Ini collection pic ,both yg dah aku buat touch-up. Hopefully clearer than majalah restu n dlm blog bleh di enlarge. Gambar lg satu semasa perayaan hari guru, kamal, syed,at,safie,zing,dollah,dollah kecik,yg special saja nak tunjuk semua org isu tak pakai stoking, kecuali md zing.
Aku sokong to publish restu version 2. Cuma hajat nak jd dato’ seri blum lagi. Tapi mcm dollah, confirmed dah jd datok seri, Datok yg berseri2 dengan dua cucu.Teringat ustaz husin kat KIK semasa tazkirah ,( suatu petang kat surau sebelah kantin lama)dia cerita slumber jer .pasal dia dah confirm akan jd wali suatu hari nanti. ‘Ante semua ada chance tak’ Semua org melopong jer. bagitu confident dia akan/bleh capai taraf tu. Rupa2nyer dia ada ramai anak pempuan.sure akan jadi wali masa nikah anaknyer nanti.Mcm dollah gak, 2 kali jadi wali.
Dari Klas 5 sc2 bukan aku sorang jer yg menulis, Fatimah, Lok,zubiaq pun dah mula kan langkah awal. Cerita timah pasal mogok kicap memang aku ingat. Anson pun dah kurang makan kicap skrg ni . may be nak kurang garam ek. Patut ler kulit pun dah bertambah putih. Masa KIK dulu ter overdose kicap kot.he2 (sori son). Cerita2 aku tak der yg special/top hit. Skadar nak initiate n trigger mind. Pas tu nak minta kawan2 tolong sambungkan. aku yakin ramai yg menyimpan dan memendamkan jer nostalgia tu, atau ingat setengah2 ,jom kita ngorak langkah, sama2 kita share. Tapi kamilah kata tentang lambat baligh tu agak bahaya. Ada yg nk kena ketuk ketampi ni.he2.kalau late stater tu mungkin. Mcm Wak man kita, kira hebat gak.Personality yg selalu kuar tv n paper. Memang terror cari n membezakan pasangan yg kering dan basah ,Bila bulan puasa dia bawa teropong.nak skodeng org yg tak gastric.Kalau bakat dia dah ada masa KIK dulu, habis ler sluar Jean member2 kita sorok kat serata tempat dia jumpa.he2.
Skodeng.
Cerita Mawi pasal skodeng kamilah nak amik air tu Cuma sebahagian jer dari sejarah silam. Kita yg duduk Blok C agak beruntung, Dari 2nd floor bilek ujung sekali tempat ampai baju, ada rak kayu, tempat kadang2 kita landing bila boring matau hari cuti. Kalau jengok bleh nampak terus tepi blok B, meja tempat kumpul pinggan kotor. ialer selalu kita nampak depa semua bertudung jer,tp time makan tudung dah ilang. Lepas makan, waktu depa nak hantar pinggan kotor kat atas meja besaq tu, depa semua ni maintain macho dan berbaris sopan santun, tak ada yg kepoh2, mcm nak jumpa bakal mertua jer gamaknyer. Aku rasa depa ni semua perasan kot.ada di antara kita cuba meneka siapa yg kita sedang tengok ni ek. .maklum ler depa semua mcm pic team bulu ayam dan hoki dlm majalah restu yg dollah dok hantar. Ada rambut lebat, ada pendek.Betul ler Mustapa duk habaq, girl kita memang lebih cun dari anak pak Ali gerai tu, cuma depa2 ni terlindung jer mcm puteri lindung bulan. Sebab tu cik Pah jgn risau pasal skaf ilang tu, dulu lagi dah tau mcm ner rupa depa. Agaknyer Syed tackle Mona pasai dah nampak dulu kot. Dollah ngan Mahizan tak tau mcm ner, nanti kita sama2 korek dari depa. Aku risau gak kalau student Kisas skrg dok baca kisah ni, takut depa ilang respect kat hang.Dollah cuba komen noh. Yang heran tak der sorang pun dari group skodeng ni bleh jd mcm wak man Melaka(masa student kat Melaka n KIK sengap jer) kalau depa semua joint wak ni ,sure hebat. Siri CSI pun kalah. Sbab tu aku kata kat kamilah, depa ni jenis late stater.he2
Waktu SPM
Ilmu skodeng ni kita gunakan lagi , may be di latih oleh senior (budak sc jer) untuk panjat makmal scs se hari sebelum praktikal final SPM. Kan makmal tu berjaring jer kat atas.Nak tengok apa instrument depa letak.saja nak cari clue ,soalan praktikal apa akan kluar.Praktikal exam kan lebih awal .Ada timun, petri disc, Esok nyer masa practical exam, kuar soalan bab2 osmosis. Kimia dan fizik mcm tu gak.Tak tau ler kalau ilmu tu di turun kan kat junior kita selepas tu.Budak art yg amik lukisan, jemor kain yang bercetak batik kat tepi class.Meriah gak. Nak tau gak ada tak diantara depa yg dah jd pereka fesyen.Sebab mutu/hasil yg di buat memang class.Subject ugama, Uztaz Adham bagi clue ‘ayat Quran baca surah ni jer’ n hadis yang tu’. Tapi aku spot ayat tu jer bukan hadis, bila soalan final kuar, sebiji ayat tu kuar. Rupanyer dia terlibat buat soalan tu. Cara dia bagi hint pun professional.
Perlawanan Bola sepak.
Fresie wajib kena turun jadi supporter. Yang tak bestnyer pakai uniform sekolah jer .kena lak bus kik tu sebuah jer, kena la buat 3/4 round nak bawa fresie2 ni.Siapa yang jadi player (mcm aruah Azizan) dah pergin balik dulu. Bila nak balik berebut naik bas, maklum ler dah lewat, nak mandi, sembahyang n dinner.Nasib baik ler padang nyer tak jauh, high school, datin rahimah ,sekitar kelang jer. Kalau lewat pun senior tak marah. Depa tau.
Sukan Tahunan
Aku dan Halimon mewakili rumah Omar, t shirt warna merah.Baju ni kita dye sendiri kan.Ingat tak berapa lama kita training marching, petang2 dah kena training.Yang jd trainer kadir Daud, suka sangat marching dari parking kantin baru, garaj bus dan stop depan opis,(cikgu Sharum suka parking kreta baru ,mazda kuning dia). aku ingat apa sebab intruktur ni suka stop kat situ, rupa2nyer dia ada hidden agenda. Kan situ berdepan dgn blok A, hostel girl.Meriah ler sikit. Kebanyakan masa kita marching tu bertembung dengan team rumah lain, sebab jln tu kan kecik dan sempit, Siapa ingat semasa event wajib ie. lari 100m(13 second kot) dan lompat jauh untuk setiap individu untuk cumulative point rumah masing2 , Masa hari sukan kat stadium, rumah Omar dapat no 2 kot dalam acara marching.Runner KIK azmi (sori kalau salah) terus jd wakil daerah. Yang terkejut, class mate aku, Khatijah (kawan dari sek Rahmang) lari 100M mcm lipas kudung. Dalam class dia diam jer. Tu ler namanyer diam2 ubi.
Akan Bersambung……
Bakry 5 sc2
No comments:
Post a Comment