07 April 2009
arnab
Assalamualaikom wr wb!
Dah lama Huda bercakap pasal haiwan tu. Aku tak tau bila dia mula minat pada makhluk Allah yg sebelum ni aku tak pernah ambil tahu. Kat mana dia tengok sebelum ni aku tak tau jugak. Bila dia balik dari Unisel, aku bawa dia ke pasar tani shah alam. Aku jalan lain, dia dgn mem aku jalan lain. Aku pasai aku, depa pasai depa. Kadang2 makan bersama... capati atau nasi lemak. kadang2 bihun sup utara, blablabla.. Lepas tu masing2 jalan ikut suka hati. Beberapa kali dia cakap... comel ayah! Aku buat tak tau pasai tak terlintas dengan haiwan tu. suatu hari, kami pi pasar tani. aku nampak geghek kecik utk dewasa. Aku beli. lepas beli aku jalan ikut depa. Huh... dah belek2 pun haiwan tuh. Penjual tu pun bukan main melayan. Seekor 30. Huda bagi tau, anak saudara dia pun dah beli sepasang semasa mai dua minggu lepas. Dah bawa balik ke pasir mas. Dah boleh berkawan dgn rasya... kucing. Tawag tak tughun2. Belilah sepasang, 60. Masuk kotak sekali dgn makanan.
Hari tu juga kami pergi ke Karak... ziarah ayah Weldan yg kembali ke RahmatulLah... Inna LilLahi wainna ilaiHi rojiuun... Mawi pun pergi juga. Kawan2 yg lain sibuk. Tak pa.
Dari shah alam, dlm pukul 11tgh. Jumpa Mawi di Bentong. Haiwan tu macam dahaga. Aku potong cawan pelastik, masukkan air mineral. Tak pernah sesiapa pun antara kami bertiga yg bela haiwan tu. Dua ekor. Manja bukan main. Macam dah biasa. Mem aku letak atas riba. Huda pun pegang sekog. Sampai di Karak terpaksa cari tempat teduh. Bimbang menatang tu kehausan.
Semasa liqa' SP dan majlis anak A Halim kawin, terpaksa bawa bersama. Mula2 bawa dlm kotak kertas saja. Dlm perjalanan aku bagi tau kat Huda.. di rumah tok ada kucing! Sampai di SP, belum pukul 5. Bila Mus gedebe sampai, dia dan keluarga nak ke sri malaysia dulu. Aku terus ke pekan SP cari kedai haiwan. Mana nak tau.. tak pernah pusing. Pusin ikut mata. Huda dan mem pilih kiri kanan. Aku tak sengaja pusing masuk kiri. Tak lama ternampak kedai makanan haiwan. Yang terbuka cuma sebelah pintu saja lagi. Aku cepat2 pusing... Sebuah 35. Tak kurang dah. Dah murah kata nyonya. Belilah. Terus masukkan. Sekog saja pun. Yg sekog lagi dah mati.... Aku tak tau apa puncanya. Masa tu, Huda tak ada kat rumah. Selesai tanam aku bagi tau... dah tinggal jantan saja. Yg peliknya cepat sangat matinya. Aku balut dengan kertas surat khabar sebelum dikebumikan sebelah pokok bunga...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment