02 February 2008

AKU NIKAHKAN AKAN DIKAU.........


Majlis Akad Nikah Di Masjid Sultan Sulaiman

Jam 10.10 pagi.


Wali: "Aku nikahkan akan dikau dengan anakku NUHA dengan maskahwinnya 80 Ringgit tunai"

Pengantin Lelaki: "Aku terima nikah NUHA BT ABDULLAH dengan maskahwinnya 80 Ringgit tunai"



Terima kasih yang tidak terhingga dari saya serta keluarga untuk para Guru dan sahabat yang memeriahkan majlis perkahwinan ini. Semoga Allah memberi ganjaran yang berlipat ganda kepada kalian.

Terima Kasih.

-abdullah hj hassan & keluarga

Kolej Islam Kelang 2.2 08-Kenduri Anak Ust Abdullah Hassan dan Ustazah Nik Mahizan


Gen 77 kik bergambar kenangan dengan Pengantin dan Bapa Pengantin



Gen 77 kik yang datang kenduri bersama Isteri: Berdiri belakang dari kiri:Isteri Saarani, Isteri Mustafa, Isteri Azhan Azmi, Isteri Muhabad, Che Latifah Ismail, Isteri Mohd Nor Yaacob
Duduk dari Kiri: Mustafa, YA Saarani, Azhan Azmi, Muhabad, Mohd Nor Yaacob.









Kenangan: dari kiri: Asmawi, Hj Ab Rahman, Latifah Zulkifli, Anson, Radziah Razi, Cikgu Sharum, Mustafa.




Mustafa, Che Latifah, Kamilah (membelakang kamera) Muhabad





Bapa Pengantin, Ustaz Abdullah Hassan, Mustafa, Che Latifah, Kamilah: dok tengok apa tu...
Assalamualikum. Para sahabat, Maaf dari kamera saya tak banyak gambar sebab tak ada cameraman. InsyaAllah kita tunggu dari camera lain pula. Untuk Husin Md Isa, maaf tak dapat hantar MMS sebab HP saya jenis lama...
Syukur pada Allah kita dapat bertemu. Untuk Ustaz Abdullah Hassan dan Ustazah Nik Mahizan Tahniah dapat menantu. Kami ni tak tahu bila. Anak baru dok mengorat...entah jadi entah tidak. Maklumlah kawin lewat.
Saya juga bersyukur Isteri saya dapat jumpa kawan -kawan lama. Yunus, Che latifah, Azhan Azmi, U all datang jauh untuk jumpa kawan-kawan semoga usaha kita di rahmati Allah...
-mustafa mohd nor-





Dari Nuha dan Hassif

salamun alaikum..

kami, nuha binti abdullah dan mohamed hassif b. mohamed roslan al-husni (anak dan menantu us. Lah, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd uncle2 and auntie2yg sudi menghadirkan diri ke majlis perkahwinan kami... especially to uncle asmawi thanx for this sweet blog dedication =)

from.. NuHassiF

Dari Rohani Daud

Assalam..kum kpd semua ex student f5kik77 yang dikasihi serta semua guru2 yang banyak berjasa.Kepada yang menghadiri majlis kenduri Abdullah & Nik-semoga tali persahabatan semakin bertaut.Kepada yang belum berkesempatan,moga dipermudahkan Allah untuk bertemu di lain masa.Seronok bila tatap gambar cikgu2,ustaz2 dan kawan2 dalam blog,hilang penat seketika dengan tugasan harian.Kawan2 sebilik saya dulu dimana menghilang.Takat ni Siti Fatimah aja yang dah dihubungi.Zaidah Omar dulu mengajar di Pasir Pekan tapi dah balik ke Terengganu.No.handset dia dah terdelete. Aminah Hassan mungkin berselisih bahu dengan saya di pasar Siti Khadijah kut sebab pejabat saya sepelaung dengan pasar tu.Hasnah Salleh masih tak dapat di kesan.Ikut cerita ibu saya dia dah menetap di K.Terngganu .
Kepada kawe2 yang dudok di Lembah Klang tu dapat la kita jumpa sedikit masa lagi.,terutamanya Asmawi.Adakah dia masih kecik seperti dulu atau dah besar macam anak saya.Saya memang kenal dia tu sbb dia memang budak cerdik.Maaf ye asmawi .Kalau ada kesempatan nak ziarah ustaz Ahmad sekali.Saya akan ke KL pada 18.2.2008 selama beberapa hari. Mugkin tiba d KLIA 8.30 malam sbb ari tu saya kena hadir taklimat oleh pegawai teknikal HQ .Saya ke sana menziarahi anak ke 2 (Norul Huda) - d Shah Alam & adik nya Nurhidayah d Sri Hartamas.) Kedua2 sedang menunggu kedatangan orang baru.

Sekian dulu,mohon ampun dan berbanyak maaf jika terkasar bahasa.Jumpa lagi

ramai ke yang dah sampai ?

Assalamu'alaikum wbt.
Wakman baru sampai Shah Alam, SELAMAT BERTEMU TEMAN-TEMAN TINGKATAN 5KIK1977. Semuga Allah memberkati pertemuan kalian semua, wakman harap yang tidak kesempatan untuk ketemu, insya-Allah asmawi dan urusetia 5kik1977 akan aturkan iktifal yang lain. Sukran. WakMan.

Selamat Pengantin Baru

Pakcik mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada anakanda Nuha Abdullah, puteri kedua kepada pasangan alumni tingkatan 5 KIK 1977 Abdullah Hasan dan Nik Mahizan Nik Mohamed, yang akan melansungkan perkahwinan beliau dengan Mohamed Hassif Mohamed Roslan Al Husni pada hari ini, Sabtu 2hb Februari 2008.



Barakallah lakuma, wajumi'a bainakuma fil khair


-Pakcik Asmawi Mohamad

01 February 2008

Selamat Pengantin Baru dan Menerima Menantu

Assalamu'alaikum wbt.

Terasa terpanggil juga wakman untuk ke rumah Dato' Abdullah Hasan, ramai teman 5kik1977 nak datang, yang naik belon, airasia , kapal laut pun ada. Fuat, hang kena datang, ramai yang
tunggu, semua merindui mu, kalau dak fah boleh sampai, {fah dah sampai pun} awat hang tak datang, Wakman fikir saidi dan sampai ngan kamal dan Ramang Trg. Ok lah wakman kena juga nampaknya. ni wakman nak gerak, tunggu wakman kat kampong Jawa. Dolah daging kijang ada tak ? Selamat Pengantin Baru, dan Dolah & Nik menerima menantu. Wassalam. WakMan.

Return to the Blogger

assalamualaikum....
agak lama jugak saya tak menulis dalam blog ni sbb saya kerap menulis dalam Grup Maya.sampe dr.Bakri kita dah terperasan yg saya,mus dan kamilah jarang sangat menulis.Lama tak lama pun kira saya dah lupa apa email dan password utk akses blog ni.Kemarin dah cuba,tapi tak betul.ari ni cuba lagi...tak kena lagi.3,4 kali tak kena saya terus kontek si Husin dan dia yg bagitau kat saya email dan password yg betui.Dah terbalik dah....ari tu saya yg dok war2 kat kwn tentang blog kita ni siap dgn email serta password.Tu la kita tak boleh cakap lebih kurang skrg ni.BUKAN YG DIATAS TU AKAN SENTIASA DIATAS DAN YG DIBAWAH PULAK AKAN TERUS KAT BAWAH.

Bila tengok YANG ARIF menulis dan terus attached skali dgn gambar2 family dia saya pun rasa nak menulis jgak.tergelak baca tulisan YG ARIF.selalu mcm tu.bila jumpa dia memang ada benda baru dan lucu.Memang dia ARIF dari dulu lagi

ari ni terasa jgak nak p kenduri Datok Dollah.Kol si Husin tanya kot dia nak p gak.Dia kata tak boleh.Ada program utk guru2.Almaklum la nak 'Election" dah ni.Kol pulak si Uncle tapi dapat bercakap dengan anak dia sj.Katanya abah dia keluar tak bawak hp.Sebenarnya saya ni silap haribulan.Saya ingat anak kena operation 2hb Feb,tau tau bila refer kat appoinment card tulis 3hb.Cissss....awat celaru sampe macam tu.Dok tak dudok si Tipah yg kol tanya taknak p ka?Dia tak tau yang saya nak p klu tidak boleh la dia tumpang sekali.Tapi dia amik tiket kapai torobang esok pagi.Saya tak tau la lagi setakat ni.Nak drive sorang2 alamat makan kenduri nasik kandag kat Penang saja la.
Syok jgak dok monitor trafik pengunjung2 blog kita ni..I rasa mus pun tau pase ni.Yang kami dok heran ni pengunjung dr Kulim ni.Tiap2 ari dia mesti access tapi sampe skrg takmau mmperkenalkan diri dia.ASMAWI!!!!!!!JGN2 DIA NI SB KUT?sbb dr mula lagi blog ni diwujudkan dia dah access.Ada 3,4 orang lagi yg dok access sedara diam2.oittt pun dak uhhhh pun dak.Senyap saja....Sapa ni tolong memperkenalkan diri.Sapa ni dr Kulim,Senai Johor,Ipoh,Setiawan,Perak dan Kota tinggi Johor.???????? masa saya dok menulis ni pun si ??????dr Kulim dok tengah baca blog.Sapa la dia ni.Saya dah tanya Mugith...tapi dia kata bukan...
Jadi dulu utk ptg ni...so,klu saya tak dapat p kenduri esok saya nak ucapkan selamat bergumbira kat Datok Dolah dan isteri krn menerima menantu dan kepada kawan2 saya ucapkan selamat bertemu kembali.Anson pun dah merayu-rayu suruh saya p jgak.Ni yg payah ni......Kalau Hasan tau nahassssss.Sapa yang nahas kwn2???????
okey.wassalam dan harap2 who's from Kulim,Kota Tinggi,setiawan dan Senai tu beri lah salam kepad kawan2 ni.SEBAIK2 ORANG IALAH YG MENDAHULUKAN SALAM

-fuatazahari

31 January 2008

Jejak kasih WakMan

Assalamu'alaikum wbt.

Bertemu kembali, wakman baru balik rumah, sejak Isnin {28.1.08} tinggalkan rumah. Ada kursus dan meeting kat PJ. Wakman sempat jejak kasih teman2 di Darul Ehsan Restoran Shah Alam dan Bangi Kopitiam. Amat menyeronokan. Mawi dah tulis kisah di Darul Ehsan, Sebenarnya Wak Man boleh tahan malam tu, tapi visa teman-teman dah habis jadi wakman pun redho dan balik. Malam Rabu 29.1.08 wakman bertemu dgn halimon n bakry kat Bangi Kopitiam, walaupun org Melaka tetapi hampir 30 thn tak bertemu, {teman2 kena cari petua rambut lebat dan hitam kat bakry} wakman dpt cal aziz che kob yang ada kat Kota Kinabalu, Sabah dia kata nak turun PutraJaya, wakman tunggu dan ajak bertemu teman2. Bakry memang power ingatan dia, dia kata yang ada tahi lalat kat tepi hidung tu ke!, comfirm aziz che kob. Malam tu minum dua kedai , lepas kopitiam beralih ke kedai satay dekat rumah halimon. Tak cukup kat luar, lepas bakry dan halimon balik, wakman sambung cerita ngan aziz kat bilik di ILIM,tak tahu jam berapa tido , sedar2 dah subuh. Jam 7.30 pgi cal Saidi , beritahu dia ada teman baru jumpa, aziz che kob, dia lupa... lupa tapi kemudian dia kata yang ada tahi lalat kat hidung. betul. hebat tahi lalat ustaz Aziz. kuat sungguh ayam saidi berkokok, terdengau2 dari telefon. Dalam perjalanan ke PutraJaya, cal Mokhtar Muhed kat skudai, seronok dia dapat bercakap dengan aziz. Mokhtar masih bercuti sakit, wakman doakan mokhtar akan sehat dan semboh segera. Malam tadi (malam khamis) wakman tunggu juga kat Bangi, tak de teman yang cal, wakman cari teman UKM (1983), Razak Husin budak Johor, wakman bual sampai tengah malam, Sazali Termizi hantar SMS, dia kata, wakman buat apa sampai kat Bangi, tengok kawasan ke?, dia kata teruskan jihad .......... Sazali, kau jangan diamkan diri tu, jom jejak teman2 kita yang lain.Jam 6.30 petang 31.1.08 wakman sampai Melaka, ada org hantau SMS , dia tulis ada pasangan masuk hotel dan disyaki buat benda maksiat, wakman singgah kat hotel tu, dapat 3 pasang termasuk 1 pasang wargatua berusia 54 dan makwe dia usia 52. Apa nak jadi, kantoi dan esok kena bicara. Itu kerja Kak Ani lah, berapa nak bagi hukuman. , sebelum balik tadi Saidi ada cal, anak dara Saidi dah dapat keja kat Shah Alam., Syukur Al-HamdulilLah, Kak Ani, Mawi bolehlah tolong tengok2kan. Ok lah wakman nak undur diri..... Dolah tengah sibuk tu, pastikan cukup semuanya, nampaknya ramai yang nak datang. Nik, Rohani, dan teman2 wanita yang lain dah jadi ibu dan nenek.. Tahniah. . Wassalam. wakman.5sas2kik77.

blog semakin panas!


Daku kini sudah mengerti

hidup di dalam derita

siang malam dirundung malang

badan di dalam cobaannnnnnnn.



....bersambunggggg

Teman!

Ini rangkap pertama lagu nasyid yang kita sama2 dendangkan dengan penuh perasaan pulak tu di hadapan khalayak ramai di dewan besar kik semasa majlis penutupan minggu orientasi ting 4 kik tahun 1976 dulu.

Bila pula kita nak bernasyid semula?
Cadangan saya ialah ketika kita menyambut Pak Soenaria! Setuju?


abdullah hj hassan

31 jan 08

Yang Arif


Versi Lingham!!!

RE: Cameron Highland 1977

Bakry,

Aku rasa aku angkat tangan tu dok lambai Anson! Dia lalu depan kita ramai-ramai dengan segerombolan budak perempuan lain. Kau tau la Anson dulu (sekarang pun entah2 macam tu jugak :)) -- bila kita lambai atau tegur, dia marah. Tapi yang dia dok toleh-toleh kat kita jejaka-jejaka bila lalu depan kita tu, sapa suruh? Tapi aku tau, dia marah buat-buat je tu! [Ampun connnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!].

Yang tak jelas sebelah aku tu, rasanya Jeng!. Jeng, boleh confirm?

Perasan tak masa trip tu, ramai yang ambik kesempatan bergaya dengan blue jeans yang kita bawak keluar dari stok penimbal kita. Aku pun pakai jeans jugak. Yang hairan bin ajaibnya, bila balik je dari Cameron Highland malam tu, lepas tu tidur. Bila bangun esok harinya, jeans tu dah kena "pau", sebelum kita sempat simpan balik dalam stok penimbal masing-masing. Ya lah sampai dari Cameron Highland pun dah lewat dah. Letih la. Aku ingatkan dah kena curi. Rupa-rupanya bila akhir tahun dan semua jeans dikeluarkan dari kem tahanan ISA Kemunting, tengok-tengok jeans aku pun ada di situ. Aku syak si Zubir yang buat kerja!!! Dia kenakan tahanan ISA terhadap jeans masa kita pergi musalla gamaknya! Nasib baik masa tu Karpal Singh belum ada, kalau tak aku dah initiate habeas corpus atas penahanan jeans tu.

-Asmawi Mohamad

Keluarga Yang Arif Saarani







Assalamualaikum semua,

Jangan lupa janji kita pada 2/2/008 di Dewan Besar KIK apabila ada program sebegini tebayang kembali nostalgia silam 20 tahun lalu dimana kita sama-sama menerokai alam persekolahan dengan berbagai kenangan.

Peristiwa diwaktu ketiadaan air, kolah masjid Sultan Sulaiman yang akan menjadi sasaran, saya bersama Amar Abdul Rahman (roomate) akan pergi mandi manda. Tabiat Amar menyuruh saya menolaknya ke dalam kolam, konon-kononnya ia terjatuh apalagi terus berenang.

Semasa balik dari masjid kami akan melalui kawasan pokok durian di sebelah pagar, sudah tentu semua di kalangan kita masih ingat dengan harapan buahnya akan jatuh. tapi sepanjang 4 tahun saya di sana tidak pernah terjumpa walau sebijik sedangkan ketika musimnya durian begitu lebat, mustahil tidak jatuh atau telah didahului oleh mereka yang lebih ARIF.

Peristiwa lain yang tak boleh dilupai apabila selesai makan malam, saya akan keluar bersama Amar ke kedai Mamak di sebelah untuk membeli makanan tambahan, kebiasaanya lain-lain pelanggan telah siap sedia dengan rokok di tangan (faham-faham ajela). Yang lucunya apabila nak masuk semula ke dalam pagar asrama pada Sunaria telah siap sedia menunggu ketibaan kami terus di londehnya kain untuk  mencari rokok.  Pernah sekali Amar tidak tinggal seurat benang (Masya Allaaaaaaaaaah) untuk memperingati kenangan silam tersebut saya sertakan bersama ini gambar gambar terbaru setelah jadi "orang".

30 January 2008

NOSTALGIA KIK PART 8

Tahniah


aku tabik di ats perkembangan terbaru dari sahabat Gen77 yg dah mula mengunjungi blog dan dah mula calling2 sesama kita. mcm rakan kita kata org melaka ni aggresif sikit,agaknyer cencalok punye penangan. Mus, Mawi, At, sin canglon, cik pah, kamilah n sewaktu dgn nyer tak kurang hebat jugok. Hok lain pong misti pekena budu lebih sikit. Dekat pasar Dato' keramat melambak ada.Dato' lah kita tetiba angin apa yg bertiup, mencurah2 lak idea dia. Bermula dgn pic cik pah ilang skaf , siti sarah di temui etc. Agaknyer dah terkena tegor oleh Nik mai (kononyer garang), terstop cerita dia jap. Tapi karektor kartun mai ler pulok. itu tanda2 nak dapat menantu/tak cukup tidoq atau nak naik pangkat agaknyer kot.sama2 kita berdoa kebaikan untuk sahabat2 kita. Muhabattein pun dah mula fly sana sini, menyelam sambil sempat tangkap ikan. Dpt jumpa ustaz adham n rakan2 lain.uztaz ni penah jd bapa angkat 5Sc2, waktu kita buat hari terbuka, gerai jualan, pakai kupon,beliau mencadangkan menu2 terbaik dari kelate.Wak man lak asyik skodeng n tangkap merpati jer.Esok kita minta dia tangkap gagak2 yg banyak kat KIK pulok.Masa nak jumpa Saidi pun semcm punyer trill.Nak cari kreta myvi dgn plate number CBV 1678.Aku tabik kat usha2 yg ditunjukan oeh mus n mawi..Lupa nak habaq kat mus n Mawi, kalau bawa wak man ari tu sure jumpa. Dia ada ilmu serapah jampi dari seberang plus teropong pendekar DO RE ME. silap2 Jason King dlm toilet pong dia bleh nampak. itu ler bertapa terujanyer kawan2 kita nak berjumpa dgn rakan yg sedang kesusahan. aku bagi 5 bintang.


1977


Tahun yg bersejarah dan bermakna. Diantara lain kejayaan bayi tabung uji/IVF pertama. Ini penemuan kedua dibidang Sc selepas manusia berjaya menjejaki kaki kebulan.Itu pun setelah 20 tahun penyelidikan.Di atas kecemerlangan dan aura 77 ini kita combinekan usha dan komitmen dlm pelbagai bidang n kepakaran masing2,untuk satu tujuan. Dari semangat n perkembangan depa2 semua tunjukan belum pun sebulan usia blog ini di ketahui ramai,aku yakin, kita semua bleh berjaya. Kalau di kira kebanyakan kita cuma ada 6-7 tahun jer lagi produktif years, sebelum pencen dari service.Aku setuju sgt cadangan Dato' lah untuk mengadakan JV or any kind of business. Bukan untuk profit, tp menyediakan pelbagai peluang dan net working dari pelbagai bidang profession.Tak kira taraf/pendapatan tinggi atau rendah.Setiap dari kita ini ada kelebihan,kita olah sama2, guano mu rahmang, ok tak.


MINGGU TERKEDU


Kebanyakan dari kita terkedu dan terharu satelah cerita Pak Senorea, utz Adham , latest development n trill nak jumpa saidi.Kamilah pun nangis (omputih version), Muhabat lak mcm hero bollywod, kalah YB ronda2 di musim pilihanraya, melawat kawasan.Rahmang n geng mcm org minyak ,kidnap kamal daril etc.Kita tunggu cerita depa nak gi di Jakarta nti. Aku rasa kena bawa video cam, rakam perkembangan terbaru. Mantan presiden (Suharto)lak meninggal. kita pun turut menumpang sedih .Nostalgia ni pun terkedu gak nak kuar.


NOSTALGIA DOBI

Number Dobi-Sebenarnyer Mus, bukanyer aku ingat sokmo. beberapa tahun lepas belajar KIK, musin raya, ramai anak saudara datang rumah n menumpang tidur. emak aku pun keluar ler koleksi bed sheet n sarung bantal warna putih lama.aku tengok ada number ( permenant black ink) kat ujung cadar tu.


SURAU BARU,LANTAI PAPAN N KUAT TENAGA


Bila kita mula pindah ke surau lantai kayu, sebelah opis. rasa best gak. Paip air melambak di byk tempat. tp spot yg popular adalah tepi opis tu gak. beratur ler ramai sambil sembang2. Tengok jadual kat notis board siapa duti kena azan, baca hadis lepas sembahyang etc. Paling best kalau Alias zakaria jd imam, suara terang n jelas. Ingat tak kita kena tegur, bila nak sujuk, ramai2 turun serentak,boooom, bunyi cukup kuat. maklum ler lutut touch lantai papan( masa tu lutut power lagi). lepas tu bila time nak sujut, semua maintain senyap ler .Masa usrah lagi ler best, pecah2 dlm kumpulan kecil, wirid, tahlil etc.


HUJUNG MINGGU YG BORING


Paling boring bila turn pelajar girl outing ke Klang. Pelajar laki2 stay back. Ada gak senior boy yg kirim barang kat girl. Malam nanti warung pak ali jadi tempat passing2 barang.Kekadang aku beli news paper kat kedai mamak tepi main road, kena jalan jauh sikit. Aku, limon, kamal biasa masak meggie. suatu hari tu, kita ada 2 kole, 1 heater kita share.mula2 boil air, heater gantung kat pembuka tingkap narco tu, masuk maggie,letak telor. Bila sampai turn kole ke 2, air masak cepat sgt, masuk maggie ke 2,siap letak lada hijau. wap air tu semacam jer, tetiba kluar cicak dari lubang handle tingkap tu, melompat, tp jatuh terus dlm kole yg dah ada meggie kembang. lor, melopong jer aku bertiga tengok insident tu . geli hati pun ada.Apa pun kita share 1 bungkus magie tadi(kole pertama), makan 3 org. ituler setia kawan namanyer.Ada gak kes, terlupa bila panas air, sampai kering air tu, kalau boleh selamat pun, heater tu akan jadi hitam. kes yg teruk heater tu pecah, tersembur coilnyer n putus terus...

PENGSAN


Selain kisah timah pasal sahidah pengsan terkejut dengar jeritan gollll dari blok C, mawi lak masa assembly. Aku teringat masa demontrasi fire drill. Lokasinyer tanah lapang, depan asrama koboi .Pihak bomba ni bakar minyak dlm tong,student buat 1 bulatan, girl n boy sebelah. api besar n asap hitam tebal. pas tu depa curah air, maka menjulang tinggi api tu naik dan kluar bunyi mcm meletop. Tak salah aku tetiba jer 2 org girl tumbang. Nak padam kebakaran minyak gunakan dry powder tak bleh guna ayak.....


BULAN PUASA


Kita merasa gak berpuasa di KIK. memang ramai yg datang dari sek asrama, berpuasa di hostel bukan perkara baru. Tapi yg best masa nak berbuka n sahur, bunyi siren dari masjid tu memang clear. Kita berbuka sama2 serentak. Kalau tempat lain, ada yg dengar radio, tengok jam dan yg paling syahdu, tengok orang sebelah, dah boleh berbuka ker blom.


PIC CAMERON HIGHLAND




(tengok ragam Mawi n Tok At, dari dulu lagi , masa nak snap pic, posing spontan akan datang. Lambaian ketua dan At lak buat gaya tanggo.Aku (xerox style saidi- masa class photo)sedang tengok bulan.Limon, lok.

saidi,mawi,(X jelas), husni, azhan, weldon
bersambung...............
Bakry
p/s- Mus,husing,ad,kamilah......jgn optional retiremen menulis nohhhhh.

hj mang tganung,kamal daril & saidi kadir coming to kik on 1/2/2008

Assalamulakum kik 77 ears,

Insyaallah kami akan sampai di KIK sebelum maghrib 1/2/2008. Lepas maghrib nak cakap dengan pelajar2 siket disurau laki2 lepas tu majlis peluk2 (laki2 shj),jumpa2,cakap2 dengan semua yang hadir tak payah tidur.

Beristirehat di asrama (as per Datok Dollah dia dah arrange), subuh di masjid Sultan Sulaiman. Kami mungkin kena chao awal siket pada pagi sabtu atas urusan yang terancang.

So jumpa disana hari Jumaat malam sabtu jangan tunggu hingga 2 ptg 2/2/08 baru nak datang.
Datang awal ye - elakkan kesesakan.

rgds
hj mang tganung.

Hello..dari Kuching

Assalamualaikum w. t
Apa khabar teman-teman semua?
Dah lama saya mengikuti..cerita teman2 d blog ni.
Alhamdulillah....nampaknya semua sihat-sihat dan ceria belaka
Al-Fatihah untuk Almarhum Cikgu Mat Isa Kassim
dan sahabat sekelas yg telah pergi dulu Saudara Fuad Awang
Che Pah.....seingat saya lepas je kita cross jalan, sampai je padang tudungpun terlepas le
dari kepala. Saya kan...tukang jaga tiang gol, bola lawan tak berani masuk sebab tu..kita menang
Saya bertugas di Kuching Sarawak, rumah 2-3 minit je dari airport Kuching
kalau teman-teman...ke sini hubungilah saya... ok
Tahniah buat Datuk dan Datin yang bakal dapat menantu
Jumpa lagi

Jalilah Mahmood

Kenduri Dato' Dollah/Datin Nik Mahizan 2/2/08

Assalamualaikum:

Untuk tujuan penyelarasan, saya ingin mencadangkan supaya kita geng-geng GEN77 datang ke tempat kenduri nanti lebih kurang jam 2.00 petang 2/2/2008. Kita solat zuhur di Masjid Sultan Sulaiman, berkumpul di situ, lepas tu kita serbu Dewan Besar KIK ramai-ramai.

-Asmawi Mohamad


Salam,

Syukur lagi kepada Allah yang telah membolehkan kita bertemu lagi melalui alam maya ini. Selain bersemuka, melalui telefon, tatapan gambar-gambar yang semuanya hansem ( kena puji diri kita sendiri baru puji orang lain ) dan tatapan cerita dari laman ini semakin ramai yang telah dihubungi. Terima kasih juga kepada yang berusaha dengan tenaga dan wang ringgit serta tak kurang juga berkorban masa senggang yang ada. Terima kasih Muhabat yang nampaknya aktif menjadi trekker hingga ke luar negeri. Orang Melaka memang banyak mengembara meluaskan perniagaan dan dakwah. Tahniah Muhabat.

Untuk member Kelate.

Mu buat gapo le ni? Doh jumpo kawe-kawe tu buak gapo dok telefong kito ni. Jange duk ceghito kat muhabak jo, maghi ceghito kat bekwoh Doloh samo baghulah dapak kecek panje dok. Mat Arih tu tok beghuboh banyok la. Rambut keriting tu doh tutup kupioh pulok la. Si Rahimah tu moleklah boleh sambung ilmu bahaso arab tu. Kito ni boleh buak ngaja anok kito bahaso tu je la. Tapi rasonyo mu boleh pehe jugok apo ye ust Rame aja dulu dok? Samolah bilo ust Adhe aja Tauhid, mako budok Kedoh susoh jugok nak pehe. Tapi itu semuo kelebihe kik tu. Semuo loghat negri boleh dapak sampa kawe oghe tok percayo kawe oghe pehe. Arwah Zulkarnain dulu tu duk gelok bilo demo tanyo dio. Apapun kawe selalu jugok gi Kelate dulu nu sebab arwah kakok kawe duduk nagho. La ni tak dok lah gi selalu sebab dio doh takdo.

Buat geng utara.

Hangpa - Husin, Zaki, Arifin Bakaq ( Melaka masuk Pendang ), Che Tipah ooi dll tak mai ka kenduri Dolah ni? Arifin dah jadi GPK ka? Hamid Hj Ahmad dah jadi Pengetua MRSM Beseri. Baru tukaq dari langkawi. Anak aku kat Langkawi tu dia lah dok tolong tengok-tengokan. La ni dah tingkat 2 tak perlulah selalu pi sana. Tahun lepaih kerap jugak piLangkawi. Adalah 5-6 kali sampai naik cemuih makan coklat. Kalau mai kenduri Dolah nanti boleh ceghita lagi noo.

Wassalam

Puaad- 5 Sas5.

Walau berubah, tapi spesis sama, tak paa laa no?


abdullah hj hassan
30 jan 08

29 January 2008

Salam dari Padang Luas, Jerteh.

Assalamualaikum semua kekawan form5kik77.

Malan ni saya baru dapat masuk dalam blog ni. Dapat tau kewujudan blog ni dah 3 hari lalu melalui Broder Muhabbat. Saya terus buka blog, intai2 tengok2.

Masa tu dia di KB bersama ngan Imran ( bapak saudara aku), arif dan yg lain2. Tapi dia call saya lewat malam sangat, tak sempat nak join skali. esoknya dia dah balik ke kl.

Ok la tak pa mungkin lain kali boleh jumpe.
esoknya saya terjumpa Hazami di kedai makan di kg raja, bagi tau pasal blog ni, nampaknya dia dulu dapat masukkan berita disini.

Tadi pagi saya terima panggilan dari sdr Mustafa M Nor. Cara nak masuk sini dia yg kasi tau. Terima kasih Paa. Kali terakhir saya jumpe dia masa hantar anak kat Um Julai 2007. Tapi tak sempat nak borak panjang. Sekadar ambil no HP saja.

Kalau mana-mana rakan yang gi jumpa dengan guru-guru kita dulu, tolong sampaikan salam saya kepada mereka. Terutamanya Bapak Seonaria dan Bapak Mulyadi. Ustaz Adham insyaAllah akan saya jejaki disini.

Buat permulaannya saya tempelkan gambar keluarga yang terbaru raya posa 2007.


Bersama Permaisuriku.


Anak2 : semua 7 orang saja. Yg sulung Kanan(L) ( 24 th) kerja kat Jln Ampang: Software Engeniering. Kedua UIA/ Law (disebelah yg lelaki kiri) ketiga (L) sebelah kiri, keempat dekat lelaki kanan ( di UM), lima depan kiri, matrik gambang phg, enam kanan depan ( tunggu SPM) bongsu ( buat masa sekarang laa ) tengah ( ting 4 ).

stakat tu saja buat salam perkenalan ni.

Wassalam.

Akhukum Fil Islam.

Mohd Sanusi bin Mohd Shata
159-A, Padang Luas,
22000 Jerteh, Terengganu.
11.45mlm (selasa 29 Jan 07)