10 April 2009

Jumaat




Assalamu'alaikum wbt.

Semuga seluruh warga genkik77 beroleh kesejahteraan dan kesehatan yang berpanjangan.Kehidupan yang sementara didunia ini memerlukan ketabahan dan kesabaran. Tribulasi dan mehnah kian membara dalam era globalisasi. Ketahanan dan keunggulan jatidiri perlu di asah dan digilap untuk kelangsungan pembangunan yang diredhai Allah. WM baru balik solat Jumaat, kebetulan hujan turun dengan lebat sebelum dan selepas Jumaat. Khatib bersemangat membakar perasaan jamaah dengan hujjah nikmat yang diterima oleh manusia hari ini terlalu banyak, Ianya semestinya disyukuri. AlhamdulilLah, mari kita bersyukur dengan meningkatkan segala amal2 soleh.
Bila direnung, rupa2nya kita kian hampir dengan kubur, dunia kata pergi kubur kata mari. Persoalannya apakan bekalan yang di bawa untuk ke Mahsyar?, wang ringgit, pangkat, harta, anak isteri atau apa???????????.


Hari ini kita berkerja, berkerjalah dengan sungguh2. laksanakan Visi, Misi dan apa sahaja yang disasarkan dalam SKT dll.Sama ada dalam sektor swasta, kerajaan atau kerja sendirian, buktikan bahawa kita khaira ummah, umat terbaik.
Umat Islam mesti menyahut seruan Allah dan Rasul untuk terus berjuang, berjihad dan melaksanakan amar maaruf nahi mungkar serta melebarkan ajaran dan kefahaman Islam kepada seluruh manusia termasuk yang bukan Islam. jadilah Daei, pendakwah penyambung risalah kenabian.


Satu lagi budaya membaca mesti disemarakkan dan disuburkan. Bukan sahaja membaca yang tertulis (maqru'ah) tetapi membaca dengan melihat (manzurah) segala apa yang dicipta dan dijadikan oleh Pencipta Agong yakni ALLAH swt.

Cukup sekadar ini, tazkeerah petang Jumaat, moga2 kita semua mendapat maghfirah dan rahmat dari Allah swt. Selamat bertugas dengan iringan siiru 'ala barakatilLah.

Salam
Wakman insan kerdil.

No comments: