Assalamualaikum, kawan2 semua.
Sejak kebelakangan ni Dollah dengan aktifnya telah 'mengeluarkan" semula gambar2 kenangan kita dulu....masyaAllah3x...nampak la hero2 kita dulu yang bergaya dengan lagak machonya n heroin2 kita dulu yang bergaya dengan ayunya...he he...tapi gambar2 saya yang tak pakai tudung tu...isyh..malu laa!
Dollah, memang aku tabik la kat hang, dengan sibuk kerja n urusan persediaan perkahwinan anak yang bakal menjelang, hang masih beri komitmen sebegini rupa.... Dollah dgn Nik juga amat beruntung kerana dapat terus menabur bakti kepada Kolej yang telah membentuk kita menjadi 'orang' seperti hari ini..
Ayuh kawan2 yang lain, mai pakat kongsi pengalaman kita dulu2 di Kolej tercinta..tapi macam ana cakap sama Wak Man, ana tak berapa ingat pengalaman2 masa form4&5, agaknya sebab masa tu belum cukup umur kot...he he ..mungkin saya antara yang termuda dalam batch kita sebab saya lahir 1961...tapi bila baca coretan kawan2 semua, baru la teringat semula nostalgia..
Asmawi, tabik juga untukmu yang berusaha menjadi moderator, mewujudkan ruang maya ini untuk kita berkomunikasi.. Setiap hari sejak menyertai blog kita ini, kita mesti nak membeleknya, membaca n menghayati dengan penuh perasaan setiap cerita yang dicoretkan...selalunya tersenyum sendirian n kadang2 timbul rasa sayu...memang dah jatuh cinta dengan blog kita ni!!! kalau tak dapat menatapnya sehari macam tak sempurna hidup seharian...he he.. tak mustahillah bila ada kawan2 kita yang sanggup berjaga malam malah hingga ke pagi untuk menatapnya, tahniah n tabik untuk Asmawi dan kawan2 lain yang berusaha mewujudkan blog ni n menganjurkan pertemuan2..
Sejak melayari blog ni juga, semakin ramai kawan2 yang menghubungi, bertanya khabar bercerita dengan penuh ceria...kerja di mana sekarang? anak berapa? dah bermenantu ke? dah bercucu ke? Macamana rupa awak sekarang ye?...itu lah antara persoalan yang pasti dikemukakan. Paling memeranjatkan bila Muhabbat telefon dan rupanya isterinya adalah kak angkat saya...MasyaAllah..Semoga ikatan ukhwwah ini berterusan dalam redho Allah, amin..
NOTA: Gambar saya bersama 5 anak2 yang diselitkan oleh Asmawi dalam blog ini adalah kenangan sewaktu Majlis Konvokesyen anak sulung di UIA
Ok, saya akan terus menulis dan mencelah selagi ada peluang. Sori, nak pi kuliah pula ni..lewat masuk kelas nanti si Husin Ketua kelas report kat cikgu, naya pulak...he he, maaf Husin
Wassalam - Che Latifah
23 January 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment