07 January 2008

Laksa Penang 1977-Di Rumah Pn Wan Hasmah (Datin Wan Hasmah)

Semasa di Kolej Islam Kelang, sudah menjadi tradisi, guru kelas kita akan menjadi ibu/bapa angkat kita. Maklumlah kita berasal dari kampong dan belajar di Sekolah Berasrama Penuh dan berjauhan dengan Emak dan Ayah. Jadi pada tahun 1977 Puan Wan Hasmah (Y. Bhg. Datin Wan Hasmah) guru geographi kita adalah guru tingkatan 5 sastera 1, maka Datin Wan Hasmah adalah ibu angkat pelajar 5 Sastera 1 1977.

Saya masih ingat, pada suatu hari dalam tahun 1977, semasa kami di Tingkatan 5 kami dijemput oleh Cikgu Kelas kami ke rumah beliau. Semua 100% pelajar 5 sastera 1 menaiki bas KIK ke rumah Cikgu Wan Hasmah. Pada masa itu saya tak tahu di mana. Kata kawan di Taman Tun Dr Ismail atau Damansara. Tapi yang saya ingat rumah Cikgu pada masa itu adalah rumah teres 2 tingkat. Kalau di Taman Tun Dr Ismail atau Damansara alangkah jauh juga Cik gu berulang alik ke Kelang. Mungkin masa itu traffic jam kurang, jadi bolehlah Cikgu memandu dengan lancar.

Pelajar 5 sastera 1 yang grenti saya ingat dan pergi ke rumah Cikgu Wan Hasmah ialah: Saarani Ismail Abdul Mughith, Che' Latipah Ismail, Bakaq Buntung, Farah Dina (kedah) Jun budak Singapore, Ariffin Bakar, Naim Nordin yang lain tak ingat maaflah kawan-kawan. Kena balik Kg cari gambar form 5 77 baru boleh ingat.

Hari tu... best betul makan Laksa Penang kat rumah Cikgu, maklumlah kita kan makan nasi di asrama... sedap juga. Kalau saya recall, saya boleh juga bayangkan wajah suami Cikgu pada masa itu, Handsome orangnya, tinggi dan slim. Ikhlas Y.Bhg Dato'.

Saya juga masih ingat kalau tak silap masa kita ambil gambar kelas 5 sastera 1 1977, Cikgu pakai baju warna pink atau merah...kena balik kg cari dalam album gambar lama.

Didoakan Y.Bhg Datin Wan Hasmah dan keluarga sihat. Insya Allah kami akan ziarah Cikgu dalam masa terdekat. Kami harap Cikgu sudi berjumpa kami. Kami berharap kami dapat cari dan jumpa Cikgu lain lagi selepas dapat kontack Cikgu Sushama Madavan dan Datin Wan Hasmah.

-Mustafa Mohd Nor

No comments: