Assalamualaikum sahabat2 semua,
Maaf, saya nak mencelah setelah beberapa hari mendiamkan diri...bukanlah sibok sangat pun, tapi ada hal sikit je...
Hajjah Siti Sarah ditemui
Dalam tempoh beberapa hari ni saya telah cuba menjejaki Hajjah Siti Sarah yang dicari oleh kawan2 khasnya Muhabbat n Datuk Dollah.
Amboi, Muhabbat...tak jeles ke kakak saya kat sebelah tu bila anda masih menyimpan gambar Siti Sarah tu??? Jangan marah ya kak Nab...
Datuk Dollah...bila saya baca tulisan anda mengenai Siti Sarah ni, baru saya teringat mengenai kawan saya dari Langgark, Kedah ni. Betulla...rupanya kami ber 4 pelajar perempuan Kedah tahun 1977. Maaf la Hajjah, saya terlupa...
Sebenarnya. kebetulan pada tahun lepas saya telah menemui Hajjah dalam satu majlis perkahwinan sepupu saya. Kebetulan saya diwakilkan untuk jadi penyambut tamu, dapatlah berjumpa sekejap dengan Hajjah yang mengajar sama sekolah dengan sepupu saya tu.. Tapi..pertemuan tu sekejap ja, sibok melayan tetamu hingga saya terlupakan beliau. Bila Datuk Dollah sebut semula fasal Hajjah, baru saya teringat semuala dan saya hubungi sepupu untuk mendapatkan fon no Hajjah. Dapatlah no fon rumahnya. Saya telah cuba menghubunginya beberapa kali, tetapi tidak berjaya...Kelmarin, bermula hari persekolahan, saya hubungi sepupu di sekolah untuk dapatkan fon no Hajjah....dapatlah saya berbual panjang dengannya....Alhamdulillah...
Hajjah Siti Sarah sekarang ni mengajar di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar, A. Star. Dulu, dia masuk form 6 sekejap, lepas tu ke maktab, sama dengan Muhabbat kan...Beliau mempunyai 4 anak, 1 lelaki 3 perempuan. Yang sulung 23, lelaki, dah kerja kat Proton S.Alam, Yang ke 2 n 3 masih di IPT, yang bungsu form 5 di Sek.Men Sultanah Asma. Suaminya dah meninggal 4 tahun lepas...Dia minta saya sampaikan salamnya kepada semua kawan2 yang bertanya khabar mengenai dirinya, khasnya Muhabbat, Dollah n Nik. Sesiapa yang berhajatkan no fonnya sila hubungi saya..
Husin n Ariffin:
Amboi3x...kawan saya yang berdua orang ni betul2 buat saya kecik hati tau...sebabnya Jumaat lepas si Arifin dah datang ke UiTM tempat saya kerja n tempat anaknya belajar ni, jumpa anaknya, tapi dia tak jumpa saya pun... saya pernah ngajar anaknya semester lepas. Nak jadikan cerita si Husin bagitau saya Ariffin nak ke rumahnya...Isyk2 tak patut la dia orang ni kan.. Lepas tu saya call Ripin,n dia minta maaf...OK, saya maafkan, lain kali jangan buat lagi tau!
Cikgu dan Ustaz kita:
Pertemuan semula dengan Pak Soenaria dan Ustaz Idham...amat syahdunya menatap wajah terbaru mereka berdua. Terimakasih kepada kawan2 yang berusaha keras menjejaki mereka semua. Betapa besarnya pengorbanan mereka mendidik kita semua, hanya Allah yang layak memberikan ganjarannya, amin ya Allah.
Anson n Ibu2 sekelian:
Chon..petang jumaat lepas Anson call, dapat cakap sekejap je kerana saya nak ke kelas. Keesokannya saya call semula, dia dalam perjalanan balik kg... Dari pemerhatian saya sejak blog ni wujud, nampak sangatlah Anson begitu aktif bersama moderator kita Asmawi n Fuad, ke sana ke mari pada setiap pertemuan.. Selain Kamilah dan beberapa orang lagi ibu2 kita dalam pertemuan di Kelang dulu, mana lagi yang lain2 ya? Harap2 kita dapat jumpa di KIK nanti, InsyaAllah...
Sekian dulu untuk kali ini..
Dollah, aku ni memang tak boleh diam la...he he ..
Wassalam - Che Pah di Perlis-
28 January 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment