Malan ni saya baru dapat masuk dalam blog ni. Dapat tau kewujudan blog ni dah 3 hari lalu melalui Broder Muhabbat. Saya terus buka blog, intai2 tengok2.
Masa tu dia di KB bersama ngan Imran ( bapak saudara aku), arif dan yg lain2. Tapi dia call saya lewat malam sangat, tak sempat nak join skali. esoknya dia dah balik ke kl.
Ok la tak pa mungkin lain kali boleh jumpe.
esoknya saya terjumpa Hazami di kedai makan di kg raja, bagi tau pasal blog ni, nampaknya dia dulu dapat masukkan berita disini.
Tadi pagi saya terima panggilan dari sdr Mustafa M Nor. Cara nak masuk sini dia yg kasi tau. Terima kasih Paa. Kali terakhir saya jumpe dia masa hantar anak kat Um Julai 2007. Tapi tak sempat nak borak panjang. Sekadar ambil no HP saja.
Kalau mana-mana rakan yang gi jumpa dengan guru-guru kita dulu, tolong sampaikan salam saya kepada mereka. Terutamanya Bapak Seonaria dan Bapak Mulyadi. Ustaz Adham insyaAllah akan saya jejaki disini.
Buat permulaannya saya tempelkan gambar keluarga yang terbaru raya posa 2007.
Anak2 : semua 7 orang saja. Yg sulung Kanan(L) ( 24 th) kerja kat Jln Ampang: Software Engeniering. Kedua UIA/ Law (disebelah yg lelaki kiri) ketiga (L) sebelah kiri, keempat dekat lelaki kanan ( di UM), lima depan kiri, matrik gambang phg, enam kanan depan ( tunggu SPM) bongsu ( buat masa sekarang laa ) tengah ( ting 4 ).
stakat tu saja buat salam perkenalan ni.
Wassalam.
Akhukum Fil Islam.
Mohd Sanusi bin Mohd Shata
159-A, Padang Luas,
22000 Jerteh, Terengganu.
11.45mlm (selasa 29 Jan 07)
Wassalam.
Akhukum Fil Islam.
Mohd Sanusi bin Mohd Shata
159-A, Padang Luas,
22000 Jerteh, Terengganu.
11.45mlm (selasa 29 Jan 07)
No comments:
Post a Comment