadi orang.Berkongsi sesuatu yang kita sayang dengan orang lain . Belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya cemerlang . Meminjamkan wang kepada orang lain sedang kita sendiri nak makan pun tak cukup. Pinjamkan kereta kepada rakan sedangkan kita terpaksa jalan kaki…..
Semuanya perlukan pengorbanan.
Semoga kita semua meredhai apa yang telah kita korbankan. Apalah sangat ertinya pengorbanan kita itu jika dibandingkan dengan pengorbanan para Nabi dan Rasul. Juga pengorbanan ibu bapa kita untuk menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Hidup tak kan indah tanpa pengorbanan!
SELAMAT MENYAMBUT EIDUL ADHA.SELAMAT MENGHAYATI ERTI PENGORBANANSEMOGA KITA MERAIH HASIL PENGORBANAN PADA HARI YANG DINANTIKAN...
p/s Saya ingin bertanya pada yang tahu; orang sembelih unta di bahagian leher yang dekat dengan kepala ke di bahagian bawah dekat dengan badan? Saya tengok orang Arab sembelih berbeza sikit dengan di Malaysia. Cuba tengok kat sini http://petaijeruk.blogspot.com/
Wassalam
FarahDina
salam eiduladha
Lagu nyanyian Aisyah ni biasanya utk eidulfitri. Memang di antara lagu yg mencuit hati menjelang eid. Walaupun eiduladha yg akan menjelang, ubahlah sendiri mana2 yg tak sesuai! Gambag volkswagen tu pulak lebih kurang sama dgn volks putih PF 6342 buatan german tahun 60an yg saya letak di hadapan rumah HEM sebelah masjid Diraja Sultan Sulaiman. Yg peliknya ialah kereta yg saya beli dari sebuah kedai di Sg Petani tu sangat menarik perhatian emak saya bila saya membawa balik ke Sg Tiang! Emak kata kereta kugha! Dari Sg Tiang, saya pandu seorang diri hingga ke Klang. Jalan ok, tapi bila sampai di Tapah, minyak habis! Haiyaaaa, macam2 celita ooo. Ramai dah yg tanya nak beli, tapi setakat ni tiada hati nak jual lagi. Banyak jugak kisah di sebalik kereta kugha nih!
Salam eiduladha utk semua kawan2. Maaf segalanya! Terima kasih!
03 December 2008
" KEMPEN JAUHI ZINA "

WM ucapkan "Selamat Menyambut Hariraya Aidil Adha" marilah kita semua semarakkan roh pengorbanan sejati yang telah digambarkan melalui peristiwa Nabi AlLah Ismail dan Nabi AlLah Ibrahim Alaihissalam.Renungilah falasafah HAJI yang sebenar. Pengorbanan yang cukup tinggi dan besar. Umat Islam mesti bangkit dari khayalan dan angan-angan kosong, bangkit untuk berjuang membela keadilan dan mengangkat martabat ummah yang gemilang berpaksikan gabungan ILMU, IMAN DAN AMAL.
salam hormat WM.
29 November 2008
28 November 2008
24 November 2008
ROSLAN , ALI DAN ZAHARAH YAHYA
23 November 2008
SOLAT TIANG ISLAM, ZIKRULLAH HATI TENANG

22 November 2008
10 PERTAMA ZULHIJJAH

أما عن أحب الأعمال التي ينبغي للمسلم أن يحرص عليها في العشر الأول من ذي الحجة فهي:
* التكبير في المساجد والمنازل والطرقات ويجهر به الرجال دون النساء. يقول الله تعالي: "ليشهدوا منافع لهم ويذكروا اسم الله في أيام معلومات علي مارزقهم من بهيمة الأنعام" "الحج/28".
* الصيام لغير حاج حيث يعد من أفضل الصالحات في هذه الأيام. لما روي عن هنيدة بن خالد. أن النبي "صلي الله عليه وسلم" كان يصوم تسع من ذي الحجة" "أخرجه النسائيِ".
* الإكثار من الأعمال الصالحة بتعمير أوقات هذه الأيام بطاعة الله. وقراءة القرآن. والذكر.
والدعاء. وصلة الأرحام. وبر الوالدين. والأمر بالمعروف والنهي عن المنكر. وغير ذلك من سبل الخير.
* التقرب إلي الله بذبح الأضاحي. وقد ثبت في السنة النبوية الصحيحة أن النبي "صلي الله عليه وسلم" ضحي بكبشين أملحين أقرنين وكان يذبح بيده وهو يقول: "بسم الله والله أكبر" "أخرجه البخاري".
فليحرص المسلم علي مواسم الخير فإنها سريعة الانقضاء. وثوابها عظيم. ولكن مهما عظم الثواب فهو قليل. لأن الطريق طويل. والخطر محيط. والاغترار غالب. والله تعالي بالمرصاد. وإليه المرجع والمآب.
21 November 2008
IBADAT HAJI - SALAM EIDULADHA!

20 November 2008
TAHLIL DAN YAASIN DI RUMAH SDR MNY 20.11.2008
DIJEMPUT DENGAN HORMATNYA TERUTAMANYA YG TINGGAL DI LEMBAH KELANG, KE MAJLIS TAHLIL DI RUMAH SDR MNY UTK IBU SAUDARANYA YG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH DAN SELAMAT DISEMADIKAN PAGI SEMALAM.
MAJLIS TAHLIL AKAN DIADAKAN SELEPAS SOLAT ISYAK, BERTEMPAT DI RUMAH SDR MNY DI SEKSYEN 7, SHAH ALAM.
WASSALAMUALAIKOM WR WB.
19 November 2008
selamat menunaikan ibadat haji
HAJJAN MABRURA WA SA'YAN MASHKURA WA ZANBAN MAGHFURA WA TIJARATAN LAN TABUURR... AMIEEN







