08 January 2008

Dari Ahmad Puaad Mohd (Pahang)

Salam,

Perlu diingatkan gambar hanya objek yang dapat dilihat dari mata kasar. Kalau nak lihat yang lebih halus lagi pakai saja mikroskop. Nak tengok dalam kena x-ray. Oleh itu gambar yang ada ni memang berbeza dengan masa remaja dulu. Saiz boleh berubah, dari sekecil tapak kaki selebar 2 jari boleh jadi benggali. Kalau Mustafa ( berkembo ) ikut formula setahun sekilo bertambah berat kita dah tentu sekitar 70-80 kilo. Sayang tak boleh jual macam getah buku yang mahal sekarang ni. Rambut tu bukan makin tebal tapi makin menipis dan bertukar metalik/blonde. Dulu cermin mata gelap bukan kerana melawa tapi sebab tak boleh terdedah kepada panas- mata berair sampai macam orang menangis. Nak ikut YB Khir Toyo buat laser treatment belum kesampaian lagi. Dulu masa belajar sama-sama menapak dengan dia, kadang-kadang berselisih. Ramai member yang tegur kembar atau bersaudara ke. Cepat-cepat cakap sepusat sepusing mak bapak asing-asing. Tak sangka sekarang dah jadi MB. Rezeki orang nampak di dahi bukan di kaki sebab kaki selalu bersarung dan berkasut.

Sapa-sapa yang susah nak recall manusia yang bernama Puaad ni ana nak bagi clue. Masuk kik tkt 4 Sastera 5 bersama Wan Zaki, hamid Jusoh (DR), Ali Osali. Pakai cermin mata gelap dan tebal tapi tak setebal Azmi Terengganu tu.

Tapi power cermin mata setiap tahun bertambah. Nama ana ada hukum mad asli- sebab ada 2 a kena baca panjang. Jadi tak boleh nak herdik pendek. Wajib ada mad 2 harkat. Tkt 5 jadi S/U ELS sama dengan Naim tu tapi English SPM kantol. Amat mengecewakan Puan Ramli- itu yang buat ana ralat. Syarahan BI johan kalahkan big names spt Naim etc. Bahas BM peringkat sekolah mewakili Rumah Ali bersama Zakuan Sawai dan Semawee Hassan.

Kalahkan pendebat-pendebat sekolah tapi maklum sajalah Ust. Ku Hamid kami punya rumah- no wonder boleh menang.

Masuk lower six awalnya shortlisted untuk pergi Al Azhar (kumpulan 21) tapi disebabkan 7 peruntukan diberi kepada sekolah lain, ana tercicir. Mungkin ada hikmahnya. Masa form 6 dapat hadiah Bahasa Arab dari Yayasan Singapura. Tapi Arabic B aje. Cuma Ust Hassan senyum sebab dapat 1 bagi kertas 1(Nahu n Saraf). Masuk UM buat ekonomi. Ramai kawan-kawan dari kik di FEA. Arwah Zulkarnain, Ismail Hassan, Yusof Wan Nawang dll. Aktif PALAPES dan jumpa ramai alkis semasa tauliah di UPM- kebanyakannya dari FI.

Dah banyak kali appeared dalam akhbar siap gambar sekali tapi banyak dalam akhbar Cina- seolah-olah ahli MCA pulak. Sebabnya kerana mencegah kegiatan teksi mengenakan caj berlebihan di depan BB Plaza. Maka ramailah orang yang berkaitan buat susulan hingga terpaksa turun padang dan masuk akhbar.

Rasanya dah panjang lebar penerangan diri ana ni. alau tak ingat lagi lihatlah gambar di bawah ni. Jeng..jeng.(Macam filem koboi Ust Adham).


No comments: