03 January 2008

Kisah KIK masa remaja dulu.

Salam,

Cerita kena naik pentas menyanyi tu ana pun kena jugak. Pasal pakai cermin mata gelap senang senior nak recognize dan minta naik pentas. Apalagi kena nyanyi lagu sampai lagu artis perempuan tak ingat pulak namanya. Bantai ajelah. Kalau bagus tak terkenal pulak Siti sekarang ni.

Ana dah lihat gambar kau orang gathering kat Tg.Malim tu. Yang boleh cam terus hanya Saarani aje. Lainnya dah banyak berubah. Malam sebelum tu ada gathering Alkis di Puchong. Miss jugak. lepas tu pergi hantar anak kat Langkawi. Semalam ada kat Muar pulak. Anyway terima kasih dapat imbau kenangan lama batch SPM 77. Next gathering buat kat KL pun ok jugak. Walaupun bilangan kecil tapi for the start is good apatah lagi kalau ada bekas guru kita.

Let u guide us on how to respon direct from the blog. Ana rasa mungkin tak kena caranya. Kalau tidak masakan tak boleh hantar reply.
Wassalam.

-Puaad Muhammad, Pahang

Cikgu Shahrom Hashim dan Pn Inon Rahiman

Saya dapat bercakap dengan Cikgu Shahrom pagi tadi selepas selesai urusan persekolahan hari pertama anak-anak. Dia berada di Batu Pahat sekarang setelah bersara awal tahun 2007 yang lalu.

Beliau masih ingat kebanyakan watak-watak utama tingkatan lima tahun 1977 tu, walaupun beliau tidak lama di KIK. Beliau meninggalkan KIK pada tahun 1979 bagi mengikuti program ijazah di UTM. Sebaik sahaja tamat pengajian ijazah beliau pada tahun 1981, beliau terus berkhidmat di Johor.

Beliau tak tahu pun tentang pemergian kerahmatullah Cikgu Mohd Isa Kassim.

Beliau akan datang ke KL pada 13hb Januari nanti untuk satu kenduri kahwin di Putrajaya. Kebetulan berada di Lembah Klang, beliau bercadang untuk bertandang ke rumah Puan Inon Rahiman Guru BM kita dahulu, di Ijok.

Maybe we can pay them a visit on that day?

-Asmawi Mohamad

Keindahan Persahabatan

Seperti Mustafa pernah sebut, at our age, nothing beats going back to the roots. And among the roots that we cherish ialah persahabatan dengan kawan-kawan yang pernah kita lalui hidup bersama dan belajar mendewasakan diri.

Itulah kehidupan kita telah lalui di Kolej Islam.

Dan bila bertemu kembali seperti semalam, ia banyak memberikan kesan yang sukar dilupakan. Setelah menempuh usia 47-48-49 tahun, tentulah pelbagai asam garam hidup telah kita lalui. Bak kata orang putih "been there, done that". Semua laut telah diharungi. Semua lembah telah direntasi. Tak ada apa yang nak dihairankan lagi.

Setelah semua asam garam kehidupan itu telah kita lalui, sekarang adalah masa yang paling baik untuk kita berhimpun semula. Kita regroup. Kita bercantum semula, bukan sebagai business partner. Bukan sebagai boss dengan subordinate. Bukan untuk membanding2kan itu ini, tetapi untuk mencantum semula ikatan silaturrahim dan persahabatan kita. Kita bertemu semula sebagai kawan seperjuangan. Kalau dulu sebagai kawan kita boleh "belasah" kawan kita kow-kow dengan sindiran-sindiran pedas dan sebagainya untuk "pekenakan" kawan kita, maka sekarang pun sepatutnya kita masih boleh berbuat sedemikian. Kawan is kawan is kawan. Sampai ke bila-bila pun.

And that was what Naim did yesterday. Masa lunch dengan Kamilah itu hari pun, dia tetap Naim seperti yang kita kenali. Bila dia rasa nak taruh, dia taruh cukup-cukup. Tabik la kat hang Naim!!

Bersama-sama kawan2 kita boleh "let loose" atau "just being ourselves". Kita dan diri kita se-ada2nya. Kalau di pejabat segala tingkah laku kita perlu dijaga, kalau di rumah segala yang kita tuturkan mesti diperhatikan, maka dengan kawan, kita boleh relax-relax dan "let loose" tanpa gusar bahawa perbuatan atau tingkah laku kita itu mungkin akan dicela atau keluar dalam "YouTube" untuk disebar di seluruh dunia! :)

Kalau tersalah silap, mohon dimaafkan!

-Asmawi Mohamad

02 January 2008

Cikgu Sushama, Cikgu Shahrom dan Cikgu Lau Ah Kow

Tiga nama yang meniti di bibir ramai di kalangan kita.

1) Cikgu Sushama Mahavan

Pagi tadi saya memulakan langkah menghantar sms kepada Padzilah mohon pertolongan mendapatkan nombor telefon Cikgu Sushama dan Cikgu Shahrom Hashim.

Setelah saya perolehi nombor Hp tersebut, cepat-cepat saya telefon Cikgu Sushama. Rupanya dia telah di"brief"kan oleh Padzilah tentang kewujudan blog kita.

Cepat-cepat beliau masuk ke dalam blog dan melihat gambar-gambar yang saya postkan malam tadi, sebelum saya call dan bercakap dengan beliau.

Bila saya call, ayat pertama beliau ialah "I am so happy that you all still remember me"!!!
(dalam hati saya: alahai.....sudah tentulah kami semua tidak akan dapat melupakan segala kenangan manis dengan semua guru-guru KIK. Siapalah kami kalau tidak kerana jasa cikgu-cikgu sekelian).

Then dia kata: I cannot recall anyone of you from seeing the pictures! I tried to remember one or two names but you all look very different, with balding hairs ......................but you all look so prosperous! I am so happy to see the pictures.
(hahahaa......kami pun dah nak mencecah 50 tahun cikgu! Tentulah rambut di kepala semakin susut kerana terpaksa memikirkan masalah negara, keluarga, anak isteri, dan macam-macam lagi :).Tu belum masuk masalah ayam itik, kerbau, atau ikan yang dibela lagi!)

Anyway, jelas sekali Cikgu Sushama amat teruja dengan panggilan telefon dari saya. Kalaulah saya ada banyak masa, mau sejam bersembang melalui telefon tadi. Saya simpan cerita-cerita panjang untuk pertemuan face-to-face dengan Cikgu Sushama nanti. Beliau sekarang menetap di Kelang. Saya jelaskan kepada beliau, now that we are in touch with her, the first order of business is to pay her a visit.

Dipendekkan cerita, kami menetapkan Hari Ahad, 6hb Januari jam 430PM untuk melawat Cikgu Sushama. Setakat ini, Puan Anson dah setuju. Arpi (Proton) pun besar kemungkinan akan ikut serta. Naim? Mustafa? Shaarani? Jom!

2) Cikgu Shahrom Hashim

Saya call beberapa kali tetapi mungkin kerana silap timing, saya tidak berpeluang bercakap dan mendengar suara beliau. Namun melalui satu SMS yang saya hantar beliau membalas balik dengan menulis bahawa dia masih ingat nama saya, alhamdulillah. Beliau sekarang telah bersara mulai awal tahun 2007 yang lalu.

3) Mr Lau Ah Kow

Mengikut Cikgu Sushama, Mr Lau selalu travel. Cikgu Sushama bersusah payah call Mr Lau (after 14 years katanya). Mr Lau sanggup bertemu dengan kita semua kalau kebetulan dia ada di Lembah Klang/Malaysia pada masa kita berjumpa dengan beliau nanti.

Roshidi! Hang baik call Mr Lau! Tentu beliau gembira dengar suara hang semula!

-Asmawi Mohamad



Gambar f5kik1977 Di Tg Malim pada 1.1.08


Fuat Azahari dok bisik apa kat Naim tu...


Asmawi ambil gambar Pn Anson dok ambil gambar. Weldan memang habat! hisap 2 jenis rokok...satu dunhill dan satu lagi Sempoerna A. Tak ramai anak Melayu macam Weldan. Fuat dan Mustafa pun kalah...


Masa ni Weldan yang datang dari Mentakab belum sampai. Naim call Weldan nak explain jalan ke Sahara Inn Tg Malim. Konar kiri...konar kanan...konar kiri...konar kanan...ok sekarang kau tunggu...aku cari hang...berapa no kereta...

Ok...Weldan dah sampai... Saarani ketawa aku pun tak tahu apa jokenya...


Nampak letih macam dah habis gas...Asmawi dan Saarani masih gagah.

SAHARA INN,TG.MALIM

Assalamualaikum...

jam 6.00 ptg 1.1.2008 mencatat sejarah.
pertemuan yg telah dirancang secara tergesa2 berjaya jgak menghimpun 7 org bekas pelajar KIK yg hampir 30 tahun "hilang".masing2 berpelukan (anson tidak la),kemas dan erat.terasa sgt keakraban kali ini berbeza dr swaktu kita belajar.

Perspektif

Mustafa sedikit berbeza dr dulu.sekrg dia semakin ramah dan byk berjenaka.mungkin dia byk bergaul dlm masyarakat.weldan mcm biasa,tersenyum dan skali skala ketawa.saarani tak berubah baik fizikal atau "perangai"...bahaya,pantang ada "peluang".asmawi mcm dulu tingkah laku tapi skrg serius sikit.Naim tak banyak bercakap tapi ada peluang mnampakan sifat dia yg tidak heran kat sapa2.takdak segan silu,bantai...dan akhir sekali anson,peserta tunggal mewakili kaum ibu....peramah,masih sprt murai DICABUT ekor.beruntong ada dia krn dia mcm BOMOH
ari tu.tau semua penyakit kami

selepas asmawi balik pada jam 12 mlm, i sewa lg satu bilik (2 beds)dan tidor bersama weldan.kami borak lg sampe jam 2 pagi.mcm2 cerita keluar tapi lebih kepada hal2 yg berkaitan dgn bussines

weldan balik ke bentong jam 9 pagi sementara i plak bertolak balik jam 10.sampe kat opis ipoh jam 1 tgh hari krn i singgah sebentar kat sungkai atas urusan kerja.di opis,i terima kol dr asmawi memberitahu gambar yg di ambil smasa pertemuan kelmarin telah d muatkan dlm blog
5kik1977(tahniah asmawi...u memang agresif)dan ada berita yg agak gembira buat kita.biar asmawi sj yg menulis cerita tu

i sampe guar chempedak jam 7 mlm ni.


harap2 perjumpaan seperti itu akan terus kita usahakan dan dpt menghimpun lebih ramai
lg kawan2 kita....ok dulu

wassalam.....fuat azahari

Dari Mustafa Mohd Nor-Gambar F5kik77 Tg Malim 1.1.08


Dari kiri: Weldan Che Kob (5sc1 1977), Saraani Ismail (5sastera1 1977), Mustafa Mohd Nor (5sastera1 1977), Fuat Azahari (5sc1 1977), Naim Nordin (5 sastera 1, 1977) dan Pn Anson Ismail (5sc1 1977) Asmawi Jadi Cameraman

Gambar dari kamera satu lagi dari sudut yang berbeza...kalau nak nampak muda sikit dan boleh dikenali oleh Pn Sushama Madavan. Gambar dari kamera Sdr Asmawi difahamkan Puan Sushama tak dapat kenal dan susah nak cam sebab sudah 30 tahun berlalu.








Mustafa Mohd Nor



Dari Mustafa Mohd Nor- Tahniah Asmawi! Terima Kasih Naim, Fuat, Saarani, Weldan dan Pn Anson

Assalamualiku WBT, Tahniah diucapkan kepada Sdr. Asmawi Mohamad, tak sampai 11 jam dari saat pertemuan kita form5kik77 di Tanjung Malim, gambar dan cerita kita dah keluar dalam blog. Pada 1.1.08 kita bertemu mulai 6.30 ptg di restoran Mamak dekat Hotel Sahara Inn Tg Malim. Pukul 9.30 Malam saya dan Naim bertolak balik ke KL. Kena balik awal, lesen kecil dan nak kerja esoknya. Saya yakin Asmawi tak terus tidur bila balik. Dia buka komputer dan masukkan gambar-gambar pertemuan di Tg Malim. Pagi ni jam 8.15 saya dah dapat tengok gambar malam tadi dengan sedikit cerita dari Asmawi. Terima kasih Sdr Naim! Hang beri keyakinan untuk kita ke Tg Malim. Tak sampai sejam kita dan berada di sana dari KL. Balik hantar sampai ke rumah pulak tu...

Pada saya, salah satu perkara yang boleh membahagiakan seseorang hamba Allah itu ialah di saat dan masa dia dapat berjumpa kawan-kawan lama. Lebih-lebih lagi kawan yang pernah berada di dalam satu Institusi yang mantap berwawasan seperti KIK.

Mari kita usahakan cari kawan-kawan lama kita lagi untuk berkongsi pengalaman dan flash back nostalgia kita 76,77 masa di KIK. Bila dah ada gambar tu ramai akan mencari lagi. Sorang cari 5, 5 dapat 25, 25 dapat...99.99%.

Ariffin Bakar, Ismail Maon, Afrinah Ikhsan, Roslan Khairi, Rashid Mohamad, Sabaruddin Hassan, Razali Sidek, Omar dan Dzaki, Ismail Ab Rahman dan Yunus, Nek Alwi, Amar Abdul Rahman, Ali Osali, Ahmad Semawi, Saidi Ismail, Yunus Samad dan semua form 5kik77 mari kita hubungkan semula silaturrahim...

Mustafa Mohd Nor

Laporan Informal Gathering Tingkatan 5 KIK 1977

Saya baru balik jam 1 pagi tadi dari menghadiri perjumpaan tak rasmi kawan-kawan setingkatan lima 1977 dulu di Tanjung Malim, Perak. Yang hadir ada 7 orang: Saya, Fuat Azahari, Naim Nordin, Mustafa Mohd Nor, Shaarani Ismail, Weldan Che Kob, Anson Ismail.

Berikut saya lampirkan gambar-gambar yang sempat diambil. Anson dan Shaarani sampai agak awal jam 5.15 ptg. Fuat lewat sikit. Mustafa dan Naim sampai awal tapi melilau sana sini, akhirnya dia sampai hampir serentak dengan saya jam 6.30 petang. Weldan sampai paling lewat, dekat-dekat jam 8 sebab tersesat sampai ke Ulu Bernam.

Saya dengan Weldan stay back sampai jam 12.30 tengah malam. Yang lain-lain balik around jam 9.30 malam. Oleh kerana sudah terlalu lewat, Weldan decide untuk tidur di Tanjung Malim bersama Fuat.

Laporan detail saya akan tulis kemudian. Buat sementara waktu, enjoy lah dulu gambar-gambar di bawah:

First shot. Dari kanan: Anson, Naim Nordin, Fuat, Asmawi, Shaarani dan Mustafa
Weldan baru sampai dan ambik gambar sekali lagi
Punya seronok bersembang, kadang-kadang tiga tajuk dibualkan antara tiga set yang berlainan. Weldan dengan Anson, Mustafa dengan Naim, dan Fuat dengan Shaarani
Ada sesuatu yang disebut oleh Shaarani (tidak kelihatan) sampai semua orang ketawa
Mustafa sedang membelek-belek kamera digital yang dipinjam dari anaknya
Fuat Azahari, close shotYang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor sedang merenung sesuatuWeldan dengan jaket PLKN
Naim Nordin dan Fuat

31 December 2007

Tempat jatuh lagi dikenang

Salam,

Memang betul la kata pepatah/peribahasa di atas tu. Tempat jatuh lagi dikenang.

Kawan-kawan ingat tak insiden saya "jatuh" pitam sewaktu perhimpunan hari Isnin semasa di Tingkatan V di KIK tahun 1977 yang lalu.

Kalau kita semua masih ingat, di tahun itu adalah merupakan tahun "resistance" (ala ala intifadhah gitu)- semua peraturan sekolah nak dilawan dan disanggah. Kebetulan pulak yang jadi warden pada masa itu, antara lain, ialah dua guru dari Indonesia, Pak Soenarya dan Pak Mulyadi. Oleh kerana Form V dikira tingkatan yang paling degil dan keras kepala, sekolah menetapkan bahawa semasa perbarisan, ia didahului oleh pelajar tingkatan V, baru diikuti dibelakang oleh pelajar tingkatan IV, VI Rendah, dan VI Atas.

So, kita pelajar-pelajar tingkatan V pun berebut-rebutlah nak duduk di barisan paling belakang di kalangan barisan tingkatan V tu. Saya pun tak terkecuali.

Pada hari yang malang tu, saya duduk di barisan paling belakang tingkatan V. Saya actually tidak berapa sihat pada hari itu. Baru baik dari demam. Masih terasa berat-berat kepala. Tiba-tiba si Ketua Pelajar, Raba'in Hasan, nampak saya, lantas disuruhnya saya duduk di barisan paling depan. Dahlah paling depan, paling kanan pulak tu, ie, paling dekat dengan barisan pelajar perempuan.

Pada masa itu, Ustaz Zainal Abidin Abdul Kadir tengah berucap. Tau sajalah Ustaz Zainal kita tu, cakap dia meleret-leret tak tahu hujung pangkal, bercampur antara bahasa persuratan dengan bahasa Kelantan.

Di kala Ustaz Zainal tengah berucap tu, saya terasa pusing-pusing. Tidak lama selepas itu, sedar-sedar saya sudah dalam perjalanan ke Hospital Klang dibawa oleh Cikgu Shahrum dan Matron. Dah lupa namanya.

Di hospital, dagu saya didapati terkoyak dan perlu dijahit. Gigi geraham juga terbelah dua akibat impak jatuh "free fall" itu.

Mengikut cerita Fuat, bila saya jatuh, bunyinya macam ayam kena sembelih. Hahaha. Ada ke patut. Dan oleh kerana saya berada di penjuru paling kanan, tidak ada apa yang dapat "buffer" kejatuhan itu, dan saya drop dead ke lantai macam orang mati.

Bila saya balik ke asrama tidak lama selepas itu, saya ditempatkan di bilik sakit, dan petangnya dapat balik semula ke bilik saya. Sewaktu di bilik sakit, Si Raba'in datang menziarahi. Saya cepat-cepat "blame" dia: Hang punya pasalla aku jatuh. Aku dah elok2 dok belakang hang suruh aku dok depan.

Bila saya dapat ke kelas semula, dagu saya masih berbalut. Si Fuat Azahari, Syed Abu Husin, Arifin Hasan Kelantan, dan Ahmad Imran, among others, siang malam dok sindir saya dengan gelaran "janggut putih". ::)

Saya jumpa Si Raba'in dan saya beritahu dia yang saya tidak mahu lagi pergi ke assembly. Dia kata kena ada surat doktor. Tapi saya tidak kisah itu semua. Sejak dari tarikh itu, saya tidak pergi langsung ke assembly, hinggalah ke hari akhir persekolahan tingkatan lima. Saya menyorok di sebalik almari yang terletak di belakang kelas.

Hingga sekarang, kesan jahitan di dagu itu masih ada. Gigi geraham yang terbelah itu pun masih terbelah macam dulu. At least ada la sedikit bahan ingatan untuk cerita kepada anak-anak :).

Satu kesan manis dari peristiwa itu ialah: Ada satu adik form four (perempuan laaaaa) yang saya minat nak buat adik angkat. Dia dok "dilly dally" sekali setuju sekali tak setuju, lama-lama saya pun give up, malas nak waste time. Tiba-tiba selepas peristiwa saya jatuh tu, dia kirim sedikit buah tangan melalui kawan lelaki sekelas form four dengan beliau. Hahaha...too bad saya dah tidak mahu beradik-adik angkat lagi pada masa tu!

(sshhhhh!!! jangan bising kat orang lain tau! Nanti kalau orang rumah tau, mati la saya! Silap-silap kena tidur dengan ikan kat dalam kolam :).

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat curi roti, tempat mengintai, tempat tuang kelas prep eh??.

-Asmawi Mohamad

CERITA2 PENDEK

Assalamualaikum...

ari ni 31hb December2007.ari terakhir utk tahun 2007 dan esok kita akan bertambah satu tahun lagi.ada antara kita akan berumur 48 tahun dan ada yg akan berumur 49 tahun.
sama2kita siapkan azam baru utk menghadapi tahun 2008.

KAMAL DARIL

ari tu 28hb semasa dlm perjalanan balik dr ipoh saya sempat kol kamal dr no.hp yg saya daptkan dr asmawi.alhamdulillah...kami dpt berbual dan nampak nya dia bgitu teruja dan mengharap jgak kita dpt bertemu d satu masa

JEANS

undang2kik tdk membenarkan sama skali semua pelajarnya memakai seluar jeans.tapi itu lah yg kita suka buat.siapa memakai akan dirampas.saya rasa majoriti d antara kita pada masa tu mempunyai jeans.pakai bila dah rasa ketagih sgt.tempat2 utk sorok sprt dibawah locker dan atas siling.tapi,masih boleh dijumpai oleh prefect kita.bukan sebab dia org cekap sgt tapi,kpala otak dia org pun sama dgn kita,cuma dia org prefect.kna patuhi undang2.siang kna rampas,mlm i slinap masuk bilik warden dgn syed abu husin amik balik jeans i tu.bnyak....tapi i amik i punya sj.2,3 x mcm tu la.sbb tu la i slalu pakai bkn sbb jeans i byk

DEWAN MAKAN

Slinap masuk dewan makan utk mengambil roti dan telur adalah perkara biasa bila perut rasa lapar sgt pada waktu malam.ini betul2 kami rahsiakan sampai ari ni

USTAZ HAMID TAHIR

satu2nya ustaz yg slalu tersenyum tapi tegas.tak bagi pluang langsong.2,3 x kali i kna gunting rambut dgn dia.bila i d USM dia jd lecturer kat situ jgak.dia la tempat i mengadu bila i ada masaalah kewangan.i grad dia masih d usm.i jumpa dia lepas tu bila dia pencen di a.setar sebagai
penceramah bebas.dia masih mcm tu.bertenaga dan sering tersenyum.dari dia i dpt tahu ZUBIR RASHID 5sc2 mengajar dsbuah sek.d baling.ZAKARIA xxxx budak sains jgak,senior kita satu tahun sekarang pengetua d SMKA baling

CHEGU JO(JOHARI)

i masuk belajar dimatrikulasi usm d smk sains p.pinang,che gu jo dah ada di situ sbg pen.kanan.serius mcm diKIK
dia ingat i lg.(ingat dak dia ajar PE kita dan ari tu kita buat gimnastik.turn arwah fuad Awang lompat satu insiden terjadi.seluar arwah koyak.Putus terus jd mcm skirt.Se Serius cegu Jo pun tak tahan.terbahak2 ketawa.kita pun sama la)di smk sains pp pun i kna gunting rambut dgn dia skali.tapi dia gunting elok tak mcm ust hamid.Rambut cegu jo masih mcm tu.Remos tarik kedepan.i keluar dia masih d situ.skrg i tak tau dia dmana????

KELUAR MALAM

SATU LG HUKUMAN BERAT MENANTI klu kita ditangkap jika keluar pada waktu malam.
hampir semua buat kja ni.tapi,pandai makan pandai la simpan.i kerap jgak samada dgn amar,ali osali,syed abu husin dan rosidi(dia jarang2 sj.takuttt)paling kerap i dgn amar.sepandai2 tupai lompat,jatuh jgak.sekali tu kami kena tangkap d mesjid sultan sulaiman tempat transit.yg paling leceh abg i(suhail) dan 1,2 org prefect lg yg tangkap kami.dia org dah trace kami lama dah.punya la tebal muka.tapi,i rasa abg i lg tebalmuka dia.kami tak kna tindakan apa2 sbb....biasa la...kroni...

MALAM PENUTUP MINGGU SUAIKENAL TING.4

I,asmawi,md.zin Jusoh,.....(siapa lg,i tak ingat) kita naik pentas.Hentam lagu seorang satu.md.zin dgn lagu hindustan,i dgn hapuslah air mata mu,asmawi dgn........i tak ingat...tapi malang...dia org shut of sound system.tak tau pasai apa.agaknya suara kita sumbang kot...malu sampai ari ni.tak bleh ingat....maluuuuu.....

ok,stop dulu,ada byk lg memori yg sukar nak dilupakan.....
wassalam
asmawi....u ingat dak kita berdua selalu baca surah alkahfi setiap malam jumaat dimesjid sultan sulaiman bila org lain ramai2 baca surah YAASIN pada mlm tu?itu lah kita,nak lain dr yg lain pada masa tu...-fuat azahari

CERITA2 PENDEK

29 December 2007

Informal get together

Salam,

Nampak gayanya perjumpaan informal antara beberapa alumni Form 5 KIK yang dirancang telah menjadi semakin pasti.

Latest: ada 5 orang yang telah mengesahkan kedatangan: Saya sendiri, Fuat Azhari, Weldan Che Kob, Anson Ismail dan Yang Arif Shaarani Ismail.

Tempat: di Tanjung Malim. (untuk memudahkan Fuat yang datang all the way dari utara untuk satu urusan di situ. Kalau nasib baik silap2 boleh pergi cari Radziah Radzi.. :) :) ).

Waktu: Dari jam 6.00 petang. Tak tahulah pukul berapa boleh tamat!

Saya mengalu-alukan lebih ramai lagi kawan-kawan untuk ikut serta. Marilah kita menghidupkan kembali semangat setiakawan dan persahabatan yang telah kita pupuk selama dua atau empat tahun kita berada di KIK, pagi petang siang malam diselubungi oleh kawan-kawan sebilik, seasrama, sekelas, setingkatan, dan paling tidak, sesama Kolej Islam.

-Asmawi Mohamad

28 December 2007

Kolej Islam Kelang-76-79 Yang Jauh/Terpisah Sudah Dekat

Assalamualikum WBT, Saya tumpang gembira kawan-kawan lama sudah dapat bertemu semula walaupun secara ad hoc dan dua tiga orang. Mula saya lunch dengan Asmawi pada hari Isnin 24 12.07 (bersama Wan Mohd PTPTN dan Shukri Hakim Mahkamah Sesyen KL form5 1976, Lepas tu 27.12.07 saya dapat maklum Pn Kamilah, Asmawi dan Naim Nordin dapat jumpa dan had a lunch, dua tiga hari sebelum tu Pn Kamilah ada call saya minta nomber tel Naim, tup-tup dia dah dapat no. tel Naim. Saya tumpang seronok. Nampak gaya dah ada tanda-tanda positif re union form5kik77 akan jadi kenyataan.

Saya sempat maklumkan perkara positif ini kepada Prof Madya Latifah Ismail UITM Arau, dan Fuat Azahari (Kedah). In fact saya dah mula berhubung melalui e-mail dengan fuat dan Prof madya Latifah Ismail.

Masa dan pengalaman telah mendewasakan kita. Kita sekarang (2007) saya rasa sudah lebih tua dari guru kita masa kita di KIK dulu. Cikgu Mat Isa, Cik Gu Rani, Cik gu Rashidi, Pn Shusama Madavan, Pn Hasmah, Cik gu Norsiah, Cik Gu Baharom Cik gu Kusno, Cik gu Maimon Husin, Ustazah Fauziah Sani, Cik Gu Ghafar Laili, Ustaz Hamid, Ustaz Ku Hamid, Paling Hebat setakat ini selepas Ustaz Zainal ialah Dato Dr Abdullah Mohd Zain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dia tu guru Nahu masa saya form 5sas1 1977, Puan Ramli Khamis di mana?

Kalau tidah keterlaluan marilah kita cari guru-guru kita...juga

Pada Nov 2007, Saya sempat jumpa Cikgu Khairudin Zakaria di KL. Dia masih seperti dulu. Dia yang perasa saya dulu. Saya sempat bersembang dan bertanya khabar dengan dia. Cik Gu Khairudin sekarang menjadi Pengarah atau Pengetua sebuah Maktab Pergurusan Di Kuala Terengganu.

Sekarang kita patut dah mula buat survey dan dan cari tempat untuk re union. Kalau dapat bawa keluarga sama lagi bagus. Tempat kita ambil jalan tengan. Kuala Lumpur.

Mustafa Mohd Nor

27 December 2007

Lunch dengan Kamilah dan Naim

Saya pun nak tumpang sekaki menulis dari perspektif saya tentang lunch appointment saya dengan Naim dan Kamilah tengahari tadi.

Walaupun semasa di Kolej Islam, saya tidak pernah berpeluang bercakap atau menegur Kamilah (ye lah, dia kan popular dan "fierce-looking", sapa berani tegur dia, apatah lagi kami bukan dari kelas yang sama, lagilah tak ada alasan untuk bercakap atau berkomunikasi), perbualan semasa lunch tadi berjalan dengan baik. Mulanya agak gagap-gagap sikit sebab saya tidaklah mengenali beliau dari dekat, cuma bila si Naim datang, all ices were broken.

Saya sengaja pergi sambut Naim di lobi supaya nanti tidak terkejut badak kalau-kalau Naim yang saya temui jauh sama sekali dengan Naim yang saya kenali 30 tahun dulu. ALhamdulillah, nampak dia menapak dari jauh tu saya sudah boleh agak, ini mesti Naim, sebab malam tadi Rahiman Bani sudah call saya dan beritahu yang Naim, kali terakhir Rahiman bertemu, masih kurus macam dulu:). Lenggang lenggoknya masih macam Naim 30 tahun dulu.

Kami bersembang tentang segala maknika benda. Dari benda-benda ringan fasal public canning di KIK, fasal kisah-kisah cinta remaja semasa di KIK, fasal bilangan anak, hinggalah kepada perkara-perkara berat seperti spirituality, sistem kehakiman, IT, arbitration, dan segala macam lagi. Tak sedar dua jam berlalu dan kami harus beredar untuk urusan kerja selanjutnya. Naim terpaksa call ofis dia mengatakan dia lewat masuk sebab ada lunch appointment, dan telefon saya, yang sudah disilentkan bergetar di pinggang seluar dengan call yang bertalu2 :):).

Saya sempat mengimbas kembali satu "encounter" antara saya, Fuat, Syed Abu Hussin dan Kamilah. Ya lah, saya bukannya budak baik masa di KIK (Anson Ismail, waktu saya call dia kali pertama, dia tanya: Ini Asmawi budak nakal yang dari Kelantan tu ke?). Satu hari kami duduk di tingkat paling atas di blok C asrama lelaki. Blok B ialah asrama perempuan, dan kami dipisahkan oleh pagar kayu hijau tu. Air di asrama tidak ada, dan kami sibuk menyakat pelajar2 perempuan yang pergi ambil air di satu-satunya paip air yang ada di situ (dekat kantin Pak Ali tu). Tiba-tiba nampak Kamilah datang nak ambik air, so Fuat pun buatlah macam2 suara nak sakat Kamilah. Bila terdengar sahaja sakatan Fuat, Kamilah terus berlari menyembunyikan diri di balik dinding. Selang seminit dua lepas tu kami nampak seorang pelajar form four terkedek2 bawa baldi merah yang dijinjing oleh Kamilah tadi, dan dari kejauhan nampak Kamilah sedang mengarahkan budak perempuan tu dengan tangan beliau. Hahaha.

Kami ketawa terbahak2 tadi sewaktu saya ulangi kisah ini kepada Kamilah. Itulah secubit kehidupan di KIK dahulu.

Dengar kabarnya, ada antara kita, alumni spm 77 yang sudah memiliki cucu dan menantu. Nik Mahizan di KISAS kabarnya sudah bercucu. Rohani Daud pun sudah ada cucu.

Saya sendiri? hehehe. belum lagi bermenantu dan bercucu.

Selepas 30 tahun, saya rasa pertemuan itu memberi perspektif unik dan baru kepada saya. Menoleh kembali bagaimana pengalaman dua tahun atau empat tahun kita ditempa di KIK, memberikan kesan kepada cara hidup kita selanjutnya.

Harap-harap lepas ini kita dapat mengadakan pertemuan yang sama dengan lebih ramai alumni Tingkatan 5 KIK 77 lagi.

-Asmawi Mohamad

Seronok jumpa kawan lama

Lupa sign off....dah tua!!!

Salam
Kamilah

Seronok jumpa kawan lama

Had lunch with Asmawi and Naim. today. Its so much fun reminiscing!!!!! sampai tak sedar hampir 2 jam setengah berlalu. Macam-macam cerita lama keluar. Contrary to Asmawi's assertion, rambut dis masih banyak dan naik ketinggian....:) This one is confirmed by Naim.

Naim is sporting a Kojak look. Sangat bergaya.

Tak sabar nak jumpa kawan-kawan yang lain and for the RECORD, Fuat Azahari was never canned publicly!!!!

Fuat Azahari

Saya, Weldan dan Fuat Azahari merancang untuk bertemu pada 1 atau 2hb Januari 2008 nanti samada di KL atau di Tg Malim.

Fuat akan berada di Tg Malim pada tarikh tersebut bagi urusan menghantar anak beliau ke UPSI. Kami merancang untuk membuat reunion ringkas kebetulan beliau ada di situ.

Sempena pertemuan tersebut, satu pertandingan mengukur jarak antara kedudukan garisan rambut terkini dengan garisan dahi akan diadakan antara semua hadirin. :):)

Sesiapa yang berkelapangan untuk ikut serta, silalah email atau sms saya.

-Asmawi Mohamad

SMS dari Kamal Daril

Saya terima satu SMS yang amat menyentuh persaudaraan dari Sdr Kamal Daril, rakan sekelas di 5SC1. Tentu ramai yang mengenali beliau:

Salam. Sdr Asmawi.

Syukur dapat berhubung semula selepas 30 tahun tak berjumpa. Terima kasih sms yang dihantar dan pohon banyak kemaafan kerana lambat reply. Sebenarnya beberapa hari lalu handphone ini anak saya yang guna buat sementara waktu. Its good idea to reassemble our old friends bagi merapatkan silaturrahim. Di mana sekarang? Saya dah dua tahun di Kuala Terengganu. Harap kita dan lain-lain dapat berjumpa nanti. Salam saya buat kawan2 yang masih mengenali. Beritau la kalau outstation di Kuala Terengganu. Wassalam.