Lama saya tak menulis di sini, maklumlah orang lemah ni ada hal sikit mulalah dia kata sibuk :)
Salam Eidul Adhha & semoga semua teman dan anak cucu cicit dalam Rahmat Allah belaka.
10 Zulhijjah tarikh umat Islam berhari raya dan melaksanakan ibadah korban, setelah selesai para jemaah Haji Wuquf di 'Arafah dan melaksanakan ibadah melontar. Peristiwa itu besar maknanya.
Antara pengertian korban menurut Kamus Dewan ialah :
Amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari Tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian daripada daging itu kpd fakir miskin.- Pemberian (kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu) sebagai tanda kebaktian.
Allah SWT menuntut kita mencontohi pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Sebagai bapa/ibu sanggupkah kita menyembelih anak yang kita kasihi andainya kita diminta berbuat demikian? Sebagai anak, sanggupkah kita menyerah diri untuk disembelih sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Ismail a.s.?
Ntahlah….kadang2 kita amat sayangkan kehidupan ini. Kalau boleh segala yang ada yang telah menjadi milik kita di dunia ini kita tak mahu sama sekali ia bertukar menjadi milik orang lain atau hilang dari kita.
Memberi perlukan pengorbanan.Bersedekah perlukan pengorbanan. Meredhai apa yang hilang perlukan pengorbanan. Bangun solat malam perlukan pengorbanan. Bangun solat fardu Subuh pun perlu pengorbanan.Bangun awal memasak untuk keluarga. Merotan dan menjentik telinga anak supaya mereka menjadi orang.Berkongsi sesuatu yang kita sayang dengan orang lain . Belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya cemerlang . Meminjamkan wang kepada orang lain sedang kita sendiri nak makan pun tak cukup. Pinjamkan kereta kepada rakan sedangkan kita terpaksa jalan kaki…..
Semuanya perlukan pengorbanan.
Semoga kita semua meredhai apa yang telah kita korbankan. Apalah sangat ertinya pengorbanan kita itu jika dibandingkan dengan pengorbanan para Nabi dan Rasul. Juga pengorbanan ibu bapa kita untuk menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Hidup tak kan indah tanpa pengorbanan!
SELAMAT MENYAMBUT EIDUL ADHA.SELAMAT MENGHAYATI ERTI PENGORBANANSEMOGA KITA MERAIH HASIL PENGORBANAN PADA HARI YANG DINANTIKAN...
p/s Saya ingin bertanya pada yang tahu; orang sembelih unta di bahagian leher yang dekat dengan kepala ke di bahagian bawah dekat dengan badan? Saya tengok orang Arab sembelih berbeza sikit dengan di Malaysia. Cuba tengok kat sini http://petaijeruk.blogspot.com/
Wassalam
FarahDina
No comments:
Post a Comment