28 January 2008

5 sas 5

Salam,

Dah lama tak menulis dalam blog ini. Kena pergi seminar di langkawi. Jadual very tight.Pukul2-3 pagi baru habis.Dari 23-26 jan memang tak ada masa yang terluang. Tapi boleh curi-curi baca tulisan kengkawan melalui blackberry.

Banyak yang telah ditulis. Yang paling seronok dapat menatap gambar dan nama kengkawan kelas 5.sas5. Last class aliran sastera. dulu dia orang kata kelas paling corot. Tapi bukanlah tak cemerlang. Betulkan Muhabat? Dia dah jadi bisnesman. Karim Husin dah jadi Pengarah Pentadbiran IKIM. Rufaie Mamat jadi pensyarah dan mahu menceburi perniagaan. Salehudin Md Rashid si ketua kelas tu dengar cerita kerja dengan Bank Islam, tapi tak dapat berita lanjut. Mungkin Muhabat dapat menjejaki mereka melalui talian hayat atau lawatan kerja. Contohnya Hjh Siti Sarah tu dah dapat ditemui. Macamana kengkawan lain? Sesiapa yang mempunyai maklumat hantarlah pada saya atau trekker Muhabat tu supaya kita boleh lengkapkan senarai 5 sas5 ni.

Dulu mula kerja ada jumpa Yusuf Razak yang sedang buat tesisnya. Macam-macam maklumat yang diminta. Mungkin tak habis lagi dengan tesis PHD pulaklah kot.

Md Zaki Ali ( Zakiaq ) terpampang dalam gambar majalah UDA. Puas bertanya tapi akhirnya terjawab bila nombor telefon beliau diperolehi dalam blog ini.

Kepada kengkawan lain jangan segan nak tulis cerita lama. Tak ada kisah Laila Majnun dalam kelas ni setahu saya. Cerita Cikgu Sushama menangis tu adalah. Saya dah cerita kat dia pada 13 Jan lalu.

Wassalam.

No comments: